Aku membuang
pandangan ke luar tingkap. Aku lebih banyak berdiam sepanjang perjalanan
pulang ke rumah. Masih terbayang-bayang di kepalaku tentang kejadian di rumah Aklaml
tadi. Setiap kata-kata Akmal terasa masih terngiang-ngiang di telingaku.
Kata-kata Akmal tadi itu bagaikan menghiris-hiris hatiku. Rasa bersalah kembali
menjalar di dalam hati. Satu keluhan berat aku lepaskan.
“Awak jangan banyak fikir
sangat Maya. Get a rest okay. Balik
nanti awak tidur awal sikit ya.” Firqin menasihatiku ketika kereta yang dipandunya
berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Firqin mengambil jaketnya
yang terletak di tempat duduk belakang lalu diselimutkan ke atas tubuhku. Aku tergamam dengan tindakan
spontannya itu. Aku terharu kerana dia terlalu prihatin terhadapku. Malahan dia
melayaniku dengan begitu baik sekali semenjak kami berdua mula rapat. Tidak
pernah aku rasa dihargai oleh lelaki lain sebelum ini seperti yang
dilakukannya.
“Sejuk malam ni.
Nanti you sakit pulak.” Katanya sambil dia menukar kelarasan penghawa dingin.
Aku mencuri pandang
ke arahnya yang sedang fokus memandang ke arah jalan raya di hadapannya. “Kenapa awak
pandang saya macam tu?” Soalnya. Tetapi matanya tetap fokus memandang ke
hadapan.
Aku segera melarikan
pandanganku ke arah lain. “Tak ada apa-apa lah. Mana ada saya pandang awak.”
Dia ketawa. “ Maya
awak pandang aje lah saya tak marah pun. Lagipun percuma aje.” Makin menjadi
dia mengusikku.
“Perasan!” Aku
berpura-pura menjelingnya.
“Awak dah mula suka
kat saya kan?” Firqin menoleh memandang wajahku. Dia bagaikan dapat meneka
rahsia yang aku simpan di dalam hatiku.
“Ada-ada aje kan awak
ni. Saya tak cakap apa-apa pun. Jangan perasan boleh tak. Suka sangat mengusik
saya ya.” Aku cuba menidakkannya.
Firqin masih lagi
ketawa. Seronok kerana dapat mengusikku. “Baiklah. Sekurang-kurang saya dah
buat awak senyum. Kalau tidak tu monyok aje muka tu.”
Aku senyum. Di dalam
hati aku mengiyakan apa yang dikatakannya itu. Sekurang-kurangnya dia membuat
aku rasa sedikit terhibur dengan gelagatnya yang sentiasa ceria dan suka mengusik
itu.
“Iya lah awak kena senyum sebab senyum tu satu
sedekah. Cuba senyum kat saya sikit? Saya balas senyum awak tu awak dah dapat
pahala.” Cadangnya.
Aku tergelak.
Cadangannya itu ada makna. Bukan hanya
nak dapat pahala semata-mata.
“Saya senyum lah
sekarang ni.” Ujarku bila dia masih lagi tidak
berpuas hati kerana aku tidak mengikut cadangannya itu.
Dia ketawa. “ Awak
jangan risau ya. Saya akan tolong. Kawan awak perlu duit tu Sabtu ni kan. Kita
pergi sama-sama rumah dia nanti.” Begitu yakin lelaki itu berkata-kata.
“Awak yakin ke nak
bantu kawan-kawan saya tu?” Soalku masih tidak percaya.
“Betullah. Ya
Allah...awak tak percaya ke. Saya betul-betul lah ni. Takkan nak main-main
benda-benda penting macam ni. Sekarang ni awak cakap kat saya awak ada berapa
ribu duit nak bantu kawan awak tu?” Lembut tapi tegas nada suaranya.
“Err...dalam dua puluh
ribu ringgit.” Balasku teragak-agak.
“Yang selebihnya saya
tambah.” Ujarnya selamba yang membuatkan aku terngangga. Biar betul apa yang aku
dengar ni.
“Banyak tu awak. Awak
biar betul ni. Firqin...saya tak nak menyusahkan awak.” Aku menolak.
Dia mengaris sebaris
senyuman. “Untuk Dania dan Adib. Apa salahnya saya tolong.”
Tidak berkelip mata aku
memandangnya. Tiga puluh ribu itu bukan jumlah yang sedikit. Mana dia nak dapatkan
tiga puluh ribu ringgit tu. Takkanlah lelaki ini nak keluarkan simpanannya
untuk membantuku melangsaikan hutang Akmal.
Banyak sangat tu.
“Saya akan bayar
balik nanti. Awak jumlah tu banyak sangat. Saya cari cara lain ya.” Aku rasa
tidak sedap hati. Rasa bersalah kerana aku tidak sepatutnya melibatkannya di
dalam masalah ini.
“Maya....tak perlu.
Saya nak tolong. Tak ada sesiapa yang paksa saya. Nanti kita sama-sama pergi
rumah Akmal hari Sabtu ni. Sudahlah, jangan fikir macam-macam lagi ya.”
Aku mengangguk. Akur
dengan keputusannya. Lagipun masa yang diberikan untuk menjelaskan hutang
tersebut pendek. Hanya tinggal empat hari saja lagi. Dalam jangka masa yang
pendek ini di mana pula aku harus dapatkan RM 30 ribu ringgit itu jika aku berkeras menolak
tawaran Firqin. Aku bersetuju apabila aku memikirkan nasib Norzie dan
anak-anaknya. Aku bersyukur kerana masih ada lagi orang yang baik sepertinya yang bersimpati dengan nasib orang lain. Mahu menghulur
tangan membantu.
“Alhamdulillah,
syukur. Terima kasih Firqin. Saya doakan awak semakin murah rezeki . Terima
kasih kerana prihatin pada nasib kawan saya walau pun awak tak kenal pun siapa
mereka tu.” Ucapku ikhlas.
“Sama-sama Maya.” Dia
senyum.
“Sebagai tanda terima
kasih, awak kena teman saya makan boleh? Ganti yang siang tadi tu. Saya lapar
sangat ni.” Pintanya.
Aku mengangguk
bersetuju. Tambahan markah dariku untuknya. Mungkin markah dari hatiku untuknya
sudah mencapai 100%, cumanya aku saja yang tak mahu mengakui.
Ketika aku sedang berbaring di
atas katil sambil mengingati lelaki yang
satu itu, Farhin masuk ke dalam bilikku. Meleret senyumannya memandang ke
arahku.
“Maniskan cinta tu?”
Ujarnya.
Berkerut dahiku. “Kau
ni dah kenapa tiba-tiba masuk terus cakap ‘manisnya cinta kan?” Aku
mengejeknya.
Farhin menolak
bahuku. “Dah kau tu duk senyum sorang-sorang dari tadi. Kalau bukan tengah
angau bercinta, apa lagi? Ingat Encik Pilot lah tu kan. Aku nampak tadi dia
siap bukakan pintu kereta untuk kau lagi. Tunggu sampai kau masuk baru dia
pergi. Korang tengah hangat bercinta kan? Mengaku sekarang Maya.”
“Mana ada.” Aku cuba
sembunyikan rasa hatiku dari Farhin.
Telefon bimbitku
berdering. Tanda ada pesanan masuk. Aku mencapai telefon bimbitku. Tersenyum apabila
nama Firqin tertera sebagai penghantar pesanan tersebut. ‘Still awake princess?’
Aku terus tersenyum
tatkala membacanya. Aku terkejut apabila Farhin tiba-tiba merampasnya dari
tanganku. “Kan sah Encik Pilot. Amboi! Siap panggil kau princess lagi.”
Aku mengambil kembali
dari tangannya. “Ein...jangan buat macam tu lagi. Respect my privacy please.”
Kataku.
Farhin tersengih
sinis. “Banyak lah kau punya respect.
Kau buat aku boleh pulak. Aku tak kira nak tengok jugak mesej dari pakwe kau
tu. Sharing is caring kan. Itu yang
selalu kau kata pada aku kan. Cepatlah praktikkan.”
“Tak boleh.” Aku
terus menyorokkan telefon bimbitku di bawah bantal. Aku berpura-pura tidur.
Isyarat kepadanya untuk meninggalkan aku sendirian.
“Okay lah
Maya...layan lah rasa indah tu. Semoga malam ni tidur kau ditemani oleh ‘dia’
di dalam mimpi sepanjang malam ya. Aku doakan untuk kau. Moga-moga dia lelaki
yang kau nantikan selama ni.”
Aku membuka mataku. “Terima
kasih Ein sebab doakan aku.” Aku bangun dari pembaringan. Aku mencapai tangan
Farhin.
“Aku...aku...rasa aku
dah jatuh cinta dengan Firqin.” Jujur dari hati aku akui.
Farhin bagaikan tidak
percaya dengan apa yang aku katakan. Dia pula yang menjerit keriangan. Lantas
dia memelukku. “Maya! Betul ke ni apa yang aku dengar? Syukur lah akhirnya
terbuka juga pintu hati kau yang dah berkarat tu.”
“Sebab Firqin pegang
kunci yang betul.”Jawabku yang ketika itu sedang tersipu-sipu malu. Aku rasakan
yang Firqin sedang berada di depan mataku walau pun sebenarnya dia sedang
berada di dalam khayalanku saja. Benarlah kata orang, cinta itu terasa indah
rupa-rupanya. Kini aku mengakuinya.
“Habis kau dah
beritahu dia?” Tidak sabar-sabar Farhin menagih jawapan dariku.
Aku menggeleng. “Aku
tak berani. Aku takut nak akui yang aku juga sukakannya. Kalau dia tak suka aku
macam mana? Tak dapat terima siapa diri aku yang sebenarnya? Kalau itu berlaku,
mana aku nak letak muka aku ni Ein.”
“Mula dah nak rasa
rendah diri. Buang jauh-jauh rasa tu boleh tak Maya? Mana tahu sebenarnya
Firqin tu ikhlas nak berkawan dengan kau. Beri dia dan diri kau sendiri peluang
untuk berkongsi rasa indah tu boleh. Kau tak perlu rasa takut Maya. Kau cantik,
bijak, baik. Sempurna Maya. Ramai yang suka dan jatuh cinta dengan kau. Tapi
kau tahu kan, hati kau pilih siapa?” Farhin memberi kata-kata perangsang
kepadaku.
Aku tersenyum apabila
jawapan kepada soalan yang terakhirnya itu muncul di benakku. Lelaki itu sedang
senyum kearahku. “Dia baik sangat Ein. Dia dengan ikhlas nak bantu aku
langsaikan hutang-hutang Norzie dan Akmal. Aku bersyukur kerana berkenalan
dengan orang yang baik macam tu, cuma awal-awal dulu tu aje aku buli dia.” Aku
tersenyum apabila bayangan kejadian di Auckland muncul di hadapan mata.
“Iya? Alhamdulillah
syukur. Aku harap masalah kawan kau akan selesai dengan baik. Aku nampak yang dia lelaki yang baik. Jadi bila kau nak beritahu pada dia, perasaan
kau terhadap dia? Aku pulak yang tak sabar-sabar ni.” Ujar Farhin.
“Sabtu ni. Lepas kami
tolong selesaikan hutang Norzie tu. Aku harap Firqin gembira bila aku katakan
yang aku juga sukakan dia. Atau yang paling tepat aku dah mula sayangkan dia.”
Aku mengaku jujur dari hati.