Home Novel Cinta Cinta Made In Switzerland (Cinta Semanis Carrot Cake)
Cinta Made In Switzerland (Cinta Semanis Carrot Cake)
22/6/2013 20:13:03
48,785
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2
Bab 2

“TAK keluar lunch?” tanya Nadia dari arah mejanya.

Dia sedang mengemas meja dan mengeluarkan beg tangan dari dalam laci. Beberapa orang rakan setugas sudah keluar dari pejabat sebaik sahaja jam menunjukkan ke angka satu.

Irina menggeleng. Jam sepuluh tadi dia makan roti dan semug nescafee. Perutnya masih terasa kenyang.

“Tak. Kat luar sana panas sangat, malas nak keluar. Lagipun aku masih kenyang.”

“Ya ke? Atau kau ada janji dengan orang tu?” tanya Nadia sambil matanya melerek ke arah bilik Firdaus yang kelihatan terang.

“Merepeklah ajalah kau ni!” Bantah Irina sambil memasamkan wajahnya.

Nadia hanya tertawa kecil dan berlalu keluar. Kini Irina tinggal sendirian di ruang itu. Dia termenung sejenak, kemudian cepat-cepat bangun meninggalkan meja. Beg tangan dikepit. Dia berjalan laju menghala keluar, tetapi terpaksa melintasi bilik kerja bossnya. Rasa hati Irina benar-benar tidak keruan apabila terdengar Firdaus memanggil. Niat di hati ingin berehat di surau sebelum masuk waktu zohor. Kini segalanya terbantut sudah. Firdaus meluru ke luar dari bilik kerjanya, mendapatkan Irina yang berdiri tegak di tengah-tengah ruang kosong itu.

“Nak pergi lunch?” tanya lelaki itu penuh prihatin.

“Tak. Sayanak pergi surau,” jawab Irina.

“Belum masuk waktu zohor lagi ni,” kata Firdaus sambil menjeling jam di pergelangan tangannya.

“Jom kita pergi lunch dulu. Saya tak makan sejak pagi tadi lagi. Temankan saya makan ya?” Katanya bagaikan merayu.

“I lapar sangat ni. Rasa macam dah masuk angin perut I,” katanya lagi menagih agar dikasihani.

“Siapa suruh skip makan pagi?”

“Saya ajak makan pagi tadi, awak tak nak. Saya rela tak makan kalau tak makan dengan awak,” balasnya lancar. Tersenyum manis pula sambil merenung Irina.

Ayat dan aksi menggoda la tu! Bisik hati Irina.

“Habis, kalau saya tak nak makan tengahari, Encik Firdaus rela berlapar?”

“Rela,” katanya sepatah sambil meneruskan senyuman lebar.

“Sebab bila tengok muka awak aje, saya jadi kenyang,” Sambungnya kemudian sambil tertawa gelak kecil pula.

“Aghhh! Lelaki,” Irina menempelak dengan agak kasar.

“Mana boleh kenyang dengan hanya tengok muka orang,” Tempelak Irina lagi.

“Kenyang, bila tengok muka orang yang saya cinta, orang yang saya sayang,” balas Firdaus lagi, meneruskan godaan tanpa jemu.

“Kita pergi lunch ya?” Pujuknya lagi.

“Saya kata, saya tak nak.  Saya masih kenyang.”

“Ala, sekali ni aje temankan saya makan,” pujuk Firdaus, tidak jemu-jemu.

Namun Irina terus bergerak keluar dari ruang itu menghala ke pintu utama. Firdaus mengejar dan cuba memegang pergelangan tangannya. Irina menepis kasar. Dia sedar, di pejabat itu tiada orang lain melainkan dia dengan ketuanya itu. Rasa bimbang mulai menjalar dalam hatinya.

“Irina, please!” Suara Firdaus separuh merayu.

Langkah Irina terhenti. Dia melihat wajah Firdaus benar-benar pucat dan tiba-tiba sahaja lelaki itu seperti mahu tumbang. Namun segera dia menegakkan badannya kembali. Irina tidak tahu, lelaki itu hanya pura-pura untuk menagih simpati.

Dia benar-benar tidak makan sejak pagi tadi? Bisik hati Irina. Firdaus kelihatan memegang kepalanya seperti pening. Dahinya berkerut-kerut.

“Okey!” Balas Irina akhirnya bersama rasa simpati yang melaut.

Yes!” bisik Firdaus perlahan.

Mereka beriringan menuju ke pintu utama. Namun saat itu mereka berdua bertembung dengan seorang lelaki yang hendak masuk ke situ. Lelaki itu berpakaian kemas, sepasang lounge-suit hitam, bertali leher biru gelap. Matanya memandang silih berganti wajah Firdaus dan Irina. Dia kelihatan penuh wibawa dan bergaya. Lelaki kulit hitam itu punya wajah yang manis dan mudah mesra.

Good afternoon,” serunya dalam Bahasa Inggeris dengan nada yang lembut tetapi formal.

Firdaus segera menjawabnya dengan tergesa-gesa, merasa agak terganggu dengan kehadiran lelaki itu. Dia sedang memandang tepat ke arah nama syarikat yang terpampang megah di belakang meja penyambut tetamu. Dan di tangannya terdapat sepotong kertas. Kemudian dia menyebut nama syarikat itu dengan penuh hati-hati.

“Ya, saya pemilik syarikat ni,” akui Firdaus.

“Ada tak staff di sini yang bernama Cik Irina Abu Bakar?”

Irina terperanjat apabila namanya disebut.

“Ya, saya Irina Abu Bakar.”

Spontan dia mengakuinya, tidak sempat berfikir panjang. Entah mengapa dadanya berdebar-debar kala dia membalas pandangan lelaki kulit hitam itu. Dia tidak tahu mengapa lelaki itu harus menyebut namanya dengan tepat. Nama penuh yang jarang sekali dipanggil orang melainkan jika ada urusan rasmi.

"Nama saya Malique. Cik Irina, boleh kita bercakap sebentar? Saya ada pesanan penting daripada ayah cik,” ujar Malique

"Ayah saya?”

Dadanya berdebar kencang.

Dia hampir-hampir terduduk kerana masih terkejut. Firdaus di sisi segera memegang bahu Irina, tanpa sedar dia merelakan dirinya dipegang. Dia tidak cukup kuat. Dia takut apabila mendengar berita tentang bapanya. Perkara yang dia paling takut adalah berita buruk, yang dibawa oleh orang asing itu. Berita kematian...

Dia tidak sanggup. Selama ini dia hidup penuh semangat kerana dia percaya bapanya akan kembali.

“Di mana dia? Dia masih hidup?” tanya Irina tidak sabar.

“Sabar dulu!” ujar Malique tertawa kecil mendengar pertanyaan Irina yang bertalu-talu.

“Saya cadangkan kita ke restoran untuk bercakap soal ni sambil makan tengahari.” Firdaus segera membuat usul.

Nyata cepat sekali usul itu dipersetujui oleh Irina dan Malique.

“Okey,” ujar Irina dan Malique hampir-hampir serentak.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.