Aby
bersiap awal hujung minggu itu. Dia dan Arissa sudah merancang untuk berkunjung
ke Nilai bagi membeli barang-barang perkahwinan Arissa yang bakal berlangsung
tiga minggu lagi.
Arissa di sisi tersenyum lebar.
Pastinya berasa gembira bila janji yang sudah tiga tertangguh lantaran dia
terpaksa menyiapkan dua manuskrip untuk drama tv. Dia memerlukan wang. Emaknya
sudah berkali-kali meminta dia mengirimkan baki yuran adik lelakinya. Duit
Azfar sendiri terpaksa di tangguhkan. Dia tiada jalan lagi. adiknya bakal
menduduki peperiksaan hujung bulan ini. Dia tidak mahu adiknya tercicir ilmu
hanya kerana kesempitan wang.
Wajah
bahagia bakal pengantin baru yang tekun memandu di pandang sekilas. Dia gadis
bertuah. Memiliki keluarga yang bahagia dengan emak dan ayah seorang yang
penyayang. Bertemu kekasih ketika sama-sama menduduki tingkatan enam di Kuala
Selangor. Kekasih itu yang akhirnya membawa gadis ini ke jinjang pelamin.
Pastinya
selepas ini dia akan rasa sunyi. Arissa sahabat hujung minggunya. Sanggup
menanti hari ini agar mereka dapat pergi berdua. Walhal dia sudah mendesak
Arissa untuk pergi sendiri, atau ditemani keluarganya. Aby tersenyum nipis. Dia
dan Arissa sebaya. Tapi memiliki kisah yang jauh berbeza.
“Kenapa
senyum sorang ni?”
Aby
menggelengkan kepala. Senyuman manisnya masih bersisa di bibirnya yang merah
delima. “Seronok nya orang nak kahwin….”
Arissa
mencebikkan bibir. “Mestilah…. Dah lama aku nantikan saat ini tau!”
“Patutlah
tak nak sambung belajar…. Dah gatal rupanya anak Pak Ja’far ni”
“Pandai
cakap orang…. Esok kalau kau yang kahwin, aku nak gelak puas-puas!”
“Aku?”
Aby menarik nafas panjang. “Tunggulah anak kau dah lima orang…. Itu pun tak
tahulah ada lagi tak orang yang berkenan”
“Alah….
Bukannya lama pun. Setahun sorang, lima tahun lagi kahwinlah engkau!”
“Memang
sah lah kau ni gatal!”
Masing-masing
ketawa. Aby dapat rasa dadanya lapang kerana masih mampu ketawa dengan ihklas.
Mampu ketawa dengan bebas. Dia rasa tiada masalah ketika ini. Betul kata orang,
ada ketikanya masalah harus diletakkan di tepi, bukan untuk mengelak tapi
sekadar memberi ruang pada diri sendiri agar tidak terlalu memikirkan masalah
tersebut sedangkan jalan keluarnya masih belum ada lagi.
“Kedai
tu nampak menarik… apa kata kita ke situ dulu. Manalah tahu ada yang menarik”
Aby
mengalihkan pandangan ke arah yang di tunjuk oleh Arissa. Dua lot kedai dengan
pelbagai iklan potongan harga di paparkan. Kedainya kelihatan banyak pilihan
dengan pelbagai reka bentuk langsir di pamerkan di tingkap. Memang mampu
menarik pelanggan.
Kereta
di parkir. Sebaik turun, mereka berdua di sambut dengan seorang lelaki warga
Bangladesh.
“Hello
kakak cantik! Mau beli langsir ka? Macam-macam ada, sini kedai banyak murah!”
Aby
dan Arissa tersenyum kecil. Lelaki yang berwajah pelakon Bollywood itu sudah
mula menjual minyak.
“Itu
langsir kakak, banyak orang beli. Itu design terbaru punya! Ini bukan kain
biasa kakak….. kami import dari Indonesia sana….”
Aby
dan Arissa memandang ke arah langsir yang dimaksudkan. Masing-masing
berpandangan. Memang cantik, lain dari yang lain. Cuma warna saja yang bukan
menjadi pilihan. Temanya sudah ada. Langsir yang bewarna krim akan di padankan
dengan kain lace bewarna hijau lembut.
“Cantik
tak?”
Aby
yang leka membelek beberapa helai kain langsir berpaling ke arah jari telunjuk
Arissa. “Cantik!.... kau tak nak tengok yang lain dulu ke? Nak terus beli?”
Arissa
menjungkitkan bahu. “Entahlah…. Aku ingat nak tengok kedai depan tu dulu. Nanti
baru buat pilihan”
“Elok
juga tu” Aby memandang mamat Pakistan yang berdiri hampir dengannya. “Kami
tengok kedai lain dulu”
“Tak
apa kakak…. Kakak pergi tengok mana-mana kedai dulu, harga boleh bagi murah
punya. Kakak cantik punya fasal saya bagi banyak diskaun”
Arissa
ketawa kecil. Kami beriringan keluar dari kedai tersebut.
“Wei….
Kau tak perasan ke mamat Pakistan tu asyik padang engkau aje”
“Eiiiiii…….
Tak mahu aku!”
“Ok
apa…. Tak dapat Salman Khan, dapat Pakistan Khan pun ok ape, hidung tinggi
tuuu”
Aby
mencubit lengan Arissa. Ketawa Arissa pecah melihat Aby memuncungkan bibirnya.
“Mentang-mentanglah
dia dah ada bakal suami, suka hati aje kenankan aku dengan mamat Pakistan
lah…mamat office lah….”
“Ops!
Mamat office?” Mata Arissa membulat. Ketawanya terus berhenti di gantikan
senyuman nakal. “Ha… kau teringat Azfar lah tu! Aku dah agak…. Ni mesti
rindukan mamat tua tu kan”
“Arissa,
please stop it!” Aby melepaskan lengan Arissa. Kononnya merajuk.
Aby
terus berjalan ke arah jalan raya tanpa mempedulikan Arissa yang menjerit kecil
memanggil namanya. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan hon kereta yang betul-betul
hampir dengan dirinya di tengah jalan.
“Aby!”
Arissa berlari anak. Betullah kawannya seorang ini, kalau sudah marah, jalan
pun tak reti tengok kiri kanan! Omelnya dalam hati. Kereta viva merah itu di
pandangnya. Tepat berhenti di kaki Aby. Lelaki itu kelihatan agak marah.
Aby
pucat. Dia mengurut dadanya berulang kali. Jantungnya berdegup laju. Seorang
lelaki turun dari kereta tersebut. Aby tunduk ke jalan. Kecut perutnya. Salahnya
kerana melintas tanpa melihat kiri dan kanan.
“Awak!”
Aby
mendongak. Kenal benar dengan suara lelaki yang sudah berdiri di hadapannya.
“Eh….” Aby tergamam. Wajah Zulqarnain yang menyinga membuat dia semakin kecut
perut.
“Awak
ni tak reti nak tengok jalan ke? Nak mati ke apa!” Zulqarnain memarahi Aby.
Pandangannya menyoroti setiap inci tubuh Aby, taku kalau gadis itu terluka.
“Kalau ya pun nak melintas tengoklah jalan. Nasib baik saya sempat tekan brek,
kalau tak? Mahu tersungkur kat tengah jalan ni!”
Aby
masih membisu. Tergamam dia di marahi seperti anak kecil. Dah lah buat kecut
perut, tak reti nak tenangkan hati orang, tahu nak marah aje. Aby bersungut
lagi.
“Kau
okey tak? Ada cedera tak?” Arissa memegang lengan Aby.
Aby
menggeleng kepala. Dia Cuma terkejut saja dan kini nafasnya mula teratur.
“Maaf
encik…. Kawan saya ni tak nampak kereta encik tadi… maaf sangat-sangat” Arissa
mencelah. Cuba untuk menenangkan keadaan.
“Kawan
awak ni memang suka berkhayal!” Zulqarnain memandang sekilas wajah Arissa.
Marahnya masih bersisa. Dia memang fobia dengan kemalangan. Dia pernah memarahi
seorang pemandu teksi kerana hampir melanggar seorang anak kecil di tepi jalan.
Walhal bukan salah pemandu itu, emak budak tu yang membiarkan anak mereka
bermain di tepi jalan raya. “Awak ni… lain kali kalau nak melintas jalan
janganlah mengkhayal...kalau awak kena langgar tadi, bukan awak aje yang susah,
kami semua susah tau tak!” Zulqarnain terus memarahi Aby. Suaranya tinggi
sehingga dia lupa mereka berada di tengah jalan “Awak tak nampak kereta lalu
ke?”
“Maaf
encik…. Kereta encik calar ke?” Arissa semakin tidak faham. Dari gayanya
seperti lelaki itu mengenali Aby. Tapi marah lelaki itu membuatkan dia bertanda
tanya.
“Saya
tak risau fasal kereta saya… saya risau fasal nyawa dia ni!” Suara Zulqarnain
sedikit kendur. Dia sendiri tidak keruan bila sedar hampir melanggar seseorang
tadi. Jantungnya berdegup laju. Degupan itu yang mengingatkannya peristiwa
kemalangan lalu.
Arissa
membisu. Marah lelaki ini bukan mudah diredakan.
“Awak
cedera tak? Jom saya hantar awak ke klinik!”
“Tak!
Tak payah……..” Aby memalingkan wajahnya. Dia terus memaut lengan Arissa.
“Jomlah… aku ok dah” Aby berbisik.
“Betul
ke kau ok?” Arissa bertanya kembali bila melihat wajah Aby yang pucat masih
tidak berdarah. “Cuba tengok betul-betul kaki kau tu”
“Jom…
kita ke klinik!” Zulqarnain mula mendesak.
“Tak
payah… saya kata tak payah, tak payahlah! Saya ok, and sorrylah sebab buat kereta awak calar!”
Arissa
memandang Aby dan Zulqarnain silih berganti. Hairan! Cara bercakap seperti
mereka mengenali antara satu sama lain. Tapi?
“Jom
lah….” Aby berbisik kepada Arissa, tak kuasa menunggu lama di situ dengan
lelaki yang selalunya akan menyakitkan hatinya.
“Awak
ni…cubalah jangan degil!” Zulqarnain cuba bersabar. Marahnya mula reda.
“Kejap…kejap…..
engkau kenal ke mamat handsome ni?”
“Apa?
Handsome kau kata?” Aby separuh menjerit. Di pandangnya Zulqarnain yang
tersengih seperti kerang busuk di hadapannya.
“Ye
lah…. Kenapa?” Arissa buat-buat tidak faham. Dia tahu Aby memang pantang bila
orang memuji lelaki yang dibencinya. Mahu naik hantu dia nanti. Arissa
tersenyum manis kepada Zulqarnain. “Hmmm…… encik, maaflah kawan saya ni memang
macam ni. Suka menonong aje kalau berjalan. Tak reti tengok kiri dan kanan.
Saya Arissa… encik ni?”
“Hai…. Saya Zulqarnain.
Panggil Qar aje” Geli juga hatinya bila Arissa kebingungan.
Aby
panas hati. “Wei… kau ni dah lupa ke tunang yang bakal kau jadikan suami bulan
depan?” Lengan gebu Arissa di cubit.
“Eh..
tak lah….. apa salahnya nak berkenalan. Betul tak Qar? Kau pun tak nak kenalkan
dia ni dengan aku, bolehlah aku jemput majlis kahwin aku bulan depan”
“Dah….dah….
jangan nak melalut. Panas ni berdiri kat tengah jalan” Aby mengalihkan
pandangannya. Beberapa pekerja dari kedai langsir tadi memerhatikan mereka.
“Kawan
awak ni memang berangin aje kan…. Setiap kali saya jumpa dia asyik musim ribut
petir” Senyumannya di lemparkan kepada Aby. Muncung Aby di rasakan manis sekali
di kala terik begitu. Aby berpaling. Wajahnya mencuka. Semakin lebar senyuman
Zulqarnain.
“Oh…
dia ni memang macam ni Qar. Susah nak tafsir!”
Aby
semakin panas hati. Sudahlah panas, cuaca terik, si Arissa ni pula masih
bermain senyuman dengan lelaki yang menyakitkan hatinya. Selalu sangat
memalukannya di tempat awam! Sudahlah tadi memarahinya di tengah jalan,
tiba-tiba berbaik pula macam pijak semut tak mati!
“Qar,
dia cedera ke?”
Aby
tergamam. Arissa berpaling ke arah seorang wanita tua yang keluar dari perut
kereta.
“Eh…
Aby”
Masing-masing
berpaling. Wajah muncung Aby bertukar serba salah. Senyuman paling manis pantas
di lemparkan bila wanita tua itu mendekatinya. Aby menyalami Puan Seri diikuti
Arissa. Arissa sudah mula membaca apa yang berlaku, sahabatnya ini bukan saja
mengenali lelaki tampan yang masih tersenyum, tetapi mengenali emaknya sekali….
Ohhhh…apakah dia?
“Mak
ciki…. Tak perasan pulamak
cik
dalam kereta tadi”
“Mak
cik pun tak perasan Aby tadi. Aby ok tak, cedera ke? Jom lah kita ke klinik,
manalah tahu terseliuh ke kaki tu” Beria Mak Seri memujuk. “Qar ni kenapa nak
marah-marah kat tengah jalan. Aby tak perasan agaknya. Cubalah bawa Aby ni
masuk dalam kereta. Ni tengah panas nak berdiri di tengah jalan”
“Yelah
bu tak perasan…. Bahayakan orang tau!”
“Dah
lah tu…. Yang penting Aby tak apa-apa”
“Aby
tak payah nak layan Qar ni, marilah ikut mak cik ke klinik”
“Eh,
tak apalah mak cik….. tak ada apa pun. Cuma terkejut je tadi. Minta maaf lah
ye, tak nampak pula kereta lalu tadi” Aby semakin serba salah.
“Manalah
nak nampak bu, asyik berangan aje kerjanya” Zulqarnain mencelah.
“Kamu
ni Qar…. Tak baik cakap orang macam tu. Apa kata Qar pergi parking kat depan
tu.” Mak Seri mengarahkan anaknya. “Ha… Aby, jom kita ke kedai seberang tu.
Panas berdiri kat sini.”
Aby
akur. Lega dapat berdiri di tempat teduh. Wajahnya yang putih agak kemerahan
menahan panas dan marah.
“Ni
kawan sepejabat saya … Arissa” Pandangannya beralih kepada Arissa di sisinya.
“Ni lah isteri Pak Cik Man driver bas tu, orang semua panggil dia Mak Seri.”
“Ooo…
mak ciklah yang buat nasi lemak sedap tu” Arissa tersenyum lebar. Dia mula
faham kenapa Aby marah sangat dengan Zulqarnain. Hampir setiap kali sampai ke
pejabat, sahabatnya itu akan bersungut fasal driver basnya…. Hurmmm memang
patut pun, handsome sangat! “Terima
kasih mak cik sebab bagi nasi lemak tempoh hari…. Nanti kalau ada jamuan kat
office, bolehlah saya order dengan mak cik ye”
“Boleh
aje… Arissa dengan Aby cari kain ke? Nak buat langsir?”
“Haa…
Arissa ni nak kahwin bulan depan, nak cari langsir untuk bilik pengantin” Aby
menerangkan. Sambil matanya memerhati anak bujang Puan Seri memarkir kereta di
hadapan mereka.
“Mak
Seri pun cari langsir pengantin juga. Eloklah tu, boleh sama-sama cari. Mak Seri
dengar kedai ni banyak pilihan, lepas tu tukang jahitnya kemas sangat. Tak
macam kedai lain”
Tiba-tiba
perasaan Aby tidak tenang. Siapa nak kahwin? Zulqarnain kut? Ish takkanlah…..
eh, apasal mustahil pula! Yelah agaknya sebab tu mamat tu datang sekali.
“Elok
lah tu mak cik, saya nak harap Aby ni pilih, habis semua dia berkenan. Semuanya
cantik!”
Aby
menjuihkan bibir. Arissa ni memang nak kenakan dia. “Eh, apa pulak kita… bukan
kau ke yang rambang mata. Habis semua langsir dia nak beli. Nasib baik saya ada
mak cik… kalau tak, lain yang dia nak lain yang di belinya”
Mak
Seri ketawa kecil. Memanglah kalau orang perempuan berbelanja. Semua cantik.
Semua nak. Dia pun macam tu juga. Masuk kedai ini, sudah tiga buah kedai.
Semuanya cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.
Di
dalam kedai masing-masing meninjau pelbagai jenis rekaan langsir. Di sini lagi
banyak pilihan berbanding kedai yang mereka masuki tadi. Arissa dan Mak Seri
sibuk berbincang dengan juru jual. Aby malas mahu mencampuri mereka memilih
untuk berjalan-jalan di sekitar kedai mencari kain untuk di buat baju.
Satu
persatu di belek kain yang dipamerkan. Matanya tertumpu pada warna merah.
Rasanya dia tidak pernah ada baju bewarna merah. Tapi hari itu warna itu
mencuri tumpuannya berbanding warna ungu yang menjadi koleksinya setiap kali
membeli baju.
“Cantik…
padan untuk awak!”
Glurp!
Aby menelan air liur. Zulqarnain begitu hampir di sisinya. Entah bagaimana dia
boleh tidak sedar lelaki itu muncul.
“Awak
ni memang suka buat saya naik marah kan!”
“Shhh….
Bisingnya awak ni! saya tak buat apa pun, saya cuma cakap kain tu cantik.
Memang sesuai untuk awak” Zulqarnain meletakkan jari telunjukkan di bibir
menyuruh Aby memperlahankan suaranya.
Aby
mengetap bibir. Geram! Sudahlah tadi memarahi dia di tengah jalan. Sekarang nak
tunjuk baik pula depan mak kesayangan.
“Awak
ni… tak ada kerja lain ke? Pergilah, mak awak tunggu tu”
“Biarlah
orang perempuan buat kerjanya… mak saya bukan nak pun pendapat saya. Tapi saya
boleh bagi pendapat untuk awak”
“Tak
payah! Saya tak nak…” Aby membuka langkah. Arissa masih lagi sibuk dengan tempahan
langsirnya. Sahabatnya itu sudah mula mesra dengan Puan Seri. Elok saja
bergelak ketawa berdua. Dia menuju ke lorong lain pula.
“Aby…
Sorry sebab marah awak tadi”
Zulqarnain terus mengekori Aby. Aby berhenti membelek kain satin, dia juga
berhenti. “Saya terkejut sebenarnya tadi”
“Tak
pe… benda dah jadi. Memang salah saya pun. Kan saya ni suka berkhayal!” Aby
membalas semula.
“Janganlah
macam tu…. Saya tak ada niat nak marah sebenarnya”
“Awak
dah marah saya pun… depan orang pulak tu. Saya tahulah saya salah! Anyway… nanti awak hantarlah kereta awak
kat bengkel. Bilnya bagi kat saya. Sorrylah
buat kereta awak calar”
Aby
berlalu. Dia kembali mendapatkan Arissa di meja menunggu yang di sediakan.
Zulqarnain terus mengekori Aby. Lelaki itu duduk di sisi Puan Seri.
“Dah
pilih?”
“Dah….
Aku pilih warna krim. Minggu depan baru siap. Nasib baik ada Mak cik Seri.
Kalau tak jenuh harap kat kau ni pilih langsir”
“Amboi….
Tengoklah tu mak cik, pandai dia mengampu”
“Mak
cik pun seronok ada kawan pilih langsir… tak lah pening. Harapkan Qar ni…hurmmm
hantar aje la yang dia tahu”
“Ye
la bu… Qar ni lelaki. Manalah tahu pilih benda ni semua. Ibu dah siap ke? Kalau
dah apa kata kita pergi makan dulu. Qar belanja. Arissa ok tak?”
Arissa
tersenyum lebar. Orang nak belanja makan… untung, untung! “Eh ok aje, kan Aby.
Rezeki jangan di tolak…”
“Haa…
bagus juga tu. Boleh kita berbual panjang. Mak cik pun dah lama tak jumpa Aby”
Aby
semakin geram. Puas dia mencubit-cubit paha Arissa dari bawah meja. Tapi gadis
itu seolah-olah kebal. Tidak rasa sakit pun. Tidak endah sendikit pun. Awas kau
Arissa, kejap lagi siap lah kau…….Geram!
Zulqarnain
tersenyum lebar. Suka betul dia tengok muncung Aby yang sedepa itu. Nampak
sangat gadis itu sedang marah. Nasib awaklah Aby!