‘’AREyou sure that you wanna do this,Ary?’’ Soal Nadia buat kesekian
kalinya.Sepertinya dia tidak yakin dengan keputusan yang telah aku buat itu.
‘’Ya,Nadia.Aku tak pernah rasa seyakin ni selama aku hidup kat muka bumi
ni.’’ Ujarku.Nadia tersenyum.Tetapi aku tahu,ada keresahan yang bersarang dalam
hatinya kala itu.Aku sendiri gugup sebenarnya mahu bercakap dengan Firdaus
sejak peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lalu.Tetapi aku harus
melakukannya agar hubungan kami dapat dijernihkan kembali dan Nadia juga dapat
terus bermesej dengan seniornya itu.
Aku menarik nafas panjang sebelum mendail nombor Firdaus.Panggilan
pertama,tidak berjawab.Panggilan kedua,juga tidak berjawab. Nampaknya Firdaus
memang betul-betul marah dengan aku,desis hatiku. Aku dan Nadia saling
berpandangan dan kami sama-sama mengangguk. Jika Firdaus tidak menjawab
panggilanku yang ketiga ini,aku tidak akan menghubunginya lagi.
Tolonglah jawab,tolonglah,desisku perlahan apabila bunyi ‘dutt dutt’ itu
kedengaran.Aku dan Nadia menunggu dengan penuh debaran dan setelah beberapa
saat,panggilan itu dijawab juga.
‘’Ria?’’
Jantungku bagai terhenti apabila Firdaus menyebut nama palsuku itu.Sementara
Nadia pula tersenyum lebar.Gembira kerana akhirnya panggilan kami dijawab juga.
‘’Firdaus,ni aku Ria.’’ Balasku,cuba berpura-pura selamba.Terasa kekok
pula nak bercakap dengannya dalam situasi seperti ini.
‘’Sorry Ria,aku sekarang
tengah ada kat majlis kahwin kakak aku ni. Nanti aku telefon kau balik?’’
Aku terpinga-pinga. ‘’Oh,okey.’’ Jawabku. Klik.Firdaus mematikan talian.
Aku dan Nadia saling berpandangan lagi.
‘’Kau rasa dia memang ada kat majlis kahwin kakak dia ke atau dia
sengaja bagi alasan tu supaya tak perlu bercakap dengan aku?’’ Soalku kepada
Nadia.
‘’Aku pun tak tahu.Tapi setahu aku,dia tak ada kakak.’’ Balas Nadia
dengan nada seperti putus harapan.Wajahnya berubah sedikit muram.
‘’Kita tunggu jelah,tengok dia telefon
balik ke tak.Kalau dia telefon,baguslah.Tapi kalau tak…’’ Aku tidak sampai hati
nak meneruskannya.Nadia hanya mengangguk perlahan.Jelas terpancar kekecewaan
pada raut wajahnya.
MALAM itu sekali lagi aku sukar untuk
melelapkan mataku.Pandanganku asyik melekap ke skrin telefon bimbitku yang
masih tidak mengeluarkan sebarang nada dering dari tadi.Aku mengeluh. Matilah
aku kalau tiap-tiap hari macam ni,rungut hatiku. Tetapi apabila mengenangkan
wajah kecewa Nadia,aku cuba menyabarkan hatiku dan terus menunggu panggilan
yang aku sendiri tidak tahu entah bila akan kunjung tiba itu.
Tunggu punya tunggu,harapanku hanya tinggal harapan.Aku mendengus.Rasa
macam nak saja mencampakkan telefon bimbitku itu ke arah dinding.Penipu! Kata
nak telefon tapi tak telefon-telefon pun.Kenduri kakak dia konon. Kalau dah
menyampah sangat nak cakap dengan aku tu cakap sajalah.Ingat aku hadap sangat
ke nak cakap dengan kau,bentak hatiku.
Aku terus memperosokkan telefonku ke bawah bantal dan menutup mataku
rapat. Aku berazam,selepas ini aku takkan berhubungan lagi dengan lelaki penipu
itu.Dasar katak puru!
Tett…tett…
Baru saja aku mahu tidur,tiba-tiba telefon bimbitku itu bergetar
panjang,menandakan ada panggilan masuk.Aku pantas mengambil telefon bimbitku
dari bawah bantal.Bibirku mencebik apabila mendapati panggilan itu daripada
Firdaus. Akhirnya,putera katak puru kita ni telefon juga.
‘’Helo.’’ Aku membuat suaraku seperti suara orang mengantuk.
‘’Helo,Ria.’’ Jawab Firdaus di talian sebelah sana.
‘’ Siapa ni?’’ Aku berpura-pura tidak mengenali siapa pemanggil itu.
‘’Firdaus.’’
‘’Oh,kau rupanya.Ingatkan dah tak tahu nak mendail nombor aku lagi
dah.Mati-mati aku ingat yang kau takkan telefon aku lagi.’’
‘’Kenapa? Kau tertunggu-tunggu panggilan daripada aku ke?’’ Nadanya
berbaur usikan.
Aku membulatkan mata.
‘’Hello! Jangan nak perasan sangat okey.Macam aku ni tak ada kerja
lain.’’
Kedengaran suara Firdaus ketawa.
‘’Okey,okey.Sorry. Sebenarnya
aku sibuk dengan kenduri kakak aku tadi,sebab tulah.Jauh pulak tu,dekat
Johor.Lepas tu kena drivebalik KL
balik sebab esok pagi-pagi dah ada meeting
dengan Pak Long aku.Ni pun hampir-hampir saja aku terlupa nak telefon kau
balik. Masa nak masuk tidur tadi baru aku teringat. Sebab tulah aku call kau ni. Aku kacau kau ke?’’
Entah kenapa hatiku tiba-tiba tersentuh dengan kejujurannya. Macam
mana dia boleh bercakap dengan jujur
sekali dengan orang yang sama sekali tidak dikenalinya. Walaupun aku tidak
dapat memastikan kebenaran kata-katanya,tetapi aku dapat merasakan bahawa dia
berkata benar.Nada suaranya yang seperti orang keletihan itu menimbulkan rasa
bersalah di dalam hatiku. Walaupun dia kepenatan tetapi dia masih tetap
menghubungiku.Aku yang tidak tahu apa-apa pula sesuka hati saja menuduhnya yang
bukan-bukan.
‘’Eh,tak adalah.Tak kacau pun. Kau tu.Kalau penat pergilah tidur
dulu.Esok kau kata kau ada meeting
kan.Dahlah penat drive jauh-jauh
semua.You need some rest.’’ Kataku
dengan penuh prihatin.Aku sendiri tidak menyangka yang aku boleh menjadi
seprihatin ini.Dengan orang yang tak ada kena mengena dengan aku pula tu.
‘’Tak apa.Aku okey.’’ Balasnya. Selepas itu,suasana jadi sepi seketika
antara kami berdua.Aku sendiri kematian kata,tidak tahu apa yang hendak
dikatakan. Sebelum ini aku hanya bercakap berdasarkan ‘bahan’ yang disediakan
oleh Nadia.Tapi kini,apa pun tak ada.
Berat sekali mulutku ini untuk
meminta maaf kepadanya.Ah,apa yang harus aku lakukan?
‘’Ria….’’
‘’Firdaus….’’
Serentak kami berkata-kata. Tadi dua-dua tak nak buka mulut.Bila masa
nak cakap boleh serentak pula.
‘’Kau dululah yang cakap.’’ Kataku.
‘’No.Ladies first.’’ Balasnya
pula.
‘’Okey.Aku cakap dulu.’’ Aku menghela nafas panjang seraya berkata, ‘’Sebenarnya berkenaan hari tu,aku nak minta
maaf dengan kau.’’
‘’Hari tu?’’ Nadanya seperti kehairanan. ‘’ Bila?’’
‘’Yang hari kita bertengkar tulah.’’ Balasku geram.Aku separuh mati
memikirkan perkara tu hari-hari,dia boleh pula terlupa.
‘’Oh,yang tu?’’ Firdaus ketawa.
‘’No hallah.Sebenarnya aku pun
bersalah juga dalam hal tu.Dan seriously
aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap. Masa kau telefon aku tu,aku tengah tension actually.Yalah,dengannak uruskan hal-hal aku kat London yang
masih tertunggak masa aku belajar dulu,dengan persiapan majlis kenduri kakak
aku tu semua. It’s quite hard actually
untuk bahagikan masa.Jadi secara tak sengaja aku terlepaskan pula kemarahan tu
kat kau.I’m truly sorry,Ria.’’
Terangnya panjang lebar.Nada suaranya kedengaran kesal sekali.
Aku terdiam seketika.Aku semakin serba-salah. ‘’Oh,macam tu ke.Tak
apa,sebab sebenarnya aku juga bersalah dalam hal ni.Kau tengah tension,aku pula telefon dan cakap kasar
dengan kau,siapa yang tak marah kan. Tapi,kau bukan tak ada kakak ke?
Habis,kakak yang kau maksudkan ni siapa pula?’’
‘’Oh,yang aku maksudkan tu adalah kakak sepupu aku. Tapi memandangkan
kami membesar sama-sama,tinggal satu rumah,jadi aku pun dah anggap dia sebagai
kakak aku sendiri.’’ Terang Firdaus.
‘’Kau
tinggal satu rumah dengan dia?’’ Tanyaku hairan.
‘’Yeap. Sebenarnya aku mula tinggal dengan keluarga Pak Long aku
semenjak aku berusia lapan tahun,sejak mama aku meninggal.Papa sibuk dengan
perniagaannya,dia tak ada masa nak jaga aku.Jadi dia menyerahkan aku kepada
keluarga Pak Long untuk dijaga oleh mereka.’’
‘’Oohh. Habis tu,kau tak rasa janggal ke tinggal dengan keluarga Pak
Long kau?’’ Aku semakin rancak mengutarakan pertanyaan.Aku semakin senang pula
berbual dengannya.
‘’Mula-mula tu janggallah juga.Tapi lama-lama okeylah.Tambahan pula,Pak
Long aku tu ada anak yang seusia dengan aku.Nazrul,sepupu aku.Jadi adalah orang
yang aku nak bermain-main bersama-sama.Tak adalah sunyi sangat. Kau pula macam
mana?’’
‘’ Aku pun tinggal kat rumah mak cik aku juga,sebab kedua-dua ibu bapa
aku dah meninggal.Jadi mak cik aku tulah yang jadi penjaga aku.Mak cik aku tu
ada tiga orang anak,dua orang lelaki dan satu perempuan.Aku rapat dengan anak
lelaki mak cik aku yang sulung tu,tapi dia tua sepuluh tahun dari aku.He’s like a real brother to me.Anak-anak
mak cik aku yang lain tu tak berapa suka dengan aku sangat,terutama yang
perempuan bongsu tu.Jadi abang aku tulah yang selalu back up aku semua.’’
‘’Hermm,nasib baiklah ada abang kau tu kan.’’ Balas Firdaus.
‘’Tulah.Kalau abang aku tu tak ada,entah aku boleh survive ke tak dalam rumah tu.’’ Keluhku.Wajah Abang Haikal
memenuhi ruang fikiranku.
‘’Sabar sajalah Ria. Kalau abang kau tak ada pun kau kena juga kuatkan
semangat.Kalau diorang kacau-kacau kau pun,kau buat bodoh sudah.Lama-lama kalau
kau tak layan,penatlah diorang tu.’’
Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu.Entah kenapa,beban dalam hatiku
ini bagai hilang sedikit demi sedikit apabila berbual dengan Firdaus. Kejujuran
dalam nada suaranya setiap kali mengatakan sesuatu dan sikapnya yang melayan
aku seperti seorang kawan membuatkan aku senang untuk mencurahkan isi hatiku
kepadanya.Tak pernah aku merasakan perasaan seperti ini sebelumnya.Keseronokan
berbual-bual kosong dengan seseorang.Seseorang yang menasihatiku bagai seorang
abang yang baik.Betullah kata Nadia,setiap kata-kata yang diungkapkan Firdaus
bagai jampi,boleh mempengaruhi diri seseorang,termasuklah orang yang keras hati
seperti aku ini.
Malam itu,kami terus berbual-bual panjang.Dan tanpa disedari,aku telah
memberitahunya banyak perkara tentang diriku,yang tak pernah aku ceritakan
kepada sesiapa pun sebelum ini.Perspeksiku terhadapnya juga berubah sama sekali
sejak malam itu.