Jam 7.30 pagi mereka semua sudah berkumpul diperkarangan universiti
bagi menunggu penerangan yang akan dibuat oleh Shahrul tentang percutian
mereka. Bas yang akan membawa mereka sudah pun sampai. Mereka akan ke
Camaderry, Glendalough Co Wicklow merupakan satu tempat perkelahan yang
terkenal di Dublin, memiliki lanskap yang menakjubkan keindahan alam dan
mempunyai sejarahya tersendiri. Ia merupakan tempat yang indah dan salah satu
daripada tempat yang cantik dan menakjubkan, terutama pada musim panas dan
merupakan tempat paling banyak dilawati di Ireland. Amat sesuai untuk mereka
semua bercuti di sana.
Shahrul telah memberi sedikit penerangan kepada mereka semua bahawa
perkhemahan ini selama dua hari diangotai seramai 36 orang dan perjalanan
mereka mengambil masa selama 7jam. Dia mengedarkan jadual atur cara yang di
akan mereka ikut di dalam perkelahan itu nanti. Selesai memberi penerangan, mereka semua menaiki bas. Iskandar menuju ke tempat Lees di
mana dia dan Kak Mas berada.
“Hai! Kak Mas belum masukkan bag ke dalam bas lagi ke?” tanya Is
sambil matanya melihat bag yang ada didepan mereka.
“Belum” Jawab Kak Mas.
“Oh kalau macam tu, biar Is tolong Kak Mas”. Katanya.
“Terima kasih” jawab Kak Mas.
“Mana satu bag Lees”. Is bertanya pada Lees yang berdiri tidak jauh
darinya sambil memerhatikan gadis cantik itu.
“Tu…” Lees dengan muka yang masam menunjukkan bag berwarna pink
dengan tangan dan mulutnya sekali, dia tidak memandang Iskandar yang ada
didepannya.
“Aduh hai sayang! pandanglah sini masamnya muka”.hati Iskandar
berkata. Namun Lees tidak juga memandang Iskandar dia membiarkan Iskandar
mengambil dan mambawa bagnya ke bas.
“Wah! beratnya bag dia, apa dia bawa ni. Banyak sangat macam mahu
pergi seminggu? Tak boleh pegang tuan,
pegang bag pun jadilah”. Katanya lagi Iskandar tersenyum sendirian.
Suasana di dalam bas itu agak riuh sedikit. Lees duduk bersama kak
Mas di dalam bas. Kak Mas duduk di sebelah tingkap Lees berada disebelah kanannya.
Kerusi sebelah kanan Lees didiami oleh Imira yang duduk juga disebelah tingkap.
Iskandar naik mencari kelibat Lees dia mahu duduk dekat dengan isterinya itu.
“Is” Imira memanggil Iskandar setelah melihat Iskandar terkinjal-kinjal. Dia
berpaling ke arah Imira yang memanggilnya .
“Di sini panggil Imira’. Dilihatnya kerusi kosong di sebelah Imira
dan Lees pula berada di sebelah kiri. Dengan pantasnya dia duduk di situ, Imira
memandang Iskandar dengan senyum. Lees yang ada disebelahnya menarik nafas
panjang.
“Alahai si Mira ni kenapa duduk di sini” keluh hati Lees. Fitri
yang baru naik ke atas bas terus menuju ke arah Lees.
“Hai Is, boleh kau cari tempat lain?” tanya Fitri yang ada di situ.
“Kenapa pula?’ tanya Is pada Fitri.
“Aku mahu duduk sebelah gadis
cantik ni”Jawab Fitri sambil tangannya menghala ke Lees.
“Ah! aku datang dulu kau carilah tempat lain, depan tu ada”.Jawab
Iskandar sambil menunjukkan kerusi kosong didepannya.
“Kita tukarlah”.Arah Fitri.
“Mana boleh” Jawab Iskandar
sedikit marah.
“Aduh, buat apa dia duduk di sini mahu tunjuk pada aku, kemesraan
kau dengan Imira?” bisik hati Lees. Ini
yang aku malas sangat nak datang. Kenapa hati aku sakit lagi tengok dia dengan
Imira hatinya berkata-kata. Iskandar terus memandang Lees dengan ekor matanya.
“Lees pandanglah abang sini, tolonglah sayang”. Pinta Iskandar dalam hatinya. Aleesa perasan yang Iskandar
sedang memerhatikannya.
“Kenapa kau pandang aku Is?”. Keluh hati Lees. Lees mula gelisah
dengan tindakkan Iskandar yang asyik memandangnya. Perjalanan yang mengambil
masa tujuh jam cukup lama dirasakannya.
Lees memejamkan mata melayangi perasaannya tiba-tiba fikirannya
mula teringatkan kenangan dia bersama Iskandar. Masih segar dalam ingatannya
walaupun sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlalu. Dia teringat bagaimana Iskandar
melamarnya. Namun sampai sekarang dia masih mencari jawapan yang dinyatakan
oleh Iskandar kenapa dia mengahwini aku. Katanya dia cintakan aku tapi yang menjadi persoalannya kenapa begitu
cepat? Kenapa daddy setuju dan suruh aku
terima Iskandar sedangkan aku muda lagi
masa itu.
“Tapi Lees derita sakarang daddy” suara hatinya. Namun ditahan
perasaan itu. Dia masih boleh tersenyum apabila saat-saat indah bersama
Iskandar terbayang diwajahnya, dia amat rindu dengan layanan manja dan mesra Iskandar.
Iskandar sesekali memandang Lees. Dia memerhatikan Lees yang sedang melayani perasaan, matanya
tertutup rapat.
“Apa yang difikirkan oleh Lees sekarang”. Bisik hati Iskandar.
Hatinya terus berkata-kata. “Sayang, kenapa sayang tidak mahu pandang abang? Bagaimana abang hendak sampaikan padamu
sayang, yang abang sangat sayang, cinta dan rindu padamu”. Iskandar memandang
ke kanannya di dapati Imira yang berada disebelahnya sedang tidur.
“Kenapalah engkau selalu ada dengan aku Imira? Aku tidak akan
cintakan kau Mira”. “Cinta hati aku ada di sini hanya dia yang bertakta
dihatiku”.Keluh hatinya.
Tiba-tiba perasaan Aleesa bertukar menjadi sebak dan hatinya mula
sakit dan pedih apabila dia mengingati kata-kata cinta yang Iskandar lafazkan
kepada Imira. “Pada aku pun kau tidak pernah lafazkan cinta sebegitu, hanya
satu saja yang selalu kau ucapkan iaitu perkataan I love you. Sekarang di
kirimu isteri tapi di kanan kekasih, sandiwara apa yang kau mainkan ini
Iskandar?” Hatinya sekali lagi hancur bagai dicincang lumat. Dia mula menahan airmatanya
daripada keluar.
Lees, abang perdengarkan lagu ini untuk sayang, abang harap sayang
faham’. Bisik hatinya mengharapkan Aleesa faham lagu yang akan dimainkannya.
Dia mengeluarkan handphonenya menekan item muzik dicarinya lagu yang berjudul No
Promises dipopularkan oleh Shayne Ward.
Hey baby, when we are together
Doing things that we love
Every time you're near I feel like I'm in heaven
Feeling high
I don't want to let go, girl
I just need you to know, girl
I don't wanna run away
Baby, you're the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms here tonight
Lees yang ada disebelahnya mendengar
lagu yang dimainkan oleh Iskandar, dia tahu lagu ini.
“Ya Allah, kenapa dia pasang lagu
ini, dia mahu tuju pada siapa? Aku atau Mira?’. Bisik hati Aleesa.
Sekali lagi perasaannya sedih dan
pedih menyelubungi hati, Aleesa cuba menahan airmatanya dari ditumpahi, dia
tidak mahu Iskandar tahu yang dia sedang mengalami penderitaan, biarlah aku
tanggung segala penderita yang kau cipta. Tiba-tiba dia terdengar Imira
bersuara.
“Is, Mira suka lagu ini”. Terima
kasih Is.
“Betul tekaan aku”. kata Aleesa.
Dia terkejut dari lamunannya apabila nada telefonnya berbunyi. Dia
membuka matanya dan mengambil telefon dari bagnya. Dilihatnya nama yang tertera
dalam skrin telefon ‘ANGAH’ orang yang selalunya mendengar masalahnya tapi kali
ini dia tidak memberitahu kepada angahnya apa yang sudah terjadi. Hatinya yang sedang sebak dan sedih lalu menjawab
panggilan itu.
“Hello abang…
“Hello sayang’. Jawab angahnya. Lees terus membalasnya…
“Abangggg Lees rindukan abang ha ha ha…Dia terus menangis apabila
mendengar suara angahnya. Dia terus mematikan telefonnya, dia tidak mampu lagi
bercakap dengan angahnya perasaan sedih bercampur rindu menyelubungi
perasaannya ketika itu.
Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan Aleesa. Semua
hairan apabila Aleesa tiba-tiba menangis sekuat itu. Kak Mas yang ada
disebelahnya terkejut dari tidur, dia melihat Lees sedang menanggis di peluknya
bahu Aleesa dengan kuat. Fitri yang ada didepan dengan pantas bangun menuju ke
Lees yang sedang menangis lalu memegang bahu Lees dan bertanya.
“Lees kenapa, awak okey ke?”. Lees
terus menanggis. Iskandar yang ada disebelahnya juga terkejut kenapa tiba-tiba
Lees menjerit begitu setelah menjawab telefon tadi. Kak Mas cuba menenangkan
Aleesa.
“Fitri, please sit down, don’t disturb him”. Arah Kak Mas
pada Fitri. Iskandar tidak mampu berbuat apa-apa hanya memerhatikannya sahaja.
“Siapa telefon Lees tadi? Angah? Mungkin Kak Mas tahu apa yang
terjadi kepada Aleesa”. Bisiknya.
Angah yang menelefonnya terkejut dengan tindakkan adiknya itu. Lees
tidak pernah bersikap begitu. “Adik aku ada masalah ke? Kenapa dia menangis
bila dengar suara aku? Kenapa dia letak telefon?” Bisik Danial setelah
panggilannya diputuskan. Dia cuba memanggil sekali lagi tapi kali ini telefon
Lees ditutup “Aku mesti telefon Iskandar, apa sebenarnya berlaku pada adik
kesayangan aku ini” Kata hatinya. Dia mengedail nombor handphone Iskandar.
Nada telefon Iskandar berbunyi dilihatnya panggilan dari abang
iparnya itu. Dia menjawab panggilan itu.
“Hello Ngah”
“Hello Iskandar, kamu ada bersama Lees?”.Tanya Danial kepada adik
iparnya itu.
“Ada Angah, kami sekarang dalam bas menuju ke Camaderry”. Jawab
Iskandar.
“Angah telefon dia, kenapa dia menangis? Kamu berdua ada masalah
ke?. Tanya angah dengan agak keras.
“Saya hubungi angah kemudian, nanti Is ceritakan”. Jawab Iskandar bagi
menenangkan hati abang iparnya.
“Iskandar, kamu jaga Lees tu baik-baik kalau ada apa-apa bagi tahu
pada kami”. Kata Angah menasihatkan adik iparnya itu.
“Baik ngah”. Jawab Iskandar.
Setelah selesai bercakap dengan abang iparnya dia menarik nafas
sedalam-dalamnya kemudian menghempus sekuatnya. Imira yang ada disebelahnya
sedikit terkejut. Dia bertanya “Siapa telefon Is?”. Iskandar tidak menjawab
hanya menggelengkan kepalanya. Dia memandang Lees yang sedang dipujuk oleh
Mastura.