‘’PLEASE Ary. Kaulah satu-satunya orang yang boleh tolong aku
sekarang ni.’’ Rayuan Nadia itu membuatkan telinga aku berdesing.Sejak dari dua
jam yang lepas aku asyik mendengar rayuan yang sama.Sejak Nadia berjaya
mendapatkan nombor telefon seniornya semasa di sekolah menengah rendah dulu.Dan
seniornya itu sudah semestinya lelaki.
‘’Nadia,kau tau kan yang aku tak
suka buat benda-benda gila macam ni. Belajar lagi baguslah.’’ Ujarku malas
sambil terus membaca nota yang diberi oleh pensyarah pagi tadi.
Tiba-tiba Nadia merentap nota dalam
peganganku.Aku tersentak dan cuba merebut kembali nota itu daripada tangan
Nadia.Tetapi ternyata Nadia bijak mengelak.
‘’Nadia,bagilah kat aku balik nota
tu.’’
‘’Promise yang kau akan tolong aku dulu.’’
‘’Gila kau.Tak naklah aku.’’
‘’Alah,tolonglah.Lagipun dia
bukannya kenal kau pun.Aku cuma nak mesej dia guna nombor kau.Takkan tu pun tak
boleh?’’
‘’Aku kata tak boleh,tak
bolehlah!’’
‘’Alah Ary,tolonglah.Kaulah
satu-satunya kawan aku yang boleh tolong aku sekarang.Pleasee...’’ Nadia merayu
kepadaku dengan wajah yang penuh kesayuan meminta simpati.
Aku merenung wajah Nadia
lama,sebelum akhirnya aku mengeluh.Aku mengalah. Aku tahu,selagi aku tak beri
apa yang dia nak selagi itulah dia tak akan membiarkan aku belajar dengan
tenang. Tambahan aku tak sampai hati juga nak menolak permintaan Nadia.Dialah
satu-satunya kawan karibku sejak tingkatan empat lagi,sehinggalah kami
sama-sama melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi UM ini.
Aku menyeluk telefon bimbitku yang
berada di bawah bantal dan menyerahkannya kepada Nadia.
‘’Ingat,kalau apa-apa jadi jangan
libatkan aku.’’ Aku memberi amaran.Nadia tersenyum kesukaan.Sambil aku
menelaah,aku menjeling ke arah Nadia.Setiap kali telefon aku berbunyi
menandakan mesej baru telah masuk,pasti senyuman lebar menguntum di bibir
Nadia.Sekali tengok macam orang gila pun ada,tersenyum-senyum
sendirian.Sudahlah,aku sendiri malas nak ambil tahu hal Nadia dengan senior
kesayangannya itu.
BEBERAPA malam,telefon
bimbitku menjadi hak milik Nadia.Aku sendiri tidak ambil pusing kerana aku sendiri
sibuk dengan pelajaranku.Tambahan pula sekarang pensyarahku suka sangat membuat
kuiz tergempar. Jadi aku kenalah bersiap-sedia lebih awal kerana markah kuiz
itu nanti juga akan diambil kira dalam purata CGPA ku. Aku ingin mendapat
keputusan yang cemerlang,kerana aku ingin buktikan,orang seperti aku juga boleh
mencapai cita-cita. Bukannya hanya menjadi beban dan memalukan keluarga dengan
status diriku.
Suatu malam,tiba-tiba Nadia
menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepadaku.Wajahnya kelihatan agak muram.
‘’Apasal dengan kau ni? Muka
monyok je.’’ Tegurku hairan.
‘’Senior aku tulah.Langsung tak
nak balas mesej aku sejak dari semalam lagi.Entah apa masalah dia pun tak
tau.’’ Nadia meluahkan ketidakpuasan hatinya.
‘’Dia ada hal agaknya.Kau pun tak
bolehlah nak expect dia balas mesej
kau sepanjang masa.Dia pun ada life
dia jugak.’’
Nadia tidak membalas.Dia terus ke
katil dan membelek-belek modul Kimia.Tapi nampak sangat yang Nadia tidak
menumpukan sepenuh perhatian ke atas apa yang dibacanya.Aku hanya menggelengkan
kepalaku.
Pukul 3 pagi. Tiba-tiba telefon
bimbitku bergetar,menandakan ada mesej masuk.Aku terjaga dari tidurku. Aku
mengesat-ngesat kelopak mataku.Siapalah yang mesej aku malam-malam buta macam
ni,rungutku dalam hati.Aku pantas membaca mesej yang baru masuk itu.
Alahai apa yang emo pun tak tau.Aku sibuk sikit sekarang ni.Plus tak ada
kredit lagi.Sebab tu tak boleh reply mesej kau Aida.
Aku mengerutkan dahi.Aida? Aku
pantas menekan punat telefon bimbitku.
- Sorry,wrong number.
Beberapa
saat kemudian,mesej baru masuk.
- Awak bukan Aida?
Aku mengeluh. Banyak
tanyalah pulak!
- Bukan.
- Habis,awak ni siapa?
- Pelik.Kau tau nombor aku tapi tak tau siapa aku.
- Dah selama ni awak mesej saya dan bagitau nama awak Aida.So saya ingat
awak ni Aidalah.Tak taulah pulak kalau awak ada dua tiga nama.
Aku semakin pening
membaca mesej-mesej itu.Sudahlah aku sedang mengantuk sekarang ini.
- Dahlah,malas nak layan orang tak faham bahasa macam kau.
Setelah aku menghantar mesej itu,aku
terus melelapkan mata.Malas aku nak melayan pemesej yang tak diundang itu.Nasib
baiklah selepas itu,dia juga tidak membalas mesejku lagi.Mungkin dia tahu yang
kalau dia balas,ada orang pulalah yang terpaksa makan sumpah-seranah nanti.
‘’ARY,ada orang mesej kau tak semalam?’’ Soal
Nadia ketika kami sedang berada di dalam dewan kuliah.
‘’Ada.’’ Balasku acuh tak acuh
sambil tanganku terus mencatit poin-poin penting yang disebutkan oleh pensyarah
di hadapan.
‘’Hah? Siapa?’’ Balas Nadia dengan
rasa terkejut.
‘’Entah.Pening kepala aku mesej
dengan dia. Tak ingat orang nak tidur ke,apa ke.Dahlah asyik panggil aku
Aida,Aida,Aida.’’ Rungutku.
‘’Ary!!!’’ Tiba-tiba Nadia menjerit
namaku.Aku terpinga-pinga.Semua orang mengalih pandang ke arah kami.
‘’Yang dekat belakang sana tu,kamu
ada apa-apa masalah ke?’’ Soal Prof. Hanisah tegas. Terganggu dengan jeritan
Nadia yang membantutkan perjalanan kelasnya.
‘’Nothing,Prof.’’ Sahut Nadia. Setelah Prof. Hanisah meneruskan
syarahannya,Nadia memandang padaku.
‘’Habis tu kau balas kat dia apa? Kau ada
bagitau nama kau atau apa-apa jelah kat dia tak?’’ Soal Nadia dengan rasa
cemas.Matanya terbeliak luas macam mahu menelan aku hidup-hidup saja.
‘’Mana ada aku bagitau apa-apa.Yang
kau ni gelabah sangat apasal? Kau kenal ke dengan orang yang mesej aku semalam
tu?’’ Soal aku hairan.
‘’Dia tu Firdauslah.Tengku Firdaus
Amsyar!’’
Aku mengerutkan dahi. ‘’Firdaus?
Siapa tu?’’
‘’Senior aku masa kat sekolah
menengah tulah.Yang aku bagitau kat kau dulu!’’
‘’Oh,dia rupanya.Manalah aku tau.’’
Aku mahu menyambung kembali mencatit nota,tetapi Nadia merampas pen dari peganganku.
‘’Apa yang kau nak ni?’’ Balasku
sedikit marah.
‘’Apa yang kau balas kat dia
semalam?’’
‘’Tak ada apa-apalah.’’
‘’Tak ada apa-apa tu apa?’’
Aku mengeluh. ‘’Please Nadia,aku tak ada masa untuk benda-benda ni.’’
‘’No! Selagi kau tak cerita,selagi tu aku akan pastikan hidup kau
takkan tenang.’’
Sekali lagi aku mengeluh.Arif sangat
aku dengan perangai Nadia yang keras kepala ini.Sikap inilah yang membuatkan
kami berdua bersahabat.Sikap keras kepalanya untuk mengenali aku dan memaksa
aku berkawan dengannya.Tetapi walaupun dia degil,aku tahu Nadia sebenarnya
seorang yang baik.Buktinya,dia tidak kisah berkawan dengan orang miskin seperti
aku walaupun dia berasal dari keluarga yang berada.
Aku menceritakan semua yang
berlaku semalam kepada Nadia.
‘’Ohh,kiranya kau tak sebutlah
nama aku kat dia?’’ Nadia meminta kepastian setelah aku menghabiskan ceritaku.
Apabila melihat aku mengangguk,Nadia
menghembus nafas lega. Barulah wajah tegangnya kendur sedikit.
‘’Kau ni betul-betul buat aku
sakit jantung tau tak tadi.’’ Nadia mengurut-ngurut dadanya.
‘’Apasal kau tak bagitau je kat
dia yang kau tu Nadia. Ni tak,pergi bagitau nama kau Aida.Entah nama minah
manalah yang kau ciplak tu.’’ Rungutku.
‘’Apa pula ciplak. Betullah nama
aku tu. Cuba kau baca nama aku terbalik. Buang ‘N’ kat belakang tu. Jadilah
Aida.’’
‘’Apasal kau nak kena putar
terbalikkan nama kau pula ni?’’
‘’Entah. Tapi aku rasa aku lebih
selesa mesej-mesej dengan dia semua dengan gunakan nama Aida..At least kalau aku cakap benda-benda
merepek apa semua,tak adalah aku malu sangat sebab dia ingat yang merepek tu
adalah orang yang bernama Aida,bukannya Nadia.’’
‘’Tapi still,yang mesej dengan dia tu tetap kau,kan? Apa yang bezanya?’’
Aku semakin pelik dengan teori yang dikemukakan Nadia.
‘’Ish kau ni,tak faham-faham lagi
ke.Okeylah senang cerita,aku tak nak dia tahu yang aku yang mesej dengan dia.
Sebab tulah aku twist sikit nama aku
tu,so that dia takkan dapat cari tahu
siapa aku yang sebenarnya.’’
Aku menggeleng.
‘’Peliknya kau ni.Kau nak mesej
dengan dia tapi kau tak nak dia tahu siapa kau.Habis tu apa pointnya kau mesej dengan dia?’’
‘’Aku mesej dengan dia suka-suka
jelah. Just for fun only.Nak menambah
memori manis zaman persekolahan aku.Tambah pula masa aku sekolah sama dengan
dia dulu aku tak banyak cakap sangat dengan dia,so inilah waktunya untuk aku
redeem balik masa-masa berharga yang telah aku bazirkan dulu. Macam
mana,sempoi tak plan aku ni?’’ Nadia
mengangkat-ngangkat keningnya.
Aku mendengus.
‘’I’m speechless. Suka hati kaulah Nadia,asalkan kau bahagia sudah. Dan
jangan lupa pulak,exam semester ni
dah nak dekat. Nanti senior kau tu ke mana,result
kau pula yang ke laut nanti.’’
Nadia memuncungkan bibirnya apabila
mendengar kata-kataku.Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dalam hatiku
tertanya-tanya,lelaki macam manalah yang sedang bermesej dengan Nadia sekarang.
Yang Nadia panggil sebagai seniornya yang sangat handsome itu.Konon-kononnya lah kan handsome.Entah-entah,muka tu mengalahkan katak puru,kutukku di
dalam hati.