Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
153,281
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

KUDOS pada Umar kerana berjaya mengendalikan amuk Mimi di vila tempoh hari. Batrisya serta keluarga dah pun terbang ke London dengan ucapan terima kasih kerana memberi drama terbaik untuk kenangan mereka. Farid pula sudah berjumpa dengannya untuk bertanya tentang Alice dengan menariknya ke home office lelaki itu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk dibincangkan tetapi memandangkan abang Umar itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagai mastermind yang menutup jenayah Umar dari pihak berkuasa, iaitu mengarah Nick untuk memalsukan sijil kematian Hadi serta mengupah Alice dari negara atas angin untuk mencari Hadi, pemilik hotel lima bintang itu berjaya menangkap sejauh mana Aqi tahu mengenai jenayah tertutupnya.

“Chan?”

“Ha’ah. Ex-husband Aqi. Dia ada bukti untuk buka balik fail kes Hadi, jadi Aqi setuju menikah dengan dia supaya dia tak serahkan bukti tu dekat polis.”

Farid mendiam, merenung Aqi dengan mata yang langsung tidak berkelip. Wanita itu menjungkitkan keningnya, meminta respon dari lelaki itu tetapi Farid masih membatu. Kemudian barulah kepalanya dipalingkan ke kanan. Kening dikerutkan pada dinding, sebelum melangut pula ke langit. Kemudian dahi diurut.

What in the drama melayu is this??”

Aqi spontan tergelak. “Drama melayu apa benda...”

“Okay, Alice aside.... Kau menikah dengan Chan...sampai kaki kau jadi sup tulang macam tu... sebab kau nak elak Umar masuk penjara?”

That's one way to summarise it... yea...”

That still too much information...” luahnya sebelum terduduk sambil meraup muka. Mata dicerlangkan ke lantai, cuba meleraikan maklumat satu persatu supaya boleh dihadam. “First of all... ex-husband?? Seriously?!”

Aqi pula terkelip. Darah mula terasa berais. “Aqi sebut ex-husband ke tadi?”

“Lailahaillalah... yes!!” balasnya, masih dengan mata mencerlang.

Anak mata spontan dilarikan ke kanan. “Aqi tipu je...”

“Aqi!” Geram dibuatnya. “Cakap straight. Kau bini orang ke bukan?”

Pipi digaru. “Bukan... Aqi dah diceraikan sebelum pulang ke sini....” luahnya, akhirnya memilih berterus terang. Farid boleh dipercayai untuk tidak bergosip, dan sokongan dari abang angkatnya ini cukup dihargai untuk membantunya di hari kelak.

Nafas terasa sendat di anak tekak. Selajur wajah adik lelakinya melayang sekilas di belakang minda. “Bila kau single? Iddah habis bila? Jadi Umar takda masalah nak pikat kau?”

“Abang! Fokus!” Dia pula yang geram. “Kerja gila nak mengaku single sedangkan kita dah nampak Mimi dah tunjukkan level gila dia tahap mana. Itu baru gila gear dua, belum gear lima, tau? Tu pun anak-anak Aqi dah kena buku lima dia...”

Lelaki itu meraup mukanya lagi. “Lebih sedekad, Aqi... kau didera lebih sedekad hanya sebab nak lindungi adik abang.... I don’t know how to process this...” Nafas ditarik sedalam-dalamnya, cuba meleraikan galau di hati. Rasa terkejut. Terkilan. Semuanya sekali. Dia dah melihat keadaan kaki Aqi, dan macammana wanita itu menangis kerana trauma pada kehidupannya dengan bekas suaminya sebelum ini. Hati Farid tersentuh. “I don’t know how to thank you...

Dan barulah wanita itu tersenyum lembut. “Aqi cuma nak tengok Umar bahagia...”

“Nak tengok Umar bahagia? Haha... Did you know sepanjang lebih sepuluh tahun dia menunggu kau... dia kemaskan rumah dia Aqi, sebab dia cakap kau komen rumah dia busuk. Pandai pulak dia kemaskan rumah! Selama abang kenal si pengotor penghuni gua tu sepanjang dia membesar, bilik tidur dia tak pernah kemas! Lepas tu dia letakkan rumput dengan pokok bunga kat laman rumah dia sebab kau suka bunga. Dia letakkan buaian sebab dia berangan nak dating dengan kau bila penat balik kerja sambil tengok bintang kat langit.... That idiot lil’ brother of mine... Aqi... he’s hurting badly sebab kau patahkan janji kau berdua.... And kau boleh cakap kau nikahi lelaki lain sebab nak tengok dia bahagia??”

Aqi mendiam. Air mata yang bertakung di kolam mata ditahan sepenuhnya. “Then... abang lebih rela tengok Umar masuk penjara?”

Home office itu senyap seketika. Farid bangun sebelum berjalan ke tingkap, melihat banglo yang menjadi tempat persembunyian Hadi semasa mengintai kehidupan Umar dan Aqi, sehinggalah mereka menemuinya dan Umar memberi hukuman kepada penjenayah itu.

“Abang berniat simpan rahsia ni sampai ke kubur... abang takkan biarkan Umar dapat tahu yang dia dah membunuh walaupun tak sengaja...”

You and me both...”

Farid menoleh lagi, kali ini dengan senyum pahit.Sekurang-kurangnya dia tahu Aqi benar-benar mencintai Umar, malah pada skala yang jauh berbeza dari Mimi. Cinta Mimi rimas untuk dipandang, tetapi cinta Aqi mampu menyentuh hati mereka.

Believe me, kalau Umar dapat tau walau sedikit pengorbanan kau... he’ll never let you go again...”

Then, kita tutup cerita ni kat sini.”

It’ll be my best interest kalau kau berdua bersama semula, though...”

“Abang...”

“Ami dengan Emir dapat ma ayah mereka semula...”

Yang handle Mimi ialah Aqi, tau...”

“Kau dah handle psikopat sepuluh tahun, takkan takut dengan cemburu seorang isteri, haha...”

Yes.”

Farid senyap. Aqi masih dengan muka serius.

“Aqi taknak masuk campur dalam marriage Umar dengan Mimi. Period! Aqi taknak bina rumah tangga dengan Umar kalau kena korbankan perasaan Mimi! I can’t do it... I don’t wanna do it!” ujarnya, tegas.

Noble, Aqi. Tapi Mimi tu gila cemburu, tau? Abang foresee, dia akan attack kau lagi bila anxiety dia menyerang.”

“Kalau macam tu, Aqi karate chop dia.”

“Hahahha! Pandailah kau karate!”

 

ITU ialah perbincangan dua minggu lepas. Umar dah mula jarang datang ke rumah, dan Aqi berterima kasih atas akal panjang lelaki itu. Dalam tempoh kecederaan ini, sebaiknya dia dan Umar jangan berjumpa demi memastikan Mimi tidak meletup tak semena-mena. Dia juga kerap berdoa agar urusannya dipermudahkan dan diluaskan rezeki untuk terus hidup tenang dengan keluarganya sebagai jiran Umar.

Pagi ini contohnya, hujan turun dengan lebat semasa Subuh. Berbanding melayan tidur, Aqi dah bangun untuk memanjat doa kepada Ilahi. Dia meneruskan kerjanya pada pagi itu dengan membuat sarapan, membangunkan anak-anaknya untuk ke sekolah tapi rupa-rupanya tengah cuti sekolah, dan kemudian mereka berkumpul di ruang tamu kerana Ami nak siapkan kerja rumah matematik dengan si abang manakala Emir nak habiskan hafalan Pendidikan Islam dengan bantuan si emak.

Sesi pembelajaran mereka tertangguh bila kedengaran bunyi ketukan pintu. Keras sekali bunyinya. Aqi mengintai dari tingkap, nak melihat gerangan siapakah yang datang ke rumahnya pagi-pagi semasa hujan lebat begini.

Itu Mimi. Basah kuyup di depan rumahnya.

Aik??

Dengan tanda soal di atas kepala, Aqi membuka pintu rumahnya. “Ah, Mimi. What a nice surprise. Kenapa redah hujan—”

PANG!! Percuma mukanya terima pelempang hingga muka Aqi terteleng jauh ke kanan. Pipi kiri diusap sambil menoleh pada wanita berwajah garang itu.

“Kau… kau jangan berani kacau rumah tangga aku…” deram Mimi bersama linangan air mata.

Automatik muka kacak si mata hazel itu melayang di fikiran, menjadi satu-satunya alasan kenapa Mimi buat perangai di pagi yang sejuk ini. “Okay… apa Umar dah  buat?” soalnya sambil melepas desis pedih.

PANG!! Sekali lagi. Daging pipi kiri dah mula rasa bergetar macam main banjo.

“Kami tengah bahagia sampailah kau tiba-tiba balik dengan anak kau…” deramnya sambil menuding telunjuk je muka si tuan rumah itu.

Aqi mencucuk lidah pada dinding pipi, mengurut otot dari dalam mulut. Pipi turut digosok hingga ke dagu sebelum merenung wanita amuk itu dengan tenang. Tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya betina!

“Kau sihir dia sampai tak boleh lupakan kau! Dasar perempuan jalang! Jin betina! Maruah serupa pelacur!” Satu persatu disebut bagi melepas marah di hati.

“Allahuakbar. Kalau aku nak sihir Umar, aku sihirkan dia supaya berhenti ganggu aku dan pandang kau seorang!” Muka yang basah berhujan bercampur tangis itu direnung tajam. “Atau kau yang gagal sebagai isteri sampai dia cari perempuan lain?”

PANG!!

Ah, Aqi sepatutnya dah boleh jangka tapi dia masih terkejut. Desis keras dilepaskan sambil terus menggosok pipi kiri yang makin bengkak dan merah itu.

“Kau… kau jangan kurang ajar…”

“Kau datang ke rumah aku sebab nak serang aku. I call that a square.” Tak bersalah,

“Aku datang sebab aku nak bagi amaran dekat kau bodoh!! Jauhkan diri dari laki aku!! Jangan jumpa dia lagi!!”

Sorry, tak boleh.”

“Kenapa?! Sebab kau cintakan dia?!”

“Sebab Ami dengan Emir ada dalam life kami,” ujarnya selamba sebelum membuka pintu seluasnya, menunjukkan kembarnya di meja kopi di depan TV. Emir melambai bersama leretan senyum segaris manakala Ami buat tak peduli.

Mimi menahan sebak lagi. Aqi pula kembali merenung dengan riak tegang.

“Umar ialah ayah mereka. You can’t take that away. Bagi masalah cemburu kau pula, aku tak cintakan dia, dan aku takkan kejar dia kalau itu yang kau takut sangat. Clearly kau perlu baiki relationship kau dengan Umar kalau kehadiran aku semata-mata boleh merosakkan hubungan kau berdua. Sadaqallahulazim!”

BAM! Pintu ditutup deras, melepaskan sekali marah dalam hati. Nafas Aqi turun naik deras. Sedaya upaya menenangkan jiwa yang berapi-api. Nama Allah disebut berkali-kali, meminta tenang, memagar sabar.

“Gaya macam cool tapi lepas tu pintu jadi mangsa, hahhaa,” tegur Emir.

“Weh, kau solve soalan 3(a) macammana?” soal Ami sambil memanjangkan kepala ke buku latihan si abang.

Terlebih dahulu nafas berisi amarah dibuang dari dadanya. Aqi meraup muka, melapangkan kepala sebelum berhadapan dengan anak-anaknya. “Seriously, ma dah tak boleh nak brain macammana nak explain dekat dia yang ma taknak bapak kau sebagai suami ma.”

“Ma mungkin taknak, tapi ayah fikir sebaliknya,” bidas Ami pada kalkulator di tangan. Emir tertawa terus mendengar komen adiknya.

“Pun dia masih gigih nak jaga ma sedangkan dia masih ingat ma bini orang. Imagine his effort kalau dia dapat tahu ma single and available since day one.”

Ami melangut dari buku latihannya. Dia tak tahu pula pasal ni. “Kenapa ayah fikir ma ialah bini orang?”

“Sebab ma tipu dia... dengan bini dia...” keluh Aqi sambil mencapai Vivonya.  Umar dihubungi.“Imagine pula reaksi mak tiri kau kalau dia dapat tahu ma single. Mau kena simbah asid terus...”

Kembar itu serentak bersiul rendah.

Jam dinding dikerling sekilas. Baru 7.05 pagi. “Masih awal pagi lagi ni. Entah-entah ayah kantoi mimpikan ma. Sebab tu dia macam kena rasuk hantu.”

“Kalau sekadar mimpi saje, takkanlah sampai serang ma kat rumah,” bidas Emir pula.

“Kau bolehlah cakap, tapi dia yang kena curang dalam mimpi. Rasional atau tidak, ma tetap dilihat salah sebab tumpang menginap dalam kepala ayah selain dia.”

“Mana ada orang gila macam tu.”

“Perempuan memang gila macam tu.”

“Ami cakap betul, Emir...” sambut Aqi pula, membuat Emir terkedu. Kemudian adiknya dipandang bersama rasa kagum.

“Kau kurang bijak akademik tapi ada good observation skill,” komen si abang lalu menepuk tangan bersama sengih lebar.

Ami menjuih. “Aku membesar dengan ayah, faham-faham la. Aku dah perhati dia seumur hidup aku. Dia tak pernah lupakan ma walau sehari...” dan ibunya yang masih menunggu panggilan berjawab, dikerling dengan ekor mata. “Bila dia tak boleh tidur malam atau lepak kat buaian kat luar rumah atau main PS4 tengah-tengah pagi... semuanya berpunca benda yang sama.” Double jerk diberi pada si ibu bila Aqi pula merenungnya. “Si Mimi tu pun dah maklum pasal ni sebab dia dah teman ayah sepanjang aku membesar juga. Patutnya dia dah tahu risiko berkahwin dengan bapak kita. Kalau sekarang baru nak melatah, padan muka dia la,” ujarnya lagi, memanggil Aqi untuk merapati meja kopi dan duduk di sebelah mereka.

Maybe sebab dia tak expect ma balik lepas menghilang lebih sepuluh tahun...” Aqi mencelah, membuatkan kembarnya terangguk serentak. Menerima pendapat itu. Wanita itu pula memutuskan talian bila panggilan tak bersahut. Tidur lagi ke?

“Selain aunty Mimi, ayah tak cari perempuan lain ke sepanjang ma takda dalam hidup dia?”

Ami menggelengkan kepala, membuatkan Emir melepaskan siul rendah. Tabik hormat pada ayahnya atas kesetiaan yang tak berbelah bagi. Rasa kesian pun ada, kerana gigih menunggu perempuan yang dicintai bertahun-tahun sampai diri sendiri yang sakit. Bila baru nak move on dengan perempuan lain, emaknya pula balik semula dan tak semena-mena menjadi ribut taufan dalam perkahwinan ayahnya. Emaknya pula dipandang, tetapi wanita itu sedang membuat muka sedih yang membuatkan Emir menelan kata-kata dalam kepalanya. Sebetulnya, emaknya juga ada alasan kukuh kenapa dia tak boleh balik ke pangkuan ayahnya...dan Emir sangat maklum akan alasan itu.

Semua orang ialah mangsa keadaan. Tanpa dapat ditahan, keluh berat dihembus.

Perhatian masing-masing teralih bila Vivo Aqi berdering. Umar sedang menelefonnya semula. Atas permintaan anak perempuannya, Aqi membuka mode speaker.

“Hello?” Suara garau itu kedengaran, sekaligus menambah kehadiran ahli baru di meja kopi.

“Mar, manage your woman boleh?” Marahnya terus,kerana kes pagi ini tetap ialah kesalahan lelaki ini.

“Siapa ni?”

Aqi terkedu seketika, lalu menepuk dahi. Baru teringat Umar tak tahu nombornya. Lelaki itu tak pernah meminta dan dia juga tidak memberi. Takut sekiranya mereka tergerak untuk bermesej dan seterusnya melarat jauh. Tapi cuba nak mengelak macammana sekalipun, antara mereka tetap melarat!

“Ni aku...”

“Inilah nombor kau? Bukan ke selama ni kau call aku pakai private number?”

“Ya... ya... aku salah ambik phone. Tapi balik ke topik asal, tolong manage wife kau properly, boleh tak?!” Marah disambung.

“Lama tak dengar suara kau hahahaha. Tiba-tiba aku rindu.”

Ami turut tergelak dibuatnya. Emir menopang kepala pada Vivo bersama senyum meleret, manakala Aqi menyirap darah ke kepala.

“Hey!”

“Hahaha okay okay. Apa Mimi dah buat?”

Dengus panas dibuang sekali lagi. Tersedar terlepas marah pada lelaki itu pula. “Bini kau redah hujan semata-mata nak hadiahkan pelempang ke muka aku. Apa yang kau dah buat pagi ni sampai dia mengamuk kat rumah aku?”

“Oh.”

“OOohhh?!” Menyeringai wanita itu dibuatnya, bertambah panas hanya kerana sepatah ‘oh’.

“Takda apalah. Kau tau la kan, Mimi tu memang gila-gila sikit…”

“Dia gila-gila cemburu, you ignorant. Apa kau dah buat?” soalnya lagi, lebih tegas kali ini.

Kedengaran keluh berat di hujung talian. “Dia marah sebab aku mimpikan kau.”

Aqi dan Emir spontan memandang Ami yang tengah mengangkat mahkota kemenangan ke langit. Tekaannya mengena tepat bulls eye!

“Aku harap mimpi kau harmless...” balas Aqi pula.

“Aku baca diari Kak Batrisya sampai termimpikan kau zaman dulu. Of course its harmless.” Maklumat yang lebih intim disimpan untuk diri sendiri.

Keluh lega spontan dihela. “Ini baru berlaku sekali. Macammana kalau berlaku lagi? Takkan sampai ke sudah aku jadi mangsa cemburu buta dia, Mar... tolong manage your woman, please?” Ini kali ketiga dia meminta.

“Kau nak aku buat apa?”

“Manalah aku tahu...”

“Ma godalah ayah betul-betul,” saran Ami dengan muka selamba. Emir melangut dari kerja rumahnya, terkejut beruk. Umar dan Aqi turut terkebil.

“Ami ada kat situ, ke?”

“Dengan saya sekali, ayah,” celah Emir pula, mahu diberi perhatian juga.

“Lah, full house. Buat makan-makan ke pagi ni?”

“Tengah buat homework...”

Homework apa?”

“Ma tolong kami tengokkan bacaan surah-surah dalam pendidikan islam. Lepas tu Emir ajar si bebal ni math sekali.”

“Kau panggil sapa bebal!!”

“Kau memang bebal!!”

“Daahhh jangan gaduh depan ayah kau!” marah Aqi pula.

Umar tertawa di talian. “Hahaha sounds fun. Tunggu situ, ayah datang!”

Mata Aqi mencerlang. “Umar, jangan!!” pekiknya, mengejutkan mereka semua. “Aku baru je fresh kena tampar. Jangan tambahkan masalah, Mar...”

“Aku nak jumpa anak-anak aku je...”

Mata wanita itu terpejam. Berat sekali rasanya. “You know its not that easy. Please, help me. Aku taknak kena tampar lagi...”

Umar senyap seketika. “Kau ialah emak anak-anak aku, Aqi, so you’re bound to be there. Reaction Mimi ialah collateral damage due to our good relationship. Apa-apa yang aku buat takkan efektif sebab she hates you since our secondaries and you should be aware of that. Tapi kau jangan suruh aku jangan jumpa anak-anak aku just because kau takut kena tampar!”

Teguran itu tenang tetapi padat berisi marah yang terkawal. Ami dan Emir sama-sama menelan nafas, manakala Aqi tertunduk. Hari tu Mimi kena marah, hari ni dia pula. Kedudukan Umar sebagai ketua keluarga cukup dirasai mereka semua.

“Okay...” Akur. “Tapi... can I say something...?” pintanya pula dengan nada kecil.

Mengesan nada haru itu, lelaki itu berlembut. “Of course you can...”

“Aku wujud tiga rumah dari kau je dah hentam anxiety dia. Aku rasa aku bernafas dalam bilik yang sama dengan kau pun boleh hit where it hurts... and its fun to think about... but I won’t go that far. Cuma aku berharap kau cuba kawal dia sebaik mungkin sebab aku honestly tak plan nak pergi jauh dari kau lagi.” Wajah dua kembar itu dikerling. Bayangan Umar bermain Jenga dengan anak-anaknya diingati, sekaligus memberi rasa bahagia dalam diri. Mereka ialah tujuan hidupnya kali ini dan Aqi akan cuba kekalkan kesenangan hidup ini.

I’ll try, m’kay. Aku minta maaf untuk wife aku, tapi kita semua ada peranan dalam family ni. Yang paling penting sekarang ni, kau masak apa pagi ni?”

“Nasi lemak.”

“AKU DATANG!!” Terus talian ditutup.

Aqi tersenyum kecil pada Vivonya. Ironi. Mimi baru je menamparnya kira-kira lima minit tadi, dan sekarang punca cemburu itu pula nak datang ke rumahnya. Dan Aqi pula membenarkan. Nafas ditarik dalam dan rambut dikacau, memikirkan macammana nak hidup tenang sedangkan rentak Umar dan Mimi langsung tidak seirama.

“Ma bingung ayah nak datang ke? Takut kena tampar lagi?” tegur Emir.

Wanita itu menjeling. Anak lelakinya ini sensitif benar. Patutlah ramai gadis yang berminat dengannya. “Ma tengah fikir macammana nak buatkan aunty Mimi kau tenangkan cemburu dia...”

“Kalau Ami hantar perempuan penggoda untuk goda ayah, mungkin aunty Mimi takkan kacau ma lagi dah.”

Bulat mata Aqi dibuatnya. Emir pula jatuh rahang.

“Kau jangan buat kerja gila, Ami!” marah si abang.

“Sebagai balasan sebab tampar ma,” tambah Ami lekas, membuat Emir menelan bantahannya. Malah minatnya terpaut terus. “Ayah popular tau! Tak kira budak sekolah Ami atau jiran depan rumah atau follower Ami atau secretary dia sendiri, semua simpan crush kat ayah. ”

Hati Aqi terdetik, kurang gemar mendengar maklumat itu. “Jiran mana ni?”

“Kak Bian...”

“Janda berhias depan rumah bapak kau tu?!” Dia kenal wanita yang gemar bersolek tebal tak kena dengan usia itu!

Ami mengangguk bersama sengih. “Ma jealous?”

Terkelip dibuatnya. “No... ma terkejut je... sebab dia dah tua...”

“Tua, muda, anak dara, makcik cleaner... semua suka ayah. Kak Bian tu try ayah sejak Ami kecik lagi tau... tapi aunty Mimi yang halang sebab dia tak suka tengok.”

 “Good...” bisik Aqi di hujung nafas, membuat Emir dan Ami bertukar pandangan bermakna.

“Ala... ma rileklah. Ayah bukan jenis layan perempuan. Dia bukan Emir sampai semua dia lenjan.”

“Hoi.” Tiba-tiba sindir orang dah kenapa. “Tapi kita boleh permudahkan plan kau ni. Kalau ayah sendiri dah boleh attract bimbo kat luar, kau sebar cerita kosong dah cukup. Benda tu akan tetap bagi damage kat aunty Mimi bahana anxiety dia. Kau pun tak perlu buat kerja lebih”

“Hahahha aku suka aku suka.” Ami bersorak.

Kembarnya dipandang silih berganti, tidak pasti nak bereaksi macammana atas pelan jahat yang baru dirancang di depannya. “Susah nak percaya badak air macam ayah kau masih boleh attract bimbo sampai korang pun bersusah buat plan macam ni...”

Kembar itu berpandangan lagi, kurang gemar mendengar ayah mereka dikutuk ibu sendiri.

“Ma tak berminat ke? Ma lagi suka kalau ayah kurus sado?”

“Ayah tu sebenarnya sado, ma, cuma perut je terlebih circumference,” komen Emir pula hingga Ami terbahak terus.

Seriously, macammana si badak air tu boleh pikat bimbo...??” Masih berfikir panjang.

Ami dan Emir berpandangan lagi, kali ini dengan kerut tak suka kerana mendengar ayah mereka dikutuk berkali-kali. “Ma tak suka ayah sangat ke?” Serentak bertanya.

“Hahaha!!” Comelnya la hai anak-anakku! Tetapi mereka benar-benar keliru hingga membuat Aqi terus dibaham geli hati. Muka keduanya diusap. Kerut ini perlu dileraikan. “Ma sayangkan ayah kau... enough to make me come back here. He makes me happy...” ujarnya lembut, membuat kedua berpandangan lega. Aqi pula mendiam, menilai jawapan sendiri. “Ayah kau memang kategori handsome kalau diikutkan. Aset dia ialah muka dia, mata dia,tinggi dia... his raw strength too... Kalau tak, Mimi takkan tergila-gilakan dia. Kau pun tak merasa peluang jadi playboy sebab mewarisi muka dia.” Dahi Emir ditunjal dengan senyum kecil. Anak mata dikerling lagi, mengingati lelaki berjambang lebat itu. “And the idiot part of him makes him so cute in my eyes... Like a man-child. Atau cute-machoManly-cute?” Mata dijuling ke langit, memikirkan perangai kebudak-budakan Umar yang membuatnya terhibur sekali sekala. “At least trim the fricking beard supaya kemas. Mimi tak tegur ke?” dengusnya, lalu bangun. Anak-anaknya terus merenung.

Bila Umar sampai pagi itu, Aqi dah pun keluar dari rumah bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang tak perlu. Jika jarak diperlukan untuk memastikan mereka boleh hidup dengan tenang walau sedikit, jadi jarak itulah yang akan dikekalkan sampai akhir hayat mereka.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena