Home Novel Komedi/Romantik Komedi PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 5

BAB 5

Berpeluh-peluh Tipah mencari namun jejak Rayyan langsung tak di temui. Segenap ceruk KLIA di jelajahinya namun kelibat bakal suaminya itu tidak kelihatan di mana-mana.

“Mana pula dia ni pergi? Dah tujuh belas kali aku pusing satu KLIA ni tapi batang hidungnya pun tak nampak,” sungut Tipah dalam hati. Tiba-tiba bahunya di sentuh dengan lembut oleh seseorang.

Pantas Tipah berpaling. Raimi sudah tercegat di belakangnya sambil menyengeh. “Buat apalah di cari-cari orang yang dah tak sudi? Kita kat sini dah lama tunggu dia tapi dia langsung tak peduli.”

Sentap seketika Tipah mendengarnya. “Eh, Tipah tak suruh pun abang tunggu Tipah. Kalau rasa Tipah ni menyusahkan kenapa abang tak balik je dulu?”

Raimi terkedu. Alamak pujaan hatinya merajuklah pulak! “Err...abang bergurau jelah. Takkanlah itu pun Tipah nak sentap kot? Tapi abang cuma kesian kat ayah tu. Tak senang duduk dia menunggu Tipah dari tadi.”

Giliran Tipah pula terkedu. “Yeke bang? Kalau camtu jomlah kita balik.” Pantas Tipah melangkah. Terkedek-kedek Raimi mengikutinya dari belakang.

Sebaik sahaja kelibat Tipah terlihat Pak Saad terus melambai-lambai ke arahnya. “Tipah! Mari sini, nak!” Dengan wajah yang sugul Tipah menghampiri Pak Saad, Dato’ Khalid dan Datin Khalida.

“Sudahlah tu, Tipah. Jomlah kita balik,” pujuk Pak Saad.

Tipah pantas menggeleng-gelengkan kepala. “Tipah takkan balik selagi Tipah tak jumpa Rayyan! Takkanlah kita nak tinggalkan dia sorang-sorang kat sini pulak?”

Dato’ Khalid segera menanggalkan kacamatanya. Di renungnya Tipah dari atas ke bawah dengan penuh minat. “Jadi inilah anak kau, Saad? Dah besar panjang rupanya. Comel pulak tu,” puji Dato’ Khalid sambil mengerling ke arah Datin Khalida.

Datin Khalida terus menghampiri Tipah dengan wajah yang berseri-seri. “Ahalah bang. Comel betul bakal menantu kita ni.” Tipah tersipu-sipu malu.

Raimi mencelah tiba-tiba. “Memang beruntung Dato’ dan Datin dapat menantu macam Tipah ni. Dahlah comel, prihatin pulak tu. Beria-ria dia tawaf satu KLIA ni untuk cari Rayyan.”

Terbetik perasaan pelik di hati Dato’ Khalid sebaik sahaja terpandang akan Raimi. “Eh, siapa pula pemuda ni, Saad? Anak angkat kamu ke?”

Sakit pula hati Makcik Rosnah mendengarnya. Dia yang mendiamkan diri sejak dari tadi terus menyampuk. “Hai, takkanlah anak sendiri pun tak kenal?” Berubah air muka Dato’ Khalid mendengarnya.

Serentak semua yang berada di situ berteriak. “Hah? Anak sendiri?” Oppss! Makcik Rosnah mengetap kuat bibirnya. Macam mana dia boleh terlepas cakap ni?

Pantas Makcik Rosnah berdalih. “Err...maksud saya, takkanlah Khalid tak kenal dengan anak saudaranya sendiri?” Suasana yang hangat terus menjadi tenang semula.

Pak Saad mengurut-ngurut dadanya. “Awak ni Rosnah, buat saspen saya je! Khalid, kalau awak nak tahu, inilah Raimi. Dia ni anak tiri saya.”

Terserlah kelegaan di wajah Dato’ Khalid. ‘Oh! Begitu rupanya. Patutlah kami tak pernah melihatnya sebelum ini.”

“Pasti kamu berdua dah penat. Rasanya baiklah kita pulang ke Kampung Delima dulu. Nanti kita boleh bersembang panjang lagi,” ujar Pak Saad.

Muncung Tipah sudah panjang sedepa. Takkanlah mereka nak tinggalkan bakal suaminya begitu sahaja? Ini tak boleh di biarkan!

Pantas Tipah menerpa Pak Saad. “Ayah, takkanlah kita nak tinggalkan Rayyan macam tu je kat sini? Kalau jadi apa-apa kat dia, macam mana nanti?”

Serba salah Dato’ Khalid di buatnya. Simpatinya pada gadis comel itu semakin membuak-buak. “Tipah, pakcik rasa baik kita pulang ke rumah Tipah dulu. Tak payahlah tunggu Rayyan. Nanti pandailah dia sendiri pergi ke sana.”

Tipah cuba menangkis. “Tapi pakcik...”

Pantas Dato’ Khalid memotong. “Tak payah nak bertapi-tapi lagi! Pakcik faham sangat perangai anak pakcik tu. Dia memang suka meneroka tempat-tempat baru yang di kunjunginya. Sia-sia je kita tunggu dia di sini. Pasti dia dah sampai ke mana-mana tu.” Helah Dato’ Khalid ternyata menjadi. Wajah suram Tipah segera menjadi jernih semula. Senyum manis mula kembali menghiasi bibirnya.

Pak Saad pula mencelah. “Kalau macam tu, bolehlah kita gerak sekarang. Khalid, malam ni aku nak buat kenduri doa selamat sikit sempena kepulangan kau ke Malaysia ni.”

Dato’ Khalid tersenyum. “Buat susah-susah je kau ni, Saad. Tapi bak kata pepatah, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Jomlah kita.” Berdedai-dedai rombongan dari Kampung Delima beredar dari terminal KLIA. Kepulangan Dato’ Khalid dan Datin Khalida ke Malaysia benar-benar menceriakan seluruh penduduk kampung.

Namun lain halnya pula dengan Tipah. Hatinya terasa walang. Dia dapat berasakan Rayyan sudah mula menunjukkan unsur-unsur penolakan terhadap dirinya. Namun itu langsung tidak mematahkan semangatnya. “Rayyan, aku akan pastikan kau akan terima aku dalam hidupmu seadanya. Insya Allah aku tak akan dan tak pernah berputus asa kerana aku yakin kau adalah jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah kepadaku,” desis Tipah dalam hati. Dia melangkah pergi dengan senyuman manis di bibir.

Rayyan yang sedang berdiri di balik tiang hanya mampu mencemik. Meluat pula melihat kelakuan sepupunya tu. “Ada hati nak kahwin dengan aku konon! Rupa dah macam badut sarkas kepala dungga je aku tengok!” rungut Rayyan dalam hati. Dia hanya memerhatikan sahaja mereka berlalu pergi dari situ. Sebaik sahaja kelibat mereka hilang dari pandangan, Rayyan terus melangkah keluar dari ruang legar tersebut. Tujuannya hanya satu; mencari sebuah teksi tambang murah yang bisa membawanya keluar dari tempat ini. Alangkah senang hatinya tatkala melihat deretan teksi tersebut bersidaian di luar kawasan menunggu. Dia segera menuju ke teksi yang paling dekat dengan tempat dia berdiri.

Rayyan terus melabuhkan punggungnya ke dalam perut teksi. Dia sudah berkira-kira di dalam hati. Teringin benar di hatinya menjejakkan kaki ke Bandar Raya Bestari Malaysia yang sudah tersohor di mata dunia.

“Putrajaya, aku datang!”

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dato’ Khalid masih duduk di bawah pangkin yang terletak di bawah pohon mempelam itu. Fikirannya agak terganggu. Entah mengapa tatkala pertama kali dia memandang wajah Raimi sebentar tadi, hatinya bagaikan di garu-garu. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

“Apa yang awak fikirkan tu memang betul, Khalid. Dia memang anak kandung awak!” Kemunculan Makcik Rosnah secara tiba-tiba benar-benar memeranjatkannya.

“Apa maksud awak ni, Ros? Saya tak fahamlah!”

Makcik Rosnah tersenyum kelat. “Tak payah nak berlakon sangatlah, Khalid. Pandai buat pandailah tanggung. Ya, Raimi memang anak awak. Benih awak yang telah saya kandungkan dan besarkan dengan penuh kasih sayang.”

Dato’ Khalid tersentak. “Tak mungkin! Kita kan lakukan sekali je. Takkanlah...”

Pantas Makcik Rosnah menyampuk. “Kenapa, tak percaya? Khalid...Khalid...Ini semua kuasa tuhan. Kalau dah Allah berkehendakkan ianya terjadi maka kita sebagai manusia biasa tidak mampu menghalangnya. Memang hanya sekali tapi yang sekali tulah terus membuahkan benih dalam rahim saya. Ini adalah kenyataan yang awak tak mampu nak ubah, Khalid.”

“Saya musykil sikit. Kalau betul awak mengandung masa tu, kenapa awak tak bagitau saya?” soal Dato’ Khalid dengan wajah kurang percaya.

Makcik Rosnah mengeluh kasar. “Memang saya nak bagitau awak tapi tiba-tiba saya dengar awak akan di ijabkabulkan dengan Khalida. Saya tak mahu jadi batu penghalang, Khalid. Awak pun tahu betapa bencinya mak dan ayah awak terhadap saya kerana status kita yang berbeza. Awak orang senang, saya ni pula sekadar perempuan kampung yang miskin, yatim piatu pulak tu. Itu pun mujur Saad sudi ambil saya sebagai isterinya.”

Dato’ Khalid terpempan. Tidak disangkanya kenakalan zaman remajanya membuahkan ‘hasil’ sebegini! “Ros, aku..aku harap kau takkan ceritakan kisah ni pada sesiapa, ya? Kalau Khalida dan anak-anak aku tahu, pasti diorang tak boleh terima,” rayu Dato’ Khalid.

Makcik Rosnah tersenyum sinis. Memang sudah di duga yang Dato’ Khalid akan bertindak sebegini. Dasar lelaki pentingkan diri sendiri! Namun dia juga ada agendanya sendiri. Sudah lama hidup dia dan anaknya sekadar cukup-cukup makan. Kini tiba masanya dia menuntut segala-galanya termasuk dengan kos dan faedahnya sekali!

“Khalid, aku tak berniat pun nak ganggu rumahtangga kau. Tapi kau mesti faham, sudah terlalu lama aku dan anak aku hidup serba kesempitan. Jadi aku mahu menuntut hak aku yang sudah terlalu lama kau abaikan.”

Dato’ Khalid menunduk. “Aku faham maksud kau, Ros. Jangan risau mulai dari detik ini segala perbelanjaan Raimi adalah di bawah tanggungan aku. Kos pengajiannya di Australia akan aku biayai sepenuhnya.”

Datin Khalida yang baru keluar dari bilik air ternampak kelibat Makcik Rosnah dan suaminya yang sedang serius berbincang sesuatu. Pantas kakinya menghampiri mereka. “Bincang pasal apa ni? Serius benar nampaknya.”

Dato’ Khalid bingkas bangun. Tersentak dia dengan kemunculan Datin Khalida. “Tak ada apa-apalah. Cuma teringat kisah lama masa zaman kecil-kecil dulu.”

“Oh, begitu. Bang, tadi Raina ada telefon. Beria benar dia nak cakap dengan abang tapi katanya telefon abang langsung tak dapat di hubungi.”

Dato’ Khalid menepuk dahinya. “Allah! Saya lupa nak caj bateri ‘handphone’ saya!” Bergegas Dato’ Khalid masuk ke dalam rumah sambil di ikuti Datin Khalida dari belakang. Terpinga-pinga Makcik Rosnah keseorangan di situ.

“Aku belum puas lagi, Khalid. Aku mahukan lebih lagi dan aku takkan berhenti selagi cita-cita aku belum tercapai,” getus Makcik Rosnah dalam hati sebelum dia juga turut melangkah pergi dari situ.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Malam yang agak kelam itu menggambarkan betapa kelamnya perasaan Rayyan di saat itu. Berat benar hatinya nak menuju ke Kampung Delima. Kalau bukan kerana ugutan papanya tidak ingin kakinya di jejakkan ke kampung ini. Hati bongkaknya mula mendengus. “Mesti takde ‘air-cond’ punya kat kampung ni! Eei macam mana aku nak tidur lena malam ni? Alamak! Tandasnya pulak macam mana? Eei geli betul aku nak membayangkan. Agak-agak ada hotel tak kat kampung ni?”

Pemandu teksi itu menjeling tajam ke arah Rayyan dari cermin pandang belakang. Dari gaya Rayyan dapat di rumuskan yang pemuda ini bukan calang-calang orang. Pasti mak bapaknya orang berada. Kebetulan jalan menuju ke destinasi pemuda ini agak sunyi dan gelap. Tiba-tiba suatu idea yang jahat terpancul di dalam minda pemandu teksi tersebut. Secara tiba-tiba teksi itu di berhentikan dengan mendadak.

Rayyan bertempik. “Hei, afsal kau berhenti tengah-tengah hutan macam ni, hah? Dah sampai ke belum ni?”

Pemandu teksi itu terus mengunjurkan sebuah pisau lipat ke arah Rayyan. “Jangan banyak cakap! Aku nak kau bagi semua duit yang kau ada sekarang!” Rayyan tergamam.

SEMENTARA ITU...

Penduduk Kampung Delima sudah mula memenuhi ruangan rumah Pak Saad. Sebentar sahaja lagi sebaik solat Isyak bacaan doa selamat akan di adakan sempena menyambut kedatangan Dato’ Khalid sekeluarga. Malam itu Tipah tidak bersolat di surau seperti biasa. Solat Isyak hanya di tunaikannya di rumah. Usai solat dia menjengukkan kepalanya di luar rumah. Kelibat Rayyan langsung tidak kelihatan di antara puluhan tetamu yang hadir. Takkanlah tak habis-habis lagi berjalan? Hati Tipah mula rasa tidak sedap. Tanpa di sedari oleh sesiapa segera di capainya kunci motosikal Pak Saad. Sejurus selepas itu motosikal tersebut sudah membelah keheningan malam yang pekat.

Dari jauh Tipah terlihat sebuah teksi yang berhenti di pinggir jalan masuk ke kampung tersebut. Pantas Tipah menghampiri teksi itu. Alangkah terkejutnya Tipah apabila melihat adegan yang langsung tidak dijangkanya!

Tipah segera memekik. “Hoi! Dah lama ke buat kerja ni?!”

Pemandu teksi itu segera berpaling ke belakang dengan wajah berang. “Kau jangan nak menyibuk kat sini, perempuan. Baik kau blah sekarang!” Rayyan yang sedang melutut terus mendongak. Dia bagaikan tidak percaya melihat kemunculan Tipah secara tiba-tiba di situ!

“Tipah! Tolong selamatkan saya dari malaun ni! Dia ni perompak besar!”

Terpana Tipah seketika melihat Rayyan. “Ya Allah! Awak rupanya! Hei, berani kau cari pasal dengan bakal laki aku!”

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.