Home Novel Komedi/Romantik Komedi PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 12

BAB 12

Rayyan berdiri di muka pintu dengan wajah yang serius. Tipah segera mengangkat muka. Sudah di duganya perkara ini akan berlaku. Dia merenung Rayyan dengan wajah yang sayu.

Tersentak Rayyan melihat Tipah. “Eh, siapa pula ni? Tipah mana?”

Dato’ Khalid segera bercekak pinggang. “Itu kan Tipah! Takkanlah bakal isteri merangkap sepupu kamu sendiri pun kamu tak kenal?” Melopong Rayyan mendengarnya. Tipah boleh jadi secantik ni? Seribu kali lebih lawa dari Zeta! Secara tiba-tiba degupan jantung Rayyan mula tidak sekata. Hati lelakinya mula goyang.

Namun pantas pula hati bongkaknya berbisik. “Tidak, Rayyan, tidak! Kau tak boleh mengalah dengan godaan macam ni! Takkanlah kau nak memperisterikan perempuan kampung macam dia ni?”

Rayyan membulatkan tekad. “Sekarang ni dengar semua orang. Saya, Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid dengan ini ingin membuat pengakuan bahawasanya saya tidak pernah cintakan Latifah binti Saad dan tidak mungkin sama sekali saya akan memperisterikannya!” Buat kesekian kalinya semua yang berada di situ terkesima!

Semua penduduk kampung yang berada di situ berbisik-bisik sendiri dengan wajah yang sinis. Malunya Pak Saad bukan kepalang. Merah padam wajah Dato’ Khalid dan Datin Khalida.

Kemarahan Dato’ Khalid tampak tidak dapat di tahan lagi. “Rayyan! Apa yang kamu cakap ni? Tolong jangan buat perangai kat sini!”

Rayyan mencebik. “Rayyan hanya cakap perkara yang sebenarnya, papa. Dah memang Rayyan tak sukakan Tipah. Takkanlah nak paksa-paksa pulak. Perkara nikah kahwin ni mana boleh buat main-main. Betul tak semua?”

Serentak semua penduduk kampung menjawab. “Betul! Betul! Betul!”

Panas hati pula Melah di buatnya. Terus sahaja dia bertempik ke arah penduduk kampung. “Hei, korang ingat ni cerita upin ipin ke? Jangan nak menyibuklah!”

Makcik Pah pula menyelar Melah. “Hei Melah! Kamu jangan nak tunjuk hero kat sinilah! Perangai kamu dengan kawan baik kamu si Tipah tu dua kali lima je. Memang muka tak tahu malu!”

Selamba Melah menukas. “Eleh mengata dulang paku serpih, mengata orang makcik yang lebih! Kitorang cuma tak tahu malu je tapi makcik tu pulak tak tahu malu, tak tahu dek untung, tak sedar diri dan semua yang seangkatan dengannya lah!”

Buntang biji mata Makcik Pah di buatnya. “Apa kamu cakap? Tak guna punya budak! Meh sini kau, aku ganyang kau cukup-cukup!” Makcik Pah menerpa ke arah Melah namun Melah pantas melarikan diri. Dia menyusup di antara celahan penduduk kampung. Faktor umur ditambah dengan saiz tubuh Makcik Pah yang agak besar membataskan pergerakannya. Sudah tentu sekali ia tidak dapat menandingi larian Melah yang bertubuh kecil. Namun Makcik Pah tetap tidak berputus asa. Di ligannya Melah di seluruh pelusuk rumah. Suasana yang tenang mula bertukar menjadi kelam-kabut.

Dato’ Khalid cuba meredakan keadaan. “Sabar semua. Bawa bertenang!” Usaha Dato’ Khalid itu ternyata sia-sia kerana keadaan semakin tidak terkawal.

Tipah sudah tidak mampu bertenang lagi. Hiruk-pikuk ini mesti di hentikan! Tipah segera bangkit lalu bertempik dengan sekuat hatinya.

“SUDAH!!!!!!!!!! DIAM SEMUA!!!!”

Serta-merta semua orang terdiam. Terlopong Rayyan mendengar suara nyaring Tipah. Nampak gayanya Kampung Delima dah ada bini tarzan versi muda!

Melah berteriak. “Fuyyoo!! Cayalah Tipah! Akhirnya tahkta Makcik Rosnah selaku bini tarzan Kampung Delima berjaya juga kau rampas!”

Terbeliak biji mata Makcik Rosnah mendengarnya. “Apa kamu cakap? Aku ni bini tarzan? Aku siat-siat kulit kamu macam kulit lembu kat luar tu nanti baru kamu tahu!” Melah sekadar menyerigai.

Pak Saad segera menyabarkan Makcik Rosnah. “Sudahlah tu, Rosnah. Benda kecil je tu. Tak payahlah nak panjang-panjangkan cerita.”

Dato’ Khalid segera mendekati Pak Saad dan Makcik Rosnah. “Saad, aku rasa baik kita tangguhkan majlis ni dulu. Keadaan tak berapa sesuai nampaknya untuk kita teruskan. Aku nak minta maaf banyak-banyak dengan kau atas segala apa yang telah terjadi.”

Pak Saad menjawab dengan lemah. “Aku pun rasa macam tulah, Khalid. Nanti kita bincang semula elok-elok.”

Pantas Rayyan mencelah. “Buat apa pulak nak tangguhkan? Kita batalkan saja majlis ni, habis cerita!”

Giliran Dato’ Khalid pula bertempik. “Rayyan! Jangan nak kurang ajar! Papa tak pernah ajar kamu supaya jadi biadap begini!”

Rayyan mendengus kasar. “Papa! Takkanlah papa nak bermenantukan seorang perempuan yang dah pupus sikap sopan santunnya? Papa dah tengok sendiri tadi perangai dia, bukan? Dasar perempuan ‘low class’! Tak sanggup Rayyan nak beristerikan perempuan macam dia tu.”

Sentap hati Tipah mendengarnya. “Dia panggil aku ‘low class’? Ini sudah betul-betul melampau!”

Kesabaran Tipah akhirnya sampai ke penghujungnya. “Oh, awak malu nak kahwin dengan saya sebab saya ni perempuan ‘low class’? Habis tu awak ingat saya tak malu nak kahwin dengan putera kodok macam awak? Muka je hensem tapi penakut mengalahkan perempuan. Dengan katak kodok pun nak takut!” Suara-suara sumbang mula menguasai suasana.

“Hah, dengan katak pun takut?”

“Tak sangka muka sikit punya ‘macho’ tapi hati kecut macam tikus!”

Merah padam muka Rayyan di buatnya. Tak guna punya perempuan ‘low class’! Rayyan segera mendekati mini pelamin tersebut. Bekas renjisan air mawar di sauknya. Tanpa sebarang amaran dia melempar bekas renjisan tersebut ke arah Tipah. Namun pantas Tipah menundukkkan kepala dan mengelak. Bekas tersebut terbang melintasi kepala Tipah dan isipadunya terus menghinggapi kepala Melah. Aliran air mawar yang berjuraian berjaya membuatkan jambul Melah penyek!

Basah kuyup Melah di buatnya. “Wei! Ini sudah lebih!” Pantas Melah mencapai sebiji telur puyuh rebus di atas pulut kuning yang tersergam indah di penjuru mini pelamin dan melemparnya tepat ke arah Rayyan. Serta-merta Rayyan tunduk. Telur puyuh terbang melayang-layang dan tepat memasuki mulut Makcik Pah yang ternganga luas!

Terkemam-kemam mulut Makcik Pah menelan telur tersebut. “Thak ghuna phunyer bhudak! Jhaga khau!” Kuih seri muka yang terhidang di atas meja menjadi mangsa jemari Makcik Pah. Di cekaunya dua, tiga keping kuih tersebut dan dengan gaya ala-ala atlet perejam lembing negara di lemparnya kuih tersebut ke arah Melah. Pantas Melah menepis dengan gaya silat jurus tepisan empat penjuru. Kuih tersebut terpelanting tepat mengenai sanggul Makcik Rosnah.

Makcik Rosnah mengetap bibirnya ketat-ketat. Marahnya dia bukan kepalang. “Kamu ni apahal Pah? Kamu ingat sanggul aku ni tempat membiak sarang lebah ke???” Segera di kepamnya pulut kuning bulat-bulat bagaikan tahi kambing dan dia mula melontar ke arah Makcik Pah.

Lontaran tersebut tersasar ke arah penduduk kampung yang lain. Nampaknya Makcik Rosnah berjaya menghidupkan perang pulut – kuih seri muka yang paling ganas di abad ini. Kini sekalian penduduk kampung yang berada di ruang tamu mula melontar pulut dan kuih seri muka di antara satu sama lain. Suasana makin tidak terkawal.

Pak Saad cuba mententeramkan keadaan. “Sabar semua! Tolong bawak bertenang! Jangan...” PLOP! Mulut Pak Saad di hinggapi oleh kuih seri muka sesat!

Terjengket-jengket Rayyan menuju ke muka pintu. Dia mahu segera menghilangkan diri dari situ sebelum berlaku apa-apa kejadian yang tidak di ingini kepadanya. Sesungguhnya dialah puncanya kepada keadaan huru-hara di situ.

Sorotan mata Tipah yang sedang menyorok di sebalik mini pelamin terus sahaja menangkap perlakuan Rayyan itu. “Oh, nak lari, yer? Habis satu rumah aku kacau bilau di buatnya! Jagalah kau, jangan harap kau boleh lepas dari sini!” gerutu Tipah geram.

Segera dia meluru ke arah muka pintu. Di lihatnya Rayyan sedang terkial-kial menyarungkan kasut. Kemudian terkocoh-kocoh dia berlalu dari situ. Terus Tipah bertempik. “Rayyan! Mana awak nak pergi, hah? Dasar lelaki pengecut! Dah buat kecoh boleh main belah macam tu jer. Apa jenis manusia awak ni, hah?”

Langkah kaki Rayyan terhenti. Segera dia berpaling ke arah Tipah dengan wajah yang kelat. “Hei, mulut tu jaga sikit, ya? Sedap je cakap orang pengecut!”

Laju-laju Tipah menuruni tangga. Pantas dia mendekati Rayyan. Dengan berani dia merapatkan badannya ke arah Rayyan. Semakin lama semakin rapat sehingga Rayyan terpaksa berundur setapak demi setapak.

“Afsal awak berundur? Nampak sangat awak takut dengan saya, kan? Kenapa awak sanggup malukan saya macam ni, hah? Apa salah saya pada awak?”

Rayyan terus berhenti secara mengejut. Hampir-hampir sahaja tubuh Tipah berlanggar dengan tubuhnya. Kali ini haluan sudah bertukar. Rayyan pula sengaja merapatkan badannya dengan Tipah menyebabkan gadis itu pula terpaksa berundur selangkah demi selangkah.

Rayyan tersenyum sinis. “Hah! Afsal awak berundur? Sekarang ni siapa yang takut dengan siapa?” Rayyan semakin galak merapatkan diri dengan Tipah.

Tipah tiada pilihan melainkan terus berundur perlahan-lahan ke belakang. Pekerja-pekerja Kak Kiah katering dan beberapa penduduk kampung yang berada di dalam khemah memerhatikan perlakuan mereka berdua dengan penuh minat. “Awak ni dah kenapa? Janganlah buat saya macam ni. Tak puas-puas lagi ke memalukan saya hari ni?”

“Siapa yang malukan siapa ni? Tipah, awak dengar sini baik-baik, ya? Saya takde niat langsung nak malukan awak. Kan daripada hari tu saya dah cakap. Saya tak mahu kahwin dengan awak! Susah sangat ke nak faham? Kalau tak faham saya bagitau dalam bahasa Inggeris. I don’t want to marry you! Tak faham juga? Saya bagitahu awak dalam bahasa Perancis pulak. Ne réunion convoquée à veulent avoir à se marier creative!”

Terkesima Tipah seketika. “Boleh pulak putera kodok ni ‘speaking’ Perancis! Macamlah aku faham sangat!” rungut Tipah dalam hati.

“Encik Rayyan, bahasa menunjukkan bangsa! Tahulah awak tu duduk kat ‘oversea’, boleh bercakap dalam pelbagai bahasa tapi ingat sikit, di mana bumi di pijak, di situlah langit di junjung. Sekarang ni awak ada kat Malaysia jadi tolong cakap dalam bahasa Malaysia!”

Entah bagaimana kaki Tipah terseradung seketul batu besar. Badannya mula hilang imbangan dan ia terdorong ke belakang. Pantas Rayyan merangkul pinggang Tipah dari belakang dengan kemas. Buat pertama kalinya Tipah dapat menatapi wajah Rayyan sedekat ini. Kening hitam lebat yang tersusun ditambah dengan kulit putih melepak dan bibir merah lelaki tersebut benar-benar menambat hati Tipah. Mata mereka berdua bertaut seketika. Rayyan juga cair seketika dalam renungan itu. Baru dia perasan yang sepupunya itu memiliki sepasang mata berwarna hazel kecoklatan yang begitu menawan!

Secara tiba-tiba sebuah alunan lagu yang indah segera berkumandang dari corong pembesar suara yang di pasang bersebelahan dengan khemah para tetamu. Rayyan dan Tipah tenggelam seketika dalam lautan bergelora yang tidak bertepian.

‘Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepati


Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepat

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku....’

Pekik-sorak dari sekalian manusia yang berada di situ segera menyedarkan Rayyan dan Tipah dari lamunan indah. Pantas Rayyan melepaskan rangkulannya. Segera dia menghayunkan langkah kakinya dan berlalu dari situ. Tipah tergamam. Suatu perasaan yang aneh segera bertandang di hatinya. Entah mengapa Tipah masih berharap agar dia masih lagi berada di dalam rangkulan kemas Rayyan walaupun dia tahu perkara itu tidak mungkin akan berulang lagi. Tipah sedar Rayyan tidak mencintainya dan tiada siapa yang mampu mengubah kenyataan itu!


P/S : Kesian Tipah..sampai hati Rayyan memalukan dia sampai begitu sekali. Apa pula yang akan jadi selepas ini?


<embed src="http://www.4shared.com/embed/4249138508/9e2f2273" width="470" height="320" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always" type="application/x-shockwave-flash"></embed>

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.