Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
74,693
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12


Ivan tersenyum memandang Hana. Dia membuka pintu kereta untuk gadis itu. Hana masuk ke dalam kereta tanpa banyak bicara.

"So, are you ready?" soal Ivan yang sudah duduk di bahagian pemandu. Hana mengangguk tersenyum. Ivan mula memandu.

                                   *****

Angin bertiup menyapa wajah Hana. Dia memandang sekeliling. Laut biru terbentang luas di hadapan mereka. Dia tersenyum lebar.

"Suka?" soal Ivan dengan senyuman. Hana mengangguk. Ivan menarik nafas lega. Semalam dia tidak dapat tidur lena kerana memikirkan pertemuan mereka hari ini.

"Thanks," ucap Hana.

"Saya harap awak tak bosan keluar dengan saya," balas Ivan agak risau. Hana tergelak kecil.

"Tak lah. Ada ke orang yang bosan keluar dengan awak?" katanya separuh menyoal. Ivan tergelak.

"Saya tak kisah kalau orang lain. Yang penting bukan awak," balasnya. Hana tersenyum. Wajah kacak lelaki itu ditenung lama. Ivan agak gelabah dengan renungan gadis itu.

"Why? Something on my face?" soalnya cuba menyembunyikan debaran di dadanya. Hana tergelak lagi.

"Nak tanya sikit. Boleh?"soalnya. Ivan mengangguk.

"Ada yang saya tak tahu ke tentang awak dan Nelly?" soal Hana lagi. Ivan terkedu. Hana agak berdebar melihat reaksi lelaki itu.

"I'm sorry. Saya tak berniat nak sembunyikan daripada awak. Yes, dulu saya dan Nelly pernah bercinta. Tapi dah putus setahun yang lalu. Nelly ke luar negara. Kami berdua tak nak hubungan jarak jauh. So, kami buat keputusan untuk berpisah secara baik," beritahu Ivan tenang. Hana terdiam.

So, betullah apa yang aku selalu fikirkan?

"Awak jangan risau. Tu cerita lama. Sekarang saya dan Nelly cuma kawan," sambung Ivan yang agak risau dengan reaksi gadis itu. Mengapa Hana tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila mendengar ceritanya?

"Okay. Memang saya risau. Risau nanti ada orang sakit hati kalau saya keluar dengan awak," balas Hana jujur. Tiba-tiba wajah Kaira terbayang di matanya.

Nanti tak pasal-pasal aku kena dengan Nelly sama seperti Kaira.

Ivan tersenyum. Dia lega mendengar kata-kata gadis itu.

"Tak ada orang yang akan marah," balasnya. Hana mengangguk. Dia membuang pandang ke arah laut semula. Ivan hanya memandang tingkah laku gadis itu.

Aku harap hari ni tak berlalu dengan cepat.

                                *****

Larry memandang Karl yang sedang termenung di kerusinya.

"Penat ke? Sorry kalau dad dah ganggu masa rehat Karl," ucapnya dengan perasaan bersalah. Karl tersenyum memandang papanya.

"It's okay dad. Karl memang dah lama nak keluar memancing dengan dad. Cuma tak ada masa aje. Sibuk sangat sejak akhir-akhir ni," balasnya.

"Kalau penat sangat, Karl kurangkan aktiviti model," cadang Larry. Karl tergelak kecil.

"Karl masih kuat dad. Lagipun Karl tak sampai hati nak tolak tawaran yang sedang banyak sekarang ni. Minggu depan nak pergi Milan pula. Ada photoshoot kat sana. Tapi tak lama. Cuma beberapa hari aje," beritahunya.

"Mommy tak ada pula beritahu dad," balas Larry.

"Mommy lupa kot," teka Karl sambil memandang kolam yang berada di depan mereka. Kolam itu nampak sangat tenang.

"Boleh dad tanya?" soal Larry apabila suasana antara mereka sepi seketika. Karl memandang papanya semula.

"Karl masih sayang Nell?" soal Larry. Karl terkedu.

"Sorry. Dad bukan nak ungkit. Cuma nak tahu aje. Biasanya Karl selalu kongsi dengan dad pasal Nell. Tapi selepas Karl balik dari England, tak ada lagi cerita pasal Nell. Hari tu pun Karl tak nak kami teruskan rancangan untuk satukan kamu berdua," sambung Larry. Karl tersenyum hambar. Dia cuba untuk tidak mengingati atau memikirkan hal tersebut. Namun dia lupa, dulu dia pernah berkongsi dengan papanya mengenai perasaannya itu.

"Karl dah buang perasaan tu sejak setahun yang lalu. Dad sendiri tahu yang Nell tu suka Ivan. Bukan Karl. Rancangan hari tu tak jadi pun sebab Nell tak setuju. Karl pun tak sempat beritahu Nell perasaan sebenar Karl. So, kisah tu berakhir macam tu aje," balasnya tenang. Larry mengangguk faham. Karl, Nelly dan Ivan sudah lama berkawan baik. Silapnya apabila kedua-dua lelaki itu jatuh cinta pada orang yang sama. Larry menepuk bahu Karl perlahan.

"Sampai bila Karl nak mengalah?" soalnya. Berkerut kening Karl memandang papanya.

"Dad?"

"Dad bergurau," balas Larry sambil tergelak kecil. Karl tersenyum hambar. Dia tidak mahu lagi peristiwa tersebut diungkit. Lukanya telah sembuh.

                                    *****

"Hey, morning," sapa Marqen.

"Hey, awalnya. Awak merupakan orang kedua yang masuk kat galeri hari ni," balas Hana dengan senyuman. Marqen tergelak kecil.

"What? Who's first?" soalnya. Hana menunjuk ke arah Juju yang sedang sibuk dengan telefonnya. Marqen mengangguk.

"Actually, saya datang dengan Karl tadi. Petang ni Karl dan Ivan terlibat dengan pertandingan. Awak datang tak?" balasnya separuh menyoal.

"Mestilah dia datang. Dia tak nak lepaskan peluang tengok Karl," celah Juju yang sudah berdiri di antara mereka. Bulat mata Hana memandang sahabatnya itu.

"Karl?" soal Marqen agak keliru dengan kata-kata Juju.

"Maksud saya, Karl dan Ivan," balas Juju sambil tergelak kecil.

"Kami pasti datang. Maybe lepas ni," celah Hana sambil menjeling Juju.

"Okay, saya nak breakfast dulu. Lepas ni datang lagi. Bye girls," ucap Marqen sebelum berlalu.

"Kau dah kenapa?" soal Hana dengan kening berkerut memandang Juju.

"Aku nak call orang. Kejap ya," balas Juju sebelum berlalu dengan pantas. Hana mendengus geram.

                                  *****

Dewan yang sederhana besar itu riuh dengan jeritan pelajar perempuan. Berkerut kening Hana.

"Ni pertunjukkan fesyen ke tarian?" soalnya pada Juju yang sesekali turut menjerit. Juju tergelak besar.

"Layan ajelah. Bukan selalu. Ramai sangat flower boys kat depan tu. Nampak tak Karl kat tepi tu? Ivan pula sebelah kiri. Nasib baik sempat tau. Kau tu susah sangat nak diajak ke sini," balasnya. Terangkat kening Hana memandang gadis itu

Sempat lagi nak salahkan aku.

Hana memandang ke hadapan semula. Dia tersenyum saat melihat Ivan yang mengenakan pakaian serba putih. Lelaki itu kelihatan tampan.

Patutlah ramai yang minat.

Hana beralih pula memandang Karl yang memakai pakaian berwarna putih dan biru. Dada bidang lelaki itu jelas kelihatan kerana butang bajunya sengaja dibuka.

Not bad.

Hana berdehem perlahan. Dia memandang jam tangan.

"Ju, sekejap lagi aku kena kembali ke galeri. Kau okay ke tinggal seorang kat sini?" soalnya. Juju mengangguk tanpa memandang. Hana menggelengkan kepalanya melihat telatah sahabatnya itu.

Excited sampai tak sempat nak tengok muka aku.

                                 *****

"Congratulations," ucap Kaira sambil tersenyum lebar. Karl mengangguk.

"Thanks. Oh, this is Ivan. And ni Kaira," katanya sambil memandang Ivan.

"Hi, Ivan. Congrats," ucap Kaira lagi. Ivan tersenyum.

"Thank you," ucapnya.

"Karl, aku nak jumpa Hana dulu. Jumpa esok," kata Ivan sambil menepuk bahu rakannya itu. Karl hanya mengangguk.

"So, after this nak pergi mana?" soal Kaira apabila Ivan telah berlalu. Karl yang sedang mengemas pakaiannya hanya tersenyum.

"Nak balik. Penat sangat hari ni. Why?" soalnya. Kaira menggigit bibir.

"Saya nak raikan kemenangan awak hari ni," katanya dengan perasaan kecewa. Karl berfikir sejenak. Sebentar tadi Marqen juga telah mengajaknya namun dia menolak.

"Next time. Hari ni saya penat," balasnya separuh memujuk. Kaira akhirnya mengangguk lambat. Dia sebenarnya ternanti-nanti jawapan daripada lelaki itu. Sampai bila dia harus menunggu?

"Jom, saya dah siap. Awak bawa kereta?" soal Karl. Kaira mengangguk lagi.

"Okay, jom," ajak Karl sambil mula melangkah. Kaira menurut dengan berat hati.

                               *****

Hana menutup telefonnya.

Next week cuti tapi aku pula kena turun kerja.

"Hana," tegur seseorang. Hana tidak jadi melangkah apabila mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh. Karl dan Kaira sedang berjalan menghampirinya.

What? Kaira?

"Hai," sapa Karl dengan senyuman. Kaira hanya menjeling gadis itu.

"Hai. Dah siap?" soal Hana. Dia tidak mengendahkan Kaira yang berdiri di sisi lelaki itu.

"Dah. Awak? Saya tak sempat lagi tengok pameran tu. Esok ada lagi tak?" soal Karl. Hana mengangguk.

"Hana," panggil seseorang. Ivan tersenyum menghampiri. Hana menarik nafas lega.

"Hai," sapanya dengan senyuman.

"Kat luar rupanya. Saya cari awak tadi," kata Ivan. Dia memandang Karl dan Kaira.

"Ingat dah balik," katanya.

"Jumpa esok," balas Karl sebelum berlalu dengan Kaira. Hana hanya memandang langkah kedua-duanya berlalu.

"Jom, saya nak tengok lukisan awak," ajak Ivan. Hana tersenyum sambil mengangguk.

                                   *****

Nelly menghampiri Ivan dan Hana yang sedang berdiri sambil memandang sebuah lukisan.

"Iv, saya cari awak merata tempat. Ingat dah balik tadi," tegurnya. Ivan dan Hana serentak menoleh ke arah gadis itu.

"Tak balik lagi?" soal Ivan dengan kening berkerut.

"Saya tunggu awak. Miel dah balik dulu dengan Marqen," balas Nelly sambil memandang Hana. Gadis itu tersenyum namun bibirnya berat untuk membalas. Ivan mengeluh perlahan mendengar kata-kata gadis itu.

"Saya lambat lagi nak balik. Awak balik dulu," katanya separuh mengarah. Berkerut kening Nelly memandang lelaki itu.

"Ivan, esok masih ada. Don't worry. Awak baliklah dulu dengan Nell," celah Hana. Dia pula rasa bersalah apabila melihat riak wajah Nelly yang tidak puas hati.

Apa salah aku? Huh!

Ivan memandang wajah Hana.

Awak tak faham Hana. Saya nak habiskan masa dengan awak.

Hana tersenyum.

"Jumpa esok," balas Ivan akhirnya dengan perasaan kecewa. Hana mengangguk. Nelly tersenyum lebar.

"Bye Hana," ucapnya sebelum berlalu dengan Ivan.

"Dasar," celah Juju yang sudah berdiri di sisinya sambil memandang pasangan tersebut. Terkejut Hana dengan kehadiran gadis itu.

"Kau pergi mana tadi?" soalnya hairan.

"Aku ada aje kat situ. Aku asyik perhatikan kau dan Ivan, tiba-tiba Nelly datang mengganggu," balas Juju dengan riak wajah tidak puas hati. Hana tergelak kecil.

"Aku bukan over tau. Kau tak sakit hati ke? Kau sendiri beritahu aku yang Nelly tu bekas kekasih Ivan," kata Juju separuh menyoal. Berkerut keningnya memandang Hana.

"Dah lah. Aku penat. Kau tunggu aku kat luar. Aku nak ambil barang," balas Hana sebelum berlalu. Juju menggelengkan kepalanya.

Nak mengelak lah tu.

                                *****

Karl merenung lama lukisan Hana.

"Awalnya sampai," tegur Hana sambil berdiri di sebelah lelaki itu. Karl tersenyum sambil menoleh ke arah gadis itu. Hana turut membalas pandangan lelaki itu. Kedua-duanya saling berpandangan tanpa sepatah kata.

"Why?" soal Hana sambil memandang lukisannya semula.

"Tahniah. Awak memang hebat," ucap Karl dengan senyuman. Hana tersenyum sinis.

Ikhlas ke tak pujian tu?

"Tell me. Apa maksud lukisan ni?" soal Karl yang ingin tahu. Hana tersenyum. Dia memandang lama lukisannya.

"Laut, menara api dan pulau. Tempat yang sesuai untuk melarikan diri," balasnya. Karl tersenyum.

"Maksudnya awak nak pergi tempat tu?" soalnya. Hana mengangkat bahu. Dia tidak mahu menjawab soalan lelaki itu.

"Tahniah. Semalam Ivan beritahu yang awak dan dia menang pertandingan tu," ucap Hana ikhlas. Karl hanya tersenyum.

"Nampaknya awak dan Ivan dah semakin rapat," katanya perlahan.

"Why? Tak boleh ke? Saya single. Ivan pun single juga. So, tak ada masalah," balas Hana sambil menjeling lelaki itu. Karl tergelak kecil. Dia menyentuh ubun kepala gadis itu.

"Tahniah juga untuk tu," ucapnya. Hana terkedu. Dia menepis tangan lelaki itu.

"Saya pergi dulu. Saya datang tengok lukisan awak aje," sambung Karl sebelum berlalu. Hana hanya memandang langkah lelaki itu.

Erk? Kenapa dengan aku ni?

Hana menyentuh dadanya.

                                *****

Puan Haryati terkejut mendengar kata-kata gadis itu.

"Nak pergi Milan? Why?" soalnya dengan kening berkerut.

"Jason nak bawa Hana tengok keadaan kat sana. Lagipun Honey merupakan salah satu jenama yang akan dipakai oleh model kat sana. Tak lama. Maybe tiga or empat hari," balas Hana dengan senyuman.

"Nak pergi?" soal Puan Haryati lagi. Hana tergelak kecil. Dia faham perasaan wanita itu. Dia dan mamanya tidak pernah berpisah sebelum ini. Sudah semestinya wanita itu merisaukan dirinya.

"Jangan risau mama. Jason ada. Dia pasti jaga Hana. Lagipun Hana juga nak belajar handle urusan macam ni," katanya separuh memujuk. Puan Haryati menarik nafas berat.

"Mama akan rindukan Hana," katanya perlahan. Hana memeluk lengan wanita itu.

"Me too. Kalau mama nak teman, mama kahwinlah lagi," balasnya separuh bergurau. Puan Haryati mencubit pipi kanan gadis itu. Hana tergelak besar.

"Mengadah," katanya sebelum ikut tergelak.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.