Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,446
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20


“Hana,” panggil Ivan dengan nada lembut. Dia tidak tahu mengapa gadis itu hanya mendiamkan diri sejak mereka berada di kolej sehingga balik ke rumah. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Hana kerana risau dengan tingkah laku gadis itu.

“Sorry sebab tak tunggu awak tadi,” ucap Hana. Dia sebenarnya bukan tidak mahu balik bersama dengan lelaki itu. Namun dia tidak mahu terserempak dengan Karl. Kepalanya masih sakit disebabkan oleh lelaki itu.

“Tak apa. Lagipun tadi saya memang keluar lewat dengan Karl,” balas Ivan.

“Awak okay?” soalnya masih risau.

“Ya. Saya okay,” balas Hana.

“Sorry sebab tak dapat lunch dengan awak masa kat kolej tadi. Saya lunch kat luar. Sorry tak beritahu awak,” ucap Ivan dengan perasaan bersalah. Hana tersenyum.

“Cukuplah tu minta maaf. Awak tak bersalah,” katanya separuh bergurau. Ivan tergelak kecil.

“Awak tahu tak yang saya risaukan awak. Awak diam aje masa kat kolej tadi. Saya dah fikir bukan-bukan. Saya risau dah lukakan hati awak tanpa sedar. Dah lah awak tu suka berahsia dengan saya,” balasnya dengan senyuman hambar.

“Berahsia? Saya?” soal Hana sambil tergelak.

“Yes, my girlfriend,” balas Ivan.

“Rahsia apa? Saya tak ada simpan apa-apa rahsia daripada awak,” kata Hana dengan nada tegas. Ivan tergelak.

“Saya bergurau sayang,” balasnya. Hana menggigit bibir.

Sayang?

Hana menyentuh pipinya. Nasib baik dia bukan di hadapan lelaki itu.

“Jumpa esok Hana. Good night,” sambung Ivan dengan senyuman.

“Hmm,” balas Hana sebelum menutup telefonnya. Bibirnya masih mengukir senyuman.

                                  *****

“Hujung minggu ni?” soal Marqen dengan riak wajah terkejut. Juju mengangguk.

“Kalau boleh jangan ajak Nelly ek,” katanya separuh meminta. Marqen tergelak kecil.

“Saya harap dia tak tahu,” balasnya.

“Kalau dia tahu, awaklah yang beritahu,” kata Juju sambil membesarkan matanya memandang lelaki itu. Marqen tergelak lagi.

“Saya bukan tak suka Nelly. Cuma risau ada pertumpahan darah masa kat sana nanti,” kata Juju sambil tersengih.

“Saya setuju. Saya akan beritahu Ivan, Miel dan Karl. Nak ajak Kaira sekali?” soal Marqen lagi. Juju terdiam mendengar soalan lelaki itu.

“Tapi saya dengar Karl dan Kaira tu tak jadi. So, tak ada apa yang nak dirisaukan sangat,” sambung Marqen.

“Tak jadi? Siapa yang reject siapa?” soal Juju agak teruja mendengar cerita lelaki itu.

“Tak pasti pula. Tapi saya rasa Karl. Dia memang tak suka Kaira,” jawab Marqen sambil memandang sekeliling. Suasana cafe mula sesak dengan pelajar.

“Tapi saya tengok Karl layan Kaira tu okay aje. Maksud saya, cara dia tu macam care aje pasal Kaira,” kata Juju dengan riak wajah tidak puas hati. Marqen tergelak.

“Karl memang macam tu. Sweet guy,” balasnya. Juju ikut tergelak.

“Baiklah. Beruntunglah siapa jadi girlfriend Karl tu,” katanya. Marqen hanya tersenyum.

“Nak try?” soalnya separuh mengusik.

“Nak juga. Tapi risau pula terima nasib yang sama dengan Kaira,” gurau Juju. Marqen tergelak lagi.

“Ada aje awak ni,” balasnya. Juju hanya tersengih. Dia memandang sekeliling. Pandangannya singgah pada Hana yang sedang duduk dengan Ivan.

Semalam muka tak bermaya. Hari ni dah kembali macam biasa. Hana, kau memang sengaja buat aku risau.

                                *****

“Hana,” tegur Kaira sambil menghampiri Hana yang sedang mencuci alat lukisannya. Hana agak berdebar melihat wajah serius gadis itu.

“Puas hati kau sekarang? Karl dah reject aku sebab kau!” marah Kaira. Dia cuba menahan diri namun tetap gagal mengawal kemarahannya. Hana memandang sekeliling risau ada yang mendengar. Dia bukan malu cuma agak risau memikirkan apa yang akan difikirkan oleh orang yang tidak memahami cerita sebenar mereka. Mesti fitnah akan timbul.

“Malu?” soal Kaira dengan senyuman sinis.

“Atau kau takut Ivan tahu?” soalnya lagi.

“Aku masih boleh bersabar dengan kau sebelum ni. Tapi ni dah melampau. Sejak awal lagi aku dah beritahu, aku dan Karl hanya kawan. Aku tak tahu apa yang dah rasuk kepala otak kau sampai nak tuduh aku rampas Karl daripada kau!” balas Hana dengan kening berkerut.

“Kau ja...,”

“Memang patut pun kau kena reject dengan Karl. Perangai macam ni nak jadi girlfriend Karl? Apa kau ingat kau tu cantik sangat? Bagus sangat sampai Karl nak jatuh hati? Come on, Kaira. Aku bukan kata aku ni bagus sangat. Tapi kalau aku nak, dari awal lagi aku dah rampas Karl. Tapi aku tak buat sebab aku dah ada Ivan,” pintas Hana dengan senyuman sinis. Terkebil-kebil Kaira memandang gadis itu.

“Kurang ajar!” katanya seiring dengan tangannya.

Pang!

Hana terkedu. Perlahan tangannya menyentuh pipi kirinya.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Kau tak layak nak hina aku. Perempuan tak guna! Ingat, kau berhutang dengan aku!” kata Kaira sebelum berlalu dengan pantas. Hana menggigit bibir.

                                 *****

Nelly tergelak kecil. Dia yang tanpa sengaja menjadi penonton adegan tersebut mula menghampiri Hana yang masih berdiri memandang langkah Kaira. Hana hanya memandang gadis itu.

“Sakit? Aku tak tahu pula kau ada hati pada Karl,” kata Nelly dengan senyuman sinis. Hana merenung tajam ke arah gadis itu.

“Kau jangan nak buat fitnah Nelly. Aku tahu kau dengar apa yang aku kata tadi,” balas Hana. Sakit hatinya melihat telatah gadis itu. Tingkah laku Nelly dan Kaira benar-benar membuatnya tertekan.

“Aku dengar. Sangat jelas. Aku tak buat sebab aku dah ada Ivan. Maksudnya, kau akan rampas Karl jika Ivan tak wujud. Betul tak?” balas Nelly separuh menyoal. Dia tergelak kecil.

“Nell!”

“Shut up! Jangan berani sebut nama aku. Kau dah jadi musuh aku selepas kau rampas Ivan daripada aku!” balas Nelly dengan nada keras. Hana pantas mengemas alat lukisannya. Dia perlu beredar dengan cepat sebelum tahap kesabarannya benar-benar hilang.

“Ingat, Ivan tu milik aku. Seorang!” kata Nelly jelas memberi amaran sebelum berlalu. Hana tunduk.

Perampas? Aku?

                                   *****

Langkah Karl terhenti saat melihat Hana yang berjalan lambat di hadapannya. Wajah gadis itu kelihatan pucat dan tidak bermaya. Karl mula melangkah untuk mendekati namun sekali lagi langkahnya terhenti apabila melihat Ivan sudah berada di sisi gadis itu. Riak wajah Hana tetap sama walaupun Ivan sudah berada di depannya.

Apa yang berlaku?

Karl hanya memandang kedua-duanya berlalu. Dia mengeluh perlahan.

                                  *****

Puan Haryati meletakkan segelas air dan ubat di atas meja tepi katil Hana. Dia memandang Hana yang sedang terbaring di atas katil.

“Mama dah bawa ubat ni. Hana makan dulu lepas tu baru tidur,” katanya separuh mengarah. Hana mengangguk. Dia bangun sambil duduk bersandar pada katilnya.

“Thanks mama,” ucapnya. Puan Haryati tersenyum.

“Eloklah Hana bercuti hujung minggu ni. Sejak mula kerja kat pejabat, Hana dah jarang bercuti,” katanya. Hana meletakkan semula gelas selepas minum ubat yang dibawa oleh Puan Haryati.

“Hana okay ma. Penat sikit aje,” balasnya. Dia belum bersedia untuk berkongsi dengan wanita itu mengenai apa yang terjadi hari ini.

“Anak mama ni memang degil,” rungut Puan Haryati. Hana hanya tersenyum hambar.

“Hana nak rehat dulu,” katanya sambil mula berbaring semula. Puan Haryati mengangguk.

“Good night,” ucapnya sambil mengucup dahi gadis itu. Hana mengangguk sambil memejamkan matanya. Puan Haryati berlalu dengan keluhan berat. Selepas Puan Haryati berlalu, Hana membuka matanya semula. Dia mengeluh perlahan.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.