Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
120,694
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

BAB 15

“Assalamualaikum sayang.” Sapa Adam lembut.

Zahra tersentak. Habis semua buku yang ada di atas ribanya jatuh ke lantai.

“Aaa..abang. Bila abang sampai?” Soal Zahra yang masih terkejut dengan kehadiran Adam.

Adam tunduk membantu Zahra mengutip semula buku-bukunya yang terjatuh tadi. Kuat sangat ke dia menegur Zahra sehingga semua buku-buku ini boleh jatuh. Fikir Adam.

“Sayang okey?” Adam tidak menunggu lama untuk bertanya.

“Zahra okey abang. Sorry, Zahra terkejut dengar suara abang tadi.”

“Zahra mengelamun pasal abang ke?” Lembut soalan Adam. Ekor matanya menyapa ke mata Zahra.

“Umm..” Zahra menelan air liurnya. Haruskah dia mengaku bahawa memang dia sedang mengalamun tentang Adam. Kalau dia mengaku pasti berbunga-bunga hati Adam saat ini. Tapi lamunannya tadi lebih kepada isu perbalahan antara dia dan Sarah tempoh hari. Zahra takut kalau berita ini sampai ke pengetahuan Adam. 

Zahra tidak mahu disebabkan hal itu, Adam menghalang dia untuk meneruskan pengajian ini.

“Kenapa ini sayang? Sayang tak suka abang datang sini?”

“Tak. Bukan itu maksud Zahra. Zahra cuma terkejut tengok abang datang sini.” Ujar Zahra.

“Um kenapa abang datang sini?” Selidik Zahra.

“Zahra macam tak suka je abang datang sini.” Rajuk hati kecil Adam.

Dia pelik. Apa sebenarnya yang sedang Zahra fikirkan?

“Abang. Bukan itu maksud Zahra. Abang jangan salah faham.”

“Sayang tahu kan hari ini hari jumaat. So, sayang kena ikut abang balik tiap-tiap hari minggu.” Adam mengingatkan Zahra tentang syarat yang telah dia tetapkan untuk Zahra.

Zahra memejam matanya. Cuba bertenang. Dia betul-betul lupa dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Adam dahulu. Patutlah Adam muncul hari ini. Semua ini kerana janji dia pada Adam.

“Sorry, abang. Zahra betul-betul lupa.” Tunduk Zahra. Mengaku kesalahan dirinya.

Adam cuba mengerti.

“Banyak sangat assignment ya sampai lupa pada abang?” Duga Adam dalam gurauan.

Zahra hanya tersenyum.

“So, boleh tak princess ikut hamba sahaya ini pulang ke istana kecil kita?”

Adam, kau memang pandai memujuk. Setiap kata-kata yang keluar dari bibirmu membuat aku lemah. Lemah dengan kejujuran mu. Aku tidak nampak ketidakjujuran dalam setiap patah kata-kata yang keluar dari bibirmu itu.

“Okey. Tapi bagi Zahra kemas barang dahulu.” Pinta Zahra lembut.

“Okey. Abang akan tunggu my princess.”

Zahra menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Adam masuk ke dalam keretanya sementara menunggu kedatangan Zahra. Dalam fikiran Adam masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang menanggangu fikiran Zahra.

Hanya seorang yang boleh menjawab segala persoalan ini.

********

“Kenapa abang tengok dari tadi sayang diam je. Sayang ada masalah?” Soal Adam setelah kereta mereka keluar meninggalkan perkarangan universiti.

“Tak ada apalah abang. Maybe final sem ni banyak sangat assignment yang perlu Zahra buat. Itu yang pening kepala ni.” Tipu Zahra. Dia tidak mahu Adam tahu tentang pertelingkahan hari itu.

“Betul? Atau ada sebab lain?” Serkap Adam.

Zahra tersentak. Dia berpaling memandang Adam yang masih menumpukan perhatiannya pada pemanduan. 

“Kenapa abang tanya macam tu?” Zahra seolah-olah tidak berpuas hati.

“Tak ada apa. Sebagai suami abang hanya bertanya. Abang tak mahu orang yang abang sayang nampak muram. Kalau ada masalah, please share dengan abang. Walaupun abang tidak mampu untuk membantu, at least abang boleh menjadi pendengar yang baik buat sayang.” Pujuk Adam lembut.

Zahra rasa bersalah. Bersalah kerana mengikut rasa hatinya. Dia tidak sepatutnya melepaskan semua ini pada Adam. Adam dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan dia. Dia tahu Adam berusaha untuk membahagiakan dia. Tapi dia…

Ahhhh!

“Abang ada perkara nak tanya dengan sayang. Abang nak sayang jawab dengan jujur.” Pinta Adam.

Hati Zahra berdebar-debar. Apa yang ingin ditanya Adam sebenarnya? 

Zahra cuba bertenang. “Apa dia?”

“Betul ke bekas kekasih dan kawan baik sayang ada serang saya kat asrama?”

Dumm!!

Macam mana Adam boleh tahu hal ini? Mungkin betul tekaan Zahra yang Maya sudah melaporkan semua ini kepada Adam.

“Siapa yang bagitahu abang?” Korek Zahra mula tidak senang duduk.

“Siapa bagitahu abang itu tak penting. Apa yang penting abang nak sayang jawab soalan abang. Betul ke mereka ada ganggu sayang?” Soal Adam dalam tegas.

Zahra tidak menjawab sebaliknya mengambil insiatif untuk mendiamkan diri sahaja. Dia takut kalau Adam akan menghalang dia menyambung pengajian ini. Adam memang seorang yang sukar untuk diduga. Tidak mustahil dia akan mengambil keputusan yang bermain di fikiran Zahra sekarang.

“Kadang-kadang diam tidak akan menyelesaikan masalah sayang. Atau sayang nak abang tarik balik keizinan abang melepaskan sayang sambung pelajaran sayang?” Ugut Adam. 

Ini sahaja cara untuk membuat Zahra membuka mulutnya. Adam tahu Zahra tidak sanggup berhenti daripada pengajiannya yang hanya tinggal satu semester lagi.

“Tak nak.” Cepat Zahra membuka mulutnya. Menghalang kata-kata Adam yang memang sudah diduga dari awal.

“Okey. Kalau sayang tak nak abang tarik semula keizinan abang tu ada baiknya saya jawab soalan abang.” Kali ini Adam lebih tegas.

Ketahuilah Zahra. Abang bukan jenis orang yang suka memaksa sesiapa tetapi abang tidak mahu maruah sayang terus dipijak oleh mereka-mereka yang pernah mengkhianati sayang. Abang tidak mahu saya lemah. Sayang sudah menjadi tanggungjawab abang sekarang. Abang tidak akan mensia-siakan sayang. Detik hati Adam.

“Ya. Memang mereka ada ganggu saya tempoh hari. Tapi Maya dah selamatkan sayang masa tu.” Akhirnya Zahra mengaku setelah Adam mengugutnya.

“Nasib baik ada Maya masa tu. Kalau tidak?” 

“Ya. Zahra faham.” Akui Zahra tunduk memandang ke bawah.

“So, mulai daripada minggu depan abang akan upah pengawal peribadi untuk sayang.”

“What? Untuk apa?”

“Untuk jaga sayang. Atau sayang nak abang yang jadi pengawal perbadi sayang?” Duga Adam.

 Apa? Kerja gila apa lagi yang Adam ingin lakukan ini?

“Samaada sayang suka atau tidak abang tetap akan mengupah pengawal peribadi untuk menjaga saya di universiti nanti.”

No! Takkan dia nak masuk asrama perempuan?” Tolak Zahra tidak bersetuju.

“Siapa kata abang nak upah pengawal peribadi lelaki?” 

“Habis? Perempuan? Ada ke perempuan jadi pengawal peribadi?” Musykil Zahra.

“Kalau tak ada, abang akan adakan.” Bersahaja namun cukup membuat Zahra faham.

“Siapa?” Zahra tidak sabar ingin tahu.

“Sayang akan tahu bila abang hantar saya ke asrama minggu depan.” Jawab Adam sambil tersenyum puas.

Dia menekan sedikit minyak keretanya pada kelajuan 110km/j setelah jalan agak lengang daripada kereta.

Zahra…? Hanya menyerah dengan keputusan Adam.


Previous: Nota
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.