Pagi-pagi
lagi Arissa mendapatkan Aby di pantry. Cuaca sejuk. Hujan renyai-renyai dari
semalam membawa ke pagi ini. Sahabatnya itu sedang membancuh milo panas. Ada
dua bungkus nasi lemak di atas meja. Senyumannya lebar. Teringat nasi lemak yang selalu Aby bawa ke tempat kerja.
Memang sedap!
“Ni
mesti untuk aku kannn…. Kau macam tau aje aku tak bawa bekal hari ini”
“Hmm…. Yer la aku tau. Kebetulan aku
sampai awal pagi tadi, aku bungkus kat kafe”
“Laaa… kafe punya ke? Aku ingatkan
nasi lemak yang selalu kau bawa tu”
“Mak seri tu dah tak niaga… dah
pencen”
“Ye ke… mana kau tau dia pencen?
Orang jual nasi lemak pun ada sistem pencen jugak ke?”
“Ish.. aku taulah… aku pergi rumah
dia tempoh hari”
“Dasyat kau! Siap pergi rumah mak
cik tu. Kau ada hubungan sedara ke dengan dia? Mana kau tau rumahnya? Bukan mak
cik tu isteri pemandu bas yang kau cakap tempoh hari ke?”
“Ha’a...” Aby meletakkan milo panas
di atas meja. Pembungkus nasi lemak di
buka. Baunya menyelerakan. Bolehlah walau tak sesedap Mak Seri punya,
tapi cukup untuk mengisi perut yang lapar.
“Semalam puas aku call engkau tak angkat. Aku ingat nak
ajak pergi beli kain pasang. Aku nak balik kampung minggu depan. Mak aku tanya
kain pasang untuk family aku nanti
dah ada ke belum. Dia nak tempah awal-awal dekat kakak aku. Takut kakak aku ambil
tempahan orang”
“Ooo… tu la…. handphone aku tertinggal dalam bas. Ini mamat tu punya pasallah!”
“Wei mamat mana pula? Habis kau handphone kau tu lesap la?”
“Tak…. Mamat driverbas tu simpan. Aku menyampah betul dengan mamat tu.
Berlagak.. macam bagus sangat…. Setakat driver
bas je dah berlagak, belum jadi bos kilang buat bas. Tapi pelik betul aku,
makin aku meluat makin kerap aku jumpa”
“Yang engkau marah sangat dengan dia
tu apasal?.... dia kacau kau dalam bas ke?....Kan dia simpan handphone kau… baik la tu, kalau orang
lain dah masuk poket”
“Dia suka merapu… heiii nasib Pak
Man ada anak macam tu”
“Jap.. aku tak faham… Pak Man mana
pulak ni.. yang aku tahu Pak Man driver
bas tu adalah”
“Ye lah… Pak Man tu lah. Hari Jumaat
tu, aku balik lewat. Kalau lewat je mesti aku kena naik bas dia. Malam tu entah
macam mana boleh tertinggal handphone.
Semalam dia jumpa aku kat presint 15. Tak fasal-fasal aku kena ikut dia balik
rumah ambil handphone. Nasib baik
anak Pak Man….. haaa, tu yang aku tahu isteri dia dah pencen buat nasi lemak.
Pak Man kan dah pencen”
“Ooo… La….pasal tu ke. Patutlah aku call banyak kali tak angkat. Risau juga
aku, mana tau kau sakit ke…. Eh, handsome
tak mamat tu?”
“Entah…Kenapa pula?” Aby berhenti
mengunyah masi dimulutnya. Pandangannya beralih ke arah Arissa yang
tersenyum-senyum kambing.
“Manalah tau… dia terpikat kat kau
ke”
Bulat biji mata Aby mendengar ayat Arissa.
Mahu tercekik menelan nasi lemak yang berbaki di mulut. “Weii… cabul mulut. Tak
nak aku, harap handsome kalau tak
betul buat apa… nanti aku juga yang sewel. Dah lah berlagak, dah tau driver buatlah macam driver….. ni gaya macam driver kapal terbang”
“Amboi…. Marah nampak. Marah-marah
lama-lama sayang. Tak baik tau kau hina pekerjaan dia. Manalah tau kerja tu
part time aje. Entah-entah lagi kaya dari kita ni…Alah lagipun apa salahnya driver… yang penting sayang, baik hati,
beriman….kau pun kata mamat tu handsome
kannn?”
“Dah lah… baik kau habiskan cepat
nasi lemak tu. Kejap lagi ada pulak orang kata kita mengular kat pantry ni”
Arissa ketawa mengekek. Aby memang
begitu. Tidak pernah suka dikaitkan dengan lelaki.
“Apa yang kau gelak-gelak lagi…..
makanlah cepat!”
“Ye la… heii usik sikit pun nak
melenting. Macam manalah orang nak mengorat kau ni”
“Eiii… nantilah dulu. Yang aku
kendong pun tak larat nak bawa dah. Ni nak kejar benda lain pula. Silap hari
bulan habis tercicir yang dikendong. Lainlah engkau, tunang bukan calang-calang
orang. Pegawai Gred 44, murah rezeki cepat naik pangkat jadi Timbalan Pengarah…
untung weiiii. Senyum mak kau kan. ”
“Alah.. mak aku tak kisah siapa pun
aku berkenan. Lagipun mereka tak memilih, baik bagi aku, baiklah bagi mereka.
Dah rezeki aku dapat macam tu….lagipun aku kawan dengan Syam tu dari dia
belajar kat UKM lagi. Engkau tu entah-entah lebih lagi dari aku….Kan encik
Azfar tu ada… comel…jarang senyum. Tapi kalau dengan engkau baik aje dia. Tak
lama lagi naik pangkat juga, apatah lagi rajin macam tu. Hmmm cepatlah jadi
Timbalan Pengarah.”
“Pandai-pandai pula buat cerita!
Memanglah Encik Azfar tu comel…tapi, boleh mati kutu aku dapat kahwin dengan
orang macam tu. Nak senyum pun payah yang amat. Serius memanjang.” Terbayang
wajah bos kesayangannya itu. Memang dia sayang dengan Encik Azfar tapi lelaki
itu bukan cita rasanya. “Hmmm kalau ikut mak aku habis semua ditolak ke tepi.
Yang inilah, yang itulah…. Lagipun aku nak tanggung adik-adik ku lagi. Kalau
dah kahwin, nanti dapat pula yang tak sebulu dengan kita. Dapat pula yang
lebihkan keluarga dia aje, lepas tu dah ada anak, kena bayar ini, bayar itu….
Takut aku! Siapa pula yang nak tanggung adik-adik aku nanti. Biarlah….. jodoh
tu datang sendiri. Tak kahwin pun tak pe lah. Aku malas nak fikir! Eh..aku
pergi dulu. Nanti Encik Azfar tu cari”
Aby meninggalkan sahabatnya yang
masih menghabiskan sisa milo di cawan. Dia juga teringin ada seseorang yang
memahami, mengasihi, memberi semangat di saat dia susah. Tapi demi menjaga hati
semua dan kebaikan semua, dia terpaksa keraskan hati. Semakin lama semakin
hilang rasa ingin berteman. Akhirnya dia selesa sendiri. Lagipun setiap hujung
minggu dia sibuk. Kebelakangan ini banyak novel yang dihantar oleh produksi tv
untuk di jadikan manuskrip. Ada beberapa buah yang terpaksa di tolak. Dia harus
tumpukan perhatian dengan apa yang dia buat sekarang. Adik-adiknya masih
bersekolah. Biarlah, biar jodohnya tetap menjadi rahsia Allah.