Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,382
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

SETIBA di vila, kereta diparkir di hujung laman. Umar hanya perasan Axia Aqi ada sekali di situ semasa dia berjalan ke pintu rumah.

Ah, sudah. Dia buat apa pula kat vila malam-malam macam ni? Baru saja nak berpatah balik ke Priusnya, kedengaran jerit di pintu rumah.

"AYAH!!"

Umar berpaling, hanya untuk menyambut si anak dara terus ke pelukan. Ketinggian anak perempuannya kini mencecah dadanya, membuat Umar terkejut. Bila masa Ami membesar?

"Ma dengan abang ada sekali! Jom!!" Terus ditarik si ayah ke pintu..

Umar terkelip. "Kau panggil abang kau, abang?"

"Eh? Mana ada!"

Eleh, boleh pula menafi. Tapi sejauh mana rapatnya hubungan adik abang ini hingga nama panggilan pun dah menjadi intim?? Barulah Umar merasa rugi kerana membuang masa terlepas perkembangan anak-anaknya.

Setiba di pintu masuk, Ami terus menjerit, "Aku dah cakap aku dengar bunyi enjin kereta ayah!"

Di ruang tamu, keluarga Farid sedang berkumpul di depan TV, termasuklah Emir dan Junior yang duduk bersebelahan di kerusi dapur, malah sedang berpegangan tangan. Apa benda yang berlaku ni? Seorang wanita cantik pula berdiri di sebelah kerusi Emir, yang mukanya macam Aqi...

Erk?? Umar putus nafas. Itu Aqi, ke?!

Penampilan wanita itu sangat asing sekarang! Aqi berhias macam nak jadi pengantin semula! Wajahnya bersolek penuh! Bibirnya merah, keningnya dilukis, kulit flawless dan celak juga dikenakan bagi menyerlahkan bentuk mata yang bulat macam bulan purnama. Wanita itu juga mengenakan dress maroon yang menampakkan lekuk tubuh yang jarang-jarang ditunjukkan kerana gemar mengenakan baju longgar. Rambut ikal mayang yang selalunya dibuat gaya messy bun, kini didandan sebetulnya dan turut dihias dengan permata-permata putih. Dia tahu Aqi selalunya cantik tetapi malam ini, wow, bombastik! Mimi melupus terus dari ingatan, langsung tak disedari.

"Itu bukan ayah," komen Emir tiba-tiba.

Eh?

"Apa kau cakap ni? Ini ayahlah—wargh!" Bulat mata si anak dara bila akhirnya melangut dan boleh melihat wajah ayahnya dengan bantuan lampu. Gadis itu terundur dua tiga langkah dengan mata tak berkelip. Memproses apa yang sedang dilihat. Berkerut merut wajahnya bersama linangan air mata. "Ini bukan ayah Ami...!!" jeritnya, lalu berlari ke arah emaknya.

Umar makin kelam. "Ami? Ini ayahlah!" Lekas si anak cuba didekati namun sukar bila anaknya bertindak memeluk wanita yang Umar cuba jauhi. Ragu-ragu kini memakan diri. Dalam jarak lima langkah, dia bersuara lagi. "Ami... kenapa ni..."

"Ayah bukan ayah...." tangis si anak dara lagi sambil menyembam muka ke dada emaknya.

Farid dan Maya tergelak walau ketawa Farid jauh lebih galak. Aqi pula tersenyum hambar manakala tiga sepupu belasan tahun itu memandang Umar macam tak pernah melihat manusia. Kerana Umar terlalu keliru, Aqi akhirnya memberi isyarat pada rahang lelaki itu.

Ah.

Spontan dia memegang rahangnya yang dah licin macam kepala Harith Iskandar. Dia memutuskan untuk membuang jambangnya minggu lepas kerana gangguan jiwa yang Aqi beri. Nak tukar mood la konon.

"Lain sangat ke?" Pada Junior yang dah menjauhkan diri dari Emir, dia bertanya. Pemuda itu mengangguk, juga tidak berkelip mata pada insan di hadapannya kerana pakciknya tak pernah licin rahang seumur hidupnya! 

"Macam baby..." komen Maya dengan ketawa halus.

"An ugly baby," tambah Farid pula, masih tak berhenti ketawa. "Kau punya demam sampai botakkan dagu hahahahah!" Masih galak gelaknya hingga tergolek ke lantai. Sampai sendat perut sesak nafas. Hingga ketawa Maya juga bertambah gear kerana berjangkit dengan gelak suaminya.

"Abang! Ambik gambar! Tunjuk dekat Bat!" ujar Maya, menepuk paha suaminya yang terbaring di lantai.

"Eh, ha'ah! Ambikkan phone abang, Maya!"

Laki bini tu boleh tahan sengalnya. Umar mengeluh berat. "Mar datang sebab nak minta kasih sayang akak, tapi menyesallah pulak..." Kemudian anak-anaknya pula dikerling. Ami masih enggan melihatnya manakala Emir masih dengan mata mencerlang macam melihat kambing mengawan. Tekak didehem lagi. "Ayah masih handsome, kan..."

"Tak..." Ami menyahut laju.

Ketawa Aqi pula yang terlepas, membuat Umar menjeling maut. Lekas wanita itu menutup mulut.

"Sorry..." Pipi digaru janggal. Lima bulan tidak bertemu membuatkan dia juga terkejut melihat penampilan baru itu. Umar juga jauh lebih kurus kini. Mendadak! Hingga mereka semua ingat lelaki ini orang lain. Dia tak makan ke?

"Abang dah sound Aqi sama macam abang sound kau, Umar Darius. The both of you, do better."

Serentak pasangan cerai itu menoleh pada Farid yang berdiri di sebelah Umar, tengah menangkap gambar muka adiknya. Maya di sebelahnya memberi senyuman kecil, memberi sokongan. Kemudian laki bini itu mengekek pada kamera sebelum sama-sama beralih sebab nak bergosip dengan Batrisya pula.

Umar menghantar keduanya pergi dengan renungan geram.

Aqi pula mendehem, menerima nasihat itu. Demi anak-anaknya, dia membuka mulut, sekaligus memulakan semula kemesraan yang terpadam sejak kejadian bersejarah di tingkap rumahnya. "Seriously, what happened to you?"

"Us, is what seriously happened," balasnya datar.

Ringkas sekali jawapannya, tetapi solid dan eksklusif untuk Aqi. Lalu wanita itu zipkan mulut. Tambah-tambah lelaki itu juga langsung tidak senyum mahupun menentang matanya. Aqi menarik nafas dalam, mencari kekuatan. Lalu kepala anaknya diusap lembut. "Ami... jangan macam ni. Ayah cukur jambang je. Dia masih ayah Ami..." pujuknya pula.

Si gadis masih ragu-ragu. Lambat-lambat kepala itu dipalingkan ke belakang, nak melihat lelaki asing itu semula. Cuba menerima imej baru ayahnya. Dia tak tahu kenapa, tetapi lelaki itu langsung tak sama dengan lelaki yang dah membesarkannya. Macam orang lain! Malah langsung tidak dikenali!

"Ayah Ami tak macam tu... tu bukan ayah Ami... Ami tak sukaa...." rengeknya akhirnya bersama tangis berlagu.

Terkaku si ibu bila baju dah mula terasa basah. Lalu lelaki tinggi itu dipandang. "14 tahun umur anak kau, kau tak pernah cukur jambang kau ke?" soalnya pula, semakin ingin tahu kerana hebatnya penolakan anak perempuannya.

"Dulu kau cakap kau suka tengok aku berjambang, jadi aku simpan la..." desis Umar, turut terkilan melihat reaksi anak perempuannya.

"Bila masa aku cakap??"

"The night we made the promise..." Mata yang cantik bercelak itu direnung, mengharap Aqi masih ingat. Sesungguhnya dia kecewa jika perjanjian penting itu dilupakan.

Hidung Aqi terjungkit, memang benar-benar tak ingat, tapi tak berdosa kalau pura-pura ingat rasanya. "I see. Sekarang ni cukur bersih macam tu sekali... kenapa?"

Dia tak membalas, tetapi gaya santai Aqi membuatnya lebih yakin untuk mendekatkan jarak mereka. Ami terus melarikan wajah. "Ami, anak ayah yang comel manja... jangan macam ni... takkan kau nak ayah buat DNA test, baru kau percaya."

Aqi tergelak lagi, membuat Umar menjuling pada si perempuan. Direnung rias ceria itu seketika sebelum akhirnya tersenyum sama.

"Ami..." Kepala anaknya diusap.

Kening Aqi berkerut bila melihat luka di tangan Umar, namun tidak ditegur.

"Taknak..." Dia mengelak.

Sebal dibuatnya. "Kalau macam tu ayah balik la... nak ayah balik ke?"

Tak menjawab.

"Hmm..." Dia bangkit berdiri semula. Puteri bunian itu dipandang. "Dia terkejut sangat. Nantilah aku sambung pujuk..." Kepala dipalingkan pada Maya. "Nak minta akak balutkan tangan Mar, boleh?"

Tak sempat Maya menjawab, Farid mencelah dulu. "Kenapa dengan tangan kau?"

Lelaki itu menunjukkan keadaan kedua belah tangan yang belum dirawat. Darah membeku, daging terdedah dan krim antiseptik mengotorkan lukanya. "Nyamuk gigit," ujar Umar sebagai penjelasan.

Farid menghela nafas panjang. "Bala sungguh nyamuk kali ini, eh. Tak pernah abang tengok kau kena gigit seteruk ni..." Bukan sahaja pada tangan yang luka berdarah, tetapi pada seluruh fizikal adiknya. Jambang dibuang bersih, ukur lilit pinggang dah bertukar dari badak air kepada kuda perang, lemak di bawah dagu hilang dan sasa tubuhnya cukup ketara bentuknya dari T-shirt kolar bulat navy blue yang dipakai. Umar kini gagah perkasa.

"Biarlah ma yang balutkan," ujar Emir tiba-tiba, mengalihkan perhatian mereka semua. "Ma pandai first aid," sambungnya.

"Tak payah/No way," sahut Umar dan Aqi serentak. Lalu mereka berpandangan. Emir dan Ami pula terkaku, kemudian mereka pula berpandangan.

"Ma ada hal nak kejar," ujar Aqi, terus melepaskan pelukannya pada Ami. Dia terus mendapatkan beg tangannya, manakala Umar melabuh duduk di sofa panjang. "Kalau ma dapat tau kau gaduh dengan Junior lagi, ma buatkan kau tidur sekatil dengan Junior..." Amaran diberi sebelum beralih.

"Kau gaduh dengan Emir?" Umar menoleh terus pada anak saudaranya. Remaja 15 tahun itu pula hanya membuat muka sambil mengisyaratkan kembar nakal itu.

"Emir goreng cacing lepas tu bagi cikgu disiplin makan. I happened to like that teacher, so Jun tegur dia. And then, boom."

Jatuh rahang.

Keluh berat dihembus. "Kalau uncle tak tenangkan mereka lekas, lambat laun nama mereka akan naik ke kementerian and then risiko dibuang sekolah..." tambah pemuda perlahan, hanya untuk telinga pakciknya.

Umar mengetap gigi, kini merasa berat beban sebagai seorang penjaga. Pada masa yang sama, Ami tengah menahan ibunya dari berjalan pergi.

"Ma balutkanlah luka ayah...." pinta gadis itu.

"Tak payah. Ayah kau boleh buat sendiri." Datar membalas, seakan tak sabar-sabar nak pergi dari situ. "Bye!"

Emir menahan sentap. Gelas kosong di meja makan dicapai dan terus dihempas ke lantai, mengejutkan mereka semua. Sisa kaca yang paling besar dikutip sebelum dikelar terus ke lengan kiri, sekali lagi mengejutkan mereka semua. Dalam sekali lukanya, hingga darah terus membuak keluar dan tumpah ke lantai.

"Emir! Ya Allah!! Apa kau buat ni?!" Aqi berlari masuk. Umar turut terbangun, terkejut. Terbuntang matanya melihat tompok darah yang jatuh dari lengan anak lelakinya itu.

"Emir pun luka. Now can you aid us both?!" pintanya, penuh tegas dengan mata bersinar marak. Wajahnya tegang sekali.

Si ibu itu terkaku. "Tapi kau tak perlulah sampai—"

"Ami, kau jangan ikut!" bentak Junior tiba-tiba, mengejutkan yang lain. Rupanya anak gadis itu nak mengikut tingkah laku abangnya dan mengelar lengan sendiri.

"Tapi aku pun nak ma rawat ayah!" Kaca dibawa ke lengan, membuatkan mereka semua terjerit.

"AMI DANIA!!"

Letupan suara gah itu menenggelamkan suara mereka semua. Umpama letupan meriam sifatnya hingga berpantulan di seluruh ruang vila. Serentak mereka menoleh pada punca kuasa, pada Umar di tengah-tengah ruang tamu. Mukanya bengis sekali menahan marah. Matanya mencerlang dan hidung juga flare up. Malah urat turut menimbul di dahi, tanda betapa marahnya lelaki dewasa itu sekarang ini. Ami menggeletar.

"Perangai apa kau buat ni?! Kau buang kaca tu dari tangan kau sekarang!!" jerkah suara itu lagi, sekaligus membuatkan remaja itu kecut. "Kau pun sama, Emir Danial!! Jangan ajar adik kau benda bukan-bukan!!"

"Tapi-tapi... ma dengan ayah..."

"Ma dengan ayah bukan pasangan bercinta! Kau nak menangis meraung sekalipun, tak wajib untuk dia rawat tangan ayah! Jangan buat benda bodoh macam tu semata-mata nak minta benda yang bukan-bukan!!"

Pecah tangis si anak perempuan bila dimarahi sebegitu. "Apa benda yang bukan-bukan pasal kami nakkan ma ayah berbaik?!!" pekiknya senyaring yang boleh. "Ayah taknak jumpa ma sampai berbulan-bulan!! Ma taknak dengar pasal ayah macam alergi sangat!! Apa dah jadi antara ma dengan ayah, Ami tak peduli! Ami taknak peduli!! Ami cuma nak ma dengan ayah bersama semula!!" Satu persatu dijerit bersama lelehan air mata. Terus kaca dikelar ke lengan kiri. Nipis lukanya jika dibandingkan dengan Emir tetapi masih bergaris merah hingga meletupkan jantung Umar dan Aqi.

"Kau berani...!!" Umar merapat laju dengan kepala berasap.

Spontan juga Emir meloncat ke hadapan Ami sambil mendepangkan tangannya. Tiga pasang anak mata hazel itu kini saling bertentangan. Hakikatnya, Emir kecut perut. Sebelum ni ayahnya pernah marah, tetapi kali ini kemarahan itu berbeza sekali. Muka merah tegang itu menakutkannya. Dia rasa sangat kecil ketika ini! Tapi sebab itu jugalah dia perlu halang ayahnya dari memarahi adiknya.

"J-j-jangan marah adik Emir..." tutur si abang antara kecut dan berani.

Mata Umar mencerlang. "Kau yang ajar adik kau lukakan tangan dia..." Buku lima besi dah tersedia, tetapi niatnya nak menghukum kembarnya terbantut bila Aqi berdiri di hadapannya.

"Sabar..."

Nafas panas dihembus kasar melalui hidung macam kerbau jantan. Pandangannya masih tidak lari dari kembar yang perlu didisiplinkan itu. Seluruh tubuhnya terasa berbahang, terutama dadanya. Sampai berasap. Mukanya tegang sekali. Urat leher turut menimbul, menandakan marahnya lelaki itu ketika ini.

Aura marah itu cukup terasa panasnya hingga Aqi menelan liur. Taufan kali ini skala besar. "Cool down... please?" Nadanya melunak terus selembut marshmellow.

"Dia berani lukakan tangan dia..."

"Sebab kita..."

Umar mendengus kasar macam kerbau, masih dengan api yang tidak padam. Aqi cuba memujuk amarah itu dengan memaniskan rias wajahnya.

"Ami dan Emir merajuk sebab kita bergaduh Mar. Ini bukan first time mereka retaliate..."

"Itu bukan lesen untuk lukakan tangan dia, Aqi. Kau tengoklah darah kat tangan dia—!"

Aqi lekas menahan dada Umar dengan kedua belah tangannya bila lelaki itu menapak lagi. "Dia budak lagi, Mar.... Umur dia, kita jangan berkeras..." Dada bidang itu diusap pula, cuba memujuk dengan sentuhan kali ini. "Kau tenang, okay? Aku perasan tangan kau luka. What happened?"

"Tumbuk sand bag..." Jujur sekali.

Nafas dalam dihembus. Bapak dengan anak-anak sama je. Melukakan diri sebab sakit di hati. Kalau tak silap, dulu Umar melukakan tangannya dengan pisau di depan anak-anaknya juga. Tak hairan tingkah laku itu ditiru.

Tangan lelaki itu dicapai dan direnung keadaannya. Jika dibiarkan, akan bernanah. "Kita kena bersihkan balik benda yang kau sapu ni. Aku akan tolong balutkan. Aku minta kau tenangkan marah kau, okay? Lepas tenang baru marahkan anak-anak kita like a proper adult."

Lelaki itu senyap tetapi kerut marah masih tidak memudar dari mukanya. Telinganya dengar tetapi angin taufan di dalam dada terlalu besar untuk ditenangkan. Aqi menarik nafas dalam. Lalu muka Umar dipegang dengan kedua belah tangan dan ditarik supaya menunduk ke wajahnya.

"Pandang aku."

Anak mata hazel itu menurut.

"Breath in... breath out..."

Umar menurut lagi. Sesak di dada semakin memudar.

"Teruskan bernafas... relaks diri..." ujar Aqi sambil meratakan kerut di kening dan dahi si lelaki. "Pejam mata... tarik nafas dalam... istighfar banyak-banyak..." arahnya satu persatu, dan dituruti lelaki itu.

Tingkah laku mereka hanya diperhati yang lain tanpa kata. Itu bukan pertama kali mereka melihat Umar mengamuk, tetapi itulah pertama kali mereka melihat baran Umar berjaya dikawal tanpa lelaki itu melepaskan serangan fizikal. Maya memandang Aqi dengan rasa kagum dan hormat, kerana dia tak pernah melihat Mimi membantu Umar mengawal marahnya. Malah lebih mudah membiarkan.

Bila seorang menjadi api, pasangannya hendaklah tahu macammana nak menjadi air. Dan itulah pasangan yang sekufu. Maya akhirnya menelan fakta yang Aqi adalah pesaing tulen yang Mimi wajar risaukan.

Usaha Aqi berjaya. Si baran itu menelan liur yang terasa kelat hingga nampak halkumnya turun naik. Kemudian dia berpindah ke sofa bila Aqi memintanya duduk. Sebelum sambung melayan si lelaki, Aqi mendapatkan kembarnya dulu.

"Takut tengok ayah marah?" soalnya. Bila kembar itu mengangguk, Aqi tersenyum kecil. Luka kedua-duanya diperiksa. Luka di tangan Ami agak dalam, tetapi tidak seteruk luka di tangan Emir yang hingga terbelah dagingnya. Limpahan darah yang jatuh ke lantai bukannya boleh buat lawak. "Balut luka kau ni cepat. Lepas tu kita pergi klinik."

"Ma rawat luka ayah dulu... baru kita pergi klinik."

Aqi merenung anak mata anak lelakinya. "Emir, ma serius. Luka kau ni perlu dirawat cepat!"

"Kami boleh buat lebih teruk selagi ma dengan ayah tak berbaik!"

Terkedu si emak dibuatnya. Kami? Spontan Ami dikerling di ekor mata. Berbanding Emir yang seratus peratus serius, wajah Ami berisi air mata walau ketegasan juga ada pada riasnya. Barulah nampak tahap bahaya amaran yang Farid beri. Bibir dibasahkan dengan lidah, lalu Aqi mengangguk.

"Ma minta maaf sebab bergaduh dengan ayah kau sampai buatkan kau berdua stress macam ni sekali... tapi kami tengah cuba berbaik. Sambil tu, ma minta kau berdua pergi cuci luka dan balut baik-baik. Pandai balut luka sendiri kan?" soalnya, terutama pada Emir the natural born commander. Mudah memberi arahan pada Emir kerana Ami nampaknya akan menurut apa yang abangnya suruh dan buat.

Si anak lelaki mengangguk sambil menanggalkan Tshirt yang dipakai. Kemudian Munirah disuruh mencari gunting untuk menukar Tshirtnya kepada tali. Junior pula disuruh mendapatkan first aid.

"Ma pujuk ayah baik-baik, eh?" pinta Ami pula dengan renungan bersungguh. Dia ingat macammana ayahnya hampir robohkan rumah kerana nak mengejar maaf ibunya. Betapa lama lelaki itu sanggup menunggu ibunya pulang ke rumah hingga dia membesar. Bila berbaik, mukanya bersinar dan bertukar jadi kepoh macam kanak-kanak riang. Dan bila bergaduh, bertukar fizikal macam model Maskulin. Sudah terang lagi bersuluh, wanita inilah satu-satunya insan di muka bumi yang boleh mempengaruhi ayahnya pada skala yang orang lain jangan harap nak capai. "Jangan berpisah lagi... Ami tak tau apa nak buat kalau ma dengan ayah gaduh lagi..." pinta Ami lagi.

Aqi menerima permintaan itu dengan keluhan mengalah. Kalau boleh gembirakan anak-anaknya, apalah sangat egonya untuk ditegakkan. Dah kira elok letupan emosi bapak singa dengan dua anaknya memudar dengan tenang—walaupun tumpah darah.

Dibiarkan Emir dan Ami merawat luka masing-masing dengan bantuan Junior dan Munirah, dia berpaling ke ruang tamu pula. Maya dah meletakkan bandage, iodine dan gauze di atas meja untuknya. Umar sedang bersandar sambil mengurut dahi dengan tangan kiri manakala bahagian sofa yang lain kosong, menunggunya khusus untuk melayan lelaki itu.

Dia tak gemar perjalanan takdir yang perlu dilaluinya ketika ini. Janggal yang dirasai selepas kejadian pada malam itu masih belum habis, malah masih menggetar jiwa macam string gitar. Tapi impak pemberontakan anak-anaknya terlalu teruk kesannya hingga Aqi hanya mampu mengeluh, mengalah dan menggaru belakang tengkuk.

Maaf Mimi, tapi demi kebaikan semua orang, aku perlu buat apa yang patut.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena