“Hari ni last masuk kelas?” soal Puan Haryati sambil memandang Hana yang sedang menikmati sarapan pagi. Hana tersenyum tersenyum.
“Lepas tu balik terus ke nak ke office?” soal Puan Haryati semula.
“Nak singgah office dulu. Kenapa mama?” soal Hana pula.
“Mama nak agak masa balik Hana sebab malam ni nak masak lebih sikit,” beritahu Puan Haryati.
“Wah. Papa dinner kat sini ke?” soal Hana dengan kening terangkat. Puan Haryati mengangguk.
“Patutlah mama gembira aje pagi ni,” balas Hana separuh mengusik.
“Hana jangan fikir yang bukan-bukan pula. Mama cuma nak raikan anak mama ni yang nak jadi ceo tak lama lagi,” kata Puan Haryati. Hana tergelak besar. Ceo?
“Hana cuba balik awal. Papa dah tahu ke?” soalnya semula.
“Belum lagi. Nanti mama beritahu papa,” balas Puan Haryati.
“Sejak bila mama dan papa jadi best friend ni?” usik Hana lagi sambil bangun dari kerusi.
“Sejak anak mama nak jadi ceo,” balas Puan Haryati. Hana tergelak semula. Dia mencium pipi wanita itu.
“Hana pergi dulu,” katanya sebelum berlalu.
“Hati-hati,” pesan Puan Haryati dengan senyuman.
*****
Hana hanya memandang Ivan yang sedang menarik kerusi di hadapannya.
“Aku nak pergi tandas dulu,” kata Juju sambil bangun dari kerusinya lantas berlalu. Hana hanya memandang langkah gadis itu.
“Kenapa sampai nak kena berhenti? Benci sangat ke Hana pada Iv?” soal Ivan dengan nada perlahan. Hana terdiam mendengar soalan lelaki itu.
“Saya bersalah. Iv terima akibat tu. Tapi Hana tak perlulah ambil keputusan macam ni. Hana nak tinggalkan semuanya hanya sebab Iv aje?” soal Ivan semula.
“Iv jangan salah faham. Saya berhenti bukan sebab sesiapa. Saya memang dah fikir panjang hal ni. Sejak balik dari Milan, saya dah mula fikirkan semula keputusan untuk menumpukan perhatian kepada Honey. Saya tak perlu terangkan dengan awak semuanya. Awak cuma perlu tahu, keputusan yang saya buat ni takde kena mengena awak,” balas Hana dengan nada tegas. Ivan merenung wajah gadis itu dengan perasaan berbaur. Dia memang tidak boleh menerima kenyataan bahawa gadis di hadapannya bukan teman wanitanya lagi. Semuanya terlalu cepat berlaku. Dia tidak akan salahkan Hana sepenuhnya. Dia lebih bersalah pada gadis itu.
“Saya takde apa-apa perasaan yang tinggal untuk awak. Saya minta maaf Iv. Saya hargai semua kenangan yang telah tercipta antara kita. Semoga lepas ni takde dendam antara kita. Saya juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan awak lepas ni. Sekiranya ada peluang. Jaga diri,” sambung Hana sambil memohon sandangnya sebelum melangkah berlalu. Ivan tidak menahan langkah gadis itu.
Dendam?
*****
“Jadi, macam mana?” soal Juju sambil berjalan seiringan dengan gadis itu menuju ke arah Jason yang sudah menunggu di luar kawasan kolej.
“Takde apa yang berubah. Aku harap Iv boleh maafkan aku,” balas Hana dengan nada perlahan. Juju gembira.
“Dia tu sayang sangat kat kau,” katanya. Hana tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Dia boleh memeluk Juju.
“Terima kasih Ju. Aku sayang kau. Kau jaga diri tau. Hujung minggu lepak kat rumah aku,” katanya separuh meminta. Juju tersenyum.
“Kau jangan risau. Aku okay. Kau tu jaga diri juga. Aku tahulah kau ceo Honey, tapi jangan asyik nak fikir pasal kerja aje. Aku doakan yang terbaik untuk kau,” balasnya ikhlas. Hana tersenyum. Dia memeluk gadis itu. Juju turut membalas pelukannya.
“Aku pergi dulu,” kata Hana sebelum berlalu ke kereta. Juju melambai dengan perasaan sebak.
*****
Hana hanya memandang Karl yang sedang menjalani photoshoot .
“Hari ni hari terkahir Karl photoshoot dengan Honey,” beritahu Jason yang sedang berdiri di sisi Hana.
“Bukan minggu depan ke?” soal Hana dengan kening terangkat.
“Dia habiskan minggu ni,” jawab Jason. Hana faham faham.
*****
Hana menghulurkan Milk coffee latte pada Karl.
“Untuk awak,” kata Hana dengan senyuman. Karl memandang wajah gadis itu. Sudah lama dia tidak melihat senyuman gadis itu.
“Ambillah,” pinta Hana. Karl akhirnya menyambut huluran tersebut.
“Terima kasih,” ucapnya. Hana mengangguk.
“Maaf,” ucapnya.
"Untuk apa?" soal Karl agak terkejut dengan ucapan gadis itu.
“Yelah, awak ni dah jadi anak emas Honey. Tapi kat luar saya agak kasar dengan awak. Banyak benda yang berlaku. Ada masa saya tak mampu nak kawal diri. Maaf Karl. And thanks sebab dah bekerjasama dengan Honey,” balas Hana dengan senyuman. Karl merenung wajah gadis itu. Dia tidak pernah menyalahkan gadis itu.
“No problem,” jawabnya perlahan. Kedua-duanya terdiam seketika.
“Saya bukan nak sokong Iv sebab dia kawan baik saya. Tapi, saya dah kenal lama dengan Iv. Awak boleh percayakan saya, Hana. Iv ikhlas sayangkan awak,” kata Karl dengan senyuman. Hana hanya diam mendengar kata-kata lelaki itu.
“Gembira bekerjasama dengan awak. Saya ada lagi photoshoot lepas ni. Jaga Hana,” sambung Karl sebelum berlalu. Hana hanya memandang langkah lelaki itu.
Awak juga...,
*****
Datuk Ismail tersenyum memandang Hana yang sedang leka dengan makan malam.
“Papa ucapkan terima kasih sebab dah jemput papa dinner malam ni,” ucapnya dengan senyuman.
“Ni idea mama. Bukan Hana,” balas Hana selamba. Puan Haryati tergelak kecil mendengar kata-kata gadis itu.
“Dinner malam ni khas untuk anak mama. Hana kena tahu, mama dan papa sentiasa ada untuk Hana,” katanya sambil memandang Datuk Ismail.
“Betul Hana. Kita mungkin tak tinggal bersama tapi kita masih satu keluarga. Papa dan mama sentiasa sokong Hana dari belakang,” sokong Datuk Ismail. Hana tersenyum. Mungkin sudah tiba masanya dia memberi peluang kepada papanya untuk menjalankan tanggungjawabnya. Dia sedar dia tidak berhak menghukum orang tua itu. Sebagai manusia biasa, kesilapan itu sentiasa berlaku.
“Thanks guys,” ucapnya dengan perasaan sebak. Dia tidak perlu meratapi apa yang telah hilang dalam hidupnya. Dia hanya perlu menghargai apa yang ada di depan matanya saat ini.
*****
Ivan memandang langit malam yang dihiasi bintang. Ingatannya melayang pada Hana.
“Saya dah takde apa-apa perasaan yang tinggal untuk awak...,”
Ivan tersenyum pahit.
Cepatnya awak buang saya, Hana. Kalau awak ragu-ragu kenapa terima saya dulu?
Ivan tunduk meraup wajahnya.
Kali kedua. Ia lebih menyakitkan. I don't think Hana putuskan hubungan hanya semata-mata sebab Nelly. Saya percaya ada sesuatu yang lain.
Ivan mendengus perlahan. Dia sudah menyedari hal tersebut Cuma dia sedaya upaya menidakkan. Dia tidak mahu kehilangan Hana. Namun apa yang ditakutinya telah pun terjadi. Hana sudah pergi meninggalkannya.
Awak sakitkan saya, Hana.
*****
Jamiel memandang kedua-dua rakannya. Marqen diam membisu. Begitu juga Karl.
“So, kita just diam aje? Iv dah seminggu tak datang kolej,” katanya dengan kening berkerut.
“Aku call Iv semalam. Dia kata tak sihat,” balas Marqen.
“Mestilah dia tak sihat. Dia kehilangan Hana,” Kata Jamiel.
“Nak lawat Iv ke?” soal Marqen pula. Jamiel memandang Karl yang hanya membisu sedari tadi. Marqen turut memandang lelaki itu.
“Korang pergilah,” balas Karl sambil bangun mencapai beg galasnya.
“Kirim salam kat Iv,” pesannya sebelum berlalu. Jamiel dan Marqen saling berpandangan.
“Sejarah berulang semula,” keluh Jamiel.
“Maksud?” soal Marqen dengan kening terangkat.
“Aku tak buta,” balas Jamiel sambil mengemas bukunya. Marqen tersenyum hambar.
“Aku cuma harap persahabatan kita tak akan goyah hanya sebab ni,” sambung Jamiel sambil mengeluh perlahan. Marqen setuju.