Home Novel Fantasi Al Qin (Lagu Untuk Laila)
Al Qin (Lagu Untuk Laila)
asmaya ally
4/4/2018 12:44:07
125,822
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 25
                                                           PERTEMBUNGAN

Ustaz Shafiqullah bergegas keluar daripada kenderaan. Peristiwa dia dikejar oleh gerombolan makhluk seperti monyet gergasi tadi masih membekas dihati. Mujur semangat jantannya tidak terbang bersama. Berkali-kali  dipanjatkan kesyukuran kerana terlepas daripada kejaran gerombolan makhluk itu. Pertembungan dengan makhluk yang nyata bukan daripada alam manusia sangat menganggu emosinya kini. Dia pasti, gerombolan makhluk itu tidak akan berenti setakat itu sahaja. 

Syafiqullah segera memarkirkan kenderaan di tepi sebatang yang menuju ke sebuah rumah berseni bina tradisional. Keseluruhan rumah tersebut diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi. "Subhanallah..cantik nya rumah Ustaz Azhar nih" gumam Shafiqullah sambil matanya meliar melihat keseluruhan rumah tersebut. 

Derap langkah dipercepatkan, dan sebaik tiba di anak tangga berjubinkan marmar berwarna biru lembut dengan hiasan bebunga kecil, Shafiqullah menarik nafas dalam-dalam. "Assalamualaikummm...asslamua.."

Belum pun sempat salam kali kedua diberikan, terpacul wajah Ustaz Azhar dari balik pintu rumah.

"Waalaikumusalam..haaa..Ustaz Syafiqullah..naikklahh..naikkk"..wajah Ustaz Azhar berseri melihat ketibaan tetamu yang dinantikan.

"Maaf saya mengganggu Ustaz Azhar hari minggu macam ni.."

"Takpa..takpa..mai masukk..mai..mai.."

"Ustaz sibuk ke?"

"InsyaAllah tidak.."

"Saya tak pandai nak basa basi Ustaz..lagipun..saya rasa Ustaz pun boleh agak sebab apa saya cari Ustaz"

"Iya..iyaa..saya faham-saya faham..kejap yea? ..Milahhh..owhhh Milah..ada tamu nih, hidangkan sedikit kuih dengan air yeaaa.." laung Ustaz Azhar .

"Ada tamu?" kelihatan Ustazah Jamilah terkedek-kedek menghampiri ruang tamu. 

"A'ahh..kan aku dah cakap tadi..yang kamu kemari buat apa?"

"Alahhh bang aji nih..saja la nak tengak siapa tamunyaaa.., kejap yeaa.. saya ke dapur..siapkan orderr..hehe" dengan senyuman manis Ustazah Jamilah menuju ke dapur menyiapkan hidangan.

"hahh..Ustaz Syafiqullah yea?"

"Yea saya Ustaz.."

"Apa masalah besar sangat nih, saya tahu la sikit -sikit macam yang Ustaz bagitau dalam telefon itu hari..tapi boleh saya tahu lebih dalam lagi apa sebenarnya yang berlaku nih?"

"macam yang Ustaz Azhar dengar..dan sekarang dah hampir masuk 3  bulan Qinna hilang Ustaz. Saya dah puas ikhtiar cara nak cari dia..tapi pihak polis pun dah hentikan operasi mencari dan menyelamat..saya pun dah buntu mana lagi nak cari dia Ustaz.."

"kamu cakap dia hilang dalam rumah?"

"yea Ustaz"

"takde langsung kesan dia keluar dari bilik ke mana-mana ke?"

"takde Ustaz..ghaib macam tuh je"..keluh Syafiqullah berat.

"takpe laaa..kita ikhtiar.. selebihnya kita serah pada Allah SWT. Jangan bimbang, selagi dia masih bernyawa, pasti kita akan dapat jumpa dia..percayalah.."

"tapi Ustaz..saya pun semakin kerap diganggu...mac..macam tadi.."

"maksud kamu?"

"erkkk..waktu saya dalam perjalanan ke sini, saya diserang oleh segerombolan monyet yang luar biasa besarnya Ustaz..mujur saya selamat sampai"..

"kamu mencari geruh dengan siapa Ustaz Syafiqullah?"

"saya tak mencari musuh Ustaz..cuma saya yakin, sebab saya semakin kerap diganggu pastinya sebab makhluk halus yang mahukan isteri saya"..

"kamu ada bukti?"

"erhhkk.."

"kalau takde bukti jangan menuduh sebarangan Ustaz Syafiq!"

"gini lahhh..keperluan aku tak banyak pun..cukup kamu bawak helaian rambut isteri kamu sahaja"..

"Ada..Ustaz..ada.."

"Tinggalkan helaian rambut tuh dsini.." sambil tangan Ustaz Azhar menghulurkan bekas seperti kotak kecil yang bergerigi dan berpagar seperti penjara kecil.

"Malam nanti kamu tidor disini..ada benda yang aku nak buat perlukan kamu sebagai suaminya ada sekali."

"erkk..bebbolehh Ustaz."

"kamu rela lepaskan dia?"

"tidak Ustaz..tidak sama sekali! dia isteri saya yang sah!"

"baik..baikk..kalau macam tuh, tetapkan pendirian kamu mulai sekarang..sebab kalau ada walau sekelumit pun keraguan dalam hati kamu..nescaya isteri kamu pasti tidak akan dapat kamu lihat lagi sampai bila-bila!"...nada Ustaz Azhar berubah tegas dan penuh amaran.

"

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham