Di satu tempat di Republik Afrika Utara terdapat sebuah negara yang dipanggil Negara Mesir. Ibu Negara Mesir ialah Kaherah atau dipanggil Cairo. Walaupun keluasan negara Mesir itu luas tetapi penduduk kebanyakannya tinggal di bumi Kaherah dan Iskandariyah kerana berdekatan dengan Sungai Nil. Kini, Iskandariyah dipanggil Alexandria atau Alex. Negara Mesir ini juga bersempadan atau berjiranan dengan Negara Libya, Sudan, Israel, Palestin, Semenajung Gaza dan Laut Mediterranean. Di hadapan kota Alexandria, terbentangnya lautan Mediterranean yang luas dan berwarna biru.
Perkataan Mesir sebenarnya diambil daripada perkataan bahasa klasik Al-Quran iaitu Mesr. Sebutannya adalah Mas-ri. Bahasa rasmi penduduk Mesir semestinya bahasa Arab dan mata wang digunakan dipanggil Egyptian pound atau Ginayh. Seperti wahid ginayh. ( satu ginayh).
Negara Mesir merupakan negara terpenting di Timur Tengah kerana tarikan pelancongnya. Di Kaherah, terdapat banyak monumen-monumen seperti Piramid Giza dan lain-lain. Ada juga penceritaan tentang tamadun purba yang boleh dilihat di tempat lain seperti Luxor dan Aswan.
Dan yang paling penting, negara ini adalah tanah arab di mana terletaknya para anbiyyah. Kebanyakan nabi dan rasul telah dilahirkan dan diwafatkan di sini. Tanah mereka ini sangat suci. Percaya atau tidak, sewaktu penulis berada di sini, segala hajat yang diingini kadang-kadang mudah termakbul. Bayangkan betapa ramainya penghafaz Al-Quran dan banyaknya penduduk yang beragama Islam.
***
Mina Arwiena nampak ceria. Dia tidak dapat bayang bagaimana besarnya kuasa Tuhan itu sewaktu mencipta tubuh manusia. Sangat terperinci. Setiap salur darah dan sel-sel badan diperbuat sangat menakjubkan. Dia niat apabila pulang ke rumah, dia mahu ulang kaji lagi mata pelajaran anatomi dan fisiologi badan manusia.
Tetapi tetamu yang hadir tidak diundang membuatkan halnya tergendala.
Apabila Mina buka pintu dan masuk ke dalam, kelihatan Puteri dan ada seorang wanita berpudah. Gadis itu terus bangkit daripada duduk apabila melihat Mina.
"Assalamualaikum." Gadis itu menyapa Mina.
Mina menunjukkan reaksi pelik. Dia tidak kenal siapa gadis itu. Puteri yang sedang menghadap gadis itu nampak ceria. Dia nampak lain apabila melihat Mina. Seperti lebih mesra daripada sebelum ini.
"Mina! Kenalkan ni Khartini!"
"Oh, Assalamualaikum!" Mina membalas sapaan.
Belum sempat Mina nak langkah masuk ke bilik, Puteri memanggil Mina.
"Khartini datang sini nak cakap dengan kau sesuatu, Mina. Kan Khartini?"
Mina menoleh. Khartini mengangguk. Mina terus berjalan ke arah mereka di ruang tamu. Di atas meja sudah tersedia kek vanila dan secawan teh. Mina duduk di sebelah Khartini.
"Maaf ya. Mina tak kenal. Khartini ni siapa ya?" Kata Mina. Dia merenung ke arah Khartini.
Gadis itu terus menanggalkan purdahnya. Kelihatan wajah seorang gadis mukanya ada sedikit jerawat di pipi dan dagu tetapi masih nampak cantik.
"Saya ni isteri Umar."
Ah, apa semua ni? Kenapa isteri Umar nak jumpa aku!
"Oh, ya. Saya ingat Umar. Dia ada tolong kami tempoh hari. Kenapa ni Khartini?"
Wajah gadis itu nampak tenang. Dia melambat-lambatkan untuk berbicara. Tangan mencapai air teh lalu diminum. Dia cuba cari kekuatan diri. Puteri di hadapan mereka sedang tersenyum.
Cepatlah cakap! Detik hati Puteri. Dia mahu lihat reaksi Mina.
"Sebenarnya hajat saya ke sini sebab nak melamar Mina jadi isteri kedua Umar. Saya izinkan."
"Eh, jap! Apa ni! Saya tak kenal pun Umar. Saya hanya tahu nama dia dan macam tu je!
Puteri menyampuk. "Eh Mina! Orang dah berkenan, ambik jela!"
Mina yang sedang bingung terus berdiri. Dia tarik nafas dalam. Tak pernah terfikir yang Umar itu tertarik padanya. Ialah, pertemuan itu begitu singkat!
"Cik Khartini, maaf, saya menolak lamaran tu sekeras-kerasnya. Saya bukan macam tu. Saya tak ambil orang punya." Kata Mina.
Eleh, kau ambil aku punya, boleh pula! Adam Baihaqi tu aku punya! Berambus la cepat! Pergi kahwin dengan mat gatal nama Umar!
"Sabar Mina. Biar saya habis cakap dulu."
Mina mengeluh berat kemudian dia duduk di sebelah Khartini sedikit kasar.
"Sebenarnya, Umar tak cakap apa-apa. Tapi bila saya nampak dia pandang awak, saya tahu dia dah jatuh cinta. Bila dia senyum, saya tahu dia nakkan Mina."
"Apa cik Khartini merepek ni!" Mina mula naik angin.
Khartini nampak tegas dengan pendapatnya. Sambungnya lagi, "Dan! Dan saya tidak mahu ada secalit dosa pada suami saya. Saya tak suka bila dia pandang orang lain dan berfikiran bukan-bukan."
"Cik Khartini, saya rasa awak tahu apa jawapan saya. No! I will not marry your husband!"
"Tolong, Mina! Ganjaran pada seorang isteri apabila membenarkan suami berpoligami adalah naungan payung emas di padang mahsyar nanti."
Mina ketawa tiba-tiba. Dah gila apa kau ni!
"Saya datang sini bukan nak berkahwin. Kenal suami awak pun tidak. Saya ke sini untuk belajar. Cari ilmu. Habiskan pelajaran saya dan dapatkan ijazah dalam ilmu kedoktoran. Tidak! Ini sudah melampau. Maaf ! saya nak Cik Khartini keluar sekarang."
"Mina! Betul la apa Cik Khartini cakap! Walaupun kau nombor dua, tapi kau dapat ganjaran besar nanti." Sampuk Puteri.
"Jangan masuk campurlah Puteri!" Bentak Mina.
"Yang kau nak marah ni kenapa? Aku cakap benda betul!" Kalau ikutkan dia nak halau Mina keluar rumah.
"Cik Puteri! Maaf! Saya rasa biar Mina fikirkan dulu. Saya undur diri ya. Terima kasih untuk semua. Ini nombor telefon saya kalau Mina berubah hati."
Khartini meletakkan sekeping kertas tertera nombor telefonnya.
Ah, jangan harap aku nak telefon! Desis hati Mina. Tanpa menunggu Khartini balik, Mina terus masuk ke dalam bilik meninggalkan mereka berdua.
Sudah gila ke apa? Sudahla Umar tidak tahu. Jadi, kau boleh tentukan nanti sama ada suami kau boleh berlaku adil? Kerja pun tidak lagi! Berlagak mahu tayang kau dah bersuami? Mahu tunjuk kau nombor satu? Eh, aku tak heran lah!
Ish! Geramnya aku!
Mina mencampak badannya ke katil. Dia terbaring di atas katil empuk itu. Tingkap yang sedikit terbuka itu dibiarkan angin masuk. Rimasnya bila fikir. Kerana terasa terlalu sesak, Mina terus bangun dan pergi ke tingkap. Alangkah terkejutnya apabila dia terlihat seorang budak lelaki sedang mencuri baju dalam di balkoni rumahnya.
Gadis itu memekik kuat. Orang awam yang berjalan berhenti melihat Mina.
"Ya Ammu! Fi Harami! Harami! (Wahai saudara, ada pencuri! Pencuri!)"
Belum sempat apa-apa, budak lelaki itu terus lompat ke bawah dan berlari selaju mungkin lalu kelibat tidak lagi kelihatan.