Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 49

Kadang kala kita tak pasti dengan diri sendiri. Tak yakin dengan ayah kita, tak yakin dengan diri dan tak yakin dengan pasangan kita. Kita persoalkan keberanian dalam diri. Kita pertanyakan kenapa Tuhan letak takdir itu pada keluarga kita atau orang yang kita sayang. Kenapa? Kenapa Tuhan jentik hati ini begini? Setiap hari kita menangis. Setiap hari kita tenung wajah seseorang pada gambar. Setiap hari kita menyendiri. Hanya untuk dapatkan kepastian pada hati.

Namun, adakah kau lupa, bahawa Tuhan susun hidup kau dah cukup sempurna. Kenapa kita persoalkan sedangkan Tuhan janjikan kemanisan hidup jika kita redha akan sesuatu? Kita resah dan kita terlalu runsing akan sesuatu yang Tuhan pasti akan beri. Mungkin bukan sekarang tetapi nanti. Kita sabar. Kita tahan. Dan nikmat akan menyusul kemudian dan hanya mengikuti orang yang betul-betul bersabar atas ujian yang Tuhan beri.

Jangan banyak fikir. Jangan persoalkan. Jangan tanya kenapa semua ni berlaku sedangkan kau bukan Tuhan untuk menentukan apa yang baik untuk diri kau atau keluarga kau.

"Ada 20 orang budak. Semuanya dikurung di suatu tempat. Kita kena cepat Baihaqi. Im not sure if we can do this." Kak Emilda nampak takut. Masih mencekak pinggang

"Akak, Bai perlukan pertolongan akak. I need an intel. Ini bukan kes kecil."

Mina memerhati dua orang dihadapannya yang nampak runsing. Dia mendekati Bahri.

"Kenapa Bahri?"

"Budak-budak tu akan mati kalau kita tak selamatkan dia... Bai, jadi apa rancangan kita ni?" Bahri mendekati abangnya.

"Saniah wahda! Ana maarafsh. (Sekejap, aku tak tahu!) Huh! Akak, cepat call someone yang tahu selok belok tempat tu. Bahri, kau ikut aku. Mina, awak duduk sini. Tunggu isyarat saya. Saya nak minta awak tunggu sini. Akan ada dua orang lelaki nak hantar barang. Awak... awak boleh tolong kami tak ni?" Baihaqi sedikit teragak-agak.

Mina mengangguk yakin. Namun begitu, masih musykil kenapa mereka tidak mahu melibatkan polis.

"I dont trust them. Tengok sahaja macam mana polis banteras orang jahat. Orang awam yang jadi mangsa. Rakyat kita terus miskin." Kak Emilda seperti sedang membaca fikiran Mina.

"Ok, jadi cadangannya kita dapatkan sebanyak mungkin bantuan dan peralatan. Juga segera dapatkan segala maklumat selok belok tempat tu. Bai nak agihkan tugas."

Hanya kerana nama Hajar, Mina sanggup harungi semua ni. Budak tu mangsa keadaan. Kita tak boleh biarkan.

"Matlamat kita untuk cari Hajar dan kemudian selamatkan semua budak. Jangan bagi polis tahu dahulu. Kita cuba lengahkan. Ya, Bai tahu kita ambil risiko tinggi. Tapi kita kena cuba."

"Are you sure about this?" Bahri memegang bahu Baihaqi. Mata mereka bertentangan. Jelas riak wajah Baihaqi nampak risau. Siapa tak sayang anak? Ya memang budak tu anak Aisyah. Tapi Hajar pernah menjadi anak angkat Adam Baihaqi. Lelaki tu masih sayangkan budak tu. Kenapa persoalkan seorang ayah, tak kiralah ayah angkat atau tiri yang mahu menyelamatkan anaknya?

Baihaqi telan air liur kasar. Bayangan Hajar ketawa membuatnya sebak. Laungan panggilan baba dan pelukan anak kecik itu sangat memberi kesan pada hati. Marahnya makin membuak. Kenapa budak kecil yang menjadi sasaran mereka! Kenapa orang jahat selalu mencelakakan orang baik! Kenapa?

"Hasseyt bihaaga gharibah fi albi. (Saya rasa ada sesuatu yang aneh dalam hati). Rasa tak sedap hati." Baihaqi tersandar di dinding. Air mata menitik jatuh perlahan.

"Sabar Baihaqi. Benda ni di luar kuasa kau." Bahri mendekati. Cuba memujuk. Mina masih memerhati. Dia juga kena tunjuk kuat. Baihaqi tak boleh lemah.

"Kau tahu tak? Aku rasa bodoh. Aku tak sepatutnya tinggalkan dia. Aku sepatutnya pastikan dia hidup bebas dan dijaga dengan betul. Kenapa Bahri? Kenapa aku buat macam tu? Apa salah budak tu?"

"Kita tak sangka Bai untuk benda ni terjadi. Bukan salah kau. Bukan salah Hajar. Yang salah adalah orang jahat dan yang salahnya Hajar berada di tempat yang salah dan di jaga oleh orang salah. Kau jangan hukum diri macam ni. Please, Bai. Kau kena kuat."

Ruang makan nampak lengang. Sunyi. Masing-masing menghayati perasaan. Tiba-tiba Kak Emilda berlari anak sambil membawa komputer riba ke arah Baihaqi.

"Ive got few intel. Dahab ni tak besar mana. Mereka dibawa ke salah satu tempat ni. Ada dua tempat mereka tak pasti. Ada orang nampak ada sebuah bas penuh dengan budak-budak masuk ke kampung mereka. Tapi tak ada seorang pun nampak bas ni keluar atau nampak ada budak berkeliaran." Kata Emilda.

"Jadi, mereka sama ada dikurung atau mereka diseludup keluar ke tempat lain." Bahri menghampiri Kak Emilda di meja yang berselerak itu.

"I bet they are still there. Kenapa nak masuk kampung dan keluar secara senyap-senyap." Adam Bahri mempersoalkan.

"Akak tunjuk tempat tu dekat mana?" Baihaqi pula menyusul ke meja ke arah kakaknya.

"Tamam. Makan di wa di. Huwa misharaf. (Baiklah. Tempat ni atau sini. Dia tak pasti.)" Kak Emilda menunding ke arah tempat yang diberitahu rakannya.

"Ok baik. Kita berpecah. Akak pergi Teluk Masbat dan kami akan pergi ke Teluk Assalah. Mina, awak tunggu sini sekejap. Siap barang. Saya ambil awak petang ni."

"Baik awak."

****
Dahab, sebuah tempat yang sangat cantik. Seluruh tempatnya adalah padang pasir dan di persisirnya ada lautan. Cuacanya panas menyengat pada waktu siang dan lebih panas pada waktu malam. Kawasan ini agak kering kerana hujan jarang turun. Istilah Dahab bermaksud emas dalam bahasa arab dan merujuk kepada lokasi bandar dimana emas mengalir turun dari tanah tinggi padang pasir.

Di kawasan Dahab, ada juga pantai. Antaranya Pantai Lagoona, Teluk Dahab, Palm Beach dan Teluk Assalah. Tempat ini memang banyak pelancong disebabkan tarikan kawasan pergunungan dan oasis berdekatan. Mereka juga memberi khidmat ferri , bot atau aktiviti meluncur air. Kawasan pinggir pantai sangat cantik dengan pasir halus dan air yang berwarna biru kehijauan. Coral di dalam laut itu menampakkan kecantikannya lagi.

Kelihatan beberapa buah kereta melayari laluan sempit itu. Mina nampak terlentok di kerusi di dalam kereta dua penumpang. Kereta Bugatti Chiron Pur Sport yang berharga jutaan ringgit itu dipandu Baihaqi dengan cermat. Dibelakangnya ada sebuah kereta Mercedes Maybach Exelero dipandu Adam Bahri. Di sebelah Adam Bahri, kelihatan Edin sedang mengelap Senapang Ruger Black Army Turbo yang larasnya sepanjang 70cm dan dilengkapi dengan manometer. Beratnya dalam 3.5kg dan ketepatan menembak dalam 30-40 meter.

"Ana bahib inta giddan!" Kelihatan Edin mencium senapang itu lalu mengatakan dia akan sayang senapang itu seperti nyawanya. Adam Bahri tersengih di sebelah.

Di belakang kereta mereka, ada sebuah lorry muatan yang membawa segala barang keperluan dan barang keselamatan. Kereta itu dipantau oleh Zack.

Adam Baihaqi ketawa kecil apabila kepala Mina terhantuk perlahan di tepi cermin. Mina tersentap lalu terjaga. Kepala terasa sedikit sakit. Dia melihat Adam Baihaqi sedang ketawakannya.

"Awak ni, gelakkan saya pula."

"Haha! Saya gelak sebab awak cakap awak nak temankan saya bawa kereta. Tapi masuk kereta, awak terus tertidur. Tidur pun comel. Kenapa tak nak sambung tidur lagi? Jauh lagi ni. Saya ok je."

"Ugh. Sakitnya."

"Kenapa tu?" Dahi Baihaqi mengerut. Tangan masih di stereng kereta.

"Tak ada apalah. Kaki saya kebas. Salah duduk kot."

"Hmm... tak apelah. Kita rehat kejap. Ada stesen minyak dekat sana." Baihaqi menekan butang telefon lalu talian bersambung ke telefon Adam Bahri.

"Rehat sekejap."

"Tamam." Bahri menjawab baiklah.

Tiga buah kereta meluncur masuk ke dalam sebuah perkarangan. Stesen minyak itu nampak lengang dan tiada orang. Baihaqi memerhati adakah selamat untuk dia berhenti di sini. Apabila sudah dapatkan kepastian dia membenarkan Mina ke tandas. Baihaqi memapah Mina keluar dari kereta. Kerusi roda yang dibeli secara rahsia itu akhirnya muncul dihadapan tuannya. Kerusi roda ini mempunyai motor yang berkuasa tinggi. Kelajuannya laju seperti skuter atau motor. Boleh bergerak dengan sangat lancar. Jadi tak perlu lagi Mina menggerakkan rodanya secara manual. Renyah juga jika mahu tunggu gadis itu bergerak.

"Tak tahan nak kencing."

"Ya, saya tahu. Cepatlah duduk."

"Subhanallah. Cantiknya kerusi roda ni. Awak beli mana?" Riak muka Mina berubah ceria. Jalannya sedikit tempang menghampiri kerusi roda itu.

"Ada lah. Yang itu awak tak payah risau. Sebab saya risau lah saya beli benda ni. Lepas ni awak kawal guna butang ni je. Tak susah pun."

"Syukran, Baihaqi."

"Afwan ya habibi. Ok, bagus. Duduk elok-elok. Awak pergi dulu, saya ikut belakang."

"Eh, tak payah. Saya nak pergi tandas perempuan kan."

"Iya saya tahu. Bukannya saya nak masuk dalam pun."

"Awak, saya boleh buat sendiri. Kaki kiri saya ni elok lagi. Tangan saya ni Tuhan bagi cukup sempurna."

"Alhamdulillah. Tuhan masih sayangkan awak." Baihaqi mencuit pipi Mina yang sedikit gebu. Terus terdiam gadis itu. Kalau dibiarkan memang tak habis la dia memuji dan bercakap.

Mina menekan butang itu kehadapan. Jalannya lancar. Mina terasa ceria. Seronok. Sempat juga dia mengerling ke arah Adam Bahri, Zack dan Edin. Zack sedang menyedut putung rokok lalu menghembus ke atas. Adam Bahri leka bermain telefon. Sedang menunggu isyarat daripada Kak Emilda. Jika budak-budak itu tidak dijumpai di Teluk Masbat, maka mereka bersembunyi di Teluk Assalah. Tempat mereka akan tuju.

Mina masuk ke dalam tandas perempuan dan bergerak ke arah tandas orang kurang upaya. Tandasnya sedikit besar dan muat untuk kerusi roda ini. Belum sempat dia masuk ke dalam kelihatan ada seorang wanita sedang membawa bag plastik yang penuh dengan barang mendekati sinki tandas. Mereka berpandangan. Wanita ini menghalang laluan Mina bergerak dan tersengih melihat Mina berkerusi roda. Cacat rupanya budak ni.

Mina melihat di dalam plastik itu ada banyak biskut dan botol air. Boleh dikatakan cukup untuk 20 orang makan. Mina naik hairan. Banyaknya.

"Lau samah?" Mina menyapa. Dia memandang wanita yang sedang mengunyah gula-gula getah.

"Aywah? Inti ayza eh?" Wanita itu mendengus. Malas nak layan orang cacat ni. katanya kau nak apa?

"Ana haruh gowwa. Mungkin inti ruh uddam shuwaiyyah bas." Kata Mina dia nak masuk ke dalam tandas OKU itu. Nak lalu guna kerusi roda ni, tak muat. Mungkin boleh ke depan dan ke tepi sedikit?

Wanita itu mendengus sekali lagi sebelum menolak pintu tandas dengan kuat dan keluar dengan cepat. Baihaqi yang melihat terus membuka pintu.

"Awak... Mina ok tak tu?" Baihaqi menjengah kepalanya masuk ke dalam tandas.

"Baihaqi! Janganlah tinjau. Saya ok."

"Oh, tak adalah. Saya risau. Betul ni? Awak tak nak saya tolong?" Laung Baihaqi.

Ish, ada yang kena lenyek dengan kerusi roda ni. Dah la susah nak masuk. Sedikit sukar untuk kawal. Nasib baikla tak ada perempuan lain. Nanti ada yang kena baling bag nanti.

"Saya ok awak....Nanti saya keluar."

"Saya dah rindu.hmmm..."

Tiada jawapan. Mina ketawa kecil melihat gelagat Baihaqi. Sejak dia keluar hospital, memang dia tak benarkan Mina jauh daripadanya . Alahai, Baihaqi, kenapa awak comel sangat ni? Suatu hari nanti, saya akan isi hati awak, penuh, sampai awak tak sempat nak rindu saya. Saya harap Tuhan tunaikan doa saya. Terima doa kita. Dan saya doa Hajar selamat di sisi dan di tangan kita. Moga urusan kita mudah.

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.