Bab 12
HAWA Fatihah
leka menatap majalah hiburan. Gambar pertunangan antara Laura Jane dan Ben
ditatap. Rasa gembira bercampur senang, akhirnya pelakon jelita itu akan
mengakhiri zaman bujangnya.
“Sudahlah
baca majalah tu, Hawa. Dah Solat Asar ke belum?” tegur Mak Timah apabila
melihat Hawa Fatihah masih leka membelek gambar-gambar Laura Jane dan
Ben.
“Dahlah nek.
Masuk aje waktu tadi terus Hawa solat,” jawabnya pantas tanpa memandang muka
neneknya.
Mata Hawa
Fatihah terus tertumpu padagambar-gambar di majalah.
“Gambar
siapa yang kamu asyik telek sejak tadi, Hawa?” tanya Mak Timah sambil duduk di
sisi cucunya itu.
“Gambar
pelakon kesayangan Hawa lah nek. Laura Jane namanya.”
“Eh, macam
orang putih aje namanya,” kata Mak Timah. “Taklah nek. Dia pelakon Malaysia.
Nenek tak pernah
dengar ke
nama dia?”
Hawa Fatihah
menunjukkan gambar Laura Jane yang cantik terpampar besar di perut majalah itu.
Mak Timah merenung gambar Laura Jane. Matanya tidak berkelip memandang
seraut wajah itu. Dahinya berkerut. Wajah itu sangat dikenalinya, walaupun
sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Sungguhpun dia bertambah cantik,
tetapi tahi lalat di sudut bibir sebelah bawah itu menjadi tanda yang tidak
mudah untuk dia melupakannya.
“Siapa...
siapa nama pelakon ni Hawa?” tanya Mak Timah tergagap-gagap.
“Laura nek.
Laura Jane.”
Mak Timah
terdiam. Dia terus merenung gambar Laura Jane yang tersenyum manis, di sisi
lelaki yang menjadi tunangnya.
MakTimah
terus terdiam.Otaknya ligat berfikir.Apakah fikiran dan mata aku sedang
memperdaya aku sekarang?
Bukankah
wajah itu serupa dengan wajah Nur Laila. Hanya penampilannya sahaja yang
berbeza. Aku yakin, dialah Nur
Laila.Diadahberjayajadibintangfilemrupanya!Siapasangka?
Aku yang dah
tua ni sahaja yang tak tahu!
Tapi
benarkah dia? Apakah aku tersalah orang? soal hati Mak Timah berulang kali.Aku
mesti dapatkan kepastian tentang hal ini. Macam manakah caranya?
“Pelakon ni
duduk kat mana? Hawa tahu ke?” “Manalah Hawa tahu rumahnya nek. Hawa bukannya wartawan.Tapi
Hawa rasa dia mesti duduk kat KL.”
Mak Timah
terdiam lagi. Bagaimanakah dia hendak mencari rumah Laura Jane? Bagaimana? Otak
Mak Timah yang tumpul menjadi buntu. Dia tidak tahu bagaimanakah caranya untuk
menemui Laura Jane. Dia mesti bertemu dengan pelakon terkenal itu mendapatkan
kepastian. Dia bimbang sekali. Dirinya semakin tua. Dia takut tidak sempat
untuk memberitahu Nur Laila tentang Hawa Fatihah.
“TUHAN!
Berikanlah aku petunjuk-MU,” doa Mak Timah setelah dia selesai Solat
Maghrib.
“Jika benar
dia adalah menantuku, temukanlah kami semula. Satukan hati kami yang telah
retak dan hancur.
Sesungguhnya
Kau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami
hanyalah makhluk-MU yang lemah. Aku mohonbantuan-MU Ya ALLAH.”
Sambil
menunggu waktu Isyak,MakTimah menghabiskan masa dengan
membaca al-Quran. Matanya masih terang dan elok. Namun bagi
sesetengah orang yang seusia dengannya kebanyakannya terpaksa menggunakan
cermin mata. Semua ini adalah anugerah ALLAH. Dia diberi kesempatan untuk
beribadah dan mengagungkanayat-ayat suci ALLAH SWT. TUHAN masih memberikan
penglihatan yang baik untuknya.
Ketika
sedang melipat telekung seusai Solat Isyak, Hawa Fatihah masuk ke kamar tidur.
“Nek!
Cepatlah nek. Kalau nenek nak tengok lakonan Laura Jane. Dia berlakon drama
bersiri ni, nek. Baru aje mula episod pertama malam ni. Cepatlah nek!” ajak
Hawa Fatihah, kedengaran begitu gembira sekali.
Dada Mak
Timah berdebar, muncul rasa teruja dalam hatinya. Dia teringin melihat wajah
pelakon itu dan mendengar suaranya. Dia ingin menyakinkan diri sendiri, bahawa
wajah dan suara itu milik Nur Laila. Mak Timahtergocoh-gocoh menuju ke
ruang tamu. TV Plasma 32 inci itu sedang menayangkan drama bersiri. Di skrin TV
jelas terpampang wajah Laura Jane sedang beraksi.
Dia
melakonkan watak seorang ibu tunggal. Wajahnya langsung tidak disaluti make-up. Dia
memakai baju kurung lusuh dan berkain batik.Aksinya menambat mata MakTimah.
Sah! Dia memang Nur Laila.Apatah lagi ketika mendengar dia bercakap. Walaupun
lenggok percakapannya berubah sama sekali, tetapi Mak Timah tetap dapat
mengecam suaranya. Selama hampir setahun dia tinggal sebumbung dengan
menantunya itu. Setiap hari mereka bertentang mata dan berhadapan. Tidak
mungkin dia lupa pada wajah dan suara Nur Laila.
“Laila...”
bisik Mak Timah tanpa sedar.
Namun bunyi
televisyen yang kuat, menenggelamkan suara Mak Timah. Tidak lama kemudian
Sufian turun ke tingkat bawah,turut menonton drama yang sama.MakTimah bergerak
masuk ke dapur. Makan malam belum dihidang. Dia tidak pasti apakah anak
majikannya itu kelaparan ataupun tidak. Namun demikian, kerja harus
dilaksanakan juga. Walaupun Encik Anuar dan Puan Anom jarang makan di rumah,
Mak Timah tetap memasak untuk Sufian, Hawa
Fatihah dan
dirinya sendiri.
Pada siapa
aku harus bertanya? Pada siapa aku harus mintak tolong? Mak Timah runsing
memikirkan persoalan itu. Dia tidak begitu berselera untuk makan malam. Dia
kalut memikirkan tentang diri Nur Laila yang kini dikenali sebagai Laura
Jane.Tapi bagi Mak Timah, dia tetap Nur Laila.
“KAK Timah,
kenapa macam susah hati aje?” tanya Pak Latif apabila dia melihat Mak Timah
termenung panjang di tepi kolam ikan.
Kolam ikan
itu dibina berhampiran dengan tembok. Wakaf kecil juga ada terletak di halaman
belakang, tempat berehat waktu petang.Sufian suka duduk di situ pada waktu pagi
ataupun petang, membaca surat khabar atau sekadar berehat.
Sejak tadi
Pak Latif melihat wanita itu asyik termenung. Wajahnya sugul. Pak Latif sudah
selesai mencuci kereta majikannya itu,tetapi MakTimah masih terus leka
bermenung sendirian. Hari itu Hawa Fatihah dan Puan Anom
keluar membeli-belah.Sementarakereta Sufian ada di rumah.Encik
Anuar pula
terbang ke Sabah malam tadi, kerana urusan perniagaan.
Pak Latif
mendekati Mak Timah lalu duduk tidak jauh dari wanita itu.
“Aku memang
susah hati ni, Latif,” kata Mak Timah sambil mengeluh.
“Kenapa kak?
Pasal cucu kakak tu ke?”
“Ya, ada
kaitan jugak dengan dia,” jawab Mak Timah. Mak Timah tidak tahu dari mana dia
harus memulakan
cerita.
Ceritanya terlalu panjang. Namun dia cuba menerangkan pada Pak Latif seringkas
yang mungkin. Segala rasa bimbang dan curiga diceritakan semuanya. Dan dia
ingin mendapatkan kepastian tentang siapakah wanita yang bernama Laura Jane.
Apakah benar wanita itu adalah Nur Laila?
“Janganlah
susah hati. Kita akan dapat kepastian jugak nanti.Bersabarlah.Saya akan tanya
anak saya tentang pelakon Laura Jane tu.Anak saya ada jadi kerani katTV3.Tapi
manalah tahukalau-kalau dia ada kawan-kawan wartawan.”
Hati Mak
Timah berasa begitu lega sekali. Umpama bebanan yang berat bagaikan terlepas
daripada bahu.Barulah hati kecilnya kembali tenang.
Dua minggu
kemudian Pak Latif menyerahkan secebis kertas pada Mak Timah.
“Ni lah
alamat pelakon filem tu,KakTimah.Saya mintak tolong dengan anak saya Hani.
Kebetulan dia memang baik dengan sorang wartawan TV3 tu.Wartawan tu pernah
pergi rumah Laura.”
Mak Timah
amat gembira menerima khabar berita itu. “Boleh ke kamu temankan aku pergi ke
rumah dia?”
tanya Mak
Timah penuh mengharap. “Boleh kak. Bila kita nak pergi?”
Mak Timah
menjenguk ke dalam rumah mencari kelibat Hawa Fatihah. Jika boleh dia tidak
mahu sesiapa pun tahu bahawa dia pergi mencari Laura Jane.Dia harus mendapatkan
kepastian terlebih dahulu.
“Nanti aku
beritahu,” kata Mak Timah perlahan.
“Yalah kak.
Bila nak pergi nanti, beritahulah saya. Saya boleh
hantarkan. Ampang tu agak jauh dari sini,” balas Pak Latif sebelum berlalu.
“KENAPA kau langsung
tak beritahu mummykau dah bertunang dengan perempuan tu?”
marah Puan Rosna melalui telefon.
Sebaik
sahaja membaca berita tentang majlis pertunangan anaknya itu di siarkan di
akhbar, dia cuba menghubungi Ben. Tetapi talian telefon bimbit anaknya itu
sentiasa sahaja sibuk. Seminggu kemudian barulah dia dapat bercakap dengan Ben.
“Kau nak
malukan mummy dengan daddy kau
ya?Saudara-mara kita semua sibuk bertanya. Tak ada upacara pinang
meminang, tiba-tiba dah bertunang. Esok kahwin macam mana pulak? Nak
belakangkan kami jugak? Kau tu anak bongsu kami, Ben!” kata Puan Rosna tanpa
memberi peluang Ben menjawab.
“Esok kau
balik sini, kita berbincang anak-beranak.”“Mummy, Ben mintak ampun
dan maaf banyak-banyak,
Ben tak
dapat balik. Sibuk sangat.”
Ben sengaja
mengelak. Dia malas hendak pulang ke kampung.Pasti panjang leteran
ibunya.Langkah paling mudah adalah memberi alasan yang‘klise’.Sibuk.Padahal
apalah yang dia sibukkan sangat.
“Tak ada apa
nak bincang la mummy.Kalau ada jodoh nanti kami kahwinlah.
Tapi yang pastinya bukanlah tahun ni. Tahun depan ataupun dua tiga tahun lagi.
Ben pun tak pasti.”
“Huh!
Pertunangan apalah kalau macam tu? Macam hendak tak hendak saja. Berapa belanja
yang perempuan tu mahu? Mampu ke kau ikut rentak dia, Ben? Kau tu kerja dengan
dia.”
“Ben ada
buat bisnes ni mummy.Baru nak mula. Ada duit sikit.
Memang Ben takkan kerja selama-lamanyadengan Laura. Jadi pengurus dia
pun part-timeaje dah sekarang. Ben nak tumpu pada bisnes.”
“Bisnes
apa?” soal Puan Rosna ingin tahu.
“Mummyjangan
bimbanglah. Nanti ada masa Ben balik Ben akan cerita pasal bisnes ni pada mummy.Ben
dah cukup dewasalah mummy. So don’t worry. Love you so much
mummy, bye,”kata Ben lalu terus menutup panggilan.
“Siapa
tadi? Mummyyou ke?” tanya Laura Jane. Ben mengangguk.
Mereka baru
sahaja selesai makan malam di sebuah coffee house. Laura Jane ke
bilik air semasa Puan Rosna menelefon Ben. Semasa dia kembali Ben masih
bercakap dengan ibunya. Dia cuba mengagak sendiri pokok persoalan yang
perkatakan adalah tentang pertunangan mereka seminggu yang lalu.
“Apa
reaksi mummyyou?”
“Apa lagi
marahlah. Suruh I balik ajak bincang. Mesti nak leterkan
I panjang-panjang,” ujar Ben, mencebik.
“Tak tahulah
you tahan ke tak dapat mak mentua kuat berleter macam mummyI.”
Laura Jane menggigit
bibir apabila perkataan ‘mak mentua’ singgah di telinganya. Mak Timah, emak
mentuanya dahulu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Puan
Rosna. Kadang-kadang dia berleter juga, terutama soal solat. Dalam
hal lain dia baik. Kata-katanyamanis dan lembut.Tapi Laura Jane langsung
tidak menghargai wanita itu langsung. Malah dia suka
melawanlebih-lebih lagi jika disuruh bersolat dan mengemas rumah.
Bagaimana
sekiranya dia sudah menjadi isteri Ben? Apakah dia akan bersikap seperti semasa
dia berhadapan dengan Mak Timah? Argh! Aku lawan aje. Buat apa nak dengar cakap
orang tua yang suka membebel tu? Lagipun tak mungkin aku akan duduk kat rumah
dia! Marah Laura Jane dalam diam.
Ben mencuit
tangan Laura Jane. “Jom balik.”
Ben bangun
terlebih dahulu. Laura Jane mengikut Ben bergerak keluar dari coffee
house. Mereka melintasi lobi hotel yang luas. Di ruang lobi itu terdapat
sofa tunggal yang bersusun rapi. Ada beberapa orang lelaki duduk di situ,
berbual dengan suara rendah. Langkah Laura Jane terhenti, kala matanya
terpandang wajah lelaki itu. Dia cuba mengamatinya dari jarak lebih kurang 30
meter.
Lelaki itu
sedang rancak bercakap-cakap dengan rakannya. Kala mata mereka
bertaut, lelaki itu terhenti bercakap secara automatik. Mereka saling
memandang, beberapa saat. Tidak semena-mena lelaki itu bangun, ingin
menuju ke arahnya. Laura Jane terus bergerak laju, memaut lengan Ben yang sudah
beberapa langkah ke hadapan.
“Sayang! Wait
for me!”
Laura Jane
sengaja menjerit dengan agak kuat. Dadanya berdebar apabila melihat Khairil
sebentar tadi.
Wajah
Khairil langsung tidak berubah, masih menggerutu dengan bekas jerawat batu.
Namun kulitnya sedikit cerah, tubuhnya pun nampak lebih gempal. Dalam usia
awal40-an lelaki itu nampak gendut.Tetapi penampilannya berkarisma,
lambang orang bisnes.
Mungkin
Khairil mewarisi perniagaan bapanya, bisik hati Laura Jane. Hidup lagi rupanya
dia! Laura Jane tidak berani memandang ke belakang. Dia bimbang Khairil
mengejarnya. Tangan Laura Jane makin erat memaut lengan Ben. Ben membiarkan
sahaja. Mereka terus bergerak menghala ke lif menuju ke tempat letak kereta
di basement.
SEMASA ingin
melelapkan mata malam itu, telefon bimbit Laura Jane mengeluarkan isyarat bunyi
pesanan ringkas. Laura Jane mencapai telefon, lalu membuka kotak mesej. Dia mendapati
nombor yang tertera adalah nombor asing yang tidak direkodkan dalam telefon
bimbitnya. Hati Laura Janetertanya-tanya. Pesanan ringkas itu dibuka.
Selamat bertunang,
Laura Jane. Pertunangan itu akan ke jinjang pelamin atau
tidak, sama-sama kita tunggu!
Siapakah
yang mengungkapkan ucapan itu? Bisik Laura Jane.Yang jelas ucapan itu datang
dari musuhnya.Tapi siapa?
“Kau siapa?
Mana Pak Yop?” tanya Laura Jane sedikit cemas.
Dia
memandang anak muda yang baru sahaja memberhentikan kereta di hadapan pagar.
Sejak dahulu Pak Yob memang membawa pulang kereta Laura Jane. Setiap pagi dia
akan datang menjemput wanita itu. Selalunya jam 7.00 pagi Pak Yop sudah datang
ke rumah itu.
Sudah sejam
Laura Jane menunggu kedatangan Pak Yop. Dia sedikit terkejut kerana keretanya
dipandu orang lain.
“Saya Azim,
anak Pak Yop. Ayah saya tak sihat, malam semalam dia pengsan kat rumah. Terus
dihantar ke wad dengan ambulans. Jadi saya gantikan ayah saya sampai dia sihat,
boleh bekerja semula.”
“Awak memang
tak ada kerja ke?” tanya Laura Jane ingin tahu.
“Tak ada
cik. Saya baru aje tamat belajar,” balas Azim. Laura Jane segera masuk ke dalam
kereta. Dia sudah
lambat untuk
ke lokasi drama bersiri yang belum selesai penggambarannya. Kini, penggambaran
drama bersiri itu masuk musim kedua. Musim pertama sedang ditayangkan di
televisyen. Sambutannya agak baik. Jelas dia tidak tersilap membuat pilihan.
Berhenti daripada menjadi pelakon utama dalam filem kini dia menjadi pelakon
drama yang hebat pula.
“Macam mana
keadaan ayah kau sekarang?”
Kereta mulai
bergerak meninggalkan kawasan kediaman Laura Jane. Azim cekap memandu. Laju dan
cermat. Bukan seperti Pak Yop yang terlalu berhati-hati.
“Pagi ni dah
sedar. Dia kena serangan jantung. Mungkin lama masuk dalam wad,” beritahu Azim.
“Okey, aku
tak kisah kau nak gantikan ayah kau. Yang penting jadual penggambaran aku tak
terganggu.”
“Insya-ALLAH cik,”
jawab Azim.
“Kalau kau
nak kerja terus pun tak apa. Ayah kau pun dah tua, dia memang perlu berehat,”
kata Laura Jane.
“Baik cik.”
Selepas itu
tiada lagi perbualan antara Laura Jane dan
Azim. Masing-masing melayan hal sendiri. Laura Jane tidak
akan sewenang-wenangnya berbaik dengan orang yang baru dikenali. Itu
memang sudah menjadi prinsip hidupnya sejak dahulu.Tidak mudah mempercayai
sesiapa, tidak akan melayan mesra jika orang itu bukan orang penting dalam
hidupnya dan lebih dari itu dia amat susah untuk bersifat ikhlas dengan orang
lain.
Dia selalu
berasakan orang berbuat baik kerana inginkan sesuatu daripadanya, kerana dalam
hati dan pemikirannya juga sama seperti yang difikirkan pada orang lain.