‘’ARIANA tu entah
apa-apa saja kan,benci betul aku bila tengok muka dia.’’
‘’Entah! Dahlah perangai tu macam
Hitler,asyik nak marah orang tak habis-habis.Itu tak kena,ini tak kena.Padanlah
tak ada orang yang berani nak mengurat dia.Umur dah 25 tahun,tapi boyfriend pun tak ada lagi.Aku berani betlah,jadi anak dara tualah nanti dia
tu.’’
‘’Betul apa yang korang cakap tu.
Aku sendiri pun tak faham,kenapalah tiap-tiap tahun dia boleh dapat Anugerah
Khidmat Cemerlang.Kerja tak bagus mana pun aku tengok.Bodek bos lebih saja dia
tu.Padahal bukannya hebat sangat pun!’’
Itulah kata-kata ‘hikmat’ yang
kudengari saat aku melangkahkan kaki ke pejabat pada hari itu.Cakap-cakap
mengumpat yang sudah lali singgah di telingaku ini.Aku pantas menuju ke meja
perempuan-perempuan yang bercakap buruk tentangku tadi.
‘’Tapi sekurang-kurangnya,walaupun aku ni tak ada boyfriend,bakal jadi anak dara tua,perangai macam Hitler
sekalipun,aku tak adalah menghabiskan masa mengumpat macam korang. Jadi tak
payahlah nak fitnah aku konon-konon aku dapat anugerah Khidmat Cemerlang tu
sebab aku pandai bodek bos.Aku dapat sebab aku rajin,aku layak.Bukan macam
korang,tak habis-habis nak buat dosa pagi-pagi buta macam ni.’’ Sindirku.Mereka
tersentak dengan kehadiranku yang tiba-tiba itu. Tak ada seorang pun yang
bersuara.
‘’Eh,kenapa diam pulak ni? Cakaplah
lagi.Takkanlah berani nak cakap belakang saja.’’ Aku terus menyindir mereka
lancang.Apabila mereka hanya diam,aku tersenyum sinis.
‘’Tulah,lain kali kalau nak mengata
orang,tengok tempatlah.Tunggulah sampai waktu balik kerja ke,apa ke.Ini tak,nak
mengutuk pun main terjah ikut suka hati korang saja.Kan sekarang dah malu
sendiri.’’
Haha.Puas hatiku.Aku terus menuju ke
bilikku tanpa mempedulikan mata-mata pekerja lain yang mengekori langkahku.Aku
sudah biasa menjadi perhatian ramai seperti ini.Bukan kerana aku cantik.Bukan
kerana aku disukai.Tetapi kerana kelancangan mulutku.Tetapi aku tidak kisah
dengan perspeksi orang lain terhadap diriku.Bukannya mereka yang memberi makan
kepada aku pun.
Ketika aku sedang sibuk menyiapkan
kerjaku,tiba-tiba interkom di hadapanku berbunyi.
‘’Ariana,sila datang ke bilik saya
sekarang.’’ Arah Tengku Yusrizal,pengarah urusan di syarikatku.
Aku segera keluar dari pejabatku dan
menuju ke arah pejabat Encik Yusrizal.Sambil-sambil itu aku menghadiahkan
jelingan kepada orang yang menyindir aku tadi.Mereka menundukkan kepala dan
berpura-pura membuat kerja. Setelah Tengku Yusrizal mengarahkan aku masuk,aku
duduk di atas kerusi di hadapan mejanya.
‘’Ya Tengku,ada apa-apa yang boleh saya
bantu?’’ Soalku hormat.Tengku Yusrizal memang amat kusegani.Hanya dialah
satu-satunya orang di syarikat ini yang aku hormat dengan sepenuh hatiku.Bagiku,sepanjang
bekerja di bawah satu bumbung dengannya sejak dua tahun yang lalu,dia adalah
seorang bos yang begitu berdedikasi dan mengambil berat tentang orang-orang
bawahannya.Jarang dapat jumpa bos yang begitu baik seperti itu.
‘’Sebenarnya,tujuan saya panggil
awak ni kerana saya nak minta tolong kepada awak,Ariana.Awak tahu kan yang tak
lama lagi,saya akan bersara?’’
Aku mengangguk. Memang aku sudah
maklum akan hal itu.
‘’Disebabkan itulah,saya mengambil
keputusan untuk menyerahkan jawatan saya sekarang ni kepada anak lelaki saya
yang bongsu,Tengku Nazrul Hakimi.Dia baru balik dari luar negara dua minggu
lepas. Mulai minggu depan,dia akan mengambil alih jawatan saya ni.Jadi saya
harap,awak akan membantunya dalam menguruskan perniagaan syarikat kita ni
sekiranya dia memerlukan bantuan awak.’’
Aku terkejut apabila mendengar amanatTengku
Yusrizal itu.
‘’Tetapi kenapa saya,Tengku? Kan masih
ada orang yang lebih berpengalaman daripada saya dalam syarikat ni. Saya tak
rasa yang saya boleh memikul tanggungjawab yang sebegini besar.’’ Aku cuba
menolak.
‘’Ya,saya tahu ada orang yang lebih
lama berpengalaman daripada awak.Tapi daripada mereka semua tu,awaklah yang
paling saya percaya.Lagipun saya tahu yang kredibiliti awak memang tak perlu
diragui lagi.Kalau tak,takkanlah selama dua tahun berturut-turut awak dapat
mempertahankan Anugerah Khidmat Cemerlang syarikat kita ni.Bukan calang-calang
orang boleh mendapatnya.Jadi saya berharap dengan segala kebolehan yang awak
ada tu,awak boleh membantu saya,Ariana.’’
‘’Tapi….’’ Aku masih keberatan.
‘’Awak jangan bimbang,Ariana.Sebenarnya
sebelum pulang ke Malaysia,anak saya tu dah bekerja di syarikat Pak Ngahnya di
London selama beberapa tahun.Jadi dia dah berpengalaman,cuma kamu perlu
menolongnya dalam urusan tertentu saja. Beritahu apa-apa yang patut.Saya
betul-betul berharap yang kamu takkan menolak,Ariana.Anggap sajalah ini
permintaan saya yang terakhir sebagai bos kamu sebelum saya bersara nanti.’’
Tengku Yusrizal terus berusaha meyakinkanku.
Aku merenung wajah Tengku Yusrizal
lama.Sungguh,aku tidak sampai hati mahu menolak permintaan bosku yang telah
banyak berjasa padaku itu.Akhirnya,dengan rasa terpaksa aku bersetuju juga.
PUKUL 12.30 tengah
hari.Waktu makan tengah hari sudah tiba.Aku menggeliat,mahu melepaskan penat.Akhirnya,separuh
kerjaku sudah siap.Setelah mengemaskan fail-fail di atas meja,aku keluar dari
pejabatku.
Hari itu,aku bercadang untuk makan di
kafeteria sahaja.Dan seperti biasa,aku sendirian.Ketika aku berjalan di
lobi,tiba-tiba aku ternampak Nadia.Nadia tersenyum apabila melihatku dan berlari-lari
anak mendapatkanku.Aku mengeluh.Sejak perselisihan faham yang terjadi antara
kami dua hari lepas,aku dan Nadia langsung tidak bertegur-sapa.
‘’Ary,jom kita pergi makan.Aku belanja
kau.’’ Ajak Nadia ceria seraya menarik tanganku.Aku pantas menarik tanganku
dari peganganku.
‘’Pergilah ajak boyfriendkesayangan kau tu. Selalu suka sangat makan sekali dengan
dia.’’ Ujarku dingin.
‘’Alah,janganlah macam ni.Takkan
marah lagi kot.’’ Pujuk Nadia.
‘’Buat apa pula aku nak marah dengan
kau? Aku kan yang sebenarnya salah,suka sangat menyibuk hal kau dengan teman
lelaki kau.Dan untuk itu,aku minta maaf sangat-sangat dan mulai hari ni,aku
janji takkan ambil tahu dah hal kau dengan dia.Suka hati kaulah nak buat apa
pun dengan dia,nak balik rumah lewat macam mana pun,aku takkan peduli
lagi.Minta maaflah sebab selama ni aku jadi kawan kau yang sangat busybody.Mesti kau meluat gila dengan
perangai aku kan.’’ Ujar aku berjauh
hati.
‘’Ary,janganlah macam ni.Okey,aku tahu
aku salah dalam hal ni.Aku tahu,kau buat
macam ni sebab kau ambil berat kat aku,sebab kau bimbangkan aku.Tak sepatutnya
aku cakap macam tu dekat kau.Dan aku juga nak minta maaf sebab mungkir
janji.Lain kali,aku janji aku takkan buat lagi perangai macam tu.Jadi please,tolonglah maafkan aku.Setiap
manusia lakukan kesilapan kan.Sedangkan Nabi S.A.W pun ampunkan umatnya.’’
Nadia terus memujukku.Aku merenung wajahnya lama sebelum menghempaskan keluhan.
‘’Yalah,yalah.Aku terima maaf kau tu.Tapi
itu tak bermakna yang perspeksi aku terhadap Adnan berubah tau.Aku tetap tak
suka dia,faham?’’ Aku mengingatkan Nadia.
Nadia tersenyum ceria. ‘’ Tak apa,tak apa.Asalkan kau dah memaafkan
aku pun dah cukup.Dan sebagai tanda meraikan persahabatan kita yang kembali
terjalin dan juga atas kejayaan kau meraih anugerah Khidmat Cemerlang selama
dua tahun berturut-turut,aku nak bawa kau ke satu tempat yang istimewa.Dan aku
berani bet yang kau mesti suka
punya.’’
Aku mengerutkan dahi. ‘’Tempat apa?’’
‘’Alah,ikut sajalah.’’ Nadia mengenyitkan
mata.Aku tersenyum nipis,mengalah dengan Nadia.
‘’NI tempat apa
ni?’’ Soalku apabila Nadia memberhentikan kereta di depan sebuah gerai makan
yang terletak di tepi jalan.
‘’Kedai makanlah.Takkanlah kedai repair kereta pulak.’’ Kata Nadia seraya
membuka pintu keretanya.
‘’Aku tahulah.Tapi kenapa kau bawa
aku ke sini?’’
‘’Sebab makanan kat sini sedap.Dulu
aku selalu datang makan kat sini dengan kawan-kawan aku.Kebetulan pula tempat
makan ni dekat dengan sekolah aku.Tapi bila dah habis sekolah,aku tak pernah
datang ke sini lagi.Hari ni pulak tiba-tiba aku teringin nak makan kat
sini,sebab tulah aku ajak kau sekali.’’ Ujar Nadia.
‘’Kau ajak aku datang sini sebab nak
meraikan kejayaan aku ke atau nak mengenang kembali kenangan lama?’’
Soalku,sengaja mengusiknya.
Nadia ketawa. ‘’Dua-dualah.’’
Aku dan Nadia berjalan beriringan
masuk ke kedai makan itu.Aku melihat begitu banyak orang sekali yang beratur
untuk membeli makanan.Nampaknya betullah kata Nadia,makanan di sini sedap.Kalau
tidak takkanlah sampai begitu ramai sekali orang yang datang pada hari-hari
kerja macam ni. Itu pun aku dan Nadia bernasib baik kerana berjaya mendapat
tempat duduk.
‘’Kau pergilah dulu ambil
makanan.Kalau tak ada orang jaga tempat ni maunya diambil orang lain pulak
nanti.’’ Arah Nadia kepadaku.
‘’Sempat ke?’’ Aku berasa risau pula
apabila melihat barisan yang begitu panjang sekali.
‘’Sempatlah. Lagipun kau ni kan
pekerja kesayangan bos.Kalau sekali-sekala masuk lambat apa salahnya.’’
‘’Ermm,yalah.’’ Aku segera pergi beratur
di barisan yang panjang itu.Ketika aku sedang beratur itu tiba-tiba pula hujan
turun dengan lebat sekali ketika itu.Aku mengeluh.
Angin tiada,ribut tiada tiba-tiba pula
hujan turun.Lambatlah aku balik ke pejabat nanti.Dengan jammed lagi,rungutku.
Akhirnya setelah lebih kurang sepuluh
minit beratur,sampai juga giliranku.Aku mengambil penyepit yang disediakan dan
mengambil seekor ketam.Ketika aku mahu meletakkan ketam itu ke dalam pinggan
nasiku,tiba-tiba tanganku disiku seseorang
dari arah depan.Ketamku itu jatuh bergolek di atas lantai.
Aku melihat ketam masak masam manisku
yang telah menjadi sejarah itu.Tambah menyakitkan hatiku apabila melihat ketam
itu dipijak-pijak oleh orang ramai sehingga menjadi lumat.
‘’Minta maaf cik,saya tak senga….’’
‘’Hei,awak ni buta ke hah!’’ Aku terus
menjerkah lelaki kacak yang berdiri di hadapanku itu.Apabila melihat
wajahku,lelaki itu tergamam.Dia terus merenung wajahku buat seketika.Bagai ada
sesuatu pada wajahku yang menarik perhatiannya.
Aku berasa geram lantas menolak tangan
lelaki itu dengan penyepit yang aku pegang.Cawan yang berisi air kopi yang
dipegang oleh lelaki itu terpercik di atas kemejanya.Kemeja hijaunya yang basah
akibat terkena hujan itu kini bertompok-tompok hitam pula.Lelaki kacak berkulit
cerah dan berkumis nipis itu merenung ke arahku.Aku terkejut dengan apa yang
aku lakukan tetapi kerana ego,aku tidak mahu minta maaf.
‘’Awak jangan salahkan saya.Awak yang
mula dulu.’’ Aku mempertahankan diriku.Lelaki itu tidak berkata
apa-apa.Tiba-tiba dia berjalan mendekatiku.Aku mengambil tindakan
berjaga-jaga.Manalah tahu kalau dia mahu mengapa-apakanku.
Namun telahanku silap.Lelaki itu
mengambil pinggan nasi dalam peganganku dan mencedok lauk-pauk ke dalam pinggan
itu.Dia turut mengambil ketam yang paling besar sekali.Aku terkedu dengan
perbuatannya.
‘’Apa awak buat ni? Kalau nak makan
ambillah pinggan sendiri.Tak tahu nak beratur pula tu.’’ Marahku.
Lelaki itu mengalihkan pandangan
kepadaku.Dia tersenyum seraya menyerahkan pinggan nasi itu kepadaku. ‘’Nah,saya ambil untuk awak!’’
‘’Hah?’’ Aku terkejut.
‘’Sebagai tanda minta maaf sebab saya
terjatuhkan ketam awak tadi.Saya juga akan bayar harga nasi dan lauk-pauk
ni.Jadi saya harap awak janganlah marah lagi.’’
Sekali lagi aku terkedu.Lelaki
ini,kenapa dia bersikap seperti ini? Kenapa dia masih sebaik ini denganku
walaupun setelah apa yang aku lakukan kepadanya? Bukankah dia sepatutnya marah
padaku? Bukannya memohon maaf kepadaku dan nak belanja aku pula!
Tiba-tiba aku terasa malu ketika itu.
‘’Tak payahlah! Awak ingat saya tak
mampu nak bayar ke?’’
Wajah lelaki itu berubah apabila aku
berkata begitu. ‘’Bukannya begitu maksud
saya,cik.Saya ikhlas nak….’’
‘’Tak payah nak ikhlas-ikhlas
sangatlah.Ingat saya tak tahu ke niat tak baik awak tu.’’
‘’YA-ALLAH,saya betul-betul tak
berfikiran macam tu pun.Saya memang ikhlas nak minta maaf dengan awak.Saya tahu
ni salah saya.’’
‘’Jangan nak berpura-pura baik
sangatlah.’’ Aku mendengus.Aku berasa meluat pula mendengar kata-kata lelaki
kacak itu.Mula-mula memanglah baik,pijak semut pun tak mati.Tapi bila dah
dapat,dibuangnya kita macam sampah.Dasar lelaki! Kutukku.Mengingati apa yang
berlaku kepada makku dulu membuatkan aku menjadi geram.
‘’Ary,apa yang terjadi ni?’’ Tiba-tiba
Nadia muncul dalam keramaian itu.Terpancar raut kehairanan pada wajahnya
apabila melihat aku sedang bertengkar dengan seorang lelaki yang tak dikenali.
‘’Dia nilah! Pergi jatuhkan makanan
aku.’’ Rengusku seraya menudingkan jariku ke wajah lelaki itu.
Apabila Nadia memandang wajah lelaki
itu,aku melihat perubahan pada wajah Nadia.Ada riak terkejut,gembira dan tak
percaya.Nadia terpaku buat seketika.Aku pula yang berasa hairan.Adakah Nadia
mengenali lelaki ini?
‘’Abang Firdaus!’’ Dua patah perkataan
yang terbit dari mulut Nadia itu membuatkan aku tergamam.Terus aku memandang
wajah lelaki di hadapanku itu. Firdaus?
‘’Awak kenal dengan saya ke?’’ Soal
lelaki itu hairan.
‘’Saya ni Nadia,junior Abang Firdaus
masa sekolah menengah dulu.Tak sangka saya dapat jumpa Abang Firdaus dekat sini
setelah sekian lama.’’ Ujar Nadia dengan wajah ceria.
‘’Oh,ya ke.Abang pun tak sangka dapat
jumpa dengan junior sekolah lama kat sini.’’ Firdaus mengukir senyuman,tanda
turut gembira dengan pertemuan tak disangka itu.
Aku berasa macam sesak nafas apabila
mendengar perbualan antara mereka berdua. Aku terasa macam berada di dunia
lain.Fikiranku terus kosong.Sungguh,aku tidak tahu bagaimana mahu berhadapan
dengan Firdaus ketika ini!