“
Ouch…”
“
Maaf Cik..” Pantas si pemuda mendapatkan si gadis yang tidak sengaja di
langgarnya.
“
Tak apa. Saya pun salah sebab berjalan tak tengok depan…” Sahut si gadis pula lalu
masing-masing tunduk mengutip barang yang terjatuh.
“
Err.. cik okey ke? Tak ada sakit mana-mana..?” Soal pemuda itu inginkan
kepastian.
“
Tak. Saya okey. Maaf ya encik. Saya ralit sangat baca mesej kat telefon tadi.
Langsung tak perasan encik yang keluar dari butik tu…”
“
Sama-sama salah. Saya pun main redah aje berjalan tadi tak tengok kiri kanan….”
Keduanya
saling tersenyum. Sedar akan kesilapan sendiri.
“
Saya pergi dulu encik. Maaf sekali lagi…” Ucap si gadis masih dengan senyuman
yang terukir di bibir.
“
Saya juga. Hati-hati jangan sampai berlangar lagi…” Usik pemuda itu yang juga
turut mengukir senyuman.
Si gadis hanya ketawa perlahan dan mengangguk sebelum
mereka berpisah membawa haluan masing-masing.