Home Novel Cinta Rindu tak berkesudahan
Bab 24

Rina merapi-rapikan pisau dan sudu di atas meja.Dibetul-betulkan kedudukan pasu bunga kecil berisi bunga matahari. Dia akanmemesan makanan sejurus Lukman tiba. Diperhatikan jarum jam.

“Saya awal satu jam.” Rina ketawa.“Tak apa saya menunggu.”

Beg kertas di bawah meja, diambil.Kotak kecil berisi jam tangan mewah, jenama kegemaran Lukman. Nampaknya Rinabenar-benar puas hati dengan pemilihan hadiah itu.

            “Awakmesti akan terkejut dengan hadiah saya, sayang!”

            Sudahterbayang-bayang reaksi wajah Lukman. Rina mengambil keputusan meluangkan masatersisa dengan membelek-belek album perkahwinan mereka.

            “Awakmemang segak dalam pakaian apa-apapun. Tapi, dalam persalinan nikah ni, auraawak lain macam!”

            Rinatergelak-gelak. Gembira dapat mengimbas kenangan lama. Sesekali melirik jamtangan.

            Shazwanmeneguk air kosong sambil mengawasi Rina. Dia duduk selang dua meja. Kemudian,Shazwan melihat ke sudut paling hujung. Seorang lelaki memakai topeng muka dan beaniehitam serta berjaket denim biru tidak lepas memerhati Rina. Shazwan tahudia siapa.

            Seorangpelayan lelaki sedang menolak troli berisi kek hari lahir untuk pelangganberhampiran Rina.

            “Janganlahlari!” Seorang pelanggan perempuan menjerit. Anaknya berusia lima tahun tidakmendengar arahan langsung. “Maafkan saya.”

            Malangnya,kanak-kanak itu tetap sahaja berlari-lari. Hampir satu restoran dirondasehingga mengganggu ketenteraman pelanggan.

            Lagi5 langkah pelayan itu mahu tiba ke meja sepatutnya, kanak-kanak itu terusmenolak troli berisi kek. Paling merumitkan keadaan, seorang lagi pelayanperempuan sedang menatang hidangan berkuah muncul di depannya dalam masa yangsalah. Maka, berlakulah perlanggaran.

            Hidanganberkuah panas tertumpah terus ke arah Rina. Spontan Rina menjerit akibatterlalu terkejut. Tentu-tentu akan terkena kepadanya. Dia menutup mata.

            “Akutak basah?” Perlahan-lahan Rina membuka kelopak mata. Terus terbeliak. “Awaksiapa?”

            Lelakibertopeng hitam melindungi Rina daripada terkena sup panas.

            “Awaktak apa-apa?” Shazwan menerpa ke arah Rina.

            Automatiklelaki tadi pergi. Ghaib.

            “Cepatnyadia pergi!”

Rina mahu mengejar namun lekasditahan Shazwan.

“Bau minyak wangi ni? Bau ni macamkenal!” Rina mengerah fikirannya.

“Macam mana awak buat kerja? Mujurtak kena perempuan ni!” Shazwan memarahi pelayan perempuan tadi.

“Maafkan saya.”

“Maafkan anak saya.”

Rina kembali duduk. Dia tidak peduli punperbualan itu. Bola matanya rancak mencari kelibat tadi. Akhirnya, diamelupakan begitu sahaja. Menanti Lukman penuh sabar.

 

Rina menongkat dagu di meja. Hampir tertidur. Harisudah menjelang tengah malam. Pekerja-pekerja sudah melakukan prosespembersihan.

            Shazwanturut menguap. Dia tahu, Rina takkan puas hati selagi tidak melihat kelibatsang suami.

            “Puan…”tegur seorang pekerja, serba salah apatah lagi air muka Rina kelihatan begitusayu.

            “Hmmm?”

            “Kaminak tutup dah ni, puan.”

            “Suamisaya belum datang.”

            “Janganmacam ni puan. Maafkan kami. Puan harus pergi.”

            “Takapa. Biar saya uruskan.” Shazwan mendekati mereka.

            Pekerjaitu berlalu pergi.

            “Rina,jom balik. Suami awak takkan datang. Awak sendiri tahu sebab dia takkan datang.Dalam masa yang sama, kita tak boleh susahkan pekerja-pekerja restoran.”

            “Dia…dia takkan datang?” Rina terlalu kecewa.

            Shazwanmengangguk.

            Rinabangkit. Dia setuju untuk pulang.

 

“Pada hari ulang tahun perkahwinan kita, awak takdatang.”

Rina merenung bulan penuh. Diaberbaring di atas katil dengan tingkap bilik dibiarkan terbuka seluas mungkin. Padabulan terang, kelihatan Lukman sedang melambai-lambai tangan sambil tersenyumlebar.

“Awak, selamat ulang tahun buat kita.”

Rina terbangun. Dia cuba untukmenggapai. Bayangan Lukman bersama tiupan angin kencang yang mencengkam tulang.Sejuk.

“Saya rindu awak.”

Rina menangis sepuas-puasnya. Lama.

Menyedari tangisan tidakmenyelesaikan apa-apa, dia menuju ke bilik air. Mahu mengambil wuduk danmengerjakan solat malam. Dia berdoa lama selepas itu.

“Ya Allah, pertemukan aku dengansuamiku. Aku tak tahu kenapa aku yakin dia masih hidup!”

Jiwanya kembali tenteram. Novel N.Mikah di meja sebelah katil dicapai. Dia terlupa untuk menyambung pembacaan. 

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.