Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 17

Apabila sebuah roh yang ditiup Tuhan pada janin si ibu, janin itu telah berjanji akan bersaksi atas nama Tuhan. Selepas dilahirkan, segala perbuatan diperhatikan. Pada waktu itu, malaikat di kiri dan kanan sibuk menulis apa yang dilakukan. 

Seorang manusia yang makin membesar, mula nak kenal dunia, terus diuji. Tidak kisahla dengan kehilangan seseorang yang dia sayang, kematian, kesakitan atau lain-lain. Pada waktu itu, dugaan yang berbentuk sebuah hadiah daripada Tuhan menjadi titik perbezaan antara dua orang manusia. Yang diuji apabila bersabar, mendapat ganjaran. Dan yang memaling tadah pada Tuhan, direjam. 

Sabar itu adalah menahan diri daripada sesuatu. Menahan marah, sakit atau sebagainya. Kalau dalam bahasa arab ia bermaksud kurung atau penjara. Pendam dan tahan segala emosi negatif. Tetapi seorang insan yang bersabar, tidak semestinya dia redha. Redha itu adalah salah satu kesabaran dan sifat-sifat murni yang terpuji. 

Pelbagai cara untuk menahan sabar. Kalau diikutkan dari segi pakar psychology, mereka menyuruh menahan sabar dengan meluahkan. tetapi dalam konteks Islam, menahan sabar adalah dengan mengambil air wuduk. ia sebagai kunci untuk menahan sabar dan nafsu.

Redha pula bermaksud menyerah pada ilahi. Aku redha dengan ketentuannya. Tetapi redha itu sangat susah untuk dicapai oleh semua orang. Jika kau berjaya redha dengan kata lain tidak menyoalkan kenapa sesuatu itu berlaku pada kamu, maka kau akan dilimpahkan dengan ganjaran dua tiga kali ganda. 

Jangan persoalkan ketentuan dia. Kenapa sesuatu itu terjadi? Kenapa mak aku dah mati? Kenapa aku miskin? Kenapa dan seterusnya mengapa. 

Sabarlah dan redhalah. Tuhan itu tidak pernah menguji hambanya yang tidak mampu. Percayalah dan terusla berdoa.

Ceramah sebentar tadi mengetuk hati Mina yang sedang kesunyian. Dia tidak memiliki keluarganya di sini. Malah, dia tidak disayangi ayah dan kakak. Ibu juga sudah kematian. Kehadiran dia ke Mesir pula telah menyebabkan dia terus kesepian. Terasa terasing. 

Dalam kesibukan dia bersabar, dia tidak pernah redha. Setiap hari dia menyoal kenapa ia berlaku. Kenapa aku? Kenapa tidak orang lain? 

Tangisan yang mengalir di pipi, diseka lembut. Dia perlu redha. Tetapi dia memerlukan kesabaran yang banyak. 

Hati dia terasa sedikit tenang selepas habis ceramah. Dia bangun untuk keluar daripada dewan. Langkahnya laju menuruni anak tangga. Baju kurung berwarna merah cair itu menampakkan keayuannya. Daripada jauh, dia nampak seseorang memandangnya.

Mina capai telefon lalu terus menelefon Baihaqi.

"Awak, saya di bangunan Mara."

"Ok, saya dah nak sampai."

Jejaka yang daripada tadi leka memandang Mina disapa seorang wanita. Mereka berbual seketika. Perempuan berpurdah itu pasti Khartini. Mina segera melarikan diri dengan berjalan terus ke pintu pagar. 

Ish, cepatlah Baihaqi ni! Detik hati Mina. 

Mina tidak mahu bersemuka dengan Umar dan isterinya. Peristiwa kelmarin begitu meruntun hati. Dia tidak pernah terfikir seorang isteri begitu kuat melamar seorang gadis hanya untuk mengahwinkan dia dengan suaminya. Tidak terfikir dek akal!

"Assalamualaikum." Suara seorang lelaki menyapa Mina. Dia tidak menoleh cepat. Mina jeling pada isteri disebelah.

Apa la mamat ni! Balik jelah! Nak bercakap dengan perempuan lain buat apa! Bini dekat sebelah tengah tunggu kan?

"Waalaikummussalam." Mina menyambut salam.

Hati Mina tidak tenang.

"Mina nak tumpang kami ke?"

Mina laju menggeleng. "Eh, tak payah! Saya ok je. Balikla."

"Salam Mina. Jomla ikut khartini balik. Bahaya balik sorang waktu malam macam ni."

"Eh, tak apa. Susah je." Mina rasa nak jerit berambuslah! Terasa bulu roma menegak. Apa masalah dua orang betina dan jantan ni! Tak sukanya. Takutlah!

Ish, lagi takut kalau balik dengan kereta dorang! Entah jampi apa lepas ni si khartini tu bagi. 

"Ya, betullah tu. tak baik keluar malam seorang diri macam ni. Mari."

Mina mengundur. Dua orang manusia itu masih mendesak. "Eh, jangan la macam tu. Mina cakap Mina ok je." Kata Mina.

Tiba-tiba tak semena, Mina menangis. Dia takut diperlakukan sedemikian. Dia tahu Khartini ada perancangannya sendiri.

"Assalamualaikum!" Tiba-tiba suara seorang lelaki yang dia kenal kedengaran. Mina tahan esakan. Dia lap air mata dia cepat-cepat. 

Dia kalih dan dia nampak Baihaqi. Wajak Mina yang kemerahan ditenung Baihaqi. "Eh, Mina kenapa ni?"

Mina tidak menjawab. Dia jeling pada suami isteri tersebut. Riak muka mereka berubah. Siapa jejaka ni?

"Baihaqi!" Mina meneriak. Perasaan takutnya terus hilang. 

"Kenapa lambat?" Tanya Mina lagi.

Baihaqi ketap gigi. Dah kenapa ni? 

"Eh, awak sorry saya terpaksa jalan kaki nak pergi sini. Tak ada tempat nak parking."

"Er, salam. Awak ni siapa ya?" Umar tiba-tiba mencelah. Mina merapati Baihaqi. Dia tak nak ada apa-apa hubungan dengan suami isteri ini. 

"Saya Adam Baihaqi. Kau sapa?" Suara Baihaqi tegas.

"Saya nak tumpangkan Mina dan bawa dia balik rumah. Kenalkan, ni isteri saya, Khartini."

Baihaqi nampak Mina tidak memandang Khartini. Dia rasa pelik. 

"Oh, ya ke! Tak apa. Saya ada. Biar saya bawa dia balik. Korang baliklah!" Baihaqi selamba menghalau. 

"Er, cik ni siapa ya?" Tiba-tiba Khartini menyampuk. Dia menutur sambil memandang ke tanah. Tangannya menunjuk ke arah Baihaqi.

"Oh, saya tunang Mina Arwiena. Kenapa? Ada masalah?"

"Tunang?" Kedengaran suara Khartini sedikit meninggi. 

Sambungnya, "saya tak tahu Cik Mina dah bertunang."

Baihaqi tiba-tiba senyum. Dia sudah faham apa yang sedang berlaku!

"Ya, cik Mina ni tunang saya. Saya harap Encik Umar dan Puan khartini tak kacau Mina lagi. Saya tak suka. Kalau saya tak suka, maksudnya apa-apa sahaja saya boleh buat. Ini amaran."

"Eh, bukan! Kami tak buat apa-apa." Umar terkesima. Khartini yang sudah malu terus menarik tangan suaminya.

Umar masih tidak tahu yang Khartini telah datang ke rumah Mina Arwiena.

"Abang, dahla. Jom balik. Saya penat."

"Oh, ya, ya! Jom! Maaf ya Mina kalau buat Mina tak selesa. Assalamualaikum." 

Baihaqi terus tenung Mina. Mukanya yang runsing nampak mula tenang. Dia hembus nafas berat. Matanya melihat kelibat suami isteri itu melintas jalan.

"Mina?"

"Huh?" Mina kalih pandangannya ke arah Baihaqi. 

"Is there anything you want to share with me?" Kata jejaka itu. Mina kalih tempat lain.

"Nantilah. Mina penat. Nak balik."

"Dan, awak tak nak cakap apa-apa ke?"

Mina mengerut dahinya. "Cakap apa?"

"Saya cakap kat dorang awak ni tunang saya. Awak tak marah ke?"

Mata Mina terbeliak. Dia langsung tak perasan. Hatinya tadi langsung tak tenteram. Fikiran dah melayang. 

"Haha! Lucu la awak ni! Itu pun tak perasan?"

Mina geleng kepala perlahan. 

"Lepas ni, cakap je dekat semua orang yang awak dah ada tunang. Saya lah tu. te hee.." Baihaqi buat muka nak terberak. Dia pun malu.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.