‘’WOW,gempak gila result kau Ary!’’ Jerit Nadia sebaik
melihat markah CGPAku.Aku sendiri bagaikan tidak percaya apabila melihat keputusan
yang terbentang di depan mata. Tak sangka,aku boleh mendapat CGPA yang begitu
tinggi,iaitu 3.87.Bahkan markah CGPAku mengatasi Nadia yang selama ini sering
mendapat keputusan yang lebih baik daripadaku semasa kami belajar di SERATAS
dulu.
‘’Kuasa Tuhan,Nadia.Aku dah
berusaha,dapatlah hasil yang setimpal.Lagipun semua ni berlaku disebabkan kau
juga.Kau banyak ajar aku benda-benda yang aku tak tau semua.Jadi benda ni bukan
kejayaan aku sorang,tapi kejayaan kau jugak,dan…’’ Aku hampir-hampir saja
tersasul menyebut nama Firdaus.
‘’Dan….????’’ Nadia bertanya dengan
intonasi yang panjang.
‘’Tak ada apa-apalah.Aku tersilap
cakap tadi.’’ Aku pantas berdalih.
‘’Haih,famous lah kau nanti dalam area PASUM ni. Bukan calang-calang orang
boleh jawab soalan periksa PASUM yang memang killer habis tu.Mesti kau tak sabar-sabar nak beritahu dia kan.’’
‘’Hah?’’ Aku mengerutkan dahi. ‘’Beritahu siapa?’’
‘’Firdaus.’’
Darahku menyirap apabila Nadia
menyebut nama lelaki itu.
‘’Firdaus? Huh! Apasal aku nak kena
bagitau dia pulak? Please lah!’’
‘’Hemm,yalah tu.Hari tu bukan main
lagi berjanji-janji nak bagitau.Ingat aku tak dengar ke.’’ Balas Nadia dengan
senyuman penuh makna.
Aku kematian kata-kata.Tiba-tiba
aku berasa malu pula.
‘’Hari tu hari tulah,hari ni hari
nilah.Aku tak maksudkan apa yang aku cakapkan masa tu okey.Jadi jangan nak
memandai-mandai.’’
‘’Yalah,yalah.Aku percaya cakap
kau.’’ Ujar Nadia sambil terus tersenyum-senyum.Entah kenapa, hati naluriku
mengatakan,Nadia tidak percaya akan kata-kataku.
MALAM itu,aku
belajar sendirian di dalam bilik. Nadia pula sudah lama tidur kerana katanya
dia kurang sihat sedikit pada malam itu.
Dett…dett…
Ketika aku sedang mengulangkaji
pelajaranku,tiba-tiba telefon bimbitku bergetar dalam jangka masa
panjang,menandakan ada panggilan masuk.
Siapalah yang telefon aku
malam-malam ni,rungutku.Aku melihat skrin telefon bimbitku.Satu nombor yang
tidak kukenali.Aku hanya membiarkan saja.Memang aku tidak suka menjawab
panggilan daripada nombor yang aku tak kenal.
Aku menyambung pembacaanku tetapi
setelah beberapa minit,nombor itu masih tetap menghubungiku.Bagaikan tidak mahu
berhenti selagi aku tidak menjawab panggilannya.Aku mendengus.Tiba-tiba aku
terfikir,entah-entah panggilan itu adalah panggilan penting.Kalau tidak
takkanlah tak berhenti-henti macam ni. Akhirnya aku menjawab panggilan itu.
‘’Helo,siapa ni?’’
‘’Kau ni Ria eh?’’ Tanpa angin,tanpa
ribut,pemanggil itu bertanya siapakah diriku.Nada suaranya begitu kasar sekali.
Apabila nama Ria disebut,aku
teringatkan Firdaus.Hanya Firdaus mengenali aku dengan nama itu.Tetapi lelaki
yang sedang bercakap denganku sekarang bukan Firdaus. Jadi siapakah dia?
‘’Ya.Aku ni Ria.Kau ni siapa pula?
Macam mana kau boleh dapat nombor aku?’’
‘’Kau tak perlu tahu aku ni
siapa.Sekarang aku nak kau buka telinga kau luas-luas.Mulai sekarang,aku tak
nak kau kacau Firdaus lagi.Kau ni tak tahu malu ke,asyik nak kacau-kacau
lelaki? Mana letaknya maruah kau sebagai perempuan?’’ Lelaki itu berkata dengan
nada suara yang tinggi.Darahku menyirap apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
Kurang ajar!
‘’Hei,kau tak ada hak nak kata aku
yang bukan-bukan.Kau mempersoalkan maruah aku,diri kau tu bagus sangat ke? Dah
sempurna sangat dah,cakap kurang ajar dengan orang macam ni? Lagipun aku cakap
dengan Firdaus selama ni,ada kacau kau ke? Ada kacau duit kau sampai nak
bising-bising macam ni?’’ Jerkahku,namun nada suaraku masih dikawal agar tidak
mengejutkan Nadia yang sedang tidur di katil sebelah.
‘’Ya,memang kau kacau aku! Firdaus
tu sepupu aku,kawan baik aku. Jadi aku tak suka dia menghabiskan masa dia
bersembang dengan perempuan yang entah apa-apa macam kau ni.Tak habis-habis nak
menggatal dengan lelaki macam perempuan yang tak ada akhlak.’’
‘’Hei,kau ni memang lebih sudu
daripada kuah kan! Firdaus tak kata apa pun,kau pula yang melebih-lebih.Atau
disebabkan tak ada perempuan yang nak rapat dengan kau sebab mulut kau yang tak
ada insurans tulah,kau rasa jealous
dengan Firdaus.Betul tak?’’ Sinis sekali tutur kataku.
‘’Hah? Firdaus tak kata apa-apa kau
cakap?’’ Lelaki itu ketawa berdekah-dekah.Ketawa yang begitu menyakitkan
hatiku.
‘’Kalau kau ingat macam tu,kau
memang silaplah.Mungkin Firdaus tak pernah beritahu kau sebab dia tak nak
kecilkan hati kau,tapi sebenarnya dia rasa menyampah sangat-sangat tahu tak
bila kau dan kawan kau yang sorang lagi tu tak berhenti-henti kacau dia.Macam
orang yang tak ada life.Macam orang
yang kekurangan kasih sayang,asyik nak seeking
attention daripada dia.Beritahu cerita-cerita sedih pasal keluarga kau
konon-kononnya nak menagih simpati dia.Tapi seriously,kau
ingat dia peduli ke? No way lah!
Firdaus tu baik,sebab tulah dia tak
sampai hati nak bagitau kau.Tapi memandangkan aku tak sebaik dia,jadi biar aku
yang bagitau bagi pihak dia.Bagi dia,kau ni tak lebih dari sekadar
perempuan-perempuan gatal yang asyik ganggu hidup dia selama ni,dengan harapan
dapat menjadi girlfriendTengku
Firdaus Amsyar yang famous,handsome
dan kaya-raya.Tapi kau jangan bermimpilah nak dapat apa yang kau nak tu,sebab
kau tak setaraf dengan kami.Kami ni dari keluarga kerabat,sedangkan kau? Dari
cara kau cakap pun aku dah tahu yang kau ni bukan dari keluarga baik-baik.Asyik
mengharapkan agar suatu hari nanti ada lelaki kaya yang akan hadir dalam hidup
kau,suap kesenangan dalam mulut kau dan mandikan kau dengan wang ringgit.Dan
aku takkan biarkan Firdaus menjadi mangsa kepada perempuan macam kau ni.Kau tu
tak layak pun nak menjadi kawan dia,apatah lagi nak menjadi pendamping hidup
dia.Jadi janganlah nak jadi macam pungguk yang rindukan bulan,sebab akhir
sekali kau juga yang akan kecewa.Sedarlah diri tu sikit.’’
Hatiku bagai dicarik-carik apabila
mendengar kata-kata lelaki itu.Mataku mula berkaca-kaca.Benarkah apa yang
dikatakan oleh lelaki itu? Adakah itu tanggapan sebenar Firdaus terhadap diriku
selama ni? Adakah curahan hati aku selama ini hanya membebankan dirinya? Adakah
segala kebaikan yang ditunjukkannya hanya lakonan semata-mata,hanya untuk
menjaga hati perempuan yang tak tahu malu ini?
Jika itulah yang difikirkan Firdaus
selama ini,aku berasa kecewa.Betul-betul kecewa!
‘’Baiklah,aku takkan ganggu Firdaus
lagi.Mulai dari detik ini,aku berjanji aku tak akan menghubunginya lagi.’’
Balasku perlahan.Nada suaraku mulai kendur,tidak marah-marah seperti tadi.
‘’Memang itu yang sepatutnya kau lakukan dari
awal lagi.Buktikan yang kau tu masih ada harga diri.Jangan hanya pandai
bercakap tapi tidak tahu menunaikan.Kalau aku tahu yang kau masih berhubungan
dengan Firdaus lagi…’’ Lelaki itu berkata dalam nada mengugut.
‘’Kau jangan risau.Walaupun aku ni
perempuan yang tahu malu,tak ada maruah dan hanya tahu mempergunakan lelaki
untuk kesenangan diri sendiri,tetapi aku
masih tahu menunaikan janji yang telah aku buat. Jadi kau tak perlu
risau.Aku tak akan sesekali mengganggu kawan kau tu lagi dah.Tidak akan pernah
sesekali!’’ Balasku penuh emosi.
‘’Bagus. Aku dah tak nak dengar
cerita pasal kau atau kawan kau lagi lepas ni. Pesan kat kawan kau tu juga apa
yang aku cakap. Aku berharap,ini akan perbualan yang pertama dan terakhir antara kita.Selamat tinggal,Cik
Ria.’’
Klik. Talian dimatikan oleh pihak
sebelah sana. Dan tanpa disedari,air mataku mengalir kala itu juga.
‘’DASAR budak
pembawa malang! Kau dengan mak kau tu sama saja kan,tak habis-habis nak
menyusahkan hidup aku!’’
Kata-kata tengkingan itu kembali
menyulam mimpiku.Kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu masih terbayang-bayang
dalam fikiranku.Ketika itu aku masih budak kecil,masih tidak mengerti
apa-apa.Mataku hanya terkebil-kebil memandang anak patung permainan berpakaian
warna merah jambu yang dipegang oleh sepupuku yang muda dua tahun daripadaku
itu.Anak patung itu sungguh cantik.Aku sangat teringin hendak bermain dengan
anak patung itu.
‘’Tapi Ariana suka anak patung
Sarah tu.Mak cik,boleh tak tolong belikan anak patung tu untuk Ariana?’’
Rengekku manja.Aku meminta tanpa
mengenal erti malu.Tanpa mengerti bahawa tiada langsung secubit kasih
sayang orang yang kupanggil mak cik itu terhadap diriku.
‘’Banyak cantik muka kau! Apa kau
ingat anak patung ni murah? Kau ingat aku dan laki aku cap duit ke apa?
Hei,kira bagus tau aku bagi kau menumpang kat rumah aku ni sejak mak kau yang
tak guna tu lari tinggalkan kau.Entah apalah malang yang melekat kat badan kau
ni sampai mak kandung kau sendiri tak mahu kat kau.Tak pasal-pasal aku pula
yang kena bertanggungjawab.’’ Mak Cik Rohana menjuihkan bibirnya.Masih kuingat
lagi matanya ketika itu memandangku dengan penuh kebencian.Sementara sepupuku
yang bernama Sarah itu hanya tersengih-sengih.Gembira melihat aku dimarahi oleh
ibunya.
‘’Mak cik tipu! Abang Haikal cakap
mak Ariana meninggal disebabkan kemalangan.Mak tak mungkin akan tinggalkan
Ariana.Mak sayangkan Ariana!’’ Kolam mataku berkaca-kaca.Rasa sakit di dalam
hatiku akibat kata-kata itu masih dapat kurasa sehingga sekarang.
‘’Hei budak pembawa malang! Abang
Haikal kau tu yang penipu,bukannya aku.Kau kata mak kau sayangkan kau? Heh!
Memang silap besarlah.Buat pengetahuan,mak kau tu malu tau tak ada anak macam
kau ni.Anak luar nikah! Anak yang tak ada bapa.Disebabkan kaulah,dia kena hina
dengan orang kampung,kena pulau.Disebabkan kau jugalah,satu keluarga kami
menanggung malu,sampai atuk kau meninggal sebab tak tahan mendengar penghinaan
orang kampung.DLepas atuk kau mati,mak kau terus lesap dari kampung ni,tak
muncul-muncul sampai sekarang.Entah hidup ke mati mak kau tu sekarang.Entah-entah
dah jadi bangkai,jadi santapan anjing kurap!’’
‘’Mak cik tipu! Mak tak mungkin
buat macam tu! Mak sayangkan Ariana!’’ Aku menjerit-jerit mempertahankan
kata-kataku dengan lelehan air mata yang membasahi pipi.
‘’Kalau kau tak percaya cakap
aku,cuba kau tanya Abang Haikal,anak aku yang kau percaya sangat tu.Cuba tanya
dia,kalau mak kau tu betul-betul mati kemalangan,mana kuburnya? Kenapa Abang
Haikal tak pernah bawa kau melawat kubur mak kau macam kita selalu pergi
melawat kubur atuk? Dan kau tanya lagi,nama bapa kau siapa? Kalau nama bapa kau
lain,kenapa nama kau tu berbintikan Abdullah? Tak macam nama Abang
Haikal,berbinkan nama bapanya sendiri.Tak macam Abang Hakim.Tak macam Sarah.Kau
tengoklah,mesti dia tak akan boleh jawab punya soalan kau.Sebab apa yang aku
cakap tu semua betul!’’
Aku terdiam dan terus masuk ke dalam
rumah.Petang itu,setelah Abang Haikal pulang dari sekolah aku terus bertanya
kepadanya.
‘’Abang,kubur mak kat mana? Nama bapa
Ariana siapa? Kenapa Ariana tak pernah jumpa dia?’’ Baru saja Abang Haikal mahu
menanggalkan tali kasutnya,aku terus menerpanya dengan pelbagai soalan.Masih
jelas lagi di ingatanku Abang Haikal kelihatan terkejut sekali.Dia menghentikan
apa yang dibuatnya dan menoleh pandang ke arahku.
‘’Kenapa Ariana tiba-tiba tanya
semua ni kat abang? Selama ni Ariana tak pernah tanya pun.’’ Soal Abang Haikal
lembut.
‘’Mak cik yang suruh tanya.Dia kata
kalau Abang Haikal tak boleh jawab,maksudnya selama ni Abang Haikal cakap
bohong.Mak Ariana sebenarnya tak mati lagi,tapi dia tinggalkan Ariana sebab dia
tak sayangkan Ariana.Sebab Ariana ni anak luar nikah.Ariana yang sebabkan
kematian atuk.Betul ke semua tu abang?’’ Petah sekali mulutku berkata-kata.Wajah
Abang Haikal berubah saat mendengar apa yang aku cakapkan. Tanpa menjawab
pertanyaanku,Abang Haikal terus menanggalkan kasut dan masuk ke
biliknya,meninggalkan aku terpinga-pinga sendirian.
Malam itu,Abang Haikal tidak keluar
untuk makan.Tiga kali aku memanggilnya,tetapi Abang Haikal tetap mendiamkan
diri.Mak cik dan pak cik juga tidak berkata apa-apa,seakan-akan mereka sudah
menjangka Abang Haikal akan bertindak sedemikian.
Selepas selesai makan,aku terus
masuk tidur.Dan tidak berapa lama kemudian,aku terjaga apabila mendengar suara
orang bertengkar dari ruang tamu.Suara Abang Haikal dan mak cik.Aku terus
membuka pintu bilikku.Dapat kulihat wajah Abang Haikal yang begitu marah
sekali.Tidak pernah aku melihat Abang Haikal mempamerkan ekspresi wajah
sebegitu.
‘’Kenapa dengan mak ni hah? Sanggup
mak suruh Ariana tanya soalan-soalan macam tu kat Haikal.Apa yang Haikal nak
jawab dengan dia mak? Apa?!’’ Suara Abang Haikal yang meninggi itu membuatkan
aku kecut perut mendengarnya.
‘’Kamu jangan nak kurang ajar dengan
mak,Haikal! Jangan kerana budak pembawa malang tu,kamu pula yang jadi anak
derhaka.Mak tak rasa apa yang mak buat tu salah.Mak cuma nak dia tahu
kebenaran,supaya dia sedar sikit diri dia tu siapa.Kerana dia dan mak
dialah,nasab keturunan kita tercemar tahu tak! Mana mak nak letak muka mak
ni.Sampai sekarang ni orang kampung asyik mengata kita sebab budak tu tinggal dengan kita tahu
tak.’’
‘’Pedulikanlah apa pun yang orang
kampung nak cakap mak! Ariana tu masih kecil lagi,masih tak tahu
apa-apa.Seharusnya kita jaga dan didik dia dengan penuh kasih sayang,bukannya
layan dia macam sampah kat dalam rumah ni.Lagipun bukan dia yang diminta
dilahirkan dalam keadaan macam ni,mak.Semua ni salah mak ayah dia,bukannya
Ariana.Jadi kenapa Ariana pula yang kena menanggung kesalahan mak ayah dia?
Kenapa Ariana pula yang menjadi mangsa kemarahan mak disebabkan apa yang
berlaku terhadap keluarga kita? Ini tak adil,mak.Memang tak adil!’’
Pang! Tamparan itu hingap di pipi
Abang Haikal.Kuat sekali bunyinya.Abang Haikal menggosok-gosok pipinya yang
mulai merah itu seraya memandang kembali mak cik yang sedang merenungnya bagai
singa betina yang kelaparan.
‘’Kau jangan nak mengajar
aku,Haikal! Aku ni mak kau tau.Mak kau! Seharusnya kau beradab dengan aku. Bukannya
jadi biadab macam ni semata-mata nak bela sepupu malang kau tu. Jaga sikit kata-kata
kau,Haikal.Jangan sampai kau dilaknat ALLAH S.W.T kerana kelancangan mulut kau
kepada mak yang telah bertarung nyawa melahirkan kau ni!’’
‘’Ariana bukan pembawa
malang,mak.Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ni umpama kain putih,bersih
daripada dosa dan noda.Tiada istilah malang atau tuah yang mengiringi kelahiran
mereka.Semua manusia dilahirkan sama saja,mak.Dan Haikal berharap,suatu hari
nanti mak akan sedar akan kebenaran kata-kata Haikal ni.’’ Setelah berkata
demikian,Abang Haikal menuju ke biliknya.Dan sebelum masuk,Abang Haikal sempat
lagi berkata.
‘’Maafkan Haikal jika mak anggap Haikal
ni sebagai anak derhaka.Tapi percayalah,Haikal buat semua ni pun sebab Haikal
sayangkan mak.Haikal tak nak mak terus berbuat dosa dengan terus menindas
Ariana dan menuduhnya yang bukan-bukan.Kita seharusnya melindungi dia,bukannya
menambahkan lagi bebannya.’’
Mak cik hanya mengetap bibir
apabila mendengar kata-kata Abang Haikal.Aku menutup pintu bilikku kembali.Dan
ketika itu hati kecilku sudah dapat merasakan,bahawa mak cik memang bercakap
benar.Aku ini memang anak luar nikah. Anak tak sah taraf yang tidak mahu diakui
oleh ibu bapa kandungnya sendiri.
Sejak hari itu,aku sudah banyak
berubah.Aku lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu bergaul dengan sesiapa
pun.Suaraku ini bagaikan emas,susah sekali untuk didengari walaupun oleh orang
yang tinggal satu rumah denganku.Aku jarang sekali berbual dengan sesiapa pun kecuali Abang
Haikal.Abang Haikal banyak memberikan semangat padaku,dan dia jugalah yang
memberi aku keyakinan untuk terus menghadapi cabaran di dunia ini,walaupun
sebagai manusia yang sikapnya dibenci oleh kebanyakan orang.
Pendiam,tak suka bergaul, lebih
suka menyendiri.Itulah diriku.Tetapi aku gembira,kerana dengan cara ini aku
dapat mengelakkan diriku dari disakiti sekali lagi oleh orang-orang yang aku
sayangi.Biarlah aku dibenci.Biarlah aku dipulau.Biarlah aku dianggap apa
pun.Aku tidak kisah.Asalkan hatiku tidak disakiti lagi,itu sudah memadai
bagiku.
Tapi hanya disebabkan satu
panggilan,segala-galanya berubah.Hatiku sekali lagi disakiti.Diriku sekali lagi
dihina dengan pelbagai cercaan dan hinaan,bagaikan aku ini adalah manusia yang
paling teruk dalam dunia ini.Yang paling teruk sekali,jiwaku bagai
dicarik-carik apabila diberitahu tentang tanggapan Firdaus yang sebenarnya
terhadap diriku.Ternyata selama ini dia tak ikhlas berkawan denganku,dan semua
yang aku luahkan selama ini hanya menyusahkan dirinya.Kepercayaanku terhadapnya
selama ini punah dalam sekelip mata.
‘’Aku bencikan kau,Firdaus.Aku
benci kau sangat-sangat.
Tanpa disedari,aku mengungkapkan
ayat ini dalam tidurku.Berulang-ulang.