Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,185
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 22

Pada malam itu ditemani cahaya bulan terang dengan suasana yang cukup cantik malah diterangi dua buah lampu mereka semua berkumpul untuk meneruskan aktiviti yang telah diaturkan. Mereka semua membakar pelbagai makanan lauk seperti ikan, sotong, udang dan hot-dog untuk hidangan mereka malam itu. Sambil membakar dan makan mereka meneruskan acara yang telah di atur. Kini tiba pula acara nyanyian.

Mereka membuat satu likungan. Iskandar, Rizal, Fitri, Imira dan Aisyah berada di sebelah menyebelah. Kak Mas dan Lees pula berada bertentangan dengan mereka. Iskandar sengaja mengambil tempat bertentangan dengan Lees supaya dia dapat melihat gadis yang di rindui itu berada didepannya. Lees memang tidak selesa dengan keadaan itu kerana dia tahu yang Iskandar akan memerhatikannya.

Lees mengelamun jauh, tumpuannya tidak kepada audience. Kak Mas memandang Lees di sebelahnya dia menggelengkan kepada dan tersenyum sendiri melihat gelagat Lees yang tidak memberi perhatian kepada acara yang sedang berjalan. Peserta yang menyanyi sebentar tadi pun rasanya tidak didengarinya. Dia asyik memegang ranting kayu dan memusingkannya entah apa yang difikirkannya pun tidak tahu. Mukanya mencuka sesekali dia tunduk menungkat kepalanya dengan tangan.

Iskandar sesekali memandang ke depan memerhatikan Lees yang diam dan tidak memberikan perhatian itu dia bertanya sendirian. “Apa yang bermain difikiran Lees sekarang? Kenapa dia jadi begitu? Kenapa dia tidak menjawab pertanyaan aku tadi?. Aku sayang sangat pada dia’. . Adakah dia fikir aku dengan Mira? Kenapa Mira cakap begitu tadi dan aku pula tidak membelanya”. Keluh hati Iskandar.

“Ok, kita semua sudah dengar rakan-rakan kita yang mengambil bahagian menyanyi. Sekarang ada siapa-siapa yang mahu menyanyi? Tanya juru acara kepada semua.

Kak Mas memandang Lees, dia menggangkat tangan lalu berkata. “Saya cadangkan Aleesa menyanyikan lagu untuk kita semua”. Dengan pantas Fitri mengangkat tangan menyokong, tanda setuju. Lees yang ada disebelahnya tidak bertindak apa-apa mungkin dia tidak mendengarnya apa yang sedang berlaku di depannya sekarang. Tiba-tiba dia terdengar namanya di sebut. ‘Lees…Lees…Lees…’ beberapa kali. Dia terkejut lalu memandang Kak Mas di sebelahnya dengan kebengungan.

“Ada apa Kak Mas”. Tanya Lees kebengungan.

“Mereka semua suruh Lees menyanyi”. Kata Kak Mas.

“Nanyi apa, tidak fahamlah, kenapa Lees?” Dia bertanya lagi.

“Lees nyanyilah lagu apa pun asalkan dapat luahkan perasaan Lees. Kadang-kadang kalau kita tidak dapat menyatakan sesuatu dengan kata-kata mungkin boleh diluahkan melalui lagu”. Bisik kak Mas pada Lees, memberi semangat kepada Lees.

Lees berfikir sejenak. Tiba-tiba dia tersentak apabila rakan-rakan lain melaungkan “cepatlah Lees”. Juruacara telah menghampiri Lees dan memberinya mikrofon kepadanya. Dia mengambilnya dengan ragu-ragu.

“Nak nyanyi lagu apa, Lees tidak pandai menyanyi?” tanya Lees kepada rakan-rakannya semua dengan menggunakan mikrofon.

“Nyanyilah lagu apa pun, lagu yang Lees tahu”. Jawab salah seorang daripada mereka.

Lees memandang Fitri yang berada di sebelah Aisyah. Dia mengangkuk kepalanya kepada Fitri. Fitri bangun menuju ke arah Lees. Iskandar melihat sambil dahinya berkerut kehairanan kenapa Lees memanggil Fitri bersamanya. Fitri duduk di sebelah Lees.

“Fit boleh temankan Lees nyanyi tak, Lees malulah?” Tanya Lees pada Fitri.

“Boleh, Lees mahu nyanyi lagu apa?” Balas Fitri.

“Tak tahulah lagu apa”. Jawab Lees.

Iskandar yang sedang memerhatikan mereka menundukkan kepalanya berlapiskan tangan di atas kedua kepala lututnya.

“Eh! si Lees ni berani ke dia menyanyi”. Bisik hati Iskandar

Lees telah menyanyikan lagu yang menjadi kegemarannya iaitu lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Spring suatu ketika dulu iaitu lagu sejujur manakan kata-kata.

Lees terdiam seketika lalu dia memulakan nyayiannya..

“Sejauh mana ikhlasnya hati

Ketika lembut senyum diberi

apakah ada tujuan sebalik senyuman itu

Sejujur manakah kata-kata… ketika kita bertentang mata”

“Bolehkan aku percaya mungkin itu satu sandiwara…..

Iskandar mendengar nyanyian Lees lalu mengangkat kepalanya melihat Lees. Lees berhenti seketika apabila tiba-tiba suasana sunyi bila dia menyanyikan lagu itu, dia memandang sekeliling.

“Sambunglah lagi” Kata satu suara yang tidak dikenalinya.

Lees meneruskan lagu itu sehingga habis. Iskandar mendengar setiap lirik lagu itu. Hatinya berkata. “Lees tidak percaya ke dengan kata-kata aku selama ini yang aku cinta dan sayang dia”.

Habis sahaja lagu itu, semua orang memberi tepukkan kepada Aleesa. Dengan suara yang merdu itu tiba-tiba ada satu suara melaung “Nyanyikan satu lagi lagu untuk kami”. Mereka semua mendesak Lees menyanyikan satu lagi lagu. Dia menarik nafas panjang dan menggangkukkan kepalanya tanda setuju. Dia menyanyikan satu lagi lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Shima (setelah aku kau miliki). Dia terus mendandangkan lagu itu sambil matanya memandang terus ke arah Iskandar yang ada bertentangan denganya.

Mereka lihat ku tersenyum

Gembira bagai tiada duka

Begitu indah dipandangan

Tapi hatiku keretakan bagai sinar

Purnama terang yang terbakar

Ketika itu Lees alihkan pandangannya ke arah lain. Dia meneruskan nyanyiannya.

Setelah aku kau miliki

Mana janjimu yang sejati

Segala bagai kiambang

Zahirnya nampak berkembangan

Akar tak jejak di dasaran

Terluka cintamu itu

Jelmaan yang mendatang

Meragut menggoda

Membenam binasa cinta

Aku di genggaman

Engkau lepaskan

Kerna memburu khalayalanmu

Yang janji

Rembulan keribaanmu

Engkau kehancuran

Tidakku mampu membencimu

Biarpun cuba ku lepaskan

Tapi rantaimu mengunciku

Di kota cinta jelmaanmu

Tidakku rela dibinasa

Bersama cintamu itu

Iskandar menarik nafas panjang apabila mendengar lagu itu. Kak Mas yang ada disebelah Lees mengerti maksud lagu yang disampaikan oleh Lees. Selesai acara pada malam itu Kak Mas membawa Lees ke khemahnya, diperhatikan oleh Iskandar. Dia bangun untuk mendapatkan Lees dan bercakap dengannya. Dia memerhatikan Lees dari jauh. Kak Mas dan Lees sampai dikhemahnya.

“Lees nak makan tak, boleh kak Mas tolong ambilkan?”. Tanya kak Mas pada Lees.

“Boleh juga, kak Mas ambil sotong bakar ya”. Pinta Lees dengan manja.

Dia cuba mendapatkan Lees selepas melihat Kak Mas beredar dari situ. Tapi langkahnya terhenti apabila melihat Shahrul menuju ke arah Lees. Dia memerhatikannya.

“Lees macam mana, sudah tanya Kak Mas?”. Tanyanya Shahrul dengan penuh makna.

“Sudah, line clear”. Jawab Lees dengan tersenyum manis.

Shahrul menyeluk saku seluarnya mengeluarkan sepucuk surat lalu diberikan kepada Lees.

“Tolong bagi pada Kak Mas”. Kata Shahrul.

Lees mengambilnya dengan senyum melerek. Shahrul beredar dari situ.

Iskandar yang sedang memerhatikan mereka berkata. “Eh! mereka berdua ni ada apa-apa ke? bagi-bagi surat pula. Dahlah di sini Fitri dengan Rizal, eh di sana si Shahrul pula. Habis, aku ni siapa, tunggul?” Tidak boleh jadi ni, aku mesti jumpa Lees’.

Dia terus pergi kepada Lees sejerus sahaja Shahrul meninggalkan Lees di situ keseorangan.

Sampainya dia didepan Lees dia terus menghulur tangan.

“Mana surat tu”. Pinta Iskandar pada Aleesa.

“Surat apa?” Tanya Lees menutup rahsia.

“Abang nampaklah tadi, Shahrul bagi surat pada Lees. Bawa sini”. Is tegas meminta Lees menyerahkan surat itu pada dia.

“Lees kenapa buat begini pada Is, apa salah Is? Tolonglah Lees. Lees tak cinta dan sayang Is ke?”

Lees hanya memasamkan mukanya wajah Iskandar tidak dipandangnya.

“Lees, pandang sini cakap dengan Is” Is terus memujuk kekasih hatinya. Tapi Lees tidak menghiraukannya.

Tiba-tiba mereka nampak Kak Mas menuju ke arah mereka. Iskandar terus menukar tajuk perbualan mereka.

“Lees, bagaimana dengan kaki awak, sakit lagi ke?”. Tanya Iskandar dengan tiba-tiba.

Lees tidak menjawabnya.

“Ha, Iskandar ada apa ni?” Tanya Kak Mas apabila melihat mereka berdua.

“Saya tanya Lees macam mana dengan kakinya masih sakit lagi ke?”. Jawab Iskandar pada Kak Mas.

“Kak Mas, ini ada orang bagi”. Kata Lees sambil mengeluarkan surat yang diberikan oleh Shahrul tadi, diperhatikan oleh Iskandar.

“Surat apa ni Lees, Siapa bagi?”. Tanya Kak Mas dengan terkejut dan hairan.

“Siapa lagi kalau bukan abang Shahrul”. Jawab Lees dengan manja sambil menyindir Iskandar yang ada di situ.

Iskandar menarik nafas panjang, lega rasanya apabila Lees tiba-tiba membuktikan surat yang diberikan oleh Shahrul tadi bukan untuk isterinya.

“Jadi Lees dengan Shahrul tiada apa-apalah”. Detik hatinya.

Iskandar meninggalkan mereka kemudian dia menuju ke khemahnya.

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina