Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,374
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2


Ivan memandang Karl yang sedang menikmati makan tengaharinya.

“Macam mana boleh terfikir nak pindah sini? England tak okay ke?” soalnya ingin tahu punca sebenar lelaki itu kembali.

“Saja. Tak boleh ke?” soal Karl kembali dengan senyuman. Jamiel berdehem perlahan.

“Okay lah Karl dah balik. Kita dah lengkap semula,” celahnya.

“Betul tu,” sokong Marqen.

“Aku bukan tak suka kau balik. Cuma terkejut. Setahun yang lalu kau pergi macam tu aje. Tiba-tiba pula hari ni muncul kat sini,” balas Ivan dengan senyuman. Karl tergelak kecil.

“Sorry,” ucapnya ringkas.

“Jangan pula kau hilang lagi,” kata Marqen. Karl menggeleng dengan senyuman.

                              *****

“Hi,” sapa Kaira apabila melihat Karl yang sedang berdiri di hadapan mesin air. Karl menoleh sambil tersenyum. Dia mengambil pepsi yang baru keluar dari mesin tersebut.

“Kaira,” kata Kaira sambil menghulurkan tangan. Karl memandang huluran tangan gadis itu tanpa berhasrat untuk menyambut.

“Sorry, dah siap ke?” soal satu suara. Karl dan Kaira serentak menoleh. Berkerut kening Hana memandang kedua-duanya silih berganti. Kaira menjatuhkan semula tangannya.

“Sorry,” ucap Karl sambil berundur sedikit untuk memberi ruang pada Hana.

“I’m Karl,” katanya pada Kaira yang masih memandangnya. Hana yang mendengar kata-kata lelaki itu menoleh ke arahnya.

“Nice to meet you,” ucap Kaira sebelum berlalu. Karl mengangguk sebelum memandang Hana semula.

“You?” soalnya. Hana mengambil minumannnya.

“Sorry,” balasnya sebelum berlalu. Terangkat kening Karl dengan reaksi gadis itu. Matanya tidak lepas memandang setiap langkah Hana.

Not bad.

                                 *****

“Kau ada bawa payung tak?” soal Hana sambil memegang erat telefonnya. Dia kini berada di hadapan perpustakaan. Hujan turun agak lebat.

“Hujan ke?” soal Juju di talian sebelah.

“Ya makcik. Kau masih dalam dewan ke?” soal Hana semula.

“Ah ha. Hari ni aku sambung kelas sampai petang. Lagi satu, aku tak bawa payung. Kau tak nak cepat kan? Tunggu aku aje kat library tu,” balas Juju separuh mencadangkan.

“Aku nak siapkan lukisan yang perlu hantar esok. Tak apalah,” balas Hana sebelum menutup telefonnya. Hana memandang sekeliling.

“Nak payung?” tegur seseorang. Hana pantas berpaling kerana terkejut dengan teguran tersebut.

Ivan?!

“Ambil lah,” kata Ivan sambil menghulurkan payung di tangannya kepada Hana.

“Awak macam mana?” soal Hana apabila perasan yang lelaki itu hanya keseorangan. Belum sempat Ivan membalas, sebuah kereta berhenti di hadapan mereka.

“Jom,” ajak Karl selepas menurunkan cermin kereta. Dia agak terkejut melihat kelibat Hana. Ivan menarik tangan Hana lantas menyerahkan payung tersebut. Hana terkedu

“Awak guna dulu,” kata Ivan sebelum berlalu masuk ke dalam kereta.

“Jom,” ajaknya selepas masuk ke dalam kereta. Karl mengangguk sebelum berlalu. Hana hanya memandang kereta tersebut dengan perasaan berbaur. Dia memandang pula payung yang sedang dipegangnya.

Aku mimpi ke? Ivan pinjamkan aku payung!

Hana tersenyum lebar.

                               *****

“Hai Ivan,” ucap Nelly dengan senyuman. Ivan terdiam mendengar suara gadis itu. Menyesal pun ada kerana menyambut panggilan Nelly. Kini lidahnya kelu untuk membalas.

“Apa khabar?” tanya Nelly pula.

“Saya baru aje sampai dari airport. Esok saya akan daftar kolej yang sama dengan awak. So, maybe kita jumpa esok,” sambungnya apabila Ivan hanya membisu.

“Okay,” balas Ivan dengan nada perlahan. Nelly mengeluh.

“Tak nak tanya apa-apa? Awak buat saya tak selesa,” katanya. Ivan menarik nafas panjang.

“Saya baru aje sampai rumah. Kalau nak cakap pun esok aje lah. Saya penat sangat,” balasnya.

“Sorry. Okay, jumpa esok,” kata Nelly dengan perasaan bersalah. Ivan mengangguk sebelum mematikan telefonnya. Keluhan berat dilepaskan. Setahun yang lalu gadis itu mengambil keputusan untuk berhijrah. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba Nelly kembali semula. Dia bukannya tidak gembira dengan kepulangan gadis itu. Cuma sudah tidak ada alasan lagi perasaan itu hadir setelah hubungan mereka berakhir.

                                *****

“Erk, Ivan?” soal Hana sambil memandang sekeliling. Karl yang sedang tekun memandang laptopnya membalas pandangan gadis itu.

She again!

Karl tersenyum sambil mula bersandar pada kerusinya. Wajah Hana menjadi tatapan matanya.

“Ivan?” soal Hana dengan kening berkerut.

“Karl,” balas Karl.

“Ivan. Ivan kat mana?” soal Hana mula geram.

“Karl. Dia tak ada kat sini,” balas Karl separuh mengusik. Hana meletakkan payung milik Ivan di atas meja Karl.

“Saya ada kelas ni. Tolong beritahu dia. Thanks,” ucapnya sebelum berlalu.

“Wait,” tahan Karl. Dia bangun dari kerusinya.

“Awak ambil kelas apa?” soalnya ingin tahu. Hana berpaling semula.

“Art,” jawabnya ringkas sebelum melangkah semula. Karl tersenyum.

                             *****

“Aku macam tak percaya Ivan tu pinjamkan kau payung,” kata Juju masih dengan riak terkejutnya.

“Tadi aku tengok kau berbual pula dengan Karl. What’s going on?” soalnya lagi teruja. Hana mendengus sambil berhenti melangkah.

“Ju, semuanya secara kebetulan. Lagi satu, aku bukannya berbual dengan lelaki itu. Aku cuma tinggalkan pesan. So please, aku ada kelas. See you after the class,” kata Hana sebelum melangkah laju untuk berlalu. Juju tergelak kecil.

“Aku yang teruja, kau yang gelabah. Alahai lah Hana,” katanya sebelum melangkah semula.

                                   *****

Nelly tersenyum memandang Ivan dengan senyuman.

“Tak beritahu pun nak balik,” kata Jamiel sambil mendepakan tangannya. Nelly memeluk abang sepupunya itu.

“Apa khabar Nell,” tanya Marqen.

“I’m okay,” balas Nelly dengan senyuman.

“Dah daftar?” tanya Ivan. Nelly menggeleng.

“Boleh tak temankan saya,” katanya separuh meminta. Ivan terdiam mendengar permintaan gadis itu.

“Amboi, dengan Miel tak nak ke?” soal Jamiel separuh mengusik. Berkerut kening Nelly memandang lelaki itu. Marqen menyiku lengan rakannya itu.

“Tak apalah Iv. Kau temankan Nell. Kami masuk dulu,” katanya dengan senyuman. Ivan hanya mengangguk tanpa membantah.

“Nell, jaga tingkah laku tu,” Jamiel mengingatkan sebelum berlalu dengan Marqen. Nelly hanya tersenyum.

“Jom,”ajak Ivan. Nelly mengangguk sambil mengikut langkah Ivan.

                                *****

“Eh, Ivan dengan siapa tu?”

“Budak baru ke?”

“Kelas apa?”

Hana menoleh ke arah tingkap. Jelas kelihatan Ivan dan seorang gadis sedang berjalan melepasi kelas mereka. Dadanya berdebar. Dia juga seperti pelajar perempuan yang lain tertanya-tanya siapa gerangan gadis cantik di sisi lelaki itu.

“Nak melukis ke nak menggatal,” tegur Cik Patricia. Pensyarah muda itu memang garang orangnya. Kelas menjadi sepi semula. Masing-masing menumpukan perhatian. Hana memandang lukisannya semula. Dia mula hilang tumpuan.

Siapa agaknya gadis itu?

Sudah hampir sebulan dia mendaftar di kolej itu. Ini merupakan kali pertama dia melihat gadis itu. Tanpa sedar Hana mengeluh perlahan.

Kenapa dengan aku ni? Aku baru aje sekali berbual dengan Ivan. Tu pun secara tak sengaja. Kenapa aku cepat sangat perasan?!

Hana mendengus pula.

“Hana, ada yang perlu saya bantu?” soal Cik Patricia. Keluhan gadis itu kedengaran kuat kerana kelas sunyi tanpa sebarang suara. Hana pantas menggeleng sambil tersenyum pahit.

Aduh, buat malu aje!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.