Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,370
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 32


MACAMMANA Aqi meyakinkan kembarnya untuk datang ke rumahnya, Mimi tidak pasti tetapi kedua-duanya tiba-tiba muncul untuk membantu ayah mereka mengecat rumah serta memasang lampu kelip-kelip. Rumput dipotong, pokok bunga dikemaskan, kereta dikilatkan dan 1001 kerja rumah yang Umar suruh kembarnya buat hingga kedua-duanya terbongkang di ruang tamu kerana kepenatan. 

Suaminya pula berdiri di belakang sofa macam tugu. Entah fikirkan apa. Bila Mimi merapat, lelaki itu rupanya sedang merenung kembar yang barai itu dengan senyuman lembut di wajahnya. Malah senyumannya tidak memudar bila dia menoleh pada Mimi, sebaliknya leher si isteri dirangkul erat. Kemudian ciuman ditanam lembut di sisi kepala si bini. 

"Nanti... lepas anak kita lahir... agak-agak dia pun tidur mengangkang macam budak berdua tu?" soalnya bersama ketawa halus.

Mimi terkedu. Spontan perut yang masih kosong disentuh. 

"Mereka anak-anak Aqi... anak Mimi mesti lagi proper..."

Senyuman si lelaki memudar tanpa disedari si isteri. Seterusnya Umar mengalihkan rangkulannya. Punggung disandarkan pada sandaran sofa sambil merenung wajah cantik itu. 

"Apa yang abang perlu buat supaya awak boleh terima kembar abang sebagai anak awak?"

Mimi membalas dengan muka tak semenggah. "Mereka bukan anak Mimi..."

"So... no solution?"

"Solution... apa?"

Kepala si bini memang tersumbat agaknya. Macam highway yang dipasang roadblock sampai jem teruk. Tapi Mimi tidak sebangang ini semasa zaman muda kalau diikutkan. Berapa sudu semut yang dia dah telan sampai jadi macam ni? Tanpa dapat ditahan, Umar mengeluh berat. Mujur sayang. Lalu diusap kepala insan yang dipinjamkan Ilahi itu. Dia perlu bercakap dalam bahasa yang isterinya boleh faham. Mungkin perlu mengingatkan Mimi kedudukannya sebagai suami untuk dihormati.

"Awak hormat abang sebagai suami awak, tak?"

Soalan itu dibalas pula dengan cerun. "Abang jangan nak paksa Mimi terima Aqi dengan anak-anak dia dengan benda bodoh macam tu!"

Lah. Sharp pula dia. Tapi dah kenapa meminta menghormatinya sebagai suami ialah sejenis benda bodoh? Mood Umar terus berpusar. 

"Abang minta awak hormat abang je..."

"Lepas tu minta Mimi taat macam perempuan bodoh sebab abang nak kahwin satu lagi!" 

Nafas ditelan. "Memang aku kahwin satu lagi kalau kau masih nak terus buat perangai macam ni..." desisnya di hujung lidah, tapi masih didengari Mimi. Makin menyirap baran Mimi dibuatnya. 

"Jangan nak buat macam Mimi yang salah! Abang memang nak sangat Aqi jadi bini abang, kan!! Sangap sangat sampai tak boleh lupa langsung janda abang tu!" Suara mula melangit, sekaligus mengganggu tidur si kembar di depan TV. 

Si lelaki yang mulanya santai lalu berdiri tegak dengan muka tegang. Mimi menelan liur melihat mata hazel itu menerkam tepat ke mukanya. Tapi dia juga marah kerana suaminya masih tak move on dari cinta lamanya sedangkan dia yang sepatutnya lebih penting dalam hidup lelaki itu! 

"Don't test me, Mimi Rainita..." deram Umar. Hilang terus sabarnya dan suara yang selama ini lembut kini bertukar keras, sekaligus menambah jurang antara mereka suami isteri.

Perhatian mereka teralih dengan ketukan di pintu. 

"Assalamualaikum..."

Suara Aqi. Bapak panjang umur!

Umar dan Mimi serentak berpandangan, keliru dengan kehadiran wanita itu. Tanpa mengalihkan renungan bersama kerut pada si suami, Mimi merapat ke pintu. Imej musuh cintanya disahkan dalam kepala bila Aqi muncul depan mata. 

"Aku ada bawakkan lauk untuk berbuka..." ujarnya sambil mengangkat bungkusan plastik. Kepala dipanjangkan pada Umar di dalam rumah. "Mar, ambik ni. Berat!"

Lekas lelaki itu merapat bila dipanggil. Memang banyak gila. Ada beberapa bungkusan di dalamnya. "Kenapa banyak sangat ni Aqi?"

"Dua perut. Dua perut. Empat perut," balas si perempuan sambil menuding pada Emir, Ami kemudian Umar. Nafas terhembus berupa sedakan.

"Kau indirectly samakan aku dengan lembu..."

Aqi yang baru nak masuk ke dalam rumah, menoleh spontan. "Lembu... oh, hahah." Lembu ada empat perut. "Happy accident."

"Kuajaq..." 

"Haha..." Wanita itu kembali pada fokusnya nak memandang anak-anaknya yang masih terbongkang. Ketawa terlepas perlahan. "Apa kau dah buat sampai dorang penat macam tu sangat?"

"Lots." 

"Hahaha..." Masih tertawa. Malah Vivo dikeluarkan dan gambar ditangkap. "You know... nanti bila baby korang lahir... imagine budak tu tidur macam budak berdua ni hahahha..." Dengan senyuman luas, suami isteri itu ditentang. "Cute gila!" 

Kegembiraan Aqi diterima dengan reaksi berbeza oleh keduanya. Umar tersenyum halus manakala Mimi mencerun. 

"Dah kenapa anak aku tidur macam anak kau?!" marahnya pula. Dah la statement perempuan ni lebih kurang dengan ayat suaminya tadi! Dua orang ni serasi benar dan dia bencikannya!

"Come on. Anak Umar, kut. Confirm tingtong macam bapak dia."

"Kau, kalau tak kutuk aku kejap, tak boleh ke...?" getus Umar. 

Aqi membalas dengan lirikan nakal serta ketawa kecil. "Pergi la letak lauk tu kat meja, lembu."

Makin geram, tetapi dia tidak marah macam bara hangit yang dirasai pada isterinya tadi. Nafas dihembus pendek, lalu dia mengangkut plastik berisi tiga lauk itu ke meja. Lagi ada sejam nak berbuka. Rajin gila Aqi masakkan semua lauk ni untuk mereka! Terharunya....

"Kau dah kenapa nak sibuk pasal baby kitorang?!" Mimi masih nak bergaduh. 

"Anak korang anak aku jugak." Laju Aqi menjawab, membuat Mimi terpempam. Malah wanita berambut ikat siput itu tiba-tiba mengusik perutnya. "Baby apa khabar? Kacau mami tak?" Kemudian isteri dudanya dipandang dengan senyum. "Kau macammana? Muntah teruk tak?  Umar layan elok tak? Kalau ada masalah, maklum je la. Aku try tolong."

Bercantum terus keningnya melihat keprihatinan itu. Malah sinar wajah dan senyuman itu ikhlas sekali... 

"Kau... apa masalah kau, ni...?" Dia benar-benar tak faham Aqi...

"Kenapa pulak aku bermasalah! Aku tanya je..." desis si perempuan.

Bibir dikemam, merasa kalah. "Tak payah nak tunjuk baik..." Tangan Aqi ditepis dari menyentuh sumber penipuan yang mengikat Umar dan satu-satunya faktor yang boleh menghalang suaminya dari mendapatkan perempuan ini. "Anak aku bukan anak kau."

Aqi pula terkedu. Umar yang mendekati mereka kembali dikerling, mengingati niat lelaki itu supaya mereka beraya bersama. Dah dimaklumkan pada Mimi, kah? Boleh jadi Mimi taknak... jadi Aqi pun taknak mengeruhkan lagi keadaan. Perut wanita itu direnung lagi. Tapi... dia ma

"Memang la bukan anak aku... tapi aku masih mak tiri dia..." 

"Mak tiri apa benda. Kau dengan Umar bukannya laki bini."

Aqi terkedu lagi sebelum tercungap teruk. Malah nafas tertelan terus. Matanya membulat dan mulut yang melopong ditutup dengan tangan. Kemudian si mata hazel itu dipandang, baru sedar... yang tanpa disedarinya... dia masih mahu menjadi isteri lelaki ini. 

"Astaghfirullahalazim... oh my god... ya Allah ya Allah..." Muka terasa berbahang. Terus Aqi berkalih ke pintu, nak melarikan diri dari kenyataan yang baru kantoi... yang baru disedari... yang memalukannya!!

"Eh Aqi, nak pergi mana?" tegur Umar terus. Malah dikejar bekas bininya itu.

"Balik!"

"Balik kenapa? Mehlah berbuka sekali. Kau dah masak banyak macam tu..."

"Abang jangan mengarut boleh, tak?" getus Mimi pula, membuat Umar menoleh padanya. 

"Ajak Aqi berbuka bukan benda mengarut..." balasnya sebelum menoleh ke pintu semula, dimana wanita itu dah pun menghilang. Laju gila lari! "What the..."


ENGGAN kembarnya buat perangai yang sama macam emak mereka, Umar menahan kedua-duanya supaya berbuka dengannya. Mimi membiarkan anak beranak itu bergurau sesama mereka. Sesungguhnya, dia bahagia juga melihat suaminya lebih ceria dari biasa. 

"Kalau boleh main meriam buluh, nikmat juga ni..." luah Umar semasa mereka lepak di depan TV selepas berbuka.

"Meriam buluh?"

"Dia meriam, tapi dibuat dari buluh," jelas Ami.

Emir menjulingkan mata ke langit, cuba membayangkan meriam tersebut. "Buluh pun aku tak pernah tengok."

"Kesiannya anak aku ni..." Umar menahan pedih, lalu mencapai handphone. Nombor Farid didail untuk bertanya sekiranya abangnya ada kenalan yang boleh membekalkan buluh, tetapi semasa menunggu panggilan berangkat, idea baru timbul di belakang kepala. 

"Emir, ma kau pernah bawa kau masuk kampung?" soal si ayah.

Si anak lelaki menoleh lagi. "Macam Kampung Baru?"

Tersenyum lalu. "Kampung macam... kau boleh tengok buluh... ayam... itik... angsa..."

Mata kedua-duanya membulat lalu. Lebih besar dari biasa. Itu ialah respon yang menandakan mereka belum pernah melihat suasana kampung. Sedangkan Ami pun sekadar membesar dalam tamannya, Emir yang disembunyikan Aqi di German apatah lagi. 

"Assalamualaikum, ahli kubur. Kau nak apa?"

Suara Farid di hujung panggilan memanggil Umar kembali ke bumi. "Wassalam... Abang balik kampung Kak Maya ke tahun ni?" soalnya sambil terus bergerak ke luar rumah. 

"Ha'ah."

"Mar nak pinjam Honda CRV tu raya nanti boleh?"

"Nak buat apa?"

"Road trip Raya. Mar nak pusing Malaysia dengan keluarga Mar..." Perasan tempat duduk disebelahnya diduduki. Umar membiarkan, tahu itu bininya kerana Mimi tak boleh duduk bersama dengan anak-anaknya kalau dia tidak menemani.

"Keluarga kau? Full house? Termasuk bini kau dengan janda kau? Kau yakin kau boleh hidup sampai umur 40 tahun?"

Umar tergelak hambar. "Come on. Aqi cakap dia nak fight for our first Raya, so I can trust her..." ujarnya, sebelum menoleh pada Mimi yang tengah mengerutkan dahi.

"Okay, thats one problem down. Mimi pula macammana?"

"She has to listen to her husband, no question asked..." ujarnya pada Farid tetapi pandangan difokuskan pada Mimi. "So, can I have the CRV?"

"Ambik je."

Panggilan diputuskan.

"Abang nak beraya dengan keluarga abang?? Habis Mimi macammana?" soalnya terus.

"Keluarga abang termasuk awaklah, sayang. Abang nak balik Terengganu kejap untuk lawat kubur ayah, lepas tu turun JB untuk jumpa Lukman dengan Siti. Tu je."

"Termasuk Aqi?"

"Of course."

"Abang gila! Mimi taknak beraya dengan dia!"

Masih dengan senyum, tangan isterinya digenggam lembut. Mata Mimi direnung tepat ke anak mata, sekaligus menusuk ke hati keras itu. Kedegilan Mimi perlu dilenturkan. 

"Ini first time kita beraya bersama... dengar cakap abang, please...?"

Mimi terpempam. Sebak hatinya lalu. "Tahu pun... kenapa abang sanggup duakan sayang masa hari special macam ni... sayang nak beraya dengan abang seorang..."

"Abang bukan milik awak seorang, sayang. Abang ayah kembar tu. Aqi emak anak-anak abang. Awak tak boleh expect abang tinggalkan mereka semasa Raya sedangkan Aqi pun takda siapa kat sini selain abang. Lagipun abang nak bawa Emir masuk kampung, tengok pemandangannya macammana. You can't take this away from me..." luah lelaki itu dengan senyuman luas sambil menggenggam bahu isterinya. Pandangan lelaki itu juga berat dengan gaya meminta.

Mimi menggeleng lagi. "Sayang taknak beraya dengan Aqi..." Masih degil.

"Abang minta sehari je. Minimum. Abang nak bawa awak semua lawat kubur ayah abang."

Uish. Gila nak menolak permintaan itu. Mimi bencikan Aqi tapi dia tak pasti sejauh mana dia boleh berdegil untuk melawan suaminya ini. Nafas tertahan, kini gagal memberi respon kerana perkelahian ego keras dan hatinya yang menyayangi. 

"Sayang taknak beraya dengan Aqi..."

"Kalau macam tu, abang minta Aqi drive sendiri. Okay?"

Ah, berat. Dan Mimi pasti Aqi akan bersetuju sebab perempuan itu  sepesen dengan suaminya! Tolonglah berikan ruang untuknya memberontak!!

"Awak sayangkan abang tak?" tambah Umar lagi. 

"Mestilah! Tapi abang yang tak sayangkan sayang!"

"Awak cuma perlu fokus dekat abang kalau awak tak sukakan Aqi sangat. Tapi abang takkan tinggalkan anak-anak abang Raya ni. Be proper adult, Mimi. Jangan buat abang pening tak pasal-pasal."

Lalu Mimi mendengus. "Abang tak tahu lagi sejauh mana Mimi boleh buat abang pening! Kalau abang masih nak teruskan dengan plan abang, Mimi akan buat abang migrain terus!" marahnya, terus bangun dan masuk ke dalam rumah. 

Umar yang ditinggalkan, tersenyum kecil. "All I heard is yes," sengihnya, lalu melangut pada langit. Mudah untuknya mengendahkan kemarahan Mimi kerana ada orang lain yang boleh memberi perhatian dan kasih sayang padanya. Lagi-lagi bila 'orang lain' itu juga terang-terang menyatakan akan menyokongnya. Umar merasa kekuatan yang utuh dalam diri untuk melalui Raya pertama dengan Mimi, Aqi, dan kembarnya.



RAYA dah sampai!!

Umar tidak main-main bila dia cakap dia mahu beraya dengan Aqi dan anak-anaknya. Kerana semasa Aqi dan Ami sedang mengemas makanan di dapur sebelum pergi solat Raya, rumahnya dikejutkan dengan kehadiran Umar dengan Mimi. Malah lelaki itu tidak segan silu mengangkut si bini macam guni di bahunya sambil masuk macamlah dia tuan rumah sebelum didudukkan isterinya di sofa panjang.

Emir yang tengah menonton takbir Raya di Mekah sambil mengisi kuih raya di dalam bekas ternganga melihat tingkah laku ayahnya, malah lelaki itu dengan selamba mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Ayah dah sampai ni. Boleh salam sekarang."

"Salam?" Blur. "Yang kena bagi salam ialah ayah. Lepas tu Emir cakap, waalaikumussalam. Masuklah. Oh, ayah rupanya. Aunty ada sekali? Haa... silalah duduk." Sambil berkata-kata, mimik mukanya turut memainkan senario menerima tetamu. Kemudian muka kacak si ayah ditentang lagi. "Itu namanya adab."

Selamba badak dia menyindir dengan muka seposen itu. Umar merenung muka itu sebelum memanjangkan leher ke meja makan. "Aqi, kau ajar ke tidak SOP beraya dekat anak lelaki aku ni??"

Tanpa dapat ditahan, wanita itu tergelak. Baru teringat, ini juga kali pertama anak lelakinya beraya secara lengkap begini. Tangan dilap pada kain bersih sebelum mendekati ruang tamu. "Emir, adat melayu kita bila beraya, anak-anak minta maaf dekat mak ayah... atau Mimi sebagai isteri, minta maaf dekat ayah kau... atau Ami sebagai adik, minta maaf dekat kau..."

Mata si abang perlahan-lahan bersinar, lalu si adik yang menyorok di dapur dicari. "Reaaally...?? Adik kena minta maaf kat abang??" Lalu dia bangun dan mengejar adik perempuannya.

Dibiarkan dapur kecoh, Aqi merenung Umar sambil mengisyaratkan mata pada wanita cantik di sebelahnya. "Where's the fire?"

"Its RayaJust for today, tapi... family kita full house," sengih lelaki itu.

Kening Aqi terjungkit tinggi, lalu Mimi yang memuncung sambil bersandar dipandang. "Apa kau dah buat? Jangan jawab black magic!" Terus amaran diberi sambil mencerlangkan mata.

"Hehe... lepas everything that happened, bini aku tengah strive nak jadi bini taat dan solehah. One day is her limit untuk beraya dengan kau katanya," tambah Umar sambil mengusap kepala bininya. Si bini tak bersetuju sekalipun, dia hanya perlu memaksa!

Mendengar itu, Aqi kegembiraan. Air mukanya bersinar sekali! "Thats good... thats seriously goodFake it till you make it. Well done, Mimi!" luahnya dengan penuh gembira. Hidup mereka akan jauh lebih mudah jika wanita itu beralah sebegini dari awal lagi.

Namun Mimi pula yang terasa ditampar. "Aku ikut sebab aku sayang Umar! Bukannya aku nak sangat beraya dengan kau!!"

"Takpe. Aku faham, hahaha! Aku sure kau tengah tahan nak muntah masa dipaksa Umar datang ke sini... kau nak air?" soal wanita itu lagi, jauh lebih ikhlas kali ini. Terus dia kembali ke dapur dan mendapatkan makan minum untuk tetamu pertama pada hari Raya pertama. Kembarnya sempat dimarahi kerana masih bertelingkah di dapur kemudian disuruh menyalami Umar sekarang. Walaupun hanya sehari, peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk membina memori bersama!

SELEPAS solat Raya, mereka makan bersama-sama di dapur.

"By the way, aku nak bawa korang ke Terengganu, Marang. Kita gerak esok. Aku rasa trafik clear sebab semua dah balik," ujar Umar pada nasi di tangan.

"Terengganu? Jauhnya. Buat apa?"

"Lawat kubur ayah aku."

"Ayah kau? Kubur dia kan kat negeri ni je?"

"Yang seorang lagi, Aqi..."

"Ooh... orang teganu ghupenye..."

Mimi mengerut dahi, menoleh pada janda suaminya itu. Aqi tahu Umar ada dua bapak?

"Ayah ada dua ayah?" soal Ami terus. Aqi dan Umar serentak menoleh pada kembar mereka.

"Nak terus terang?" soal Aqi.

"Kalau kau, kau nak terus terang?"

"Benda yang tak perlu, tak payahlah bagitau..."

Umar tersenyum lagi, manakala Mimi masih dengan kerut di dahi. Kemudian suaminya memandang kedua-dua anaknya. "Ayah ialah adik tiri uncle Farid kau... Kubur yang dekat Marang tu ialah ayah kandung ayah... orang yang bertanggungjawab buatkan ayah lahir ke bumi..."

"Emir ingat ayah ialah adik angkat uncle Farid," bidas Emir tiba-tiba, membuat mereka semua menoleh padanya. "Ma pun ialah adik angkat Uncle Farid. Lepas tu dikahwinkan. Lepas tu ayah eksiden. Lepas tu ayah amnesia. Lepas tu ayah tunang dengan aunty Mimi tapi lepas tu ayah putuskan aunty Mimi sebab nak kembali bersama dengan ma."

Rahang Mimi jatuh macam nak tertanggal. Dia sendiri dah lupa kenangan itu, tapi kembar itu rupanya tahu?!

"Tapi lepas tu ma ayah tetap cerai sebab gaduhkan benda bodoh tapi sebenarnya ma ayah masih saling sayang menyayangi," tambah Ami, menyudahkan cerita pendek itu. 

Ketiga-tiga orang dewasa itu merenung kedua-dua remaja, memanggil mereka untuk meleraikan kekeliruan mereka. 

"Aunty Batrisya yang cerita sebelum dia balik London," jelas mereka serentak.

 "Oh." Aqi menelan nafas. Perasan dirinya diperhati, dia menoleh. Umar sedang merenungnya. Sendatnya rasa nafas di dada hanya disimpan sendiri, lalu kepala ditundukkan. Dia tak gemar sejarah mereka diungkit tetapi kali ini... dia tak mampu lari dari getaran hati yang semakin rancak hingga menimbulkan resahnya.  

Mimi turut merasa sempit di dada, walaupun punca sakit itu ialah kerana suaminya merenung perempuan lain berbanding dia. Tangan Umar dicapai, meminta perhatian si lelaki. 

"Abang tak pernah cerita yang abang rupanya anak tiri..."

Umar tersenyum kecil. "Abang tak bagitau sebab abang tak rasa orang lain perlu tahu... tapi now that I'm with you guys, I feel like you need to know that part of me too... sebab kita dah jadi a proper family."

"Tapi Aqi tahu?" getusnya pula. 

"I was there masa kami dapat tahu," jelas Aqi. "Aku kan duduk vila masa tu."

Mimi mencemik sebelum memandang suaminya lagi. "Kenapa rahsiakan keturunan sebenar abang?"

Umar merenung nasinya. "Sebab ayah ialah pembunuh."

Ruang dapur itu hening. Hanya detikan jam yang kedengaran ketika ini. Jantung masing-masing rasa nak terkeluar dari anak tekak. Mimi ternganga luas, manakala Aqi memandang wajah anak-anaknya yang juga tengah melopong. Selain warna mata dan sifat baran, nasib Umar pun diturunkan juga pada anak-anaknya, nampaknya.

"Ab-ab-abang biar betul!?" Mimi yang tersedar dahulu. "Aqi kau tahu pasal ni?!!"

Wanita itu terkebil seketika. "Kau... tak ingat?" 

"Ingat apa benda?! Aku baru tahu!!" 

Bibir yang terasa kering, dijilat. Sepatutnya Mimi juga tahu... tapi mungkin perempuan ini lupa. Ah, perempuan ini hanya ingat benda yang berkepentingan untuknya. "Aku tahu on the surface je... tapi aku tak tahu detail macam Umar lahir kat teganu..."  

Lelaki itu tersenyum hambar. "Dia ditangkap polis masa abang 6 tahun. I live alone for like a year or two... and then Bang Farid datang ke kampung dengan ayah... we met then. Abang bonded dengan Bang Farid... and then ayah jadikan abang sebagai anak angkat dia bila dia dapat tahu takda siapa jaga abang. The rest is history..." luahnya sebelum menjeling pada Aqi. "Kau tahu rahsia selebihnya, kan?"

Aqi menelan liur.

Mimi pula memandang keduanya dengan mata mencerlang. "Rahsia apa lagi?? Apa dia tentang laki aku yang kau tahu, Aqi?!!" pekiknya terus.

Nafas pendek dihembus. "Umar ialah anak luar nikah..."

"WHAT?!!" Mimi terpekik hingga terbangun berdiri. Ami dan Emir kini makin luas ternganga pada ayah mereka. Aqi menyambung kata.

"Turns out... aunty Orched... isteri uncle Mael... ialah emak kandung Umar.... Even dia sendiri tak tahu sebab dia betul-betul terkejut beruk bila rahsia tu kantoi dekat kami semua... I mean, by kami semua, termasuklah Bang Farid, Kak Bat... uncle Mael.... Ini berlaku masa kita Form 4." Muka merah Mimi direnung dengan senyum pahit. "Sebab kenapa aku dengan Umar sangat rapat dulu... malah lebih rapat dari Umar dengan bestfriends dia... ialah sebab aku tahu rahsia-rahsia Umar ni..."

Mimi sendat nafas.

"Anak luar nikah dan anak pembunuh... bapak ahh..." Emir terpejam kelip cuba menelan maklumat yang macam bom atom itu. 

Ami mengurut dada. "Kami bukan anak haram, kan?" Percuma kepalanya disekeh si emak. 

Lelaki itu tersenyum kecil pada anak-anaknya sebelum kembali menoleh pada merenung isterinya. "And now you do too, Mimi...." Tangan dipanjangkan, memegang tangan isterinya. "Kita dah jadi satu keluarga sekarang ni. Ni bukan kali pertama abang minta, dan bukan kali pertama Aqi minta juga... tapi bukalah hati sayang untuk terima kita berlima sebagai satu family. Terima anak-anak abang macam anak awak sendiri... terima Aqi sebagai kawan, at least... and lets beraya bersama as one family..." pintanya, benar-benar mengharap. 

Wanita itu duduk semula sebelum menggelengkan kepalanya. "Mimi boleh terima abang dengan sepenuh hati sayang... tapi Mimi takkan boleh terima Aqi dalam hidup kita...." Wajah suaminya direnung. "Sekarang ni makin clear. Peranan dia dalam life abang bukan setakat emak anak-anak abang je... tapi dia ialah kawan abang, adik angkat abang, pernah bermusuh, pernah sekelas, berkongsi rahsia sepenting ini... Aqi ialah dunia abang.... Mimi memang tak boleh lawan. Abang tak boleh expect sayang tak jealous dekat dia sedangkan sayang tahu betapa pentingnya Aqi dalam hidup abang..." Liur yang terasa pahit, dipaksa telan. "Sayang isteri abang. Sayang minta abang cintakan sayang sama macam abang cintakan Aqi... tapi itu pun abang langsung tak boleh buat.... Hanya sebab Aqi dah balik semula."

 Umar merenung muka sedih isterinya. "Kalau awak dah tahu dari awal lagi... kenapa masih melawan?"

Mimi terkedu. Aqi turut menoleh dibuatnya.

"Awak bukan Aqi, sayang. The both of you are very different... tapi abang tetap terima awak sebagai isteri abang sebab abang nak jagakan awak.... Aqi bukan masalah dalam rumah tangga kita, tapi cemburu awak yang buatkan life kita jadi susah. Ni abang minta benda kecil macam jaga Ami macam anak awak sendiri, pun awak berkira hanya sebab dia lahir dari perut Aqi. That hatred of yours needs to be curbed. Dan awak pun perlu faham, perkahwinan bukan pasal cinta semata. Its a responsibility. Affection. Being there for each other, bukannya nak menang seorang. Jadi alang-alang Raya ni... awak bukalah lembaran baru. Terima kita semua sebagai family baru awak... okay? Abang pasti awak akan jadi lebih happy..."

Mimi masih dengan muka degil. Setiap nasihat yang diterima langsung tidak melekat di dalam hatinya. Tetapi Umar dan Aqi sama-sama faham apa yang berlaku di dalam kepala wanita itu. Keutamaan Mimi ialah dia taknak diduakan.

"Aqi takkan rampas abang, jangan risau. Dia bukan penggoda. Dia egois. Feminis. Prideful. Dia lebih rela join Hamas menentang IDF dari dilabel perampas suami orang."

"Abang jangan tipu..."

"Umar cakap betul, Mimi. Kau kena ingat, kalau betul aku nak rampas Umar, aku takkan tunggu sampai sekarang. Aku cuma perlukan lima minit dengan dia dalam bilik tidur aku untuk buat dia lupakan kau, tapi aku tak buat..." ujar Aqi senada, membuat Mimi menoleh dengan pandangan membunuh. Umar pula tersenyum kelakar.

"Kau sembang lebat tapi apa yang berlaku sekarang ni, aku tetap kena tarik ke rumah kau sebab laki aku nak 'beraya bersama' berbanding dengan aku seorang," cemiknya.

"Sebab kita satu family," jawab Umar dan Aqi serentak, lalu mereka berpandangan. Kembar yang senyap dari tadi merenung mak ayah mereka, menghadam sifat positif itu untuk dijadikan panduan hidup. 

Mimi mengeluh lagi. "Mimi taknaklah... Mimi taknak. MIMI TAKNAK!!" jeritnya akhirnya bagi melepaskan rimas yang berbaki. Dia benar-benar tidak menyukai penambahan Aqi di dalam hidupnya, baik sebagai isteri ataupun tidak. Dia taknak perhatian Umar terbahagi. Dia hanya nak Umar untuknya seorang! Kenapa suaminya tak faham-faham?!

"Hahaha... kita start slow. Kita pergi ke Marang satu kereta, and then have fun as a family of five... okay?"

Wanita cantik itu mendengus, tetapi berkat pujukan Umar dan Aqi, dia akhirnya bersetuju dalam terpaksa. Namun hanya seketika, kerana bila Umar dan Aqi saling bertukar senyum lega, cemburunya merecik semula hingga membakar ke hati hitam.

Ikut serta dalam road trip yang berjam-jam dimana dia akan melihat dua individu itu bergurau senda dan bertukar renungan manja? Sekian wassalam. Dia tak gila macam Aqi. Dia perempuan normal yang ada rasa cemburu sebagai seorang isteri!

"Kita gerak ke Terengganu bila?" soal Aqi.

"Hari ni. Setengah jam dari sekarang is okay supaya sempat sampai masa matahari masih kat langit." Jam tangan dibaca.

"HA?!!" Serentak menjerit hingga berpantulan gemaannya di dinding rumah itu.

"Yea. Chop-chop. Cuti raya aku dua hari je. Kita pergi Marang, baca yasin sikit kat kubur ayah aku, pahtu kita balik terus."

Jatuh rahang semuanya. 

"Rilekslah, hahaha. Aku drive."

"Bukan masalah tu..."

"Ami nak pergi berak dulu!" ujar si anak perempuan, terus meloncat ke tandas. Nyata dia yang paling fleksibel memandangkan dah dibesarkan seorang Umar Darius seumur hidupnya. 

Aqi dan Emir berpandangan, manakala Mimi menelan rasa terkejut. 


APA yang dikehendaki Umar, itulah yang ditunaikan keluarga kecilnya. Mimi duduk di sebelah dan Aqi serta anak-anaknya duduk di belakang. Perjalanan mereka dimulakan dengan Umar menyanyikan lagu Balik Kampung sebelum disambut Aqi dan anak-anaknya di belakang. Ceria sekali. Umar merasa bahagia yang tak berbelah bahagi. Senyap Mimi di kerusi penumpang langsung tidak menjentik warasnya.

Bila mereka berehat di RnR, Mimi tiba-tiba menghilang. Bila dihubungi, rupanya wanita itu dah pun merancang lebih awal dan meminta rakannya menunggu di RnR tersebut untuk membawanya pergi dari situ.

"Aku memang expect dia taknak beraya bersama sebab dia tak suka plan ma dengan ayah nak jadi functioning family... tapi ni jauh lebih efisyen dari yang disangka..." Ami turut memberi mock salute.

"Sempat pulak dia minta member dia sampai sini dulu sebelum kita..." ujar Emir, kagum dengan kesungguhan Mimi taknak beraya bersama.

Komen anak-anaknya umpama garam yang dilumur di luka ayah mereka. Aqi bersimpati pada si lelaki yang tengah mengacau Nescafe tariknya itu. Air muka itu rumit sekali. Merah. Tegang. Urat nampak menimbul di sisi kepalanya. Mungkin tengah berperang antara marah dan sedih. Atau sedang terkilan. 

Ya, itu adjektif yang betul. 

"Nanti bila kau balik Melaka semula, kau marahkanlah dia properly..."

Umar tidak menjawab. Malah seakan tenggelam dalam kesedihannya hingga langsung tak dengar suara orang di sekeliling.

Liur yang terasa kelat, ditelan. Umar ada trauma kerana ditinggalkan, jadi Aqi perlu memujuk galau lelaki ini lekas. Lalu si wanita beralih tempat duduk di sebelah Umar. Tangannya ragu-ragu nak direhatkan ke belakang bahu lelaki itu. Dengan sepenuh keberanian, belakang Umar ditepuk. Kemudian lambat-lambat diusap macam nak memujuk. 

"We're still here with you, ya'know..."

Hati yang terluka tadi, terdetik lalu. Seakan sedar dari tidur, matanya mencari muka Aqi di depannya, tapi tiada. Lalu dia menoleh-noleh. Itu dia. Wajah cantik yang tersenyum itu rupanya duduk di sebelahnya. Luka di hatinya tadi terasa pulih dengan sendirinya.

"Kau masih ada untuk aku... kan?"

"Yea..." Senyum. "Friendly reminder, aku sampai jadi OKU sebab nak duduk kat sebelah kau macam sekarang. Beringat sikit."

Ketawa Umar terlepas perlahan. Anak-anaknya tiada pula di meja itu. Ah, mereka tidak hilang sebab tengah membeli pau di kedai sana. Aqi kembali dipandang, kali ini dengan hati yang dah terpujuk serta rasa kasih pada wanita ini. 

Oleh itu, para isteri, walaupun dalam marah dan rajuk, janganlah mencabar sabar sang suami kerana ramai wanita di luar yang boleh memujuk hatinya dipihakmu. Dan kali ini, Mimi benar-benar dah mencabar limit sabar Umar. Rasa bersalah kerana mencintai Aqi serta mencurangi Mimi kini memudar macam kekotoran yang dibasuh detergent.

Kepala dirapatkan ke muka Aqi. "Thailand sebelah Kelantan je..." sengihnya.

Kepala Aqi pula menjauh. "Jangan mengarut!" Dahi Umar ditunjal. Laju je dia! Beri perhatian sikit terus nak mengada!

"Mengarut apa benda... kau jugak  yang nak jadi mak tiri anak aku... hahaha."

Merah muka Aqi dibuatnya. "Bongok..." desisnya sambil mengalihkan muka. 

Umar hanya merenung pipi yang merah itu dengan senyum. Dirasakan jarak dengan Aqi semakin rapat berbanding jaraknya dengan isteri sendiri. Memudar terus senyuman bila mengingati keingkaran Mimi. Bara yang marah di hati sedaya upaya dikawal dan disembunyikan, memandangkan motif road trip kali ini ialah untuk bergembira beraya bersama.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena