“Hai
Ash…” sapa Emelda sebaik menghampiri meja yang diduduki Ashriq.
“Oh
hai. You buat apa kat sini..?” sahut Ashriq acuh tidak acuh.
Emelda
duduk tanpa meminta kebenaran. Dia tahu Ashriq sendirian lagipun tadi dia
nampak tetamu yang duduk bersama Ashriq sudah pun berlalu.
“I
ada janji dengan wakil dari Eniqma Butik tentang tawaran untuk peragakan design
terbaru mereka…”
Ashriq
hanya mengangguk. Mengerti benar dia akan kesibukan gadis di depannya ini.
“Errr
Darius tak join you ke…?” soal Emelda bila kelibat Darius langsung tidak
kelihatan. Selalunya Darius dan Ashriq ibarat kembar siam. Ke hulu ke hilir
asyik berdua saja.
“Darius
ada meeting dengan client lain lagipun dia tengah sibuk sekarang ni. You pasti
tahu kan sebab kesibukannya…” sindir Ashriq dengan wajah selamba.
Emelda
hanya mendiamkan diri. Dia tahu lagi dua hari status Darius akan berubah. Bila
memikirkan akan perkara itu, dia tidak dapat membohongi diri. Ada rasa sakit
yang menjalar di hatinya.
“You
tak call dia..?” soalnya sekadar berbahasa sedangkan dari awal dia sudah tahu
akan kedinginan hubungan antara Emelda dan Darius.
“Malas
nak layan rajuk sahabat you tu. Biarlah. Dah reda nanti pandailah dia datang
cari I…” sahut Emelda tanpa nada.
Ashriq
hanya mencebik. Meluat sungguh dia dengan keegoan gadis di depannya ini.
“Yakinnya
you yang Darius akan cari you. Manalah tahukan lepas dapat isteri nanti dia
terus lupakan you…” ujar Ashriq untuk panaskan hati Emelda.
Emelda
hanya ketawa. Dia tahu Ashriq hanya mahu mengujinya.
“Sahabat
you tu mana boleh hidup tanpa I…” tutur Emelda dengan angkuh.
“Jangan
terlalu yakin Mel. I takut keyakinan you tu suatu hari nanti akan memakan diri
you sendiri…”
Emelda
menjungkit bahu.Sedikit pun tidak berbekas amaran yang dituturkan Ashriq.
Ashriq
hanya menggeleng melihat tingkah angkuh Emelda.Di wajah itu sedikit pun tidak
menunjukkan rasa tercabar dengan amarannya.Bengkak sungguh hatinya.Entah macam
mana sahabatnya boleh jatuh cinta dengan gadis seperti Emelda.
“You
tahu Mel, I kadang-kadang terfikir. Betul ke you cintakan Darius..?”
“Apa
maksud you..?” soal Emelda tidak mengerti.
Wajah
Emelda direnung tajam.Gadis di depannya ini memang cantik tetapi terlalu angkuh
dan ego. Emelda sebenarnya tidak sesuai langsung dengan Darius tapi disebabkan
Darius mencintai gadis di depannya ini, dia cuba menerimanya dengan terbuka
namun sikap dan tindakan Emelda yang kadang-kadang agak melampau membuatkan dia
tidak puas hati. Seenaknya gadis di depannya ini perlakukan sahabatnya sesuka
hati.
“Kalau
you benar cintakan Darius, you takkan gila membenarkan kekasih you kahwin
dengan orang lain. You lebih sanggup pertahankan kerjaya you dari berkorban
untuk kekasih sendiri. Ini ke makna cinta bagi you…?”
Merah
padam wajah Emelda dikenakan Ashriq. Dia tidak faham kenapa semua
menyalahkannya bila membenarkan Darius menikahi gadis lain demi memenuhi
kehendak Datin Aida.
“I
ada cita-cita Ash. Selagi I tak capai apa yang I mahukan dalam kerjaya, I
takkan berhenti. Cakaplah apapun yang you nak cakap. Cinta I pada Darius bukan
main-main.I memang cintakan dia. Bagi I, cinta dan kerjaya adalah dua perkara
yang berbeza.I tak mungkin korbankan kerjaya I hanya kerana cinta. Kerjaya I
adalah masa depan I. I tak faham kenapa semua orang mahu salahkan I dengan
semua ni sedangkan semua keputusan ada di tangan Darius sendiri. Dia yang tak
berani nak ingkar perintah mami dia. Kononnya tak nak jadi anak derhaka hingga
sanggup bakar diri sendiri dan telan semua olahan maminya….” ujar Emelda sekali
gus mempertahankan tindakan yang telah dibuatnya.
Terdiam
Ashriq dengan kata-kata yang dituturkan Emelda. Bila difikirkan ada betul juga
kata-kata gadis di depannya ini. Darius terlalu mengikut permintaan Datin Aida
sedangkan boleh sahaja sahabatnya itu berkeras menolaknya.
“Entahlah.
Maafkan I kalau kata-kata I tadi buat you terasa….” Keluhan dilepaskan.Dia pula
yang menjadi pening dengan masalah Darius.
“I
memang cintakan dia Ash tapi I masih belum bersedia nak bagi komitmen dalam
hubungan kami. Kami masih muda.Masa nilah kami harus kejar impian
masing-masing. I izinkan dia kahwin dengan gadis lain bukan bermakna I tak
cintakan dia. Jauh di sudut hati I tetap terasa tapi you sebagai sahabatnya
pasti kenal Datin Aida itu bagaimana orangnya. Dia jenis yang tak akan berhenti
mendesak selagi keinginannya tak tercapai dan I tak mahu Darius terbeban dengan
sikap penting diri maminya. I izinkan sebab pernikahan tu hanya untuk
sementara….”
“You
tak risau andai Darius jatuh cinta dengan isterinya…?” soal Ashriq sekadar
menduga keyakinan Emelda.
“I
percaya Darius dan I yakin dia hanya cintakan I….”
Ashriq
jungkit bahu.Dia tidak mahu komen apa-apa lagi. Tunggu dan lihat sahaja apa
yang akan berlaku di masa akan datang.
************************************
Leya
masih setia di sisi uminya. Kurang dari empat jam lagi dia akan bergelar isteri
kepada pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Menurut Datin Aida, dia perlu
ada di kediaman wanita itu tepat 6:00 petang bagi persediaan upacara nikahnya
pada jam 8:00 malam nanti. Mengingati pernikahan itu, hatinya tiba-tiba
berdebar. Rasa gementar juga turut dirasainya.
“Leya
risau…?” soal Puan Dalilah. Dia tahu kerisauan puterinya. Pukul 8:00 malam
nanti Leya akan dinikahkan dan sebagai ibu, dia turut merasa kecewa kerana
tidak dapat melihat saat-saat puterinya disatukan. Bagaimana dia mahu turut
serta sedangkan dia sedang terlantar di katil hospital menunggu hari yang telah
di tetapkan untuk pembedahannya.
Apa
yang di kesalkan, pernikahan Leya juga terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan
kakak dan adiknya. Semuanya kerana permintaan Leya. Dia tahu Leya lakukan semua
ini demi untuk dia dan lagi pula pernikahan ini hanya untuk melahirkan zuriat
anak lelaki Datin Aida. Sesudah anak itu dilahirkan pastinya Leya tidak lagi
diperlukan dalam keluarga itu.
“Leya
takut umi…”
“Ingat
Allah sayang. Banyak-banyak beristighfar. Umi faham perasaan Leya tapi umi
yakin puteri umi ini seorang yang kuat dan tabah….” Entahlah, kalau di ikutkan
hatinya dia mahu menghalang tapi apa dayanya. Segalanya telah tersedia. Bayaran
untuk pembedahannya juga telah di selesaikan. Andai Leya tidak menghadirinya,
pasti hidup anak gadisnya akan menjadi semakin rumit.
“Leya
tak kenal dia umi. Entah bagaimana orangnya….” Rasa takut dan bimbangnya
diluahkan lagi pada uminya. Di saat ini hanya umi yang mengerti rasa sengsara
di jiwanya.
“Umi
minta maaf kerana tak dapat menemani Leya di majlis tu nanti. Maaf juga kerana
umi, Leya terpaksa melalui pernikahan yang begini. Andai diberi pilihan umi
lebih sanggup nyawa umi dijadikan galang ganti demi masa depan Leya. Jauh sudut
hati umi tidak sanggup untuk biarkan Leya melalui pernikahan yang begini…” Puan
Dalilah meluahkan rasa hatinya. Sungguh andai dia punya pilihan dia sanggup
walau pembedahan yang telah di jadualkan lagi dua hari itu di batalkan. Baginya
masa depan Leya lebih penting dari nyawanya yang entah tinggal berapa lama
sahaja lagi.
“Leya
dah buat keputusan. Leya sanggup buat apa sahaja demi umi. Leya pohon restu umi,
Leya juga mohon ampun dan maaf.."
"Restu umi sentiasa bersama Leya…." Leya
terus memeluk dan menangis dalam pelukan uminya. Ya Allah, andai ada jalan lain
pasti tidak akan aku lakukan tapi demi umi, biarlah aku berkorban sekalipun
pengorbanan ini melibatkan masa depannya. Semua yang dilakukan ini demi insan
yang paling bererti dalam hidupnya. Dia tidak akan pernah menyesal dengan
pengorbanan ini asalkan uminya sentiasa ada di sisinya.