BAB 2
Rayyan terkedu. Berani betul minah ni! Belum sempat apa-apa
lagi dah berani ajak kahwin!
- Awak bergurau je,
kan?
- Saya seriuslah. Aik
takkan awak dah lupa segala janji mak ayah kita dulu?
Rayyan menggaru-garu kepalanya. Apa yang harus di katakan
pada minah ‘desperate’ ni? Dia bingung seketika.
- Awak, saya ada hal
ni. Nak kuar jap. Lain kali kita sembang lagi. Bye.
Belum sempat Tipah membalas Rayyan sudah ‘offline’. Tipah
mendengus. “Hish! Tak sempat lagi aku nak sembang, dia dah belah macam tu je!
Baik aku pergi makan lagi bagus!” Tipah menutup laptop dengan hati yang
bengkak. Sejurus selepas itu dia melangkah menuju ke dapur.
Rayyan termanggu seketika. Tidak di sangkanya yang Tipah
benar-benar bersungguh. Sahlah sepupunya ini memang dah hilang akal!
Rayyan mencapai kunci keretanya yang terdampar di atas meja.
Malam minggu seperti ini memang di nanti-nantikannya. Tidak sabar dia untuk
berlibur dengan Katherine, Tommy, Victoria dan rakan-rakannya yang lain. Paling
istimewa pastilah dia menanti-nantikan kelibat Zeta, gadis kacukan
Melayu-Australia yang gebu lagi memikat kalbu kejantanannya!
Tangga di turuninya dengan berhati-hati. Kelibat Dato’
Khalid dan Datin Khalida yang sedang bersantai-santai di luar rumah sedikit
membuatkan dia cuak. Dia tidak mahu programnya malam ini terganggu. Malangnya
derap kakinya segera menangkap ke pendengaran Dato’ Khalid.
Dato’ Khalid berteriak. “Rayyan! Nak ke mana tu? Mari sini
kejap.”
Rayyan mendekati dengan wajah yang kelat. Rosak lagilah
programnya malam ni! “Ye papa. Ada apa?”
“Duduklah dulu kot iya pun. Ada hal yang papa dan mama nak
bincangkan,” tegas bicara Dato’ Khalid. Rayyan tiada pilihan nampaknya.
Punggungnya di henyakkan ke atas sofa dengan kasar.
Dato’ Khalid dan Datin Khalida saling berpandangan. Kemudian
Dato’ Khalid segera membuka mukadimah. “Rayyan, pasti Rayyan tahu yang sebagai
orang Islam, kita hendaklah berpegang teguh kepada janji, bukan?”
Berkerut dahi Rayyan. “Apa sebenarnya ni, pa? Baik papa
terus-terang je. Saya tak faham bahasa-bahasa kiasan ni.”
Dato’ Khalid tersenyum. “Baiklah biar papa berterus-terang
saja. Kamu ingat pada Pak Saad, pakcik kamu yang tinggal di Malaysia tu?”
Rayyan mula rasa tidak sedap hati. “Err...ingat papa. Kenapa
yer?”
“Dua belas tahun yang lalu, papa dan Pak Saad telah
bersetuju untuk menjodohkan kamu dengan anak perempuannya. Kini papa rasa sudah
tiba masanya bagi kamu untuk menyempurnakan janji tu.”
Rayyan membentak. “Eh, nanti dulu! Rasanya saya tak pernah
janji untuk kahwin dengan sapa-sapa. Lagipun saya muda lagi papa, baru 23
tahun, takkanlah papa nak paksa saya kahwin dalam usia semuda ni?”
Dato’ Khalid segera membidas. “Apa salahnya kahwin muda?
Lagipun kamu dah habis belajar jadi apa masalahnya?”
Rayyan mendengus kasar. “Masalahnya saya tak cintakan budak
Tipah tu! Dahlah budak kampung, selekeh pulak tu. Perempuan macam tu ke yang
papa nak saya jadikan isteri?”
Dato’ Khalid bertempik. “Kamu jangan nak memandai! Keputusan
papa dan mama muktamad. Apa pun yang terjadi, kamu kena kahwin dengan Tipah!”
Dato’ Khalid bingkas bangun dan berlalu ke biliknya.
Rayyan cuba memancing simpati Datin Khalida. “Mama!
Tolonglah Rayyan, mama! Tolonglah pujuk papa tu.”
Datin Khalida juga bertegas. “Minta maaf, Rayyan. Mama tak
boleh tolong kamu. Keputusan kami berdua muktamad. Minggu depan kami berdua
akan ke Malaysia untuk merisik Tipah. Bersiap-sedialah kamu.”
Rayyan terkedu. Perasaan marahnya membuak-buak. Tak guna
betul! Patutlah perempuan ‘desperate’ tu tiba-tiba muncul dalam ‘facebook’.
Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Petang itu seperti biasa Tipah, Melah dan rakan-rakan
bermain kahwin-kahwin lagi. Tipah selaku pengantin perempuan duduk tersipu-sipu
malu di pelamin manakala Tijah dan Melah sibuk menepung tawar Tipah dan Ali,
anak Tok Penghulu Kampung Delima. Ali selalu menjadi mangsa Tipah dan
kawan-kawan kerana sifat semulajadinya yang sedikit lembut macam sotong jadian.
Budak-budak lelaki di kampung itu selalu membulinya membuatkan dia terpaksa
berpaling tadah dan menyertai Tipah dan kawan-kawan.
Dari kejauhan kelibat Lili yang sedang berlari-lari segera
menarik perhatian mereka. “Tipah! Tipah! Ada berita baik untuk kau!” Lili tiba
di situ dalam keadaan yang termengah-mengah.
Tipah kelihatan teruja. “Berita apa tu, Lili? Cakaplah
cepat!”
Lili menyerigai. “Ini memang berita yang terkini, hebat lagi
sensasi! Tapi sebelum aku beritahu, baik kau tenangkan hati kau dulu, Tipah.
Kau jangan pengsan pulak, tau?”
Tipah terkinja-kinja riang. “Cepatlah cakap! Kau ni buat
saspen aku je.”
Lili tersenyum lebar. “Sebenarnya dari sumber mak aku yang
paling sahih, mak ayah Rayyan akan datang merisik kau minggu depan.”
Tipah mencemik. “Yeke? Afsal ayah aku tak cakap apa-apa pun
pagi tadi? Kau saja nak kelentong aku, kan?”
Lili segera menangkis. “Tipu apanya? Satu kampung dah heboh
tau! Mak aku dah pergi jaja cerita sampai kat kampung seberang. Lagipun ni
cerita panas, baru keluar dari oven punya tu yang ayah kau tak sempat nak cakap
dengan kau kot. Kalau kau tak percaya pergilah tanya kat ayah kau sendiri.”
Tiba-tiba Melah menjerit keriangan. “Yeye dapat naik kereta
besar! Rayyan nak balik naik kereta besar!”
Tipah turut sama menjerit. “Yay! Akhirnya! Akhirnya impian
aku akan jadi nyata. Tak sabarnya nak jumpa dengan jejaka idaman aku tu. Oh,
Rayyan bakal suamiku!”
Lili menggaru-garu kepalanya. “Tapi ada masalah sikitlah,
Tipah. Dengar khabar yang nak turun Malaysia tu mak dan ayah Rayyan je.
Kemungkinan besar dia tak ikut sekali.”
“Alah! Kenapa pulak Rayyan tak nak balik ke sini? Dia tak
rindu kat aku ke?” Wajah Tipah berubah suram.
Melah segera memujuk Tipah. “Alah kau ni Tipah! Apa
susahnya? Kau tanyalah dia sendiri dalam ‘facebook’. Kan kau cakap semalam
korang ‘chatting’, kan?”
Tipah bingkas bangkit. “Betul jugak cakap kau tu! Oklah geng
rasanya cukuplah program kita hari ni. Aku nak baliklah! Tak sabar dah aku nak
ber’chatting’ dengan bakal suami aku. Cau cin cau!” Pantas Tipah berlari-lari
anak menuju ke rumahnya. Dia terserempak dengan Pak Saad di muka pintu.
Pak Saad segera menahannya. “Nak ke mana ni, Tipah?
Kelam-kabut je ayah tengok.”
Tipah menyerigai. “Hehe ada misi penting ni ayah. Tak boleh
nak bertangguh-tangguh lagi ni.”
Pak Saad tersenyum lebar. “Tapi berita yang ayah nak
sampaikan pada kamu ni jauh lebih penting dan hebat, tau?”
Pantas Tipah mencelah. “Alah, pasal keluarga Rayyan nak
datang merisik saya, kan? Ayah ni lambat ‘pickup’ ler! Satu kampung dah heboh,
tau! Tulah ayah, kan Tipah dah suruh ayah buka akaun ‘Facebook’ ke, tak pun
akaun Instagram ke, barulah ayah tak ketinggalan. Eh ayah ni melambatkan
sayalah. Saya nak pergi tengok akaun ‘Facebook’ saya kejap. Entah-entah dah
heboh cite ni kat dalam tu!” Tipah berlari-lari anak ke biliknya. Pak Saad
hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat gila-gila anaknya.
Laptop kesayangannya segera di buka. Perkara pertama yang di
buka sudah pasti akaun ‘facebook’nya. Nama TIPAH CANTIK tertera di skrin. Tipah
tersenyum sendirian. Entah mengapa setiap kali menyebut nama itu hatinya di
geletek kelucuan. Dia segera mencari nama ‘RAYYAN DATO’ KHALID’.
“Aku nak stalker kejaplah gambar dia,” bisik Tipah dalam
hati. Di bukanya album gambar profil Rayyan. Kelihatan seorang pemuda berkulit
cerah yang tinggi lampai dengan rambut lurus tersisir rapi. Wow! Rupanya iras-iras
pelakon Izzue Islam tu!
Terkagum Tipah seketika. “Mak aih! Hensemnya bakal laki aku!
Bertuahnya aku dapat bakal laki yang hensem dan kaya macam dia ni.”
Tanpa di duga Rayyan juga sedang men’skodeng’ gambar-gambar
Tipah dalam albumnya. Namun lain cerita pula penerimaan Rayyan apabila melihat
gambar-gambar Tipah!
“Ya Allah, ini budak sekolah mana pulak yang terlepas ni?
Dengan rambut tocang dua, cermin mata tebal, perempuan macam ni ke nak jadi
isteri aku? Kirim salamlah jawabnya,” seranah Rayyan dalam hati.
Selesai aktiviti men’skodeng’, Tipah segera ke ruangan
‘chatting’. Yay, butang hijau. Itu bermakna Rayyan sedang ‘online’ sekarang!
Pantas Tipah membuka bicara.
- Salam awak. Tengah
buat apa tu?
Menyampah Rayyan melihat mesej dari Tipah. “Pantang tengok
orang online ler dia ni,” sungut Rayyan. Dengan malas dia membalas semula mesej
Tipah.
- Salam. Tengah wat
bodo je. Awak pulak tengah buat apa?
- Tengah ‘chatting’
dengan awaklah hihihihi
Mendidih hati Rayyan di buatnya. “Eei kalau dia ada kat
depan aku memang dah kena dengan aku dah,” dengus Rayyan.
- Tak lawak pun! By
the way, saya ni busy. Kalau ada apa-apa hal yang penting baik awak cakap
sekarang
Tipah terkedu. “Macam marah dengan aku je? Takpe meh sini
aku pujuk hati kau, yer.” Tipah membalas semula mesej Rayyan.
- Hmm awak marah
dengan saya ke?
“Hai panjang lebar pulak minah ni,” gerutu Rayyan.
- Tak marah, Cik
Tipah. Suka lagi ada. Cakaplah cepat ada hal apa sebenarnya ni?
Tipah berteriak. “Yay! Dia suka aku! Dia suka aku!”
Terperanjat Makcik Rosnah mendengar teriakan kuat Tipah.
“Wei, Tipah! Yang kau terjerit-jerit tengahari buta ni afsal? Kau dah di sampuk
setan ke apa?”
Tipah memekik sekuat hati dari dalam bilik. “Sori, makcik!
Tak sengaja!” Makcik Rosnah mendengus kasar. Laju-laju di hayunkan langkah
kakinya menuju ke dapur. Fuhh!! Mujur bini tarzan tak sempat mengamuk. Kalau
tidak memang pecahlah rumah jawabnya! Tipah tersenyum sendirian. Lincah jemarinya
membalas mesej Rayyan.
- Saya pun suka awak
jugak hehehe
Uweekk! Nak termuntah Rayyan membacanya. Tolonglah!
- Kalau takde pape
saya offline dulu. Babai!
“Eei dia ni! Laju je nak blah! Tunggulah kejap!” Pantas
Tipah membalas.
- Nantilah dulu! Ok..ok..saya
nak tanya, minggu depan awak balik Malaysia tak?
- Tak kot! Buat apa?
Buang masa saya je
“Hampeh betul! Buang masa dia cakap?” Tipah membalas lagi.
- Alah! Awak tak
rindukan saya ke? Kita kan dah nak kahwin tak lama lagi
Rayyan menggerutu. “Sah sepupu aku ni memang dah parah!”
Dengan kasar tangannya menaip.
- Awak nak kahwin
dengan saya? Tapi saya tak nak kahwin dengan awak!
Serta-merta ‘RAYYAN DATO’ KHALID’ offline! “Kurang asam
betul bakal laki aku ni,” gerutu Tipah dalam hati!
P/S : nak lagi tak?? kalau nak saya sambung lagi...