Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,394
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27
Was genuinely surprised to high number of reading. Kerana happy, saya sambung post hehe. 


_____________________________________

.

"KAU nak ke rumah ayah?" Soalan kepastian.

"Yeap."

"Nak ikut!" Lekas dia berlari ke muka pintu, pantang melihat abangnya nak meninggalkannya seorang.

Emir merenung datar. "Kau temanlah ma ayah... takkan nak biar mereka berdua dalam rumah kosong."

"Apa masalahnya?"

Itu soalan tanda tak peduli atau memang perangai naif adiknya? 

Ami pula terus menyambung kata. "Kau nak ke rumah ayah pun sebab nak pujuk aunty Mimi sebenarnya kan?"

Bibir Emir tercuit spontan. Adiknya pun agak sharp orangnya walaupun kepala tingtong sekali sekala. "Mana kau tahu aku nak pujuk aunty Mimi?"

Dan bahu dijungkit sebagai jawapan. "Kau anak mak. Apa yang ma suruh, semua kau buat."

Ketawa terlepas lalu. Perlahan sekali. "Aku nak ambik baju ayah je la. Kalau jumpa aunty, itu bonus." Langkah diteruskan ke pintu.

Ami mendengus. "Fine, kau try la bercakap dengan dia. Aku siap dapat penampar sebab nak minta dia terima ma sebagai family member. Tapi maybe kalau dengan lelaki, dia lebih lembut hati..." luahnya sambil mencekak pinggang.

Emir mengangguk. "Apa-apa aku roger," ujarnya, lalu bergerak keluar.

Si abang ini tak pedulikan amarannya langsung. "Baik-baik. Jangan sampai kena gigit."

"Kalau aku kena gigit, aku hantar telepati minta kau terbang selamatkan aku."

"Hahahha aku serius ngok!"

Emir menoleh dengan senyum kelakar. "Rileks ah. Dia masih mak tiri kita. Apa je yang dia boleh buat dekat anak tiri dia," balasnya santai sebelum menghilang disebalik pintu. Ami yang ditinggalkan dalam rumah menghela nafas dalam.

"Dia tak percaya cakap aku..." keluh Ami rendah.


RUMAH dua tingkat yang dihiasi laman berumput dan pokok bunga itu dimasuki. Ruang tamu kosong. Entah dimana emak tirinya. Niatnya nak mendapatkan baju ayahnya, tetapi jika bertembung dengan emak tirinya, Emir dah bersedia dengan hujah dalam kepala.

Kelihatan pintu bilik tidur ayahnya terbuka. Dengan lafaz bismillah, kepala dijengul ke dalam. Ternampak mak tirinya yang sedang berkemban dan berbaring di katil. Nampak fokus sekali dengan handset di tangan. Liur terasa kelat tiba-tiba, mengesan bahaya jika dia memunculkan diri. Tetapi dia ada misi hidup hari ini, dan misi itu memerlukan dia menghadap wanita yang membenci emaknya itu. 

Hati mengucap basmalah sekali lagi, lalu mengetuk pintu. "Assalamualaikum... aunty?"

Mimi yang sedang online shopping lalu menoleh terperanjat. "Eh, Emir?!" Spontan meloncat bangun.

Si pemuda memasang sengih janggal. "Boleh kita sembang kejap?"

"Kau bawak lipan lagi?!!"

Spontan tergelak, membuat Mimi pula terpaku. Rias wajah Umar semasa zaman muda menyapa bayangan dan bergabung dengan wajah Emir, membuat hatinya melembut terus. 

"Tak... takda bawak lipan. Hari ni Emir bawak kasih sayang..." Tangan dibuat bentuk love

"Ohh..." Terpaut hati perempuan dibuatnya. "Masuklah."

Emir baru nak melangkah, namun lekas-lekas tersedar situasi itu sekarang. Emak tirinya tengah berkemban, takkan dia nak masuk. Dahlah tengah duduk atas katil. Emak sendiri dia langsung tak peduli, tapi bukan perempuan mahram. Lalu dia berundur semula ke pintu.

"Tentang ma... boleh tak aunty berbaik je dengan dia?"

Mimi tidak menjawab, sebaliknya merenung batang tubuh muda di pintu biliknya itu. Malah diteliti atas bawah.

Emir masih bersuara. "Ma fully intended nak buat kawan dengan aunty Mimi. Ma nak hidup selesa dekat sini, dengan ayah, dengan Bang Farid semua.... Aunty termasuk sekali sebab aunty wife ayah. Tapi apa yang berlaku sekarang jauh berbeza dari apa yang dia angankan."

"Dia angankan laki aunty. Salah ke aunty defend rumah tangga aunty?"

Emir tidak menjawab. Tak guna cuba nak menukar fikiran wanita itu. "Apa yang Emir boleh buat supaya aunty boleh terima ma sebagai penambahan dalam hidup aunty? Sebagai perempuan yang berkongsi anak dengan suami aunty? Kalau kita berlima boleh jadi sebuah keluarga... tak perlulah kita bertekak dan menangis. Ayah pun boleh hidup dengan lebih tenang." Muka cantik itu direnung redup dalam fokus. "Kalau... kalau aunty benar-benar sayangkan ayah... you'll let him have his solace..."

"Kau datang ke sini sebab nak cakap benda ni?" potong Mimi.

Angguk. "Kami perasan keadaan dah jadi jauh lebih teruk dari dulu. Kesian kat ayah sampai jadi kurus. Jadi kalau aunty tak boleh berbaik dengan ma dengan Ami, Emir masih ada. Emir tak cukup kenal aunty, jadi mungkin kita lebih mudah untuk berkenalan. Pun Emir boleh bantu aunty berbaik dengan yang lain."

Nak berkenalan eh?

Kening Mimi terjungkit tinggi. Kemudian dia beralih ke hujung katil. Kaki kiri dilipat ke atas kaki kanan, mendedahkan pahanya. Kembannya turut melonggar sedikit kerana kerap bergerak dari tadi, membuatkan pangkal payu daranya ternampak sedikit termasuk lurah yang dalam itu. Dia gemar menggoda Umar, tetapi anak tirinya itu pun boleh tahan juga. Lagi-lagi Emir memiliki rias yang cukup serupa dengan Umar semasa suaminya itu muda. Raut wajahnya, ketinggiannya, gaya rambutnya, dan otot yang masih terbentuk itu. Dia belum sasa seperti si ayah, tetapi susuk tubuh itu tetap ada.

"Emir, kau dah mimpi basah?"

Berkerut terus kening tebal itu. Apa relevan?

"Aunty dengar kau playboy budaknya. Tapi aunty faham kenapa budak-budak perempuan tu kejar kau..." Sama macam Umar direbut pelajar di sekolahnya semasa mereka remaja, tetapi Umar jenis tak melayan perempuan sesuka hati. Dia hanya fokus pada yang berjaya menggenggam hatinya. Cuma dia dan beberapa gadis yang bertuah merasai perhatian Umar walaupun Aqi mungkin ialah pemenang sebenar.

"Aunty, Emir tengah cakap pasal ma... bukan pasal Emir..."

"Aunty dengar. Aunty faham. Tapi kau yang tanya apa yang kau boleh buat supaya aunty terima ma kau, bukan? Supaya kita boleh jadi keluarga besar..."

Kepala diangguk deras.

Mimi menguntum senyum, lalu katil ditepuk.

Terkebil si pemuda. "Emir okay je berdiri di sini..."

"Girlfriend kau berapa ramai?"

"Emir taknak sembang pasal tu. Emir nak ajak kita berbaik."

"Aunty memang nak berbaik dengan kau. Aunty dah lama perhatikan kau. Dari awal lagi." Senyum diukir meleret. "Dalam ramai-ramai girlfriend kau, kau dah merasa salah seorang dari mereka?"

Liur ditelan. "Mereka yang panggil Emir boyfriend mereka. Tapi Emir takda perasaan walau sedikit. Mereka datang, Emir layan je la."

Gelak lalu. "Kau betul-betul lulus jadi playboy tulen." Tangan ditongkat ke belakang dan payu dara ditunjal ke hadapan. "Jadi, pernah rasa tak?"

Soalan itu kedengaran merbahaya. "Rasa apa benda ni..."

Mata diisyaratkan pada tubuh montoknya sebelum memberi senyuman manja pada pemuda yang penuh dengan hormon itu. "Aunty boleh bagi kau rasa. Kau mesti akan suka. Boleh ketagih!"

Lidah digulung ke lelangit. Menyedari maksud itu. Dan dia benar-benar tidak menyukai sikap yang ditunjukkan wanita itu sekarang ini. "Emir anak tiri aunty tau."

"Takda siapa akan tahu kalau kau tak ceritakan..." Lalu dia bangun. Emir bukan Umar, tapi sedikit sebanyak, dia rindukan jua sebatang tubuh muda. Ketinggian itu pun cukup untuk menarik minatnya.

Emir dirapati dengan laju. Pemuda itu spontan terundur hingga tersandar ke dinding. Menyirap terus darah bila ibu tirinya itu menempel payu dara ke tubuhnya.

Ini betul-betul tak dijangka!!

Dalam masa beberapa saat, Emir nampak segala-segalanya yang berlaku, pada benang ikatan syaitan yang memainkan Mimi seperti sebuah boneka. Tubuh mereka bertemu. Mimi menggesel paha ke kangkangnya. Kemudian wanita itu menghembus nafas ke telinganya, sekaligus membuat seluruh tulang belulangnya bergegar.

Hatinya menjerit meminta tolong dari yang Berkuasa di langit. Allah yang Maha Mendengar, menghantar Ami untuk mengekori si abang dan seterusnya melihat apa yang berlaku.

"Emir, ada mana—"

Gamam.

Emir berjaya melepaskan diri dan terus melarikan diri ke pintu. Ami pula terus terkaku di tempatnya, merenung Mimi dengan pandangan keliru.

"Mereka ada iras... tapi Emir bukan ayah..." Gila. Dia tak sukakan Mimi tapi dia sendiri tak menyangka dia akan menyaksikan perkara sebegini buat kali kedua! Dulu ayahnya, sekarang abangnya pula!!

Mimi merenung datar. "Itu sebagai hukuman sebab cuba nak suruh aku berbaik dengan ma engkau."

Hidung Ami terjungkit. "I see..." Dia berlari ke arah wanita itu, lalu merampas tuala di tubuh itu hingga tertanggal terus. Mimi terpekik sambil berusaha menutup tubuhnya. Lagi-lagi bila Ami membuang tuala itu ke tandas. Bila wanita itu mendapatkan tualanya, Ami bergegas ke bilik tidur ayahnya dan mencapai baju seluar yang dirasakan perlu. Seterusnya dia terus berlari keluar dan langsung tidak memandang ke belakang.


DI laman rumah mereka, Emir sedang duduk di depan pintu sambil menyembam muka pada lutut. Bahunya bergegar. Telinganya merah. Maruahnya tercalar.

Si adik merapat bersama simpati. "Aku dah pesan dari awal... tapi kau degil..." ujarnya. Baju ayahnya diletakkan ke tepi, lalu dia duduk di sebelah si abang yang mungkin sedang menahan tangis. "Guess what? Telepati kau sampai kat aku, hahaha. Kita sahih kembar!" ujarnya, cuba bergurau untuk meringankan hati si abang.

Emir tidak bereaksi, membuat Ami memekam bibir. Lalu bahu abangnya dirangkul.

"Kelakar kan? Kau dengan aku sama-sama kena cabul sebelum kawen. Takdir kita."

Emir terkedu, lalu menoleh. Matanya merah berkaca dan hidungnya juga merah berair dengan hingus cair. "Kau pun pernah...?"

Senyuman memujuk dilukis pada wajahnya. "India dua orang. Tapi ma sempat protect aku sebelum mereka sempat buat apa-apa..."

"Ma??" 

"Ha'ah. Dua tahun lepas...  sebelum dia tiba-tiba hilang yang buat ayah heartbroken teruk." Muka merah abang kembarnya dikerling. Pilu pula rasa hati melihat muka merah dan sembap itu. Ini pertama kali dia melihat abangnya lemah begini. Liur yang terasa kelat ditelan, lalu dia membongkar satu lagi rahsianya. "And then... Form 1 sekali lagi. Itu lebih teruk." Kepala dilentok ke kiri sambil merenung langit. Dia tak pernah buka cerita ini pada sesiapa, dan hanya beberapa orang yang tahu. Malah disimpan kemas supaya terkubur tanpa tanda. Tetapi demi memujuk hati abangnya, Ami sudi membuka pekung di dada. "Kali kedua ialah dengan anak aunty Mimi, Gorius. Dia datang nak tumpang bermalam, tapi dia ambik kesempatan kat aku bila ayah pergi dinner date dengan aunty Mimi. Aku kena ikat kat katil supaya senang untuk dia... yea..." Rawan yang menyerang bila mengingati kejadian itu, ditahan sehabisnya. Emir pula ternganga. "Junior yang selamatkan aku sebab dia datang rumah sebab sebelum tu, aku minta dia ajar homework. Lepas tu... kalau kau nampak macammana ayah naik hantu... Gorius lunyai, weh... dia lunyai teruk... uncle Farid dengan jiran-jiran langsung tak boleh nak halang ayah mengamuk.... Ayah macam kena rasuk. Tangan dia berdarah-darah dengan darah Gorius.... Aunty Maya sampai pengsan sebab terlalu takut. Junior sampai kena call polis untuk halang ayah bunuh Gorius..." luahnya dengan suara dalam, tenggelam dalam memori lama.

Emir terkaku habis. Sampai lupa sekejap apa yang baru berlaku padanya sepuluh minit tadi. "Dasyat..." komennya pula. 

Ami menjilat bibir yang terasa kering. Mukanya berbahang dan air mata jatuh dengan tenang. Dibiarkan kerana hatinya sangat puas bila ayahnya membelasah Gorius sampai hilang bentuk asal mukanya. "Sekarang ni seorang pun tak pernah buka cerita tu. Aunty Maya takut dengan ayah sebenarnya... dia tak boleh duduk dengan ayah kalau orang lain tak teman. Sampailah ma pulang dan buatkan ayah jadi macam budak-budak..." tambahnya dengan senyum kecil. "Honestly, ayah yang kau kenal tak sama dengan ayah yang aku kenal.... Dulu dia serius gila. Pendiam. Garang."

"Ayah pendiam??" Tak boleh nak imagine lelaki kepoh itu pendiam.

"Haha... sejak ma pulang, ayah dah berubah banyak. Aku nampak ma je yang boleh tolong ayah function macam manusia normal. Sebab tu aku nak sangat mereka bersama semula..."

Luahan Ami diterima sepenuhnya. Emir menarik nafas sedalam-dalamnya, sekaligus meleraikan galaunya  tadi supaya bertenang sedikit. "Masalahnya bini dia tu la..." keluh Emir sambil bersandar. Anggota badan yang merasai empuk tubuh emak tirinya terasa terbakar dengan dosa. Dalam ramai-ramai perempuan yang berminat dengannya, waima seorang pun tak semurah itu. Ayahnya pun digoda sebeginikah sebelum menikahi perempuan itu? 

Alang-alang terfikir, terus ditanyakan pada Ami.

Si adik menoleh dengan senyum hambar. "Kau betul nak tahu?"

"Eiishh... tak payah!" Kepala digeleng deras. Geli dan menyampah pula rasanya. Lalu langit dipandang lagi. "Ayah salah pilih bini untuk ganti ma, kan..." luahnya, sedih sekali. 

Ami mendehem tanda bersetuju. "Kalau ma betul-betul rampas ayah kan senang hidup kita semua..." 

"Kalau dia nak, senang je. Dia sentuh bahu ayah pun boleh buat ayah gelabah sampai masuk toilet, inikan pula ma buat betul-betul."

"Ayah sakit perut sebab ma sentuh bahu dia?" Berpusing kepala Ami dibuatnya. Berlapis kening bahana tak faham logik itu. 

Buat tak peduli. "Kau biarkan ma dengan ayah berdua dalam rumah?" soalnya sambil menjeling ke pintu yang tertutup. Telinga siap ditekap ke daun pintu, memeriksa sekiranya emaknya tengah menengking ayah mereka.

"Ha'ah. Ayah curi-curi pergi mandi masa ma masih kat dapur. Dia minta aku sentri tapi aku keluar terus."

"Kenapa?"

Bahu dijungkit sambil merenung langit. "Aku nak mereka berdua-duaan... entahlah weh... mungkin apa yang aku buat tu tak patut, tapi... mereka tak pernah berdua bersama sebab ayah selalu dengan aunty Mimi, lepas tu ma pula selalu dengan kita. Mungkin kalau mereka ada waktu private untuk mereka berdua, ma akan berhenti lukakan hati ayah dengan sengaja... and then, you know... belajar sayangkan ayah dengan lebih ikhlas..." 

Emir menjeling bersama senyum lebar. "Bijak... kau memang bijak walaupun masih bongok. Macammana kalau ma mengamuk?"

"Dia takkan mengamuk. Mungkin akan marah... tapi takkan merajuk teruk macam dulu..."

"Kau mana tau?"

"Kita ada insurans." Luka di lengan mereka ditunjuk, membuat Emir menjuihkan bibir tanda acknowledgement. Dia juga perasan emak ayah mereka lebih berlembut hati nak menunaikan permintaan mereka sekarang berbanding sebelum ni. 

Pintu tiba-tiba terbuka. Emak mereka muncul di situ, hanya untuk menolak si ayah keluar dari rumah. Lelaki itu sekadar ber-boxer manakala tuala yang sepatutnya membaluti pinggang kini menutup kepalanya. Padanlah dihalau keluar.

BAM!! Pintu ditutup kasar.

Tiga pasang mata hazel itu berpandangan.

"Kami tak gaduh. Ma kau malu je..." jelas Umar lekas. Defensif. Rambut basah sambung dilap dengan tuala di kepala. "Itu baju ayah?" Soalnya, ternampak T-Shirt kuning di riba Ami. Terus dipakaikan ke tubuh. Bila perasan mereka sedang diperhati jiran-jiran dari jalan, Umar memberi sengih busuk. "Kalau orang masjid datang lagi elok. Senang aku halalkan je terus ma kau tu supaya kita tak perlu susah payah macam ni sekali..."

Ayahnya lebih tahu apa yang perlu dibuat. Ami dan Emir serentak tertawa halus. 

"Masalahnya ayah kena pujuk aunty Mimi dulu."

"Ayah takkan pujuk dia. Buang masa." Dia membalas bersahaja. Jeans pula dipakai. "Ma kau je yang gila sangat nakkan restu mami kau tu. Ayah memang taknak peduli dari awal lagi."

Bulat mata keduanya. "Aik?? Tapi ayah jugak yang taknak nikahi ma sebab dah ada bini!" 

Muka tak puas hati keduanya direnung. "Sebab ma kau takkan setuju selagi Mimi tak setuju, and Mimi memang takkan setuju sampai mati sekalipun. Kau ingat ayah boleh buat apa dengan dua kepala konkrit tu?" getus Umar sambil mengezip jeans. "Harapan ayah nak kahwin dengan ma kau, at this point, macam menunggu kucing jantan bertelur," luahnya sambil mencekak kedua belah pinggang.

"Kucing tak bertelur, ayah..."

"Exactly," balasnya pada kembarnya. Kening keduanya berkerut dan rahang turut jatuh. Terkilan benar riak mereka, membuat Umar tersenyum haru. "There's no definite solution to our problem, sampailah Allah cakap 'kun' and things happen. As of now, kita terpaksa hidup macam ni dulu. Tapi ayah promise ayah takkan gaduh dengan ma kau, okay?"

Benar-benar defensif. Emir dan Ami sama-sama menelan liur, kini merasa denyut pada luka di lengan masing-masing.

Umar baru nak beralih sebelum ditegur Ami. "Ayah kemana?"

"Balik."

"Mana boleh!! Kami dah cakap ayah hari ni kami yang punya!!" Lekas kembar itu meloncat dan menarik tangan ayah mereka kiri dan kanan. Hampir terjatuh lelaki itu dibuatnya. Mujur kakinya cukup kuat nak bertahan dan stabil semula. Kembar itu terus menarik ayah mereka hingga ke pintu rumah sebelum dipaksa masuk. 

Jiran-jiran yang masih melihat kini berpandangan. 

Nak mengumpat dan membuat spekulasi sendiri? Silakan. 


MIMI tahu suaminya dah berbaik dengan Aqi bila lelaki itu menyanyi-nyanyi semasa tengah mencuci kereta. Lelaki itu hanya seriang itu bila kepalanya dah tak kusut dan hatinya lapang macam keadaan langit selepas hujan, yakni bila matahari hidupnya yang bernama Aqi itu bersinar dalam jiwanya. 

Metafora yang menyakitkan hatinya sendiri. 

Baru saja dia nak menegur suaminya, lelaki itu tiba-tiba berlari ke rumah Aqi bila dia melihat kembarnya melambai dari sana. 

Adalah lumrah seorang bini yang takut diduakan suaminya, Mimi bertindak mengekori langkah Umar dan mengintai di sebalik tingkap kereta jiran yang berhadapan dengan rumah Aqi. Dari jauh, dia melihat musuh cintanya itu sedang membakar arang untuk menyediakan barbeque di laman rumahnya. Ami dilihatnya sedang melakukan backflip depan si ayah. Kemudian giliran Emir, tetapi berbanding backflip, remaja lelaki yang meminati ballet itu menunjukkan fleksibiliti seorang penari dengan membalikkan tubuhnya ke belakang, bertapak pada telapak tangan kemudian berdiri semula dengan muka tak semenggah pada penonton.

Umar dan Ami sama-sama memberi "Boo...!! Gay...!!" Langsung tidak menghargai bakat Emir dalam bidang tarian mahupun potensi sebagai ice skater sekalipun. Bila Aqi menegur, barulah Umar bertukar menjadi bapak yang berakal dan memuji potensi anak lelakinya. Kemudian lelaki itu membantu Aqi membakar arang yang masih tak berapi dari tadi.

Mimi tidak pasti apa yang dibualkan dua tukang bakar arang itu, tapi interaksi keduanya jauh sekali dari definisi menggatal sesama sendiri. Ayat yang betul mungkin ialah berseronok membuat aktiviti bersama-sama.

Aqi cukup neutral dalam tingkah lakunya, fokus nak memastikan bara api menyala, tetapi tidak pada si lelaki. Bilamana dia ingat orang tak perasan, atau boleh jadi dia sendiri tak perasan, Aqi direnung seperti seorang romantis yang menikmati sebuah seni lukisan. Tiada sebarang sentuhan atau kata-kata manja, melainkan renungan mata yang memberi khabar cinta. Bila tumpuan perhatian itu menoleh padanya, senyuman Umar memekar seperti bunga seri pagi. 

Mimi menelan rasa pedih yang tak terlawan peritnya. Dia tahu muka itu. Dia pernah melihat muka itu lebih 10 tahun lepas. Tapi masalahnya, bila masa suaminya jatuh cinta pada Aqi semula?? Masalah yang kedua ialah dia tak boleh menerjah sesuka hati kerana Ami dan Emir ada sekali dengan mak ayah mereka. Dahlah dia baru segar merasai tubuh muda Emir. Dia tak pasti jika pemuda itu dah mengadu pada mak ayahnya tapi Mimi tak cukup bodoh nak memunculkan diri depan pemuda itu sekarang. 

Keluh berat dihembus lalu suaminya direnung kembali. Jika dilihat pada kedegilan Aqi, Umar takkan menduakannya dan sekadar mahu habiskan masa bersama keluarganya... kan? Suara hati itu disahkan bila lelaki itu bertindak menconteng muka Aqi dengan arang hingga menerima penumbuk di rusuk.

"Lebih senang nak mengamuk kalau dia betul-betul curang..." dengus Mimi pada Umar yang tengah terduduk melutut. Kemudian kembar itu menconteng pula arang di muka ayah mereka atas arahan emak mereka. 

Sebuah keluarga ceria.

Mata dipejam dan nafas ditarik sedalamnya, menelan bisa pedih kerana dicurangi tetapi tidak dicurangi. Ah, dia tak tahu apa ayat yang betul!! Lalu Mimi balik ke rumahnya sendiri, rumah yang kini terasa kosong kerana dia syok sendiri dalam perkahwinannya bersama Umar.

Dua manusia itu sepatutnya sedang bergaduh sampai kembar itu memberontak, jadi apa pula yang berlaku sampai Umar boleh tangkap cintun sebegitu sekali? Sesuatu berlaku di belakangnya tanpa diketahuinya, kah?

Kemudian Mimi terus dapat jawapan bila dia menghubungi Maya dan menceritakan apa yang berlaku pada pagi itu. Alhamdulillah kakak iparnya itu masih mahu menyokongnya. Di mata kakak iparnya, Aqi masih ialah perampas dan dia masih ialah mangsa. Yay!

Tapi Mimi tidak menyangka punca Umar dan Aqi berbaik masih berpunca dari faktor yang sama.

"Anak..."

Kerana anak, Aqi balik ke pangkuan Umar selepas berpuluh tahun. Kerana anak juga, dua manusia keras kepala itu bersetuju untuk membina keluarga harmoni malah berbaik berkali-kali.

"Kau taknak hadiahkan Umar anak??"

Soalan Aqi terngiang di belakang kepalanya, membuat Mimi menonong pada siling rumahnya. Selajur, perutnya yang kosong disentuh. Dia taknak mengandung sebab dia taknak gemuk dah hodoh. Itulah pengalaman perit yang pernah dilalui semasa remaja yang membuatkan dia menjadi pro-abortion. Tapi... mungkinkah benda yang dia paling anti kat dunia mungkin ialah strategi paling efektif nak melawan Aqi. 

Jika Umar nakkan anak, Mimi boleh memberikannya anak mulai sekarang!


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena