Enam bulan kemudian.
Semuanya berlalu dengan pantas, matahari dan bulan seolah-olah berkejaran seperti rakaman yang sengaja dipercepatkan dan menelan masa-masaku yang sebelumnya begitu lapang.
Aku mula menerima New York secara terbuka, hakikat yang buat aku bangkit lebih kuat. Mungkin bukan New York sahaja, bahkan takdirku sendiri telah kujalani dengan baik.
Tentang perasaan?
Aku masih mengenal perasaan itu dan aku telah menyimpannya dalam horizon seperti wujudnya bintang dengan bentuk sempurna dan kelipan cahayanya pada langit malam menjadi suatu petunjuk nyata.