BAB 22 - Part 2
“Choose! Money or your life?” Tersentak
seketika Tipah dan Melah. Namun mereka tidak pendek akal. Dengan berani Tipah
merentap tangan pemandu teksi tersebut sehingga pisau lipatnya tercampak ke
celah-celah kerusi. Melah pula terus mengepit leher pemandu teksi itu dengan
lengannya sekuat hati.
Tipah terus berteriak. “Now your choose!
Send us to that address or we send you to police station!”
Termengah-mengah pemandu teksi itu
menjawab. “I’m sorry! Please don’t send me to police! I promise I’ll send you
anywhere, anytime free of charges!”
Tipah mendengus kasar. “Next time don’t
mess with other people like this. Send us to that address right now! Melah,
lepaskan dia.”
Kelam-kabut pemandu teksi itu menghidupkan
enjin teksinya. Terus sahaja teksi itu meluncur laju membelah keheningan petang
di Perth. Tepat pukul 6.30 petang Tipah dan Melah sudah sampai di sebuah bangunan
pencakar langit yang tinggi menjulang awan. Pasti di sinilah terletaknya Aurora
Electrical Services! Tipah tersenyum riang. Tidak berapa lama lagi dia akan
bersua muka semula dengan suami yang di cintainya. Tipah mengarahkan pemandu
teksi itu untuk menunggu mereka seketika. Bimbang juga di hati Tipah sekiranya
mereka tersalah tempat.
Pantas mereka berdua mengatur langkah ke
arah seorang gadis tempatan yang sedang duduk di kaunter penyambut tetamu.
Dengan sopan Tipah segera melontarkan soalan kepadanya.
“Excuse me, miss. May I see your bos, Mr
Rayyan Haikal?”
“Oh, I’m so sorry. Mr Rayyan already gone
back home. Is there anything I can assist both of you?”
Kekecewaan jelas terpancar di wajah Tipah.
“Oh, I see. Hmm...Is there any way I can see him because I got urgent matter to
discuss with him.”
“Maybe you can try this.” Penyambut tetamu
bermata biru dan berambut ‘blonde’ itu segera mengunjurkan sebuah kad
perniagaan yang tertera nama Rayyan, alamat pejabat dan juga alamat rumahnya.
Ya! Inilah yang Tipah perlukan sekarang!
Tipah menyambut huluran kad itu dengan
wajah yang ceria. “Thank you very much, dear.” Penyambut tetamu itu sekadar
tersenyum.
Tipah dan Melah segera berlari-lari anak ke
arah teksi tadi yang masih setia menunggu mereka di luar. Terus sahaja kad
perniagaan itu di hulurkannya pada pemandu teksi tersebut. “ Now you send us to
this address.” Tanpa banyak soal pemandu teksi itu terus sahaja meluncur laju
menuju ke alamat yang tertera di kad perniagaan itu.
Sebaik sahaja teksi tersebut memasuki
kawasan kediaman perumahan mewah itu Tipah dan Melah tercengang seketika.
Kediaman-kediaman di situ langsung tidak menyerupai rumah, ianya lebih mirip
kepada istana raja!
“Hebatnya rumah-rumah kat sini, Tipah!
Rumah Rayyan pun mesti besar macam ni, kan? Untungnya kau Tipah, dapat suami
yang kaya-raya macam ni!” ungkap Melah dalam nada kagum.
Tipah menyerigai. “Takpe kau jangan risau,
ya? Nanti aku suruh Rayyan rekemenkan kau dengan kawan-kawan dia yang kacak dan
kaya.”
Melah terjerit keriangan. “Yahoo! Cayalah
Tipah! Macam nilah baru di katakan sahabat sejati.” Tipah tersenyum simpul.
Sayangnya Tipah pada Melah melebihi rasa sayang buat seorang sahabat. Apa
sahaja pun sanggup dilakukannya demi Melah!
Akhirnya teksi tersebut sampai ke sebuah
kediaman ala-ala istana Buckingham kepunyaan pemain bola sepak terkenal David
Beckam. Deretan kereta-kereta mewah lagi ‘sporty’ kelihatan menjalar di
sepanjang laluan menuju ke kediaman tersebut.
Melah kehairanan. “Banyaknya kereta! Macam
ada majlis kenduri kahwin pulak aku tengok! Entah-entah dia tahu kau nak datang
ke mari, tak? Tu yang dia sengaja anjurkan sebuah majlis khas untuk kau
agaknya.”
Tipah menjuihkan bibirnya. “Yeke? Mana dia
tahu aku nak datang sini. Aku langsung tak inform dia. Ingatkan nak buat
kejutan untuk dia tapi nampak gayanya macam ada orang dah pecah lubang je ni.
Jangan-jangan ni kerja makcik aku, tak?”
Melah menggangguk-angguk kepalanya. “Logik
jugak kata-kata kau ni! Kalau betul ini majlis untuk kau, apalagi kita tunggu?
Jomlah kita serbu!” Terkinja-kinja Tipah dan Melah melangkah masuk ke dalam
kediaman mewah tersebut.
Namun teriakan dari sang pemandu teksi
membantutkan langkah kaki mereka. “Miss, where should I put all this thing? Can
I go now?” Punyalah teruja sampaikan boleh terlupa pula! Pemandu teksi tersebut
sudah mengeluarkan bagasi Tipah dan Melah dari bonet teksi.
“Just put there. Ok, you can go now.
Remember, next time don’t like this again. Otherwise I’ll not hesitate to
report you to police.”
Cuak seketika raut wajah pemandu teksi
tersebut. “No, miss. I won’t do this next time. Thank’s miss.”
Tipah dan Melah memerhatikan teksi itu
meluncur perlahan-lahan meninggalkan perkarangan kediaman mewah ini. Kemudian
dengan hati yang girang Tipah dan Melah melangkah masuk. Namun sebaik sahaja
melangkah masuk mereka berdua rasa terasing bagaikan rusa masuk kampung.
Berkerut seketika dahi Tipah dan Melah
apabila melihat pakaian rata-rata tetamu di dalam majlis ini. Yang lelakinya
sekadar menyarung seluar renang lelaki yang ketat manakala yang perempuannya lebih ‘daring’ apabila sekadar
berbikini sahaja! Naik buntang biji mata Tipah dan Melah melihatnya.
Tipah beristigfar beberapa kali.
“Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim! Macam ni ke majlis sambutan untuk
kedatangan aku? Dah macam pesta buih je aku tengok!”
Kehadiran Tipah dan Melah di kolam renang
itu segera menarik perhatian Zaffrul. Kaget dia seketika. “Alamak! Macam mana
Cik Puan Tipah boleh ada kat sini? Ishh, tak boleh di biarkan ni. Aku kena
halang dia!”
Pantas dia mendapatkan mereka berdua. “Cik
Tipah! Macamana Cik Tipah boleh ada kat sini?”
Terkujat Tipah melihat kemunculan Zaffrul.
“Eh, Encik Zaffrul pun ada kat sini? Encik Rayyan mana?”
Tergagap-gagap Zaffrul menjawab. “Err...Encik
Rayyan...hmm...dia ada kat dalam...eh, maksud saya...dia tengah sibuk.”
Berkerut dahi Tipah mendengarnya. “Apa ni
Encik Zafrul? Sekejap ada, sekejap sibuk. Takpelah saya cari dia sendiri kat
dalam.” Belum sempat dia melangkah pergi cepat-cepat Zaffrul menghadangnya.
“Nanti dulu, Cik Tipah. Cik Tipah tak boleh
masuk dalam,” seru Zaffrul dengan wajah yang panik.
“Afsal pulak? Ni mesti ada sesuatu ni,”
tukas Tipah sambil menepis tangan Zaffrul. Pantas dia dan Melah melangkah pergi
dari situ.
Tidak semudah itu Zaffrul menyerah kalah.
Terus sahaja dia meregut lengan Tipah dengan kasar dari belakang. Sepasang mata berwarna hazel kecoklatan milik Tipah di
sebalik cermin mata berbingkai tebal segera menawan kalbunya. Namun Tipah pula
sebaliknya. Rasa marahnya meluap-luap melihat keberanian Zaffrul yang tidak
bertempat. Kebetulan Zaffrul berdiri betul-betul membelakangkan kolam renang.
Kesempatan ini di ambil oleh Tipah untuk menolak jejaka tersebut ke dalam kolam
renang tersebut dengan sekuat hatinya! Semua orang yang berada di pinggiran
kolam renang itu bersorak kegembiraan. Sangka mereka Tipah dan Zafrul sedang
bergurau senda!
Seorang pelayan wanita yang seksi berbikini
tiba-tiba mendatangi mereka. Tanpa segan silu pelayan tersebut terus menawarkan
air minuman syaitan@minuman keras kepada mereka berdua. Sakit pula hati Tipah
di buatnya.
Sambil tersenyum sinis Tipah mengambil
salah satu dari gelas yang di tawarkan. Isipadu gelas itu segera di tuangkannya
ke atas lantai. “Thank you very much. But I don’t drink satan water. Do you
drink this water? Oh my gosh! So now what is a different between you and satan?”
Merah padam muka pelayan wanita tersebut. Terkocoh-kocoh dia berlalu pergi dari
situ.
Terbahak-bahak Tipah dan Melah ketawa.
“Padan muka! Selamba dia je nak suruh kita minum air kencing syaitan tu. Nasib
baiklah pelayan tadi tu bukan orang Islam. Kalau tidak memang aku dah sembur
kaw-kaw tadi!”
Melah menggaru-garu kepalanya. “Memanglah
pelayan tadi bukan orang Islam tapi bukankah tuan punya rumah ni merangkap
suami kau adalah orang Islam? Kenapa dia benarkan minuman seperti ini di
hidangkan pada majlis yang di adakan di rumahnya sendiri?”
Tipah terkedu. Kata-kata spontan dari Melah
itu benar-benar menikam jiwa. Namun apa yang dikatakan oleh Melah itu memang
benar sama sekali!
Tipah tertunduk malu. “Betul cakap kau tu,
Melah. Ini rumah seorang Islam. Tidak sepatutnya majlis seliar ini di anjurkan
di sini. Mari, Melah. Kita kena betulkan semula keadaan ini!”
Pantas Tipah dan Melah menghayun langkah.
Kelibat Rayyan harus mereka jejaki kerana kegilaan ini harus di hentikan
serta-merta. Mereka berdua segera melangkah masuk ke dalam rumah. Muzik kuat
yang berkemandang segera menghentam gegendang telinga Tipah dan Melah. Puluhan
lelaki dan wanita sedang menari dengan pasangan masing-masing dengan aksi yang
mengghairahkan.
Mata Melah segera tertangkap pada sesusuk
tubuh yang amat di kenalinya. Di cuitnya Tipah. “Tipah, cuba kau tengok tu!”
Rayyan sedang asyik menari sambil
berpelukan mesra dengan Zeta. Betapa hancurnya hati Tipah melihat adegan yang
tidak di sangka-sangkanya itu!