Home Novel Cinta Cinta Bun's Girl
SINOPSIS

SINOPSIS

Natasha si gadis dari golongan pertengahan didesak oleh mamanya, Puan Sarlina untuk bersekolah di Sekolah Menengah Kenanga Indah. Protes daripada Natasha yang tidak mahu menjejakkan kaki ke sekolah persendirian itu dipandang sepi oleh Puan Sarlina. Baginya anaknya itu wajib bersekolah di situ agar dapat bergaul dengan mereka yang berstatus sosialnya.

Merasakan diri terasing di sekolah itu menjadikan Natasha tidak dikerumuni ramai rakan. Namun kepintarannya menjadikan dirinya sebagai sandaran buat Malik bagi menyiapkan segala tugasan sekolahnya. Natasha yang sememangnya telah lama jatuh cinta terhadap Malik membiarkan sahaja dirinya dipermainkan oleh jejaka itu dan kekasih hatinya, Marlina!

Hadirnya jejaka kaya yang bernama Danish telah ‘menghulurkan’ satu rancangan gila buat Natasha. Rancangan agar Natasha boleh memiliki putera idamannya. Rancangan daripada Danish itu dipertimbangnya dan akhirnya persetujuan dicapai bersama.

Namun di saat Malik sudah mampu Natasha miliki, hati gadis itu bagaikan kekosongan. Luahan cinta daripada Malik bagaikan angin lalu yang langsung tidak mampu mendamaikan jiwanya. Mengapakah perkara itu berlaku? Dan Danish... Mengapa pula dirinya sanggup terlibat sama dalam rancangan untuk menyatukan Natasha dengan Malik? Ada apa sebenarnya kaitan Danish dengan Natasha, si gadis pencinta roti itu???

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.