"Nama
gadis tersebut Leya Aulia binti Arsyad, berumur 23 tahun. Mempunyai diploma
dalam accounting dan kini bekerja di Mega Corporation. Anak tunggal. Ayahnya
telah meninggal dunia tiga tahun lepas kerana kemalangan dan kini dia hanya
tinggal dengan ibunya di Cheras..." Penuh detail Kamarul menyampaikan
hasil siasatannya.
"Bagus.
Ini bayaran kau.."ujar Datin Aida lalu menghulurkan sampul yang berisi
wang kepada Kamarul. Sebaik mendapat habuan, Kamarul terus beredar dengan
senyuman lebar.
Senyuman
di bibir Datin Aida semakin melebar. Di matanya kini sudah terbayang kemewahan
yang akan dikecapinya setelah aset arwah mentuanya menjadi hak mutlak mereka
sekeluarga.
Dia
yakin gadis tersebut pasti akan mengikut apa yang telah dirancangnya. Dari
butiran yang disampaikan Kamarul tadi, dia pasti gadis ini calon yang layak
untuk mengandungkan zuriat Darius. Dia akan pastikan segalanya berjalan lancar
mengikut apa yang telah dirancang.
Tak
sangka semudah ini dia dapat menjalankan rancangan yang pernah di utarakan
Emelda. Walau Emelda menolak untuk menikahi Darius itu tidak bermakna dia harus
menoktahkan kemahuannya. Sejak dari dulu, apa yang di hajati dia akan di
pastikan akan di gapainya. Dia tidak peduli walau di label mementingkan diri
sendiri yang penting dia puas dan dapat apa yang dia mahu.
Kad
doctor Badrul dicapai lalu terus menghubungi doctor tersebut. Melalui doctor
itu dia menyampaikan hasratnya yang bersetuju untuk membantu Leya dan ibunya.
Nampaknya gadis itu juga tidak punya pilihan selain menerima rancangannya. Dengan
melahirkan zuriat Darius, nyawa uminya dapat diselamatkan. Bunyinya memang
kejam namun mereka punya sebab masing-masing untuk melakukannya. Bukan dia
sengaja mengambil kesempatan namun kesempatan itu yang tiba-tiba muncul di
depannya dan dia pula harus merebutnya.
Anggap
sahaja ia takdir yang diaturkan Tuhan. Dia memerlukan gadis itu untuk mendapatkan
harta arwah mertuanya manakala gadis itu memerlukan duit untuk membiayai
pembedahan jantung ibunya. Masing-masing ada kepentingan sendiri. Fair and square. Tak ada siapa yang
rugi.
*************************
Langkah
Leya terhenti bila namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah suara itu. Di
depannya berdiri seorang wanita yang anggun dan dari pemakaian wanita tersebut
dia tahu wanita di depannya ini pasti dari golongan yang berkedudukan.
"Saya
Datin Aida. Boleh kita berbicara sebentar.."
Dia
mengangguk perlahan. Berkerut dahinya memikirkan apa mahunya wanita anggun di
depannya ini.
"Saya
pasti awak tentunya tertanya-tanya akan kedatangan saya yang tiba-tiba
ini..."
Leya
masih diam tidak berkutik.
"Biarlah
saya berterus terang. Saya tahu tentang masalah awak dan saya bersetuju
membiayai kos pembedahan ibu awak.."ujar Datin Aida akan tujuannya.
Kenyataan
itu bagaikan mimpi dirasakan. Tidak sangka masih ada insan mulia yang sanggup
menghulurkan bantuan.
"Betul
ke..?" soal Leya tidak percaya. Bibirnya mengukir senyuman. Ucapan syukur
tidak putus diucapkan.
"Tapi
ada syaratnya.."
Senyuman
di bibirnya terhenti. Matanya tunak merenung wanita anggun didepannya.
"Syaratnya
mudah. Saya nak awak nikah dengan anak tunggal saya dan lahirkan zuriat
keluarga kami dan setelah zuriat itu dilahirkan tugas awak juga
selesai..."
Kegembiraan
yang dirasainya seketika tadi bagaikan diragut sekelip mata. Syarat apakah ini.
"Mak..
Maksud Datin...?"soal Leya masih belum dapat menangkap akan maksud sebenar
Datin Aida.
"Nikah
Kontrak.."
Buntang
matanya saat mendengar kenyataan itu. Nikah kontrak? Terasa mahu rebah di situ
mendengarnya. Apakah Datin Aida menganggap pernikahan itu satu perkara
main-main atau seperti main pondok-pondok. Tidak sangka dalam dunia realiti
rupanya wujud istilah nikah kontrak. Fikirnya ia hanya wujud dalam drama atau
novel sahaja.
“
Ini kad saya. Kalau awak setuju, hubungi saya.."ujar Datin Aida dan
meletakkan kad namanya dalam genggaman Leya lalu beredar meninggalkan gadis
tersebut.
Leya
masih kaku di situ. Satu persatu ayat yang diucapkan Datin Aida berputar ligat
di kepalanya. Entah permainan apa yang dirancang wanita yang berstatus Datin
itu. Seketika dia melepaskan keluhan. Mungkin ia sudah menjadi kebiasaan bagi
orang-orang kaya seperti wanita yang menggelarkan dirinya Datin Aida. Dia
kemudianya meneruskan langkah ke bilik uminya.
"Assalamualaikum
Umi.."ucap Leya sebaik membuka pintu.
"Waalaikummussalam
sayang.." Meskipun lemah bibirnya tetap mengukir senyuman buat
satu-satunya permata hatinya.
"Umi
hari ni macam mana? Okey...?" soal Leya setelah mencium tangan uminya.
"Alhamdulillah
sayang. Leya baru balik kerja ke..?"
Leya
mengangguk dan bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
"Leya
mesti penat. Tengah hari datang jengah umi. Petang pun datang. Badan Leya umi
tengok dah makin susut..."
"Leya
okey umi. Umi jangan risau tentang Leya. Kat rumah tu pun Leya seorang diri.
Datang sini Leya boleh temankan umi..."
"Umi
tahu Leya risaukan umi. Leya, sampai masanya kita pasti ke sana. Leya tak perlu
risaukan tentang umi. Bagi umi, Leya yang lebih utama.."
"Leya
cuma ada umi. Walau susah sekalipun Leya tetap akan dapatkan duit rawatan
tu..."
"Kita
bukan orang berharta Leya. Di mana Leya nak dapatkan duit tu..."
"Leya
akan usahakan. Umi jangan risau okey. Yang penting sekarang Umi kena
sembuh..." ucap Leya dan cuba untuk tersenyum namun dapat dirasakan
senyumannya kaku tanpa rasa.
Menitis
air mata Puan Dalilah. Terharu akan kesungguhan puterinya ini. Selepas suaminya
meninggal tiga tahun lepas, Leya lah yang menjadi penguat semangatnya.
Ya Allah, andai sudah tiba masanya untuk aku
menghadap-Mu, aku reda dan kau peliharalah puteriku ini. Berikan ketabahan dan
kekuatan untuk dirinya dalam meneruskan kehidupannya yang akan datang.