“TAK keluar lunch?”
tanya Nadia dari arah mejanya.
Dia
sedang mengemas meja dan mengeluarkan beg tangan dari dalam laci. Beberapa
orang rakan setugas sudah keluar dari pejabat sebaik sahaja jam menunjukkan ke
angka satu.
Irina
menggeleng. Jam sepuluh tadi dia makan roti dan semug nescafee. Perutnya masih
terasa kenyang.
“Tak.
Kat luar sana panas sangat, malas nak keluar. Lagipun aku masih kenyang.”
“Ya
ke? Atau kau ada janji dengan orang tu?” tanya Nadia sambil matanya melerek ke
arah bilik Firdaus yang kelihatan terang.
“Merepeklah
ajalah kau ni!” Bantah Irina sambil memasamkan wajahnya.
Nadia
hanya tertawa kecil dan berlalu keluar. Kini Irina tinggal sendirian di ruang
itu. Dia termenung sejenak, kemudian cepat-cepat bangun meninggalkan meja. Beg
tangan dikepit. Dia berjalan laju menghala keluar, tetapi terpaksa melintasi
bilik kerja bossnya. Rasa hati Irina benar-benar tidak keruan apabila terdengar
Firdaus memanggil. Niat di hati ingin berehat di surau sebelum masuk waktu
zohor. Kini segalanya terbantut sudah. Firdaus meluru ke luar dari bilik
kerjanya, mendapatkan Irina yang berdiri tegak di tengah-tengah ruang kosong
itu.
“Nak
pergi lunch?” tanya lelaki itu penuh prihatin.
“Tak.
Sayanak pergi surau,” jawab Irina.
“Belum
masuk waktu zohor lagi ni,” kata Firdaus sambil menjeling jam di pergelangan
tangannya.
“Jom
kita pergi lunch dulu. Saya tak makan sejak pagi tadi lagi. Temankan saya makan ya?”
Katanya bagaikan merayu.
“I
lapar sangat ni. Rasa macam dah masuk angin perut I,” katanya lagi menagih agar
dikasihani.
“Siapa
suruh skip makan pagi?”
“Saya ajak makan pagi tadi, awak tak nak. Saya rela tak makan kalau tak makan dengan awak,” balasnya lancar. Tersenyum manis pula sambil merenung Irina.
Ayat
dan aksi menggoda la tu! Bisik hati Irina.
“Habis,
kalau saya tak nak makan tengahari, Encik Firdaus rela berlapar?”
“Rela,”
katanya sepatah sambil meneruskan senyuman lebar.
“Sebab
bila tengok muka awak aje, saya jadi kenyang,” Sambungnya kemudian sambil tertawa
gelak kecil pula.
“Aghhh!
Lelaki,” Irina menempelak dengan agak kasar.
“Mana
boleh kenyang dengan hanya tengok muka orang,” Tempelak Irina lagi.
“Kenyang,
bila tengok muka orang yang saya cinta, orang yang saya sayang,” balas Firdaus lagi,
meneruskan godaan tanpa jemu.
“Kita
pergi lunch ya?” Pujuknya lagi.
“Saya kata, saya tak nak. Saya masih kenyang.”
“Ala,
sekali ni aje temankan saya makan,” pujuk Firdaus, tidak jemu-jemu.
Namun
Irina terus bergerak keluar dari ruang itu menghala ke pintu utama. Firdaus
mengejar dan cuba memegang pergelangan tangannya. Irina menepis kasar. Dia
sedar, di pejabat itu tiada orang lain melainkan dia dengan ketuanya itu. Rasa
bimbang mulai menjalar dalam hatinya.
“Irina,
please!” Suara Firdaus separuh merayu.
Langkah
Irina terhenti. Dia melihat wajah Firdaus benar-benar pucat dan tiba-tiba
sahaja lelaki itu seperti mahu tumbang. Namun segera dia menegakkan badannya
kembali. Irina tidak tahu, lelaki itu hanya pura-pura untuk menagih simpati.
Dia
benar-benar tidak makan sejak pagi tadi? Bisik hati Irina. Firdaus kelihatan
memegang kepalanya seperti pening. Dahinya berkerut-kerut.
“Okey!”
Balas Irina akhirnya bersama rasa simpati
yang melaut.
“Yes!” bisik Firdaus perlahan.
Mereka
beriringan menuju ke pintu utama. Namun saat itu mereka berdua bertembung
dengan seorang lelaki yang hendak masuk ke situ. Lelaki itu berpakaian kemas,
sepasang lounge-suit hitam, bertali leher biru gelap. Matanya memandang silih
berganti wajah Firdaus dan Irina. Dia kelihatan penuh wibawa dan bergaya.
Lelaki kulit hitam itu punya wajah yang
manis dan mudah mesra.
“Good afternoon,” serunya dalam Bahasa
Inggeris dengan nada yang lembut tetapi formal.
Firdaus
segera menjawabnya dengan tergesa-gesa, merasa agak terganggu dengan kehadiran
lelaki itu. Dia sedang memandang tepat ke arah nama syarikat yang terpampang
megah di belakang meja penyambut tetamu. Dan di tangannya terdapat sepotong
kertas. Kemudian dia menyebut nama syarikat itu dengan penuh hati-hati.
“Ya,
saya pemilik syarikat ni,” akui Firdaus.
“Ada
tak staff di sini yang bernama Cik Irina Abu Bakar?”
Irina
terperanjat apabila namanya disebut.
“Ya,
saya Irina Abu Bakar.”
Spontan
dia mengakuinya, tidak sempat berfikir panjang. Entah mengapa dadanya
berdebar-debar kala dia membalas pandangan lelaki kulit hitam itu. Dia tidak
tahu mengapa lelaki itu harus menyebut namanya dengan tepat. Nama penuh yang
jarang sekali dipanggil orang melainkan jika ada urusan rasmi.
"Nama saya Malique. Cik Irina, boleh kita bercakap sebentar? Saya ada pesanan penting daripada ayah cik,” ujar Malique
"Ayah saya?”
Dadanya berdebar kencang.
Dia
hampir-hampir terduduk kerana masih terkejut. Firdaus di sisi segera memegang
bahu Irina, tanpa sedar dia merelakan dirinya dipegang. Dia tidak cukup kuat.
Dia takut apabila mendengar berita tentang bapanya. Perkara yang dia paling
takut adalah berita buruk, yang dibawa oleh orang asing itu. Berita kematian...
Dia
tidak sanggup. Selama ini dia hidup penuh semangat kerana dia percaya bapanya
akan kembali.
“Di
mana dia? Dia masih hidup?” tanya Irina tidak sabar.
“Sabar
dulu!” ujar Malique tertawa kecil mendengar pertanyaan Irina yang bertalu-talu.
“Saya
cadangkan kita ke restoran untuk bercakap soal ni sambil makan tengahari.”
Firdaus segera membuat usul.
Nyata
cepat sekali usul itu dipersetujui oleh Irina dan Malique.
“Okey,”
ujar Irina dan Malique hampir-hampir serentak.