Home Novel Cinta Abang Driver!
Bab 2…. Bertemu lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 petang. Termangu-mangu Aby menunggu sendirian di pondok bas. Rata-rata staf kerajaan akan pulang jam 5 petang. Paling lewat pun 5.30 petang. Di jalan raya masih banyak kenderaan bersimpang siur menuju ke destinasi masing-masing. ‘Lambatnya bas hari ini. Pukul berapalah nak sampai di rumah”

Tidak lama kemudian muncul bas berwarna kuning di hadapannya. Lega hatinya yang dari tadi risau. Takut sampai malam di rumah. Takut tak sempat untuk menyiapkan kerja yang sudah dijanjikan. Ketika dia masuk ke dalam perut bas, pandangannya tertancap pada wajah driver yang juga membalas pandang ke arahnya. Lelaki itu tersenyum.

“Hai…. Lewat awak balik. Dah pukul 8.30 malam”

Mencuka wajah Aby disapa dengan pemandu yang tampan itu. Memandangkan dia tiada duit kecil, terpaksalah dia menghulurkan duit sepuluh ringgit ke arah lelaki itu.

“Tak pe lah, saya belanja awak hari ini”

“Eh… tak pe. Ambillah, kalau tak ada baki pun tak pe simpan aje”

‘eh, simpan aje… ish baik pula aku ni. Dah lah gaji lambat lagi. Banyak tu lapan ringgit. Kalau makan di café boleh jimat sehari…. Huhuhu tak pe lah. Dari dia tenung aku macam tu’

“Tak pe… baik awak duduk cepat. Saya nak gerak ni”

Aby serba salah. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Dia terus mengambil tempat duduk di barisan hadapan. Memang selalunya bas akan ke destinasi lain dulu dan rumahnya adalah hentian terakhir sebelum bas menuju ke Putrajaya Central. Biasanya, mereka ada jadual tugas dan giliran agar setiap bas datang tepat pada waktu yang ditetapkan di setiap hentian. Tapi pelik pula bila dia menemui pemandu yang sama hari ini.

Hanya tinggal Aby sendirian di dalam bas. Waktu begini memang sunyi. Kalau dia tahu pemandu yang bakal di jumpa malam ini adalah lelaki yang sama, dia sanggup merayu Arissa untuk menghantarnya pulang.

“Ha.. dah sampai pun. Awak tak nak turun ke?”

Aby tergamam. Eh, dah sampai rupanya. Macam mana dia boleh tak sedar.

“Elok-elok jalan tu. Hari dah malam ni. Awak nak saya temankan sampai lif ke? Sekurang-kurangnya tak lah awak takut jalan sendiri”

“Tak pe…” Eh.. lebih-lebih pulak mamat ni.

“Ye ke… awak pergilah cepat. Saya tengok awak dari sini”

“Eh awak ni… saya dah kata tak pe, yang awak sibuk sangat ni kenapa! Kat Putrajaya ni selamatlah. Tak ada kes-kes culik ni. Polis pun ramai”

“Tak lah, awak tu perempuan. Ayah saya kirim salam kat awak. Dia selalu cerita pasal awak kat saya”

“Ayah? Siapa ayah awak?” Aby bertanya semula. Dia berdiri di tangga bas menunggu jawapan.

“Pak cik Man….”

“Ooo… patutlah saya tak nampak dia pagi ni. Awak gantikan dia ke?”

“Haa… Kebetulan saya tak ada kerja, mohon sekali terus dapat. Ayah saya dah pencen”

“Ooo… kirim salam balik kat dia ye. Tak dapat jumpa dia lagi”

“Apa pulak tak dapat jumpa. Saya kan ada”

Ewah-ewah… lebih-lebih pulak mamat ni. “Apahal pula dengan awak?”

“Tak dapat jumpa ayah… anaknya pun ok juga kan”

“Ehhhh… lebih-lebih pula awak ni. Dah lah. Malas nak layan kaki merapu. Dah malam ni”

“Haa…. Awak kalau layan saya sampai esok pun tak sudah. Pergilah cepat, saya tengok awak dari sini. Cepat!”

“Awak ni memang tak reti bahasa!”

Laju kaki Aby melangkah meninggalkan pondok bas yang sunyi itu. Ketika sampai di depan lif, sempat dia memandang ke arah pondok bas tersebut. Bas itu masih berada di situ. Tidak berganjak lagi. Ish memang tak betul mamat ni. Kesian pak cik Man, dapat anak tak betul macam tu. Nasib baik dapat jadi driver… kalau tak, menganggur terhormatlah jawabnya. Aby bergumam sekali lagi. Benci lah dengan orang tak betul ni!



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.