Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,182
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 12

Beberapa minggu selepas itu, habis sahaja waktu kuliah Fitri mengajak Lees ke library belajar bersamanya. Tanpa berfikit panjang Lees terus mengikut Fitri ke library untuk belajar bersama-sama. Lees tidak perasan yang Fitri cuba memikatnya dia mengambil peluang ini memandangkan mereka belajar course yang sama, mereka akan menyiapkan setiap tugasan yang diberikan bersama-sama. Inilah peluang untuk Fitri mendekati Lees dan mencuri cinta Lees, dia sudah jatuh cinta. Fitri tidak akan memberitahunya kerana dia tahu Lees akan menolaknya dan Lees akan menjauhkan diri daripada dia. Dia akan menunggu masa yang sesuai untuk memberitahunya.

Selesai sahaja mereka belajar petang itu, Fitri sekali lagi mengajak Lees menemaninya makan. Lees mengikut dan menemani Fitri makan di restoran yang berhampiran dengan universiti mereka. Selesai sahaja makan Fitri terus pulang ke rumah dengan wajah yang berseri-seri.

Setibanya Fitri di rumah rakan-rakannya sudah menunggu dia untuk keluar makan.

“Eh Fitri, kamu ke mana ya, sudah lama kami menunggu mahu pergi makan bersama-sama” tanya Randy dalam loghat Indonesia. Dengan senyum lebar Fitri menjawab

“Kamu semua pergilah makan, aku sudah makan tadi”.

“Kau pergi makan dengan siapa?”. tanya Rizal melihat Fitri tersenyum lebar dan rauk wajahnya nampak puas hati.

“Aku pergi makan dengan Lees yang cantik molek tu lah” jawab Fitri dengan gembiranya.

“Kau pergi dengan Lees berdua-duaan?”. tanya Rizal terkejut dengan dahi berkerut.

“Yalah, dengan siapa lagi berduaan sahaja dengan Lees lah, buah hati aku tu”. Fitri menjawab dengan perasaan bangganya. Iskandar mendengar dengan perasaan yang marah dan sakit hati kerana Lees tidak memberitahu dia keluar makan dengan Fitri. Dia tidak sabar ingin menelefon Lees dan bertanya sendiri.

Is bersuara “Rizal, Randy kamu pergi dulu tunggu aku di sana”

“Eh, kau nak ke mana Is?” tanya Rizal.

“Aku ada kerja sikit nanti kita jumpa di sana”. Is menjawab sambil memakai kasut lalu keluar menuju ke tempat yang membolehkan dia menelefon Lees. Nada telefon Lees berbunyi dia mencapainya dan menjawab.

“Assalamualaikum”. Tapi salam itu tidak dijawab oleh Iskandar. Dengan nada yang marah dia bertanya.

“Lees keluar dengan siapa tadi?” Lees terkejut mendengar pertanyaan Is dengan nada yang agak keras dan marah. Dia menjawab dengan suara yang perlahan dan tergagak-gagak

“Dengan…Fitri”.

“Lees pergi mana dengan dia?” Juga ditanya dengan nada yang keras dan marah.

“Lees pergi library selepas itu, dia ajak teman dia makan”. Lees menjawab dengan perlahan dan takut-takut, dia tahu yang Is sedang marah.

“Baguslah, keluar dengan lelaki lain tanpa minta izin dan berdua-duaan, kenapa tak bagitahu dulu?” suara Is semakin menengking apabila dia membalas jawapan Lees.

“Maaf, Lees lupa nak bagitahu tadi” Lees menjawab kali ini suaranya agak gementar sedikit dia tak pernah dimarahi Is sebegitu.

“Oh!… bagus sangatlah, bila bersama Fitri lupa Is” jawab Is semakin marah dan keras. Lees menarik nafas panjang dia masih mendengar suara Iskandar sedang marah padanya.

“Lees, keluar sekarang ajak Kak Mas atau Aisyah jumpa Is di restoran tadi”. Dia mengarah Lees lalu mematikan telefonnya. Lees terkejut dengan tindakan Is, hatinya berdebar-debar dia tak pernah dimarah sebegitu.

“Aduh Is betul-betul marah, dia control aku atau caring aku? Caringlah tu. Dia jealous? Tentulah akukan bini dia memang salah aku pun tak bagitahu, dia sudah pesan banyak kali”. Lees bercakap seorangan. Dia mengajak Kak Mas pergi makan bersamanya. Hatinya sudah mula berdebar-debar, dia tidak pernah dimarahi sebegitu apatah lagi dengan Iskandar.

Apabila dia sampai di sana Iskandar sudah ada bersama Randy dan Rizal tapi Fitri tidak kelihatan. Lees memandang muka Is yang marah masam macam telan cuka sebotol. Apabila mereka masuk saja ke restoran Rizal memanggil mereka makan bersamanya. Lees dan Kak Mas menarik kerusi dan duduk di depan mereka, Lees duduk di depan Is. Iskandar memandangnya dengan muka yang marah tapi dicontrolnya apabila melihat kak Mas ada dihadapan.

“Hai! Lees bukan kamu sudah makan dengan Fitri?” tanya Randy. Lees menelan air liur menjeling ke arah Iskandar didepannya Is hanya memerhatikannya, Lees memandang kak Mas lalu menjawab.

“Teman dia makan jer’ jawab Lees dengan perlahan.

“Kalau aku jawab sudah makan, harimau depan ni telan akulah pula’ bisik hati Lees. Iskandar memerhatikan Lees dengan tajam. Lees membalas memandang itu, Is memberi isyarat supaya Lees mengikutnya. Iskandar bangun untuk mengambil makanan.

“Kak Mas nak makan apa? Lees tolong ambilkan”. tanya Lees pada Kak Mas. Lees saja bertanya Kak Masnya kerana dia mahu mengikut Iskandar.

“Apa-apalah Lees”. Kak Mas menjawab. Lees bangun menuju ke meja buffet untuk mengambil makanan, dia menghampiri Iskandar yang ada di situ, dia memanggil Is disebelahnya dengan perlahan tapi didengari oleh Is.

“Is…, Lees minta maaf ya?”. Iskandar mendengar suara Lees sebak menahan dari menangis.

“Is tak suka, Lees buat macam tu, keluar tanpa izin Is. Lees suka Fitri ya?” Is menjawab dengan perlahan tapi masih keras sambil berpaling tepat kemuka Lees.

Dengan suara yang sebak Lees menjawab “Tak, Lees tak suka dia. Lees janji lain kali Lees tak buat lagi”.Air matanya sudah pun penuh di kelopak mata. Is memandangnya…

“Tak payah nak menanggis di sini, orang tengok”. Jawab Is lalu meninggalkan Lees di situ. Lees mengesat air matanya yang telah gugur sebelum orang lain tengok, lalu beredar dari situ dengan dua pinggan makanan yang dibawanya ke meja.

Selepas pulang dari makan Aleesa masih termenung, dia tahu Iskandar masih marah pada dia kerana tidak memberitahunya untuk keluar dengan Fitri. Dia masih ingat kata-kata Iskandar padanya, yang dia lupa pada Iskandar bila keluar dangan Fitri. Hatinya sebak, dia fikir mungkin Iskandar akan kata yang dia tidak mencintai Iskandar atau mungkin Iskandar menyatakan dia isteri derhaka. Tadi pun selepas ambil makanan dia terus saja beredar, masa makan pun Iskandar asyik memandangnya dengan wajah yang masam, tidak bertegur langsung. Hatinya sebak, dia risau kalau-kalau Iskandar membencinya. Sayu hatinya ketika itu. Air matanya sudah mula menitis.

Malam itu Is tidak dapat melelapkan matanya, dia masih memikirkan Lees. Dia tahu Lees mungkin sedang bersedih kerana dia memarahinya tadi. Dia tahu Lees tidak pernah dimarahi begitu. Dia berasa bersalah. Dia menelefon Lees.

“Hello” jawab Lees dengan suara yang perlahan.

“Hello sayang, Lees nangis ke?” Semakin laju air mata Lees mengalir apabila Is bertanya pada dia. Lees tidak menjawab namun apabila dia menarik nafas Is sudah tahu bunyi sebak itu.

“Dahlah sayang tak payah nangis abang sudah maafkan, tapi lain kali jangan buat. Jangan nangislah nanti esok bengkak pula mata tu, siapa susah? abang juga kan? Dah lah lap air mata tu dan tidur, ok”. Pujuk Is pada Isterinya dengan manja dan penuh kasih sayang. Lees menarik nafas panjang terasa lega sikit apabila dipujukan suaminya.

“Ok sweetdream sayang” Iskandar mengakhiri perbualan.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina