Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,994
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 19

IRDINA AKIF (BAB 19)

Selepas 7 tahun berlalu..,

Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina berhijrah ke sebuah pulau. Tinggalkan daerah sendiri, tempat bermain, tempat bermanja dan berkasih sayang. Malah tempat jatuh cinta lagi. Selepas selesai majlis kahwin 7 tahun yang lalu, mereka terus berangkat meninggalkan daerah tercinta. Ahli keluarga terdekat ramai yang menangis ketika menghantar mereka di lapangan terbang. Bonda menangis, mama pun menangis tetapi apa boleh buat, daerah ini sudah tidak sudi menerima mereka berdua lagi. Dari terus mendengar kata-kata nista dan tomahan ramai orang kepada mereka berdua, lebih baik mereka pergi saja. Itu yang terbaik.

Tengku Akif membawa Zara Irdina pulang ke tempat asalnya. Tempat kelahiran. Tempat kepunyaan ayahanda dan bondanya sendiri. Tengku Burhanuddin telah meninggalkan berekar-ekar tanah untuk Tengku Akif usahakan. Tengku Akif tinggalkan suasana selesa di pejabat tetapi dia dengan rela mesra dengan alam, dengan tanah dan dengan air sungai. Dia menternak kambing biri-biri, usahakan ladang anggur dan limau bali, dan membuka banyak kolam ikan. Dia sudah menjadi peladang yang berjaya. Ramai anak-anak muda lulusan universiti yang terlibat dengan pertanian datang berguru dengannya. Setiap minggu ada saja datang meminta tunjuk ajar darinya.

Kalau Tengku Akif dengan hasil-hasil tanamannya, Zara Irdina pula menjadi usahawan yang berjaya. Dia sudah mempunyai rangkaian butik muslimah di serata tempat dengan mengekalkan jenama IRDINA AKIF. Sepatutnya nama Akif terlebih dahulu, barulah nama isteri di belakang, tetapi kata Tengku Akif, IRDINA AKIF itu terlalu komersial dan sedap pula bila disebut orang, jadi letak saja IRDINA AKIF.

Zara Irdina tanpa silu tidak pernah merahsiakan siapa dirinya. Semua orang tahu sejarah hitam wanita yang berjaya ini. Tetapi orang mula menghormati dan mengagumi dirinya kerana dia sudah membuktikan dia sudah berjaya menglalui ranjau-ranjau kehidupan ini atas dorangan keluarga angkat, keluarga mentua dan tentunya dari suami tersayang yang penting adalah diri sendiri. Diri sendiri yang mahu berubah dan menjadi insan yang berjaya dan berguna. Setiap minggu ada saja jemputan untuk dia sampaikan ceramah kepada remaja dan anak-anak muda, terutamanya kepada kaum wanita, kepada anak-anak gadis tentang cabaran menjadi wanita di zaman serba moden ini.

Malah muka mereka suami isteri serta anak-anak sering terpapar di majalah dan surat-surat khabar. Ada saja wartawan yang datang ke istana kecil mereka ini. Alhamdulillah, rezeki memang di tangan mereka berdua.

Tujuh tahun berkahwin mereka dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki. Si sulong Tengku Iskandar Shah, 6 tahun, yang tengah Tengku Ikhwan Azizuddin, 4 tahun dan yang kecil Tengku Afiq, 2 tahun, harap sangat yang dikandungnya sekarang adalah seorang puteri. Teringin untuk mendapat seorang puteri pula.

“kalau lelaki juga macam mana?” soal Tengku Akif. Baru dua bulan kut.

“harap-harap perempuan lah, org amalkan petua kali ini untuk dapat anak perempuan lah!” balas Zara Irdina. Kalau lelaki juga, aku nak mengandung lagi lah, sampai dapat anak perempuan.

“kau ni, terima saja lah lelaki ke perempuan ke, anugerah tu!” balas Tengku Akif. Tujuh tahun berkahwin masih ada juga kau dan aku itu. Tak boleh nak buang dah pun.

“Nak anak perempuan kali ni..,” rungut Zara Irdina sambil membuat muka tidak manis. Tengku Izraf Akif hanya tersenyum, bahagia. Kerana nak sangat seorang puteri itulah, Zara Irdina kerap mengandung. Lahir anak kedua, ingatkan puteri, rupanya putera juga. Mengandung pula kali ketiga, doktor siap beritahu dapat anak perempuan masa scan, malah jumpa bidan pun supaya dapat anak perempuan, tetapi keluar saja, tetap lelaki juga. Lelaki-lelaki yang lasak, nakal seperti papanya. Sedangkan jiwa Zara Irdina terlalu berharap supaya dapat seorang puteri. Kali ini biarlah puteri pula.

“Papa, papa, mana hadiah Is?” soal Tengku Iskandar sambil memegang tangan Tengku Izraf Akif.

“hadiah apa pulak ni?” soal Zara Irdina tidak tahu. Janji apa pula lah dengan si sulong kali ini.

“Papa lupa lah, Iskandar!” balas Tengku Iskandar. Bukan lupa lah, sudah dibuat pesanan tetapi makan masa untuk sampai ke pulau ini. Mungkin sehari dua lagi baru sampai.

“Papa ni, tak kan tak ingat!” ujar Tengku Iskandar.

“Ingat lah, nanti lah.Tak ke mana tu!” pujuk Tengku Akif. Kau minat yang pelik-pelik. Minta pula yang bukan-bukan kat papa.

“Cakap kat mama dulu, hadiah apa sebenarnya ni?” soal Zara Irdina. Anak-anak lelaki inilah permata dalam hidup mereka berdua. Kasih sayang untuk mereka diberi sama rata.

“papa dah janji nak belikan kuda kat Is lah, mama!” jawab Tengku Iskandar. Itu permintaannya 3 hari yang lepas, menyuruh Tengku Akif membeli kuda kepadanya sebagai hadia harijadinya yang ke 6 tahun.

“Kuda???” jerit Zara Irdina.

“Anak kuda lah, mama!” jawab Tengku Iskandar. Minta belikan kuda?? Budak-budak sebaya awak, belikan barang mainan lah, bukannya kuda. Ikut jejak papa kau lah ni.

“Boleh ke Is nak bela kuda nih, mama macam tak percaya lah!” usik Zara Irdina. Tengku Akif memeluk bahu Zara Irdina dengan sepenuh kasih sayang.

“Boleh..,” jawab Tengku Iskandar dengan tegas sekali, turut menarik tangan mamanya.

“Papa dah suruh kawan papa carikan yang terbaik untuk Iskandar, Insha ALLAH, sedikit hari lagi kawan papa hantar kan,” kata Tengku Izraf Akif. Zara Irdina membelai rambut Tengku Iskandar dengan mesra.

“Terima kasih, papa!” ucap Tengku Iskandar terus berlalu pergi.

“Kenapa tak belikan kuda yang dah besar? Beli anak kuda okey ke?” soal Zara Irdina sambil merangkul pinggang suaminya. Nak kena bela dari kecil tu, susahkan??

“Dia tak nak, dia nak anak kuda. Berani bantah cakap dia, nanti mengamuk pula!

“Dah kau ikut dia sangat!

“Anak aku lah, sulong pulak tu!”

“Kau belikan kuda kat Iskandar, Ikhwan tak marah ke? Afiq tak mengapa lah kecil lagi,”

“Aku dah tanya lah kat Ikhwan, nak kuda juga ke? Dia tak nak lah!” jawab Tengku izraf Akif. Kecil-kecil ini kita beri kasih sayang, beri didikan agama yang secukupnya, besar sikit esok buat salah, siaplah, aku memang rotan pun.

“Papa, papa, along jatuh pokok!” beritahu Tengku Ikhwan sambil berlari datang ke arah mereka berdua. Baru tak sampai sepuluh minit, dah buat hal. Panjat pokok, beri pecah pasu bunga, karate meja kat dalam rumah, itu perkara biasa lah. Itu belum lagi main bola dalam rumah sampai terkena tingkap rumah. Pecah juga. Lasak sangat! Tetapi kalau aku marah, buat tak dengar saja, tetapi dengan Akif, Akif jeling saja, pura-pura marah pun, sudah takut. Melalak menangis takut Akif pukul. Sebab Akif memang tegas dalam sesuatu hal. Manja-manja juga tetapi kalau buat salah, memang kena lah tu.

“Kau tak ajar anak kau panjat pokok elok-elok ni, kau dulu tak pernah jatuh kan?” perli Zara Irdina, tu sebijik perangai papa dia orang.

“Picit hidung tu baru tau!”

“Betul kan?”

“Kau tengok dia jatuh pokok, sakit pun tak menangis lah!” mereka berdua melihat Tengku Iskandar bangun sambil mengibas seluarnya yang terkena rumput. Dia bangun dengan bersahaja saja.

“Tiga-tiga tu ikut perangai kau lah!” balas Zara Irdina. Jangan lah ada yang buat perangai Akif dulu kat aku. Cium aku sewaktu aku berumur lima tahun. Nanti kena pelempang pulak.

“Tengok lah siapa papa dia orang!”

“Doa lah sama kali ini kita dapat puteri pula, aku tahu sebelum-sebelum ni kau memang nak ada lelaki pun. Kata saja tak kisah, tetapi dalam hati memang kau nak sangat anak lelaki kan?” kata Zara Irdina sambil memegang kedua belah tangan suaminya.

“harap-harap lelaki juga lah kali ini..,” usik Tengku izraf Akif. Zara Irdina menampar bahu suaminya.

“Yang penting abang nak dina selamat, dina sihat, begitu juga dengan anak dalam perut tu,” itu doa abang untuk dina siang dan malam. Abang sayangkan dina lah! Zara Irdina tersenyum saja.

Tengku Akif menolak bekerja di syarikat kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarganya. Kepada anak-anak lelakinya. Kalau kerja di syarikat, malam macam ni tentu tak balik lagi,l tetapi kalau kerja sendiri, melibatkan diri dalam hal-hal perladangan malam macam ini sudah berada di rumah. Boleh lah ajarkan anak-anak mengaji al quran. Dan tentang ini Tengku Akif memang tegas dengan anak-anaknya.

Selesai solat mahgrib berjemaah bersama sebentar tadi, Zara Irdina menuju ke dapu untuk memasak, membiarkan anak-anak belajar mengaji dengan Tengku Akif. Terdengar suara jeritan Tengku Iskandar Shah kerana dirotan oleh Tengku Akif. Tentu ada yang tidak kena sebab si sulong nie perangainya berbeza dengan adik-adik yang lain.

“Baca baru satu muka dah nak mengelat yer. Iskandar, kau duduk sini, selagi papa tak benarkan kau bangun dari sini, kau jangan beri alasan pada papa!” tegas suara Tengku Akif. Mesti nak tengok kartun lah tu. Selagi tak solat isyak, jangan mimpi nak buka tv.

“Kejap saja papa, nak tolong mama!” alasan Tengku Iskandar Shah. Pandai kau yer. Tiba-tiba teringat bonda di kampung yang telah lama ditinggalkan. Apa khabar lah bonda agaknya?

“Nak tolong apanya?” jerkah Tengku Akif. Nak mengelak lah tu.

“Tolong mama masak lah, kesian kat mama, sorang-sorang kat dapur masak untuk kita orang!” jawab Tengku Iskandar Shah lagi.

“Tak, papa tak benarkan, kecuali kau baca dua muka surat lagi. Baru boleh tolong mama!” tegas Tengku Akif. Kalau bab lain, papa memang tak kisah, tetapi kalau bab yang berkaitan dengan agama, memang papa tak nak bertolak ansur.

“Okey, okey, Is sambung baca lah ni!” jawabnya. Tengku Iskandar Shah menyambung kembali tetapi membaca dalam keadaan tergesa-gesa supaya cepat habis. Sekali lagi rotan itu naik ke tangan Tengku Iskandar Shah.

“Baca dengan perlahan-lahan boleh?” pintas Tengku Akif. Anak itu patuh dan mengulangnya semula. Kalau sekarang kita tidak ajar, bila lagi kita mahu mengajarnya. Umur macam inilah nak kena didik dan beri bimbingan yang sempurna. Jangan jadi batang buluh kat belakang rumah tu, baru nak tegur dan beri nasihat, alamatnya memang tak menjadi lah.

Selesai solat isyak, Zara Irdina terlebih dahulu bersalaman dengan suaminya. Lalu memandang wajah Tengku Iskandar Shah yang sedikit masam kerana dirotan malam ini.

“Cepat minta maaf dengan papa,” suruh Zara Irdina sambil memeluk Tengku Iskandar Shah.

“Papa, Is minta maaf yer!” ucap Tengku Iskandar Shah sambil mencium tangan Tengku Akif. Tengku Akif memeluk anaknya sambil tersenyum. Demi masa depan mu, wahai anak ku.

“Kena hormat papa, dengar cakap papa, sebab papa buat semua ini, ada sebabnya. Nak tahu apa sebabnya?” soal Zara Irdina.

“Sebab apa mama?” soal Tengku Ikhwan Azizuddin.

“Sebab..., “ kata-kata Zara Irdina terhenti di situ kerana Tengku Akif terlebih dahulu menyambungnya.

“Sebab papa sayang kan anak-anak papa, itu penyebabnya!” jawab Tengku Akif.

Anak-anaknya mengangguk tanda patuh.

“Jom, kita pergi makan. Mama dah siap masak makanan kesukaan Abang long malam ni,” beritahu Zara Irdina dengan mesra.

“Ikhwan macam mana? Mama tak masak kesukaan Ikhwan ke?” kecil hati barangkali Tengku Ikhwan Azizuddin.

“Untuk Ikhwan pun ada lah, untuk Afiq pun ada!” kata Zara Irdina. Masuk ke dapur memang semua masakan ke sukaan anak-anak saja. Tiga jenis semuanya. Tetapi untuk suami sendiri tak sempat nak masak lah pulak. Tengku Akif tidak merungut, diam saja menemani anak-anak makan sambil berbual.

“Sudah makan nanti, boleh tengok cerita kartun tu, tetapi sampai pukul 10 malam saja, selepas itu semua masuk ke bilik masing-masing, faham?” pesan Tengku Akif. Ketiga-tiganya mengangguk termasuk yang kecil itu sekali.

Zara Irdina mengutip pinggan kotor di atas meja setelah anak-anak berlari ke ruang tamu. Si kecil pun turut mengikut abang-abangnya.

“Dengan cik abang kau tak masak pun, apa kes ni?” soal Tengku Akif sambil membuka peti sejuk. Nak masak apa yer malam ini. Rasa macam teringin nak makan mee sayur lah. Tengok dalam peti sejuk, ada bermacam jenis sayur.

“nak suruh abang masak untuk saya dan baby sekali lah!” beritahu Zara Irdina. Dia kalau aku masak, banyak songgeh sangat. Jadi, biarlah cek abang yang masak.

“Mee sayur, boleh?” soal Tengku Akif memahami sangat keadaan isteri kesayangannya itu.

“Boleh sangat, tapi tak nak letak daging dan ayam, tak ada selera lah!”

“Mana sedap kalau tak letak daging dan ayam..,”

“Boleh lah, berkorban untuk kita orang!” kata Zara Irdina.

Ah, sudah ada yang menangis di ruang tamu. Pastinya Tengku Iskandar Shah sudah mengusik adik-adiknya sehingga menangis. Terdengar suara Tengku Ikhwan Azizuddin sedang menangis.

“Iskandar!” jerit Zara Irdina.

“Pergi tengok anak-anak, nanti siap abang panggil!” suruh Tengku Akif. Itu kerja utama Tengku Iskandar Shah, kacau adik-adik sehingga menangis.

“Terima kasih cik abang sayang!” balas Zara Irdina sambil mencuit hidung suaminya

“Iskandar, mama pukul baru tau!” marah Zara Irdina, rupanya dia tak benarkan adiknya menonton tv bersamanya.

“Tak best lah kawan dengan mama, kawan dengan papa baru best!” terus Tengku Iskandar Shah menuju ke dapur. Kau cubit adik kau sampai lebam lah, Iskandar. Papa kau tahu nanti, siap lah kau. Ada aku kisah kalau mama buat laporan lengkap kat papa, tak kisah. Terdengar suara dua beranak itu berbual di ruang dapur. Ambil hati lah tu.

Ini yang kami lakukan untuk keluarga dan anak-anak kami. Cabaran masa kini perlu ada agama yang kukuh di dalam hati. Perlu ada segala aturan kehidupan, baru lah boleh menjalaninya dengan selesa. Agama itu yang penting, kerana ada sudah ada peraturan yang mana salah dan yang mana betul untuk kita menjalaninya. Ramai zaman ini menolak agama, lalu jadilah macam-macam, kerana tiada imam di dalam hati.

“Abang ada sesuatu nak tunjuk kat Dina nih!” ucap Tengku Akif.Anak-anak semuanya sudah tidur di bilik masing-masing. Zara Irdina masih membelek komputernya.

“Hadiah untuk Dina ke?” gurau Zara Irdina. Cinta dari kecil-kecil sampai lah sekarang, semuga cinta kami sampai ke syurga. Itu doa Zara Irdina setiap malam.

“Tengok lah dulu!” balas Tengku Akif sambil meletakan sampul surat berwarna kuning atas meja. Zara Irdina mengambilnya, lalu membukanya. Terus dia memandang wajah suaminya. Biar betul ni?

“Jemputan majlis kahwin anak Tengku Bakar???” sebut Zara Irdina. Tengku Bakar yang beria menghalau kami dari tanah halaman 7 tahun yang lepas.

“Yup!”

“Nak pergi tak?” Jemputan terhormat ni, kad undangan pun sudah membawa maksud yang tersendiri. Setelah 7 tahun berlalu siapa sangka dia orang mencari kami semula.

“Kalau hampar karpet merah baru abang pergi,” balas Tengku Akif. Zara Irdina tersenyum saja.

“Abang jual mahal yer setelah semuanya abang miliki? “

“Maksud sayang, apa?”

“Ada kekayaan, ada anak-anak dan ada kita, jadi abang pun berubah!” dia memang sudah berjaya dan penduduk sini memang menghormatinya. Kalau dulu Tengku Burhanuddin menjadi ketua kampung di sini, sekarang Tengku Akif yang mengambil alih jawatan itu. Orang kampung datang mencarinya kalau ada masalah, kalua perlukan bantuan dan dia lah orang pertama yang orang kampung cari untuk meraikan hari bahagia dan gembira. Tengku Akif tidak lokek mengeluarkan wang ringgit dan tenaganya untuk membantu orang kampung.

“Fikir banyak kali jugak lah nak pergi sebab hati sudah terluka!” balas Tengku Akif. Mereka menyakiti hati isteri ku, sekali mereka sakitkan hati Zara Irdina, bermakna beribu kali mereka menyakiti hatiku.

“Kau ni, aku tak sangka pula jadi lemah macam ni, ingatkan berjiwa kental. Jangan buat malu lah!”gurau Zara Irdina.

“Gamaknya kata kat kita macam tu...,”

“Betul kan? Jangan lah merajuk lama-lama, bukan boleh apa-apa pun!” ah, fikir saja yang positif, yang baik-baik tentu balasan yang baik juga yang akan kita perolehi.

“Ah, tengok lah keadaan, sibuk lah sekarang!” balas Tengku Akif. Kalau jawab sibuk tu, jawapannya tak pergi lah tu. Faham sangat.

Kad jemputan menyusul lagi, kali ini dari Tengku Basri pula. Majlis yang sama, tetapi datangnya dari Tengku Basri. Siapa pun tak kisah sebab semuanya tengah asyik dengan anak-anak kuda yang baru sampai. Bukan seekor yang dibeli, rupanya tiga ekor. Anak kuda dari baka yang terbaik untuk Tengku Iskandar Shah.

“Tak mandi lagi tu, sejak dari tadi lah!” beritahu Zara Irdina. Dia balik awal dari Tengku Akif yang baru sampai dari ladang dengan kawannya.

“Shah!” kalau panggil Shah tu memang kena marah lah tu. Tengku Akif kalau marah sangat kepada Tengku Iskandar Shah, akan dipanggilnya dengan panggilan Shah saja, jadi si anak terus faham.

“Okey, okey, kita pergi mandi lah ni,” balas Tengku Iskandar Shah. Perkataan kita tu dari Zara Irdina datangnya. Mama suruh mandi 10 kali, kau buat tak layan saja tadi.Sekarang papa kau panggil sekali saja, pantas kau pergi yer.

“Buat apa kat sini, tak elok lah berdiri lama-lama kat ladang nih,” balas Tengku Akif . apabila melihat pembantunya sudah menghilang diri. Dikesat peluh di dahi Zara Irdina dengan tangannya.

“anak tu tak nak mandi dari tadi lah,”

“Jerit sekali sudah, kalau dia tak nak, tinggalkan saja, tahulah abang nak ajar dia!”

“abang nie, dina okey lah!”

“Dina tu mengandung lah, kena jaga juga diri tu!” balas Tengku Akif sambil memegang tangan kanan Zara Irdina.

“Abang tahu, Tengku Soffiyan dan bakal isterinya datang jemput kita ke majlis dia orang sekejap tadi. Dia sampaikan pesan, suruh abang pergi jugak-jugak ke majlis di orang tu,” beritahu Zara Irdina. Balik awal, sebab ada tetamu yang sedang menunggu di rumah. Pembantu rumah yang memberitahunya sebab handset suaminya tidak dapat dihubungi.

“Hmm, malas lah!”

“Tak baik hampakan permintaan orang lah!” pujuk Zara Irdina. Sudah 7 tahun tak balik tengok keadaan di sana, biar pun mama dan bonda kerap datang ke sini, melawat mereka anak-beranak.

“Nak pergi lah tu!” pancing Tengku Akif. Bonda pun dah call semalam, suruh balik juga.

“apa salahnya kita balik makan kenduri, lepas tu kita balik lah ke sini,” rayu Zara Irdina lagi.

“Ini yang lemah ni..,”

“Jom lah, sayang.. kata sayang kat kita, tapi ajak balik pun tak nak!” renggek Zara Irdina. Sengaja menguji hati suaminya.

“Ni yang buat bergetar jiwa raga ni, kau bab mengoda memang nombor satu,” kata Tengku Akif lagi. Jom lah balik..Tetapi kenduri tu sebulan lagi lah, nampak tak sabar nak balik pun.

Mereka pulang, tetapi tidak terus ke istana atau ke rumah mama, menginap di hotel, dan pulang untuk dua hari saja. Selesai kenduri akan terus pulang ke rumah mereka semula. Untuk majlis ini mereka berlima memakai warna yang sama. Kenduri anak raja, pakaiannya mesti lah pakaian yang lengkap. Si lelaki memakai kurung melayu lengkap bersamping lagi dan ada songkok di kepala. Perempuan pula kena pakai kain bersongket.Itu yang tertulis dalam kad jemputan kahwin. Darah raja sudah terserlah kelihatan di wajah anak-anaknya, begitu juga dengan Tengku Akif.

“Dah nampak perut kau lah!” bisik Tengku Akif ketika mahu masuk ke dalam kereta. Dah nak masuk 4 bulan lah.

“Baju keci lah rasanya,” silap buat tempahan hari tu. Patutnya buat besar sikit, nie tak. Memang nampak perutnya yang berisi.

“Tau mengandung, buat lah baju bersaiz besar!”

“Jangan cakap macam-macam boleh tak? Merajuk nanti baru tau!”

“He he he..,”

Ketika mereka sampai ramai tetamu yang sudah ada. Rumah Tengku Bakar hanya berselang sebuah rumah saja dari rumah Tengku Cempaka, dan majlis ini dibuat di halaman rumah Tengku Cempaka yang luas itu.

Rasa gugup dalam hati Zara Irdina. Bagaimana yer penerimaan mereka nanti. Tengku Akif memegang tangan Zara Irdina tanda dia akan melindungi Zara Irdina selalu. Tengku Iskandar Shah dan Tengku Ikhwan Azizuddin berjalan beriringan. Si kecil Tengku Afiq berjalan perlahan-lahan.

“Mama, abang akif datang lah!” jerit si pengantin lelaki dengan riang sekali sebaik saja terpandang wajah Tengku Akif yang berjalan atas karpet merah. Semua orang memandang ke arah mereka berdua. Tengku Bakar meluru datang ke arah Tengku Akif, lalu merangkul Tengku Akif dengan erat. Tangan Zara Irdina dilepaskan perlahan kerana memberi laluan kepada Tengku Bakar.

“Maafkan pak ngah, Akif, Zara!” pinta Tengku Bakar sambil menitiskan air matanya. Tengku Akif dan Zara Irdina terharu. Pelukan dilepaskan.

“Zara!” panggil seorang perempuan. Zara Irdina terus memandangnya. Kelihatan mama dan bonda sedang melihatnya. Dua-dua wanita itu terus datang dan memeluk Zara Irdina dengan erat.

“Akhirnya kau orang berdua pulang juga ke sini!” ucap Tengku Cempaka sambil menahan sendu.

“Mana cucu-cucu mama, Zara?” soal Puan Aisyah. Zara Irdina mencarinya, kelihatan Tengku Iskandar dan Tengku Ikhwan sudah berada di kalangan kaum kerabat mereka. Sedang bersalaman dan berpelukan mesra. Syukur alhamdulillah. Hanya Tengku Afiq di sisinya.

“Ni yang kecil, mama!” beritahu Zara Irdina ke arah Tengku Afiq. Puan Aisyah terus mendukung Tengku Afiq.

“Nampak badan Zara berisi lah!” tegur bonda pula melepaskan pelukannya.

“Ada isilah, bonda!” beritahu Tengku Akif.

“ooo, mengandung yer. Dah berapa bulan ni?” soal Tengku Cempaka sambil memegang bahu Zara irdina.

“Dah 4 bulan, bonda!” jawab Zara irdina.

“Insha ALLAH, kali ini perempuan kut. Nanti berikan dia nama Puteri Adriana yer!” kata Tengku Cempaka lagi. Dia pun teringin juga cucu perempuan dan dia tahu Zara Irdina teringin sangat dapat anak perempuan.

“Masuk, masuk, jemput makan dulu, apa lah berbual kat luar saja nih!” jerit Tengku Basri. Mereka berdua diberi layanan yang begitu istimewa dari semua kaum kerabat.

“Tinggal lah di sini semula, Akif!” pinta Tengku Basri selesai makan beradap.

“Maaf, pak su. Akif dah ada kerjaya sendiri kat sana lah. Sayang nak tinggal!” beritahu Tengku Akif. Di sini hanya hujan emas, biar lah merasai nikmat hujan batu di negeri sendiri.

“Kalau begitu datang lah ke sini selalu yer!” balas Tengku Basri lagi. Dia juga sudah meminta maaf kepada Tengku Akif dan Zara irdina tadi.

“Insha ALLAH!” balas Tengku Akif.

“Jom, cucu-cucu nenda, bermalam lah sehari dua di rumah nenda dulu, nanti tidur pula di rumah nenek, nak tak?” ajak Tengku Cempaka. Bukan senang kau orang nak datang.

“Betul tu Akif, Zara, tinggal lah sehari dua di sini,” pelawa mama pula. Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain. Rasa rindu di sini datang lagi. Boleh juga tu, putus kata hati masing-masing.

“Is nak tak kita tinggal sini sehari dua!” kata Zara Irdina. Tengku Iskandar Shah ni susah banyak, adik-adiknya tak kisah sangat.

“Papa, nak balik. Nak main dengan kuda lah!” tegas Tengku Iskandar Shah. Tengku Akif diam. Faham benar dengan perangai anak sulongnya.

“Mama, jom lah balik, Is rindu kan Jack kat rumah kita!” pujuk Tengku Iskandar pula. aduhai, kau ni Iskandar.

“semalam saja, esok balik lah!” pujuk Tengku Cempaka pula. entahlah dia nak mengalah atau tidak. Dibiarkan Tengku Cempaka dan Puan Aisyah memujuk Tengku Iskandar, mahu tahu berjaya.

“Kak, ada orang nak jumpa!” beritahu Puteri Natalia, anak Tengku Basri. Siapa pula nak jumpa di tengah-tengah majlis yang sedang berlangsung ini agaknya. Dia segera mengalih memandang wajah Puan Aminah sedang berdiri di bawah pokok rambutan yang rendang. Suaminya Mejar Redzuan sudah berjalan ke arah Tengku Bakar meninggal dia sendiri. Mejar Redzuan yang tidak tahu cerita duka ini dan biarlah semua itu berakhir begini saja. Mejar Redzuan tidak perlu tahu tentang zara irdina.

“Abang!” panggil zara irdina sambil menunjukkan ke arah Puan Aminah yang sedang menantinya.

“Subhanallah, ibu tu, sayang!” ucap Tengku Akif. Apa pun taraf mereka berdua, Zara irdina tetap anak Puan Aminah sampai ke akhirat kelak. Tiada sesiapa pun yang boleh memisahkan ikatan dan pertalian antara mereka berdua.

“Pergilah jumpa, bawa anak-anak sekali!” suruh Puan Aisyah.

“Jom, abang temankan. Iskandar, Ikhwan jom ikut papa!” kata Tengku Akif sambil mengambil Tengku Afiq di tangan mamanya.

Menghampiri Puan Aminah kali ini terasa lain benar. Pelbagai perasaan datang menyelubungi diri Zara Irdina. Tetapi dia mengawalnya dalam hati, tambahan lagi apabila Tengku Akif berdiri di sisinya. Mereka berdua bersalaman, lantas Puan Aminah memeluk Zara irdina dengan erat sambil menangis teresak-esak.

“Ibu, Zara tak salahkan ibu!” bisik Zara Irdina ikhlas. Puan Aminah mengangguk saja.

“Zara Irdina, maafkan ibu yer!” bisik Puan Aminah pula. Zara Irdina turut mengangguk. Pelukan terlerai.

“Iskandar, Ikhwan salam nenek!” suruh Tengku Akif. Selesai melihat anak-anaknya bersalaman dan menyuruh Tengku Afiq pula bersalaman dengan nenek mereka.

“Ibu, zara tengah mengandung sekarang, Insha ALLAH bila lahir nanti, kita orang bawa anak-anak jumpa ibu lagi!” kata Tengku Akif. Itu tetap ibu mentua aku. Puan Aminah mengangguk saja dan mereka berpisah selepas Mejar Redzuan memanggil nama isterinya.

“Iskandar, papa dah buat keputusan, malam nie kita tidur di rumah nenda, malam besok tidur di rumah nenek pula, lepas tu kita balik. Ikut arahan papa, dengar tak?” putus Tengku akif. Apa hal pula ni?

“Papa..,”

“Iskandar Shah..,”

“Ikut!”

Anak-anak berlari mendapatkan mama dan bonda. Tengku akif menurunkan Tengku Afiq ke tanah, membiarkan si kecil berlari mendapatkan nenek-nenek mereka.

“Kau ni kenapa?” soal Zara irdina. Tadi okey saja, sekarang dah tak okey.

“rindu nak duduk kat situ, nak panjat pokok tu dan masuk ke dalam hati kau!” kata Tengku Akif sambil menunjukkan ke arah pokok yang menghubung antara rumah zara Irdina dan istana bonda.

“He he he...,”

“Teringat kenangan indah kita lah,” terus didukungnya Zara Irdina. Dia ingat kami berdua saja ke kat sini. Orang ramai lah.

“Orang tengok kita lah!”

“Ada aku kisah!” Kau memang tak pernah kisah pun tentang apa pandangan orang tentang kita sejak dari dulu lagi.

“Tengku akif, perangai kau masih tak berubah yer biar pun sudah ada anak-anak, aduh, sakitnya hati bonda dengan kau!” jerit bonda dari jauh, disambut ketawa kaum kerabat mereka.

Mereka berdua hanya melemparkan senyuman saja.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.