Nadia Asyila memandang tepat ke arah insan yang duduk di
bangku panjang yang berada di hujung bangunan hospital. Entah apa agaknya yang
berada di fikiran lelaki itu sekarang. Langkahnya perlahan-lahan melangkah
untuk mendekati.
“ Nadia, hati-hati.”
Senyuman dilemparkan kepada Fazar Azameer yang
membawanya ke tempat itu. Tempat yang langsung tidak pernah mahu dijejaki dalam
seumur hidupnya. Tetapi sekarang dia sedar yang masa depannya akan bermula di
rumah itu. Insan yang akan memberinya kebahagiaan ditakdirkan menjadi penghuni
di tempat itu.
Langkah kembali diatur. Geraknya diiringi oleh doktor
yang merawat lelaki itu. Tahap mental yang tidak lagi sewaras dulu.
Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di sisi Iqmal
Hisyam. Renungannya tepat ke wajah itu. Iqmal Hisyam hanya memandang sesuatu di
depannya. Sesuatu yang mungkin dia sendiri tidak tahu. Mungkin alamnya bukan
lagi di alam realiti yang jasadnya berada sekarang. Tidak mengendahkan jasad
yang berada di sebelahnya kini.
Air mata Nadia Asyila hadir. Lelaki di hadapannya kini
tidak lagi sekemas dulu. Sekarang keadaannya tidak terurus. Rambut panjang
mengurai hampir mencecah bahu. Rerambut memenuhi muka. Seakan sudah bertukar rupa.
Nadia asyila tersedu. Esakannya mula kedengaran.
Iqmal Hisyam memandang perlahan wajah insan yang
menumpang di bangku sama dengannya. Kelihatan sedikit kerut di keningnya.
Tangannya perlahan-lahan diangkat.
Cuba menyapu cecair yang mengalir keluar dari wajah di
sebelahnya. Semakin dekat tangan itu menghampiri. Akhirnya titisan cecair itu
disapu lembut.
Air jernih yang mengalir keluar dari mata kuyu Nadia
Asyila semakin laju. Sapuan lembut tangan Iqmal Hisyam terhenti. Seakan bingung
apabila semakin cuba disapu semakin laju yang keluar. Akhirnya tangannya
diturunkan ke sisi.
Dia memandang ke hadapan .malas mahu menghiraukan insan
di sebelahnya.
“ Nadia.”
Nadia Asyila tersentak apabila namanya meniti di bibir
lelaki itu. Dipandang raut wajah yang kusut di hadapannya. Nadia sedar kini
yang Iqmal Hisyam sendiri mungkin tidak menyedari nama yang terluah di
bibirnya.
“ Syam”
Bicara serak basah itu dihembus angin lalu. Seakan
langsung tidak menyinggah dan memberi apa-apa makna buat lelaki itu.
“ Syam ni Nadia. Syam ingat tak? Syam cintakan Nadia.
Syam tak mahu kehilangan Nadia. Syam tak boleh hidup tanpa Nadia. Syam ingat
tak?”
“Syam selalu rindukan Nadia. Syam selalu sebut nama
Nadia. Sekarang Nadia hadir untuk Syam. Untuk selamanya bersama Syam. Nadia
akan bantu untuk kembalikan ingatan Syam.”
Tangan Iqmal Hisyam dibawa ke wajahnya. Meyakinkan
lelaki itu. Cuba membantu untuk mengembalikan ingatannya.
“ Nadia.”
Iqmal Hisyam bersuara lembut. Tangannya digerakkan
perlahan menyentuh lembut wajah wanita di hadapannya.
“ Ya Syam. Ni Nadia. Syam ingat?”
Tangisan Nadia Asyila semakin laju. Tanpa diduga, Iqmal
Hisyam menarik tangannya kasar. Dia bingkas berdiri dan berlalu dari situ.
Sambil bibirnya berulang kali menyebut nama Nadia.
Nadia Asyila turut sama berdiri. Kaget dengan apa yang
berlaku. Langkahnya ingin diatur mendekati Iqmal Hisyam yang semakin menjauh.
Namun dihalang oleh doktor yang sedang memandang dari tadi.
“ Jangan paksa dia. Kita perlu bertenang untuk
menghadapi saat-saat yang sebegini. Dia memang terlalu rindukan you. Dia hanya
mahu hidup dalam dunia yang hanya ada you. Tapi, sekarang, otaknya tidak dapat
mengawal segala apa yang dilakukannya. Walaupun bibirnya sentiasa menyebut nama
you tetapi dia sudah tidak dapat untuk mengenali you.”
“ Kemungkinan juga berisiko dan berbahaya untuk you jika
menyebut nama Nadia di hadapannya lagi. Padanya, hanya dia yang berhak untuk
menyebut nama itu. Di alam yang diciptanya sendiri, dia hanya ada Nadia dan dia
tak mahu ada yang cuba merampasnya. Segalanya perlukan masa. Bersabarlah.”
“ Kenapa sampai macam ni keadaannya doktor? Kenapa dia
langsung tak dapat mengenali saya?”
“ Segalanya perlukan masa Nadia. Kita cuba ikhtiar dan
cari jalan yang terbaik. I percaya yang keadaannya bukan untuk selamanya. Dia
Cuma terlalu tertekan sehingga dia tidak dapat mengawal fikirannya. Segala
masalah akan ada penyelesaiannya.”
“ Tapi saya tak yakin yang saya akan berjaya mengahadapi
semua ini doktor.”
“ Jangan cepat menyerah Nadia. Ingat yang you hidup
untuk dirinya. Bantulah dia untuk sama-sama menghadapi dugaan ini. Sedarkan
dirinya yang dia juga mahu hidup untuk you.”
“ Kalaulah saya boleh undurkan masa. Saya tak mahu ada
selitan takdir yang sebegini untuk kami.”
“ Jangan cepat melatah. Yakinlah yang masa yang akan
datang adalah kesenangan untuk kamu. Hanya menunggu untuk kamu. Capailah ia.
Hanya berusaha untuk memulihkan dirinya. Berdoalah dan berusaha. Ramai yang
akan menyokong you. Percayalah!”
“ Betul Nadia. Ramai yang akan memberi awak sokongan.”
Suara Fazar Azameer di belakangnya menyapa lembut.
Nadia Asyila kembali melabuhkan duduknya di bangku. Air
matanya tetap setia. Pandangannya yang kabur kembali melihat ke arah di mana
Iqmal Hisyam berdiri. Lelaki itu menyepak-nyepak tanah yang berada di kakinya.
Terus berada di dalam dunianya sendiri.
“Dia akan pulih. Percayalah. Dia cuma perlukan masa.
Selalu biarkan diri you berada di hadapannya dan selalu imbau kenangan. Buat
perlahan-lahan. InsyaAllah takdir akan menyebelahi you all. Untuk satu
kebahagiaan yang kamu berdua inginkan.”
Doktor muda itu menepuk perlahan bahu Nadia Asyila.
Memberikan harapan dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Doanya terus
bersinar untuk pencinta yang setia itu. Harapannya semoga mereka tabah untuk
menghadapi segala dugaan yang disuratkan ilahi.
“ Saya akan pastikan yang kesulitan ini akan ada
penyudah. Saya mahukan kebahagiaan kekal untuk kami. Tiada lagi rasa kecewa
yang menggunung seperti ini. Saya mahukan yang terbaik untuk kami. Saya akan
pastikan.”
Tekad Nadia Asyila. Lebih kepada dirinya sendiri.