Kaira menahan langkah Karl and the gang.
“We are going first,” kata Ivan sambil memandang Jamiel dan Marqen. Kedua-dua lelaki itu hanya mengangguk sebelum berlalu. Karl hanya memandang rakan-rakannya berlalu tanpa membantah.
“Karl,” tegur Kaira dengan kening berkerut. Karl kini menumpukan perhatiannya pada gadis itu.
“Yes,” balasnya.
“I like you,” ucap Kaira tanpa berselindung lagi. Karl tidak terkejut mendengar kata-kata gadis itu.
“Thanks,” balasnya tenang. Berkerut kening Kaira.
“Tu aje? I’m serious. Saya nak jadi teman wanita awak,” katanya dengan nada tegas. Karl terdiam memandang Kaira. Dia akui akan kecantikan gadis itu. Namun dia tidak pasti apa yang menahan dirinya daripada menerima gadis itu.
“Let me think about it,” balasnya perlahan. Kaira menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya lelaki itu tidak menolaknya. Walaupun tidak ada jawapan yang pasti, dia akan menunggu dengan sabar.
“Fine. Thanks,” ucapnya kini dengan senyuman. Karl tersenyum sambil menepuk lembut bahu gadis itu.
“I have to go,” katanya sebelum berlalu. Kaira hanya memandang langkah lelaki itu.
Please Karl, jangan kecewakan saya.
*****
Nelly menunggu Hana di luar kelas. Melihat sahaja gadis itu sedang melangkah keluar dia pantas menghampiri.
“Hana, can we talk?” pintanya. Hana yang terpinga-pinga dengan kehadiran gadis itu terpaksa menurut. Nelly berhenti melangkah apabila pasti hanya mereka berdua sahaja.
“Look, saya tak pasti apa hubungan awak dan Ivan. Saya tak berniat nak ganggu atau nak buat sesiapa sakit hati. But, I have to tell you the truth,” kata Nelly. Berkerut kening Hana memandang gadis itu.
“Saya dan Ivan cuma kawan,” katanya dengan nada tegas. Nelly terdiam memandang gadis itu.
“Saya tak tahu apa niat awak. Tapi kalau awak fikir saya dan Ivan lebih daripada tu, the answer is no,” sambung Hana.
What? Apa yang aku cakap ni?!
“Betul ke?” soal Nelly agak ragu-ragu dengan kata-kata gadis itu. Hana mengangguk tanpa senyuman. Sebenarnya dia tidak sanggup mendengar apa yang akan dikatakan oleh gadis itu.
The truth? Hell, no!
“Saya ada kelas lagi lepas ni. See you,” kata Hana sebelum berlalu tanpa menunggu jawapan daripada gadis itu. Nelly menarik nafas lega.
Perlu ke aku rasa lega?
*****
Karl mengeluh perlahan sambil bersandar lemah pada dinding. Dia sebenarnya sedang mencari buku untuk rujukan. Namun sudah hampir setengah jam dia cuba mencari namun langsung tidak ditemuinya. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Hana. Dia berjalam perlahan menghampiri rak buku di mana tempat gadis itu berdiri.
“Hai,” sapanya perlahan. Hampir terjatuh buku yang dipegang oleh Hana. Bulat matanya memandang lelaki itu.
“Can I hug you?” soal Karl sambil menarik gadis itu dalam pelukannya. Hana tergamam.
“Hey, what are you doing?” soal Hana sambil cuba menolak tubuh lelaki tinggi lampai itu. Namun sia-sia kerana Karl memeluknya erat.
“Please, satu minit,” balas Karl dengan nada perlahan. Hana akhirnya mengalah kerana dia juga tidak boleh membuat bising memandangkan mereka sekarang berada di dalam perpustakaan.
“Awak ingat saya ni robot ke?” marahnya separuh berbisik. Karl tersenyum lebar sambil melepaskan pelukannya. Hana terdiam saat melihat wajah lelaki itu yang agak tidak terurus.
“Sorry, lately sangat sibuk dengan persediaan. Saya tak cukup tidur. Penat and lapar,” kata Karl. Hana mendengus geram.
“That’s not my problem. Karl, awak dah melampau. Jangan ingat saya suka apa awak buat tadi!” marahnya lagi sebelum melangkah berlalu namun beberapa langkah sahaja dia berpaling semula memandang lelaki itu. Karl hanya tersenyum memandang Hana.
“Take a shower. And, please don’t skip your meals,” kata Hana dengan nada keras sebelum berlalu. Karl terkedu.
Aku silap dengar ke?
*****
Puan Haryati tersenyum memandang Hana yang sedang menarik kerusi.
“Macam mana meeting petang tadi?” soalnya ingin tahu. Hana tersenyum.
“Okay aje. Cuma penat sikit. Lepas kelas, Hana terus ke office. Nasib baik papa ada. Hana tak tahu sangat nak cakap apa,” balasnya. Puan Haryati tersenyum mengangguk.
“Tak apa, Hana belajar dulu. Biasakan diri,” katanya. Hana hanya mengangguk sambil mencapai sudu.
“Macam mana pula dengan persediaan untuk pameran? Tak silap ada dua minggu lagi sebelum pameran tu. Am I right?” soal Puan Haryati.
“Ada sikit lagi nak siapkan. Maybe, dua tiga hari ni Hana kena stay sampai malam,” balas Hana.
“Nak mama hantar makanan?” soal Puan Haryati yang kelihatan risau. Hana menggeleng.
“Tak apa. Kolej tu ada cafe. Mama tak payah risau,” balasnya.
“Hana, mama tak nak Hana terlalu sibuk sampai lupa nak jaga makan minum tu,” nasihat Puan Haryati.
“Baik puan,” balasnya separuh bergurau. Puan Haryati tersenyum.
*****
“Papa call sebab nak ucap terima kasih sebab datang petang tadi,” kata Datuk Ismail. Hana hanya tersenyum.
“Memang Hana dah niat nak datang,” balasnya. Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan dengan papanya. Sudah lama mereka tidak berbual.
“Macam mana dengan study?” soal Datuk Ismail ingin tahu.
“Good,” balas Hana pendek.
“Kalau Hana perlu apa-apa untuk study, beritahu papa. Papa akan bantu Hana. Beri papa peluang untuk jalankan tanggungjawab papa,” kata Datuk Ismail dengan senyuman hambar. Hana terdiam.
“Don’t worry,” balasnya perlahan.
“Good night Hana,” ucap Datuk Ismail.
“Night too,” balas Hana sebelum menutup telefonnya. Dia mengeluh perlahan.
*****
“Karl, bila pertandingan tu?” soal Karen sambil memandang anak lelakinya yang sedang menjamah makanan.
“Dua minggu lagi,” jawab Karl dengan senyuman.
“Kenapa nak ikut? You already busy. Hujung minggu ni ada tiga photoshoot yang Karl kena pergi,” kata Karen separuh merungut.
“I’m okay mommy. Lagipun pertandingan itu boleh tambah markah untuk tugasan Karl,” balas Karl.
“Tak apalah. Karl masih muda dan perlukan pengalaman macam tu,” celah Larry. Karl mengangguk setuju dengan kata-kata papanya.
“Thanks dad,” ucapnya. Larry hanya mengenyitkan matanya.
“Okay, fine. Tapi jaga kesihatan tu. Dah lah Karl tu tak suka lunch. Nak mommy sediakan salad untuk lunch?” soal Karen.
“Sound good. Thanks mommy,” balas Karl sambil tergelak kecil. Karen mengangguk sambil memandang lelaki itu. Sejak remaja Karl sudah terdedah dengan dunia permodelan. Saat itu dia serba salah kerana kasihan lelaki itu sudah mula bekerja di usia yang muda. Bukan dia tidak pernah melarang. Namun minat Karl yang mendalam dalam bidang tersebut membuatnya tidak sampai hati untuk menghancurkan impian lelaki itu. Kerana tidak mahu Karl seorang diri, dia mengambil keputusan untuk menjadi pengurus anaknya itu. Semua aktiviti Karl dia yang uruskan sendiri. Karl juga tidak mahu orang lain menggantikan tempatnya.
“Karl, jangan lupa datang klinik daddy next week,” kata Larry separuh mengingatkan. Memang setiap bulan dia wajibkan Karl untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pada mulanya Karl tidak setuju namun apabila dipujuk akhirnya lelaki itu akur.
“Baik doktor Larry,” balas Karl separuh bergurau. Karen tergelak kecil.
“Daddy tunggu tau,” kata Larry dengan senyuman. Karl mengangguk faham.
*****
“What? Aku rasa Nelly tu ada hati kat Ivan. Apa hal pula dia nak soal siasat kau?” balas Juju separuh menyoal apabila mendengar cerita Hana.
“Rasa nak marah,” balas Hana perlahan.
“Memanglah. Aku pun panas kalau kena siasat macam tu. Dia ingat dia siapa nak soal-soal orang? Ish, geramnya aku. Kau pun agak-agak lah. Kata tak ada apa-apa. Nelly tak tahu kan yang kau nak keluar dengan Ivan hujung minggu ni?” soal Juju dengan kening terangkat. Hana menggeleng lambat.
“Kalau dia tahu, memang dia akan serang kau. Kau tanyalah Ivan pasal Nelly tu,” sambung Juju separuh mencadangkan.
“Aku dah tanya. Dia kata cuma kawan,” balas Hana dengan kening berkerut.
“Aku tak percaya. Mustahil. Cuba tanya kat Karl pula,” cadang Juju lagi.
“Karl?” soal Hana hairan. Tiba-tiba peristiwa beberapa hari yang lalu terbayang semula di matanya.
“Tak nak!” tolaknya.
“Why? Ivan dan Karl tu rapat. Mesti Karl tahu pasal Ivan dan Nelly,” balas Juju hairan.
“Aku tak rapatlah dengan Karl sampai nak tanya pasal tu,” kata Hana. Juju tersengih.
“Betul ke?” usiknya. Hana mendengus geram. Terbayang semula saat Karl memeluk dirinya.
Gila! Mamat tu dah hilang akal agaknya.
“Tu aje caranya. Kalau kau tak nak tanya Karl. Kau tanya Nelly sendiri. Dah dia tanya kau, apa kata kau tanya dia semula,” cadang Juju sambil mula memandang ke hadapan kelas. Kedengaran Hana mengeluh perlahan.
Masalahnya aku takut nak tahu kebenaran tu. Hari tu Nelly hampir nak beritahu tapi aku sendiri yang cuba nak halang.
*****
Ivan tidak jadi menghampiri Hana apabila Nelly menghalang langkahnya.
“Temankan saya ke cafe,” pinta Nelly dengan wajah mengharap. Ivan melihat jam tangannya.
“Belum waktu lunch lagi,” balasnya.
“I lapar,” rengek Nelly. Ivan memandang Jamiel dan Marqen yang masih sibuk dengan tugasan. Karl pula sudah hilang entah ke mana.
“Saya tak boleh lama,” balas Ivan sebelum berlalu. Nelly tersenyum lebar menurut langkah lelaki itu. Puas hatinya apabila Ivan menunaikan permintaannya.
*****
Jamiel hanya memandang Ivan dan Nelly berlalu. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan.
“Kenapa?” soal Marqen.
“Nelly tu masih sayangkan Ivan,” beritahu Jamiel. Marqen tidak terkejut mendengar kata-kata rakannya itu. Dia sendiri dapat melihat gerak geri Nelly yang jelas menunjukkan perasaannya yang sebenar.
“Perasaan ni kita tak mampu halang,” balasnya.
“Aku tahu. Aku cuma risau aje. Dah lah sekarang ni Ivan sedang cuba nak dekat dengan Hana. Nelly pula cuba nak jadi orang tengah,” kata Jamiel.
“Aku bukan tak cuba nasihatkan dia. Tapi dia tak nak dengar,” sambungnya lagi. Marqen terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Dia ikut buntu memikirkan hal tersebut.
“Aku cuma berharap tak ada scene tarik rambut,” balasnya perlahan. Jamiel mengangguk tanda setuju.