Home Novel Komedi/Romantik Komedi PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 26 - Part 1

BAB 26 - Part 1

Pertandingan kriket yang sedang berlangsung di James Oval, University of Western Australia itu menggamit segenap perhatian pelajar-pelajar universiti tersebut. Tidak terkecuali juga dengan Raimi. Dia dan beberapa rakan sefalkultinya sudah berada di sini sejak dari awal pagi tadi untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Sungguhpun Raimi tidaklah begitu meminati sukan ini namun atas desakan rakan-rakan terjejak juga kakinya ke sini. Sekurang-kurangnya kerinduannya terhadap Malaysia dapat di ubati. Sementalah dia merupakan peminat nombor satu sukan bolasepak di tanahairnya. Acapkali dia akan menjadi di antara barisan penyokong yang memenuhi stadium dalam setiap perlawanan yang membabitkan pasukan kegemarannnya ‘The Red Giants’ atau Selangor. Jadi hobinya yang gemar menonton acara sukan di stadium secara langsung terubat juga di sini walaupun sukannya berbeza sama sekali.

Kerusi kosong yang tidak berpenghuni di sebelah kanannya sejak dari tadi sudah terisi. Seorang lelaki melayu dalam lingkungan umur 40-an, lengkap dengan sut berwarna kelabu dan tali leher warna senada melabuhkan punggung di situ. Raimi menjeling kehairanan. Ada juga insan yang gemar menonton acara sukan dengan pakaian formal rupa-rupanya!

“Assalamualaikum, Raimi. Puas pakcik cari kamu tadi di Fakulti ‘Civil and Mechanical Engineering’. Mujurlah ada pelajar yang bagitahu pakcik kamu ada kat sini.”

Raimi tersentak. Macam mana pula pakcik ni kenal dengannya? “Saya kenal dengan pakcik ke? Rasanya kita belum pernah bertemu sebelum ni.”

Pakcik Halim tersenyum lebar. “Memang kita tak pernah bertemu sebelum ni. Nama pakcik Halim. Pakcik peguam bagi keluarga arwah Dato’ Khalid dan Datin Raina. Tujuan pakcik ke mari adalah untuk jemput kamu ke sessi bacaan wasiat arwah Dato’ Khalid pagi esok di pejabat pakcik.”

Bertambah bingung Raimi jadinya. “Eh, nanti dulu. Saya rasa pakcik ni dah salah orang kot. Apa pula kena-mengena saya dengan keluarga arwah Dato’ Khalid?”

Pakcik Halim tersenyum. “Pakcik tak salah orang. Nama kamu dan Tipah ada tertera dalam wasiat tersebut. Jadi kehadiran kamu dan Tipah adalah wajib bagi sessi bacaan wasiat ini. Pakcik sengaja bagitahu kamu dulu supaya kamu boleh melapangkan masa. Tipah dan Rayyan pakcik belum maklumkan lagi. Kalau sempat hari ni mungkin pakcik akan singgah di rumah mereka di McRostie Residence, Nedlands.”

Buntang biji mata Raimi mendengarnya. Hatinya girang tidak terperi. “Nanti dulu! Tipah ada kat sini? Bila masa pula dia datang ke mari?”

“Pakcik pun tak pasti. Raina yang bagitahu pakcik semalam. Kalau boleh pakcik nak percepatkan proses bacaan wasiat ni. Dah lebih tiga bulan benda ni tertangguh,” ujar Pakcik Halim dengan nada kesal.

“Pakcik jangan risau. Saya akan berikan kerjasama yang sepenuhnya. Pakcik, tadi pakcik kata nak singgah ke rumah Rayyan dan Tipah, kan? Boleh tak pakcik tumpangkan saya ke sana?” Wajah Raimi terpancar seribu pengharapan.

Pakcik Halim tersenyum. “Boleh, tak jadi masalah. Jomlah kita gerak kalau macam tu.” Raimi segera membontoti Pakcik Halim dengan hati yang girang. Dapat juga dia melepaskan rindu dendamnya pada gadis idaman hatinya itu!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Riuh-rendah di dapur segera menangkap di pendengaran Raina. Terus langkahnya maju menuju ke situ. Tipah, Melah dan Makcik Roza sedang galak ketawa tidak henti-henti. Wajah kelat Raina di pintu dapur terus sahaja membuatkan ketawa mereka bertiga terhenti.

“Siapa yang kenakan Zeta kat atas tadi, hah? Ni kerja korang bertiga, yer?” soal Raina dengan tegas. Kecut perut mereka bertiga di buatnya.

Tipah memberanikan dirinya untuk menjawab. “Err...minta maaf, kak Raina. Makcik Roza dan Melah tak salah. Ini semua saya punya angkara.”

Raina sengaja menjegilkan matanya besar-besar. “Apa? Ni yang akak nak marah ni! Kenapa Tipah buat macam tu tak ajak akak sekali? Akak pun nak join jugak!”

Serta-merta meletus gelak tawa dari mereka berempat. Hampir-hampir sahaja Tipah, Melah dan Makcik Roza termakan dengan lakonan berkesan Raina tadi!

“Kak Raina ni hebatlah! Patutnya kak Raina boleh apply kerja jadi pelakon pulak. Real lah cara kak Raina marah tadi. Cayalah kak!” Raina hanya tersengih mendengarkan pujian melambung-lambung dari Tipah.

“Raina memang hebat! Tapi dia hanya akan jadi pelakon dalam hidup abang je. Sebagai suri di hati abang!” Serentak semua mata terpaku di pintu dapur. Seorang jejaka kacak dan tinggi lampai, berkulit sawo matang dengan sepasang mata menawan sedang merenung Raina dengan asyik sekali. Terpukau seketika Tipah dan Melah melihatnya!

Spontan Melah berteriak. “Wow! Hensemnya! Boleh berkenalan? Abang dah kahwin ke belum?” Melentik-lentik kening Melah melihat ketampanan jejaka itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.