Home Novel Komedi/Romantik Komedi PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 22 - Part 1

BAB 22 - Part 1

Jeritan kuat Melah itu mengejutkan Tipah dari tidur yang lena. Terkujat Tipah seketika. Tangannya segera mencapai botol air mineral dari dalam beg dan pantas di curahkannya ke muka Melah.

Sekali lagi Melah terpekik sekuat hatinya. “Opocot mak kau! Air? Kita dah mendarat kat atas laut ke? Syukurlah, kita semua selamat!”

Tipah segera menampar lengan Melah sekuat hatinya. “Kau ni mabuk laut ke apa? Bila masa pula kita mendarat kat atas laut ni? Kita masih ada dalam kapal terbang ler.”

Melah segera melihat ke sekeliling. Semua para penumpang memandangnya dengan penuh tanda tanya. Melah segera berdiri sambil menyengeh. “Minta maaf semua pasal saya terjerit-jerit tadi. Maklumlah ini pertama kali saya naik kapal terbang, ter’excited’ sikit sampai termimpi-mimpi pulak. Jangan marah, ya.” Tipah hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah Melah.

Akhirnya pesawat tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang Perth tepat pukul 6.00 petang. Waktu (jam) di Perth yang sama dengan waktu (jam) di Malaysia memudahkan Tipah dan Melah untuk merangka perjalanan mereka. Sebaik sahaja tiba di terminal, Tipah dan Melah melalui proses imigresen dengan perasaan yang berdebar-debar. Seperti yang sudah di ketahui umum pihak Imigresen Australia amat ketat dan tegas dalam pemeriksaan dokumen. Sebarang kesilapan kecil di dalam dokumen boleh menyebabkan mereka berdua di hantar pulang semula ke Malaysia.

Fuh! Lega hati Tipah dan Melah. Mujurlah tiada sebarang masalah semasa pemeriksaan imigresen tersebut. Mereka berdua melangkah ke balai ketibaan dengan hati yang girang. Sungguhpun Lapangan Terbang Perth ini tidaklah sebesar dan secanggih Lapangan Terbang KLIA namun keterujaan memijakkan kaki ke bumi kanggaro buat pertama kali lebih bermakna bagi Tipah dan Melah.

Dengan tidak semena-mena Melah terjerit kesukaan. “Selamat datang ke Australia! Yay, Australia, aku sudah menjejakkan kaki ke bumimu!” Semua mata-mata yang berada di balai ketibaan itu memandang ke arah Melah dengan wajah kehairanan.

Tipah segera menarik tangan Melah. “Kot iya pun tak payahlah terjerit-jerit macam orang gila kat sini. Karang tak pasal-pasal kita kena seret pergi hospital sakit jiwa pulak! Baik kita cari surau dulu. Boleh kita solat jamak takhir fardhu zohor dan asar.”

Melah menyerigai. “Yelah, ustazah Tipah. Hamba hanya menurut perintah.” Walau di bumi mana pun mereka berpijak, tuntutan terhadap agama haruslah di dahulukan. Kata-kata Pak Saad itu sentiasa menjadi bekalan dan azimat di dalam jiwa Tipah. Usai solat Tipah dan Melah melangkah keluar dari lapangan terbang tersebut dan segera menuju ke deretan teksi yang sudah siap-sedia menunggu di luar.

Seorang pemuda berketurunan Eropah yang sedang menyandar di luar teksi sambil tersenyum manis terus sahaja memanjangkan langkah kaki Tipah dan Melah ke arahnya. Pantas Tipah mengunjurkan sehelai kertas yang mengandungi alamat pejabat Rayyan kepada pemandu teksi itu.

‘Aurora Electrical Services Pty Ltd

ABN 73 111 262 465
No. EC7424
15 Port Pirie Street
BIBRA LAKE WESTERN AUSTRALIA 6163’

Pemandu teksi itu tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Bagasi mereka berdua segera di punggah ke dalam bonet teksi. Sejurus selepas itu mereka berdua sudah melabuhkan punggung ke dalam perut teksi. Perjalanan menuju ke pusat bandar Perth sejauh 12 kilometer itu agak lengang dan sunyi. Tipah dan Melah terpesona seketika dengan pemandangan indah di kiri kanan jalan yang di hiasi dengan pokok kasuarina yang hijau merimbun. Di kalangan penduduk tempatan pokok ini lebih di kenali dengan nama ‘pokok she-oak’.

Dari cermin pandang belakang pemandu teksi itu mengerling ke arah Tipah dan Melah. Dari gaya mereka berdua pemandu teksi itu merumuskan bahawa inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke bumi Perth. Ini bermakna mereka tidak biasa dan tidak fasih dengan jalan-jalan di sini. Senyuman jahat segera terukir di bibir pemandu teksi tersebut.

Serta-merta teksi itu berhenti mendadak di pinggiran jalan. Pemandu teksi itu berpaling ke belakang dengan wajah yang ganas. Pisau lipat di unjurkan kepada mereka.


P/S : Jeng...jeng...jeng...apa yang akan jadi lepas ni?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.