Usai tiba di lapangan terbang Alexandria, Mina segera meninggalkan Baihaqi. Terpinga-pinga jejaka itu mencari kelibat Mina. Sudahlah Baihaqi tidak dapat nama penuh dan nombor telefon gadis itu. Jadi, macam mana ni? bunga sudah meninggalkan kumbang.
Mina yang sedang berdiri dalam kalangan rakan-rakan lain, memerhati. Baihaqi nampak tak keruan. Dia menjadi hilang sabar. Kelihatan dia memarahi orang yang menghalangnya untuk berjalan dengan cepat. Perbualan dia dengan Adam Bahri sungguh misteri. Apa maksud adiknya itu?
Adakah mereka tidak seteru? Adakah mereka bermusuhan? Jika difikirkan semula, mereka pasti baru balik daripada kampung di Malaysia dan mahu pulang ke Mesir bersama-sama. Persoalannya, mengapa adiknya itu mengatakan yang sedemikian?
Syarifah mencelah di hadapan Mina. Gadis itu termangu. "Babe, aku tanya ni, ni bag kau ke?"
Mina tak perasan bila Cekpoh muncul.
"Huh? Ha. Ya, ya. Ni aku punya. Thank u. Sorry aku mengelamun!" Bag tarik itu bertukar tangan.
"Cun. Jom. Kita satu rumah tau. Kau dengarkan tadi."
Jujurnya sewaktu taklimat tadi, satu habuk pun Mina tak dengar. Dia risau apa yang membuku di hati kedua-dua jejaka itu. siapa mereka ni?
"Kita nak tinggal dekat mana?"
"Aku pun tak tahu. Kita follow je. Wuish, sejuknya!"
Saat Mina dan rakan-rakan yang lain keluar daripada Alexandria airport, angin sejuk yang menderu-deru terus menampar pipi. Sejuknya sehingga ke tulang sum-sum. Baju sejuk berwarna merah itu disarung kemas. terasa sedikit kesal kerana memakai baju kurung nipis ini. Tidak terfikir ia sesejuk ini. Ialah, mana pernah dia menjejakkan kaki ke luar negara. Segala persiapan juga diuruskan sendiri.
Mereka seterusnya menaiki sebuah bas besar yang boleh menempatkan 30 orang pelajar. dalam perjalanan Mina dapat lihat rumah-rumah diperbuat daripada batu bata dan ianya tidak bercat. kelihatan habuk-habuk dan pasir-pasir kecil berterbangan di atas jalan. Negara ini nampak sedikit kotor kerana kedudukannya berdekatan dengan padang pasir. jadi tak hairanlah keadaannya sedikit kusam tanpa ada cat berwarna warni.
***
Adam Bahri sedang menunggu di dalam kereta BMW hitam. Dihadapannya terdapat seorang pemandu lelaki yang memakai baju sut kemas. Bahri nampak tenang tetapi tidak pula Uncle Bakar.
"Tuan muda Bahri, kita nak tunggu Tuan Muda Baihaqi ke?" tanya Uncle Bakar sambil meninjau ke arah cermin belakang.
Bahri sedang leka menyelidik beberapa dokumen di dalam tablet Apple 10.9 inch Ipad Air.
"Biarlah dia tu. Uncle pun tahu dia tak akan naik satu kereta dengan saya. Tempat duduk first class pun dia biarkan tak bertuan. Sanggup beli economy class."
"oh, baik tuan muda."
kereta mewah terus dipacu laju meninggalkan perkarangan Alexandria airport. Daripada jauh kelihatan Baihaqi sedang berlari mengejar kereta BMW daripada belakang. Apabila kereta sudah jauh, bag yang di sandang dihempas ke tanah. Baihaqi sangat geram apabila adiknya meninggalkan dia keseorangan di situ. Sudahlah nak cari teksi sekarang susah! Malahan, gadis itu tadi terus mencuka apabila dia keluar daripada tandas. Dia tahu kerana Bahri menegur Mina kerana dia telah meninggalkan sehelai kertas tisu yang tertulis, 'Seri. Satu sama.'
Cis! Siap kau Adam Bahri! Apa kau dah buat huh?!