BAB 14
“Hai Zahra.”
Zahra berpaling.
“Sarah.”
Sarah mencebik bibirnya. Sinis dia memandang Zahra.
“Kau nak apa?” Zahra berlagak tenang walaupun dalam hatinya sakit.
“Hum..tak ada apa. Aku just nak tanya khabar kau. Kau sihat?”Soal Sarah tanpa rasa bersalah.
Tiba-tiba Zahra rasa meluat dengan soalan Sarah. Kau dah buat aku separuh gila kerana perbuatan kau sekarang kau boleh tanya aku sihat ke tak? Manusia jenis apa kau ni? Detik Zahra dalam hatinya. Kenapa semua kata-kata ini hanya bermain di dalam otaknya, kan bagus kalau boleh diluahkan.
“Aku sihat.” Jawab Zahra ringkas.
“Baguslah kalau kau sihat. Tapi aku salute lah dengan kau. Cepat betul kau jumpa penganti Rayyan kan?” Sinis Sarah.
“Apa maksud kau, Sarah?” Zahra tidak berpuas hati. Apakah Sarah sudah mengetahui tentang dia dan Adam? Ah tidak mungkin, tapi ia juga tidak mustahil kerana Zahra tahu yang Sarah tidak akan berdiam diri walaupun dia sudah mendapatkan Rayyan.
“Hum..tak ada apa. Just not bad lah penganti Rayyan tu. Handsome.”
Makin membuak-buak rasa meluat di hati Zahra.
Ini hal yang dia tidak sangka. Bagaimana Sarah boleh tahu tentang Adam? Apakah Sarah pernah nampak mereka keluar berdua?
“Terima kasih.” Ucap Zahra ringkas.
“Sama-sama.”
“Hai baby. You buat apa kat sini? Dari tadi I cari you.”
“Hai sayang. You cari I ke? Sorry, I tengah borak dengan ex girlfriend you ni.” Tekan Saarh sambil merengek manja.
Berbulu mata Zahra melihat aksi manja yang mengada-ngada itu. Kau fikir aku cemburu? Kirim salam! Aku dah ada pengganti Rayyan yang lebih baik daripada dia.
“Oh. Perempuan ini masih kat sini? Ingatkan dh tak nak sambung belajar.” Sinis Rayyan tebal.
“Ishh you ni. Tak baik cakap macam tu kat dia. Dia datang kat sini kan untuk belajar.” Pujuk Sarah berpura-pura bersimpati pada Zahra.
“Aku tak termakan dengan kata-kata kau, Sarah. Simpan sahaja rasa simpati kau tu pada aku.” Entah kenapa kali ini Zahra benar-benar bersuara. Mungkin kerana terlalu lama dia cuba memendamkan sahaja semua isi hatinya.
“Hei perempuan! Kau jangan kurang ajar ya? Berani kau cakap macam tu kat Sarah. Kau masih bernasib baik sebab dia masih nak simpati dengan kau. Kalau aku jadi dia, dah lama aku buang kau terus dari hidup aku.”Rayyan tiba-tiba bersuara. Tidak berpuas hati dengan sikap Zahra pada Sarah.
“Macam kau buang aku dulu?” Tegas Zahra.
“Kau jangan kurang ajar perempuan! Memang patut aku tinggalkan kau dulu.” Rayyan mula menyinga.
Serta merta tangannya diangkat tinggi namun belum sempat dia menampar Zahra, Maya datang menyelamatkan keadaan.
“Apa kau buat ni Rayyan? Kau siapa nak tampar-tampar Zahra? Kau jangan melampau ya!” Maya geram. Sakit hatinya melihat sikap Rayyan terhadap Zahra. Kalau iya pun dia membenci Zahra dia tidak ada hak untuk menampar Zahra.
“Kau jangan masuk campur Maya. Ini antara aku dan dia. Tidak ada kena mengena dengan kau!”
“Bagi kau memang tak ada kena mengena tapi bagi aku ada. Dia kawan aku. Aku dah diberi tanggungjawab untuk menjaga dia sebaik mungkin.” Terang Maya.
Rayyan menurunkan tangannya. Kuat juga Maya mengenggam tangannya. Maklumlah Maya antara jaguh silat di universiti ini. Pernah menjadi wakil universiti di Sukan Universiti (SUKIPT).
“Oh. Jadi kau ni bodyguard dialah? Siapa yang upah kau? Oh aku lupa, dia ini kan perempuan jalang pasti ramai yang upah kau jadi bodyguard dia kat sini kan?” Luah Rayyan tajam.
“Kau cakap baik-baik Rayyan! Sebelum penumbuk aku ni singgah kat muka kau, lebih baik kau blah dari sini. Blah!!” Marah Maya mula naik hantu.
“Eh..eh..eh… sesedap mak cik kau nak tumbuk tunang aku kan? Kau ingat muka dia ini cili padi? Sesuka hati kau nak tumbuk dia?” Sarah mula membela Rayyan.
“Sebelum aku nampak muka tunang kau ini macam cili padi, ada baiknya kau bawa dia blah dari sini. Kalau tidak dengan kau-kau aku tumbuk lunyai!” Ugut Maya.
“Eh! Muka aku pulak kau nak tumbuk. Lebih baik kau tumbuk muka kawan kau tu! Tak tahu malu, semua lelaki dia nak cuba.” Sarah tidak berpuas hati. Semuanya dilemparkan kepada Zahra.
“Kau blah sekarang!” Jerit Maya.
Zahra memandang sekeliling. Mujurlah kawasan ini ada tertutup dari laluan pelajar-pelajar di sini. Kalau tidak mahu sati kampus kecoh.
“Jom baby. Tak ada gunanya kita stay kat sini. I menyampah tengok muka perempuan jalang ini. Jijik!” Ajak Rayyan menjeling tajam ke arah Zahra.
Zahra hanya membisu. Tidak ada gunanya dia bersuara. Kebencian dalam hati Rayyan sudah menutup semua kenangan yang pernah mereka semai dahulu.
“Jantan tak guna. Memang patut pun Zahra tinggalkan kau!”
“Dahlah Maya. Jom kita balik.” Ajak Zahra.
“Kau okey?” Maya mula memberi perhatian kepada Zahra.
Ikukan hatinya memang lunyai jantan dan betina tu dia kerjakan. Mulut tak ada insurans langsung. Memang padanlah mereka berdua bersatu.
“Aku okey. Thanks Maya. Kalau kau tak ada tadi.” Zahra menarik nafas panjang.
“It’s ok. Yang penting kau selamat.”
“Jom.”
Mereka berdua beriringan menuju ke asrama penginapan mereka.
“Zahra. Kau tak nak bagitahu Adam pasal ini?” Cungkil Maya.
“ Tak payahlah, Maya. Lagipun aku taka pa-apa. Aku okey.” Tangkis Zahra. Kalau boleh dia memang tidak mahu Adam masuk campur dalam hal ini. Cukuplah Adam sudah banyak menolong dia selama ini. Dia tidak mahu terus membebankan Adam.
“Tapi kau kena ingat, dia suami kau. Dia berhak tahu semua ini.” Maya mengingatkan Zahra tentang statusnya.
“Ya. Aku tahu. Tapi aku tak nak terus bebankan dia dengan masalah aku. Aku dah banyak susahkan dia.”
“Kenapa kau cakap macam tu?” Maya tidak berpuas hati. “Dia suami kau, dah menjadi tanggungjawab dia untuk menjaga dan melindungi kau.”
Zahra tidak menjawab. Kalaulah kau tahu yang perkahwinan ini demi untuk menyelamatkan maruah aku semata-mata pasti kau akan mengerti Maya. Tapi…
“Maya, aku betul-betul tak nak susahkan dia. Aku minta tolong dengan kau. Jangan beritahu dia pasal ni.” Rayu Zahra mengharapkan pengertian daripada Maya.
“Aku tak janji Zahra. Aku dah janji dengan dia untuk jaga kau sebaik mungkin. Aku dah janji untuk beritahu dia apa juga masalah kau kat sini.”
“Tapi kau kawan aku. Dan aku tahu kau boleh jaga aku dengan baik.” Zahra masih tidak mengalah untuk memujuk Maya.
“Sebab aku kawan kaulah aku nak Adam tahu hal ini. Aku tak mahu kau terus dibuli, aku tak mahu orang etrus memijak kepala kau, Zahra. Kau faham tak? Nasib baik aku sampai tepat masanya tadi. Kalau aku tak lalu kat sini, kau dah termakan penampar Rayyan, Zahra.” Kali ini Maya lebih tegas. Dia tidak mahu tunduk dengan permintaan Zahra.
Zahra tidak berani untuk bersuara lagi. Di sudut hatinya masih mengharap yang Maya akan merahsiakan semua ini. Tapi sampai bila?