Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
79,542
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7


Juju tersenyum menghampiri gadis itu.

“Sorry. Semalam Ivan ada tanya pasal tiket. Dia kata kau yang beritahu. Wah, sejak bila kau pandai berahsia dengan aku?” soal Juju sambil mengeluarkan bukunya. Hana hanya mengangkat bahu. Bulat mata Juju memandang gadis itu. Hana tergelak kecil.

“Nak rahsia apa? Satu kolej dah nampak Ivan tu asyik kejar aku,” balasnya selamba.

“Perasan,” gurau Juju sebelum tergelak besar. Hana ikut tergelak.

“Semalam aku dengan rasminya jadi teman Ivan. Bukan teman wanita,” beritahunya.

“Wow! Teman dulu. Then jadi special girlfriend,” usik Juju. Hana menggeleng.

“Jangan nak buat cerita,” katanya.

“Kau tak suka?” soal Juju sengaja menguji gadis itu. Hana terdiam. Juju tergelak lagi. Hana menepuk lengan gadis itu.

“Jahatlah,” balasnya dengan kening berkerut.

“Okay, fine. So, apa cerita? Kau kata ada hal nak beritahu aku,” soal Juju mula serius semula.

“Aku dah setuju nak tolong papa,” beritahunya.

“Syukurlah. Siapa lagi papa kau nak harap. Lagipun kau layak untuk gantikan tempat papa kau. Macam mana pula dengan lukisan?” soal Juju ingin tahu.

“Aku teruskan macam biasa,” jawab Hana dengan senyuman. Juju mengangguk. Dia menepuk lembut bahu gadis itu.

“I’m proud of you. Finally, kau boleh berbaik dengan dia,” katanya. Hana hanya tersenyum.

                                *****

“Hi,” sapa Nelly sambil menarik kerusi di sebelah lelaki itu. Ivan hanya tersenyum.

“Yang lain mana?” soal Nelly. Dia sempat mengerling Hana yang duduk di bahagian hadapan kelas. Gadis itu kelihatan sedang tekun menulis sesuatu.

“Karl tak sampai lagi. Miel dan Marqen ada hal. So, mereka tak masuk kelas hari ni,” jawab Ivan. Nelly mengangguk.

“Sorry pasal hari tu,” ucapnya perlahan. Ivan membalas pandangan gadis itu.

“Saya tahu yang saya tak ada hak nak masuk campur dengan urusan awak,” sambung Nelly dengan perasaan bersalah. Ivan diam tidak membalas. Dia sempat mencuri pandang pada Hana.

“Kita masih kawan?” soal Nelly yang agak kecewa dengan reaksi lelaki itu. Ivan tersenyum.

“Yes,” jawabnya pendek. Nelly menggigit bibir. Dia ingin bersuara lagi namun kelihatan pensyarah mereka sudah berada di hadapan kelas. Nelly mengeluh perlahan.

                                 *****

Jamiel memandang Nelly yang kelihatan tidak bermaya.

“Nell,” panggilnya.

“Kenapa kau tak masuk kelas tadi?” soal Nelly. Jamiel tersengih.

“Aku dan Marqen ada hal. Tapi Ivan dan Karl kan ada,” balasnya. Nelly mengeluh.

“Kau tahu tak sebab kenapa aku ke luar negara setahun yang lalu?” soalnya. Jamiel mencapai buah anggur yang berada di atas meja sambil memandang sekeliling.

“Aunty Niara mana?” soalnya tanpa menjawab pertanyaan gadis itu.

“Mama keluar dengan papa,” balas Nelly dengan kening berkerut. Jamiel mengangguk.

“Miel!” panggil Nelly mula geram dengan sikap sambil lewa lelaki itu.

“Tahu. Sebab kau nak sambung belajar. Dah berapa kali kau nak beritahu,” balas Jamiel dengan senyuman.

“Ada sebab lain,” balas Nelly dengan nada perlahan. Jamiel terdiam memandang gadis itu.

“Sebab lain? Apa dia?” soalnya. Nelly menarik nafas panjang.

“Ni cuma antara kita bertiga. Kau, aku dan Karl. Setahun yang lalu, mama dan papa pernah nak jodohkan aku dan Karl,” beritahunya. Jamiel terkedu.

“Are you serious?” soalnya. Nelly mengangguk.

“Tapi tu sebab kedua. Aku dan Karl pun tak setuju,” balasnya.

“Macam mana aunty dan uncle kenal dengan Karl?” soal Jamiel hairan.

“Mama aku dan mommy Karl kawan baik,” jawab Nelly.

“Aku tak tahu pun,” kata Jamiel masih tidak berpuas hati.

“Ni memang antara keluarga aku dan Karl aje yang tahu. Lagipun, mereka baru nak bercadang,” balas Nelly.

“Tu ke sebab Karl pun pergi setahun yang lalu?” soal Jamiel. Nelly mengangkat bahu.

“Aku pun tak tahu dia nak merantau. Sebulan kat London baru aku tahu dia kat England. Tapi dia memang selalu ke luar negara sejak dulu. Dah lupa ke dia tu model?” balasnya. Jamiel mengangguk.

“Kau kena tolong aku. Aku nak Ivan semula,” kata Nelly dengan wajah serius.

“Kau nak aku buat apa? Pujuk Ivan?” soal Jamiel dengan kening berkerut. Nelly terdiam.

“Nell, kalau kau masih sayangkan Ivan, buatlah sesuatu. Aku pun tak tahu macam mana nak tolong kau,” balas Jamiel. Nelly mengeluh lagi. Wajah Hana terbayang di matanya.

“Aku akan jumpa Hana,” putusnya. Jamiel diam tidak membalas. Biarlah gadis itu mencari penyelesaiannya sendiri untuk kembali pada Ivan. Dia sudah tidak mahu masuk campur. Cukuplah setahun yang lalu dia menjadi posmen tidak berbayar.

                                  *****

Kaira menghampiri Hana yang sedang mencuci alatan melukisnya.

“Awak kata tak ada apa-apa dengan Karl. Tapi kenapa setiap kali saya nak dekat dengannya awak sentiasa ada?” soal Kaira tidak puas hati. Hana membalas pandangan gadis itu.

“Sorry, apa maksud awak?” soalnya yang agak terkejut dengan kehadiran gadis itu. Kaira tersenyum sinis.

“Karl tu selalu bagi alasan kalau saya cuba nak dekat dengannya. Alasannya adalah awak. Apa hubungan awak dengan Karl?” balasnya separuh menyoal. Hana mencapai sapu tangan.

“Hey, saya tengah cakap dengan awak,” kata Kaira yang mula berang dengan sikap gadis itu.

“Masalahnya cik Kaira, saya tak faham maksud awak. Saya dan Karl hanya rakan sekelas. Yang awak merepek kata saya dah menyebabkan awak susah nak dekat Karl tu tak betul. Tumpang lalu,” balas Hana sebelum berlalu. Kaira mendengus geram sebelum turut berlalu.

                                   *****

Hana berjalan menuju ke perpustakaan. Petang nanti dia akan menghadiri persembahan Juju.

“Hana,” tegur Nelly yang kini berdiri di hadapan gadis itu. Langkah Hana terhenti.

“Yes?” jawabnya. Dia kenal gadis itu.

Ni mesti ada kaitan dengan Ivan.

Teka Hana dalam hati.

“Saya Nelly,” kata Nelly sambil menghulurkan tangan. Hana teragak-agak menyambut huluran gadis itu. Melihat senyuman Nelly pun sudah membuat Hana gementar. Dia akui gadis itu memang cantik.

“Awak tentu dah kenal saya,” balasnya dengan senyuman. Nelly mengangguk sambil tersenyum.

“Ivan ada beri tiket untuk persembahan petang ni. Ivan beli dengan kawan baik awak. Nak join tak?” soalnya. Hana terdiam.

“Saya dan Ivan pergi sekali. Awak boleh join kalau nak,” ajak Nelly lagi. Hana tersenyum nipis. Dia mula faham permainan gadis itu.

“Hana,” panggil seseorang. Hana dan Nelly serentak menoleh. Karl tersenyum menghampiri.

“Jom, teman saya,” katanya sambil menarik lembut tangan gadis itu untuk berlalu. Hana yang terpinga-pinga tetap menurut langkah lelaki itu. Terangkat kening Nelly memandang kedua-duanya berlalu pergi.

                                  *****

“Karl,” panggil Hana sambil berhenti melangkah. Karl turut berhenti. Dia membalas pandangan gadis itu.

“I like it. When you call my name,” balasnya dengan senyuman. Terangkat kening Hana.

“Awak nak ajak saya pergi mana?” soalnya geram dengan tindakan lelaki itu.

“Library,” balas Karl sambil tersengih. Hana mendengus sebelum melangkah semula.

“Angry?” soal Karl sambil berjalan seiringan dengan gadis itu.

“Whatever,” balas Hana. Karl hanya tersenyum mendengar jawapan gadis itu. Dia hanya mengikut langkah Hana sehinggalah gadis itu mula menarik kerusi. Hana meletakkan bukunya sambil memandang Karl yang turut menarik kerusi di hadapannya.

“Hey, awak tahu tak? Kaira yang satu kelas dengan saya tu suka kat awak. Dia kata saya ni dah jadi dinding antara awak dan dia,” katanya dengan nada perlahan. Dia bukan saja geram pada Kaira, malahan turut geram pada lelaki itu. Karl tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.

“Bukan salah saya. Saya tak kacau sesiapa,” katanya sambil mengangkat tangan. Bulat mata Hana memandang Karl.

“Wow, cakap senang nampak. Yang kena marah tu saya tau,” marahnya.

“Sorry,” ucap Karl.

“Whatever,” balas Hana sambil mula membuka laptop. Karl merenung wajah Hana. Dia menarik nafas berat.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.