Aku memulakan tugas
pagi itu seperti biasa. By Aaron
Furniture Design menjadi destinasi tujuanku. Aku sudah bekerja dengan
syarikat ini sejak aku balik dari UK lagi. Tamat saja pengajian aku terus
memilih untuk bekerja di sana dan menolak untuk bekerja di syarikat Abah.
Minatku lebih kepada mereka bentuk perabot di studio berbanding membuat kertas
kerja tentang dunia perniagaan di dalam pejabat.
Bertugas sebagai
pereka perabot memerlukan aku sentiasa mempunyai idea-idea baru yang kreatif,
mempunyai kemahiran melakar yang baik dan juga boleh menggunakan
perisian-perisian komputer yang berkaitan dengan dunia seni reka. Bekerja untuk
sebuah syarikat rekaan yang terkenal memerlukan aku untuk sentiasa membuat
kajian tentang informasi dan maklumat terkini tentang rekaan perabot agar aku
dapat memberi output produk yang terbaik untuk syarikat. Selain itu, kebanyakkan
klien By Aaron Furniture Design juga datang
dari pelbagai organisasi, syarikat dan hotel-hotel terkenal yang sentiasa
mahukan rekaan yang terbaik yang dapat memberi kepuasan kepada mereka selain
menepati cita rasa seperti yang mereka mahukan.
Baru-baru ini aku
baru mendapat berita dari Aaron, pemilik syarikat ini yang juga merupakan rakan
setugasku yang kami berjaya mendapat satu projek untuk mereka bentuk perabot
bagi sebuah hotel berkelas 5 bintang di tengah bandar Kuala Lumpur. Pada
mulanya memang aku teruja mendengar berita tersebut kerana sudah tentulah
keuntungan yang kami akan terima nanti
akan berlipat kali ganda. Namun bila aku fikirkan kembali, tugasku juga akan
menjadi semakin rumit kerana aku perlu memberi banyak idea untuk mereka bentuk
perabot termasuk meja, kerusi, katil, dan banyak lagi rekaan lain yang diminta
klien dalam kuantiti yang banyak pula tu.
Tempoh yang diberi untuk mencari idea dan membuat kertas kerja
pembentangan reka bentuk pula hanya tiga
bulan sahaja. Nampaknya aku bakal menghabiskan kebanyakkan masaku di dalam
studio sajalah untuk projek kali ini.
Sampai saja di
pejabat, Aaron terus memanggilku masuk ke dalam ruangan kerjanya. Dia
menghulurkan sebuah kit pengenalan Gold Summit
Palace Hotel and Resort kepadaku.
“That is your new baby to pamper.”
Kata Aaron berseloroh.
Aku tergelak sambil
aku menyelak helaian pertama dokumen pengenalan tentang hotel yang bakal beroperasi
awal tahun hadapan itu.
“How much?” Aku mengangkat
kening memandang Aaron.
Aaron mengangat lima
jarinya. Wow! RM500,000 ribu banyak tu.
“Klien kita kali ni
sanggup bayar tinggi untuk dapat hasil seperti yang mereka mahukan. Ingat Maya makin
tinggi harga yang kita dapat, makin tinggi stress
kita jadinya.”
Aku mengangguk
bersetuju. “So...what should I do? And
who else in this project?” Tanyaku.
“Just you and me....and Sarah. But this time I have
special request for you.” Aaron memandangku penuh
harapan. Tidak. Aku harap bukan permintaan yang selalu itu.
“The main design is for you.”
Katanya.
“No...Aaron not me again!” Aku
sudah mengangak permintaannya pasti yang itu.
“Kali ni klien
mahukan reka bentuk dari perabot kayu tapi berciri mewah untuk bilik VIP suite,
lobi dan ruang pejabat pemilik hotel tu . You adalah designer paling terbaik. Skill
tukangan you paling memuaskan I. Please
Maya... I janji kali ini je I bagi you tugas utama.”
Aku bukan tak mahu
menerima tugasan ini. Tapi menerima tugas utama adalah merupakan tugas paling
berat. Paling banyak menghadap kerenah pelanggan yang jarang sekali akan
berpuas hati dengan hasil rekaan yang di cadangkan. Pernah sekali untuk projek sebelum
ini, idea-idea yang aku berikan ditolak berulang kali oleh klien sedangkan due date semakin hampir. Oleh kerana aku
terlalu mengejar masa bagi projek itu, aku menghabiskan masa seminggu duduk di
dalam bengkel membuat kerja-kerja tukangan. Mungkin disebabkan kurang rehat,
fokusku terganggu dan entah macam mana ketika melakukan kerja-kerja menukang,
tanganku tercedera terkena mesin pemotong kayu. Teruk juga kecederaanku itu
sehingga mendapat berpuluh jahitan di telapak tangan kiriku. Malahan
meninggalkan parut sehingga ke hari ini.
“Okay lah. Tapi janji
untuk kali in saja I buat.” Kataku.
Aaron mengangguk. “I
janji. You can keep my promise.”
Aku meminta diri
untuk memulakan tugas. Namun baru beberapa langkah, Aaron memanggil namaku.
“Maya minggu depan
kita jumpa klien ni. Hari Rabu. You mesti suka sebab klien tu masih muda,
hensem lagi. I bagi you peluang tau Maya. Dia singlelagi tu.” Aaron mengusikku.
Aku ketawa. “Oh...did him? Emm....I am not interested.”
Aku membalas jenakanya.
Aaron turut ketawa.
“Jangan menyesal Maya. Oh by the way...hati-hati
I dengar dia tu playboy. You tu dah
lah cantik.”
“The solution to that situation, I just say that I already
married and have a child. Problem solved.”
Tambahku sambilku melangkah keluar.
Ketika aku sedang
membuat kerja-kerja mempatri kepingan besi untuk sebuah almari pakaian, Sarah
masuk ke dalam bengkel.
“Maya ada orang nak
jumpa you.” Kata Sarah.
“Siapa?” Soalku
sambil membuka faceshield.
“Entah....I lupa nak
tanya nama. Tapi dia kata dia kawan you dan nak ajak you keluar lunch.”
Aku teringat janjiku
dengan Farhin pagi tadi untuk makan bersama tengah hari ini. “Okay...thanks dear.” Ucapku kepada
Sarah.
Ketika aku melewati
meja Sarah, aku sempat mempelawanya untuk makan bersama.
“Kat mana you nak lunch?”
Soalnya.
“Italian food house.
Barisan kedai depan tu je. You nak ikut?” Pelawaku lagi.
Sarah
menggeleng. “I banyak kerja ni. Pukul dua nanti nak present. I kirim aje boleh? I nak spaghetti carbonara with beef strip.”
“Boleh darling.” Aku tersenyum.
Sampai saja di
restoran itu, aku dan Farhin memilih untuk duduk di bahagian luar restoran. Aku
terus mencapai dan menyelak menu yang terdapat di atas meja.
“Kau nak makan apa Ein? Aku rasa nak makan
pizza lah.” Kataku teruja. Aku terasa lapar kerana aku tak sempat bersarapan
pagi tadi.
“Emm....aku nak
lasagna.” Ujarnya.
Aku mengangkat tangan
memanggil pelayan untuk mengambil pesanan kami. Ketika pelayan sedang mencatat pesanan,
tiba-tiba datang dua orang lelaki dan terus duduk di di hadapanku. Aku
terpaku. Tergamam. Terkejut.
“Hai beautiful.”
Sapanya sambil tersenyum.
Aku masih lagi
terpaku. Tidak bergerak. Dia memetik jarinya dekat dengan wajahku. Aku bagaikan
baru tersedar dari di hipnosis. Berkelip-kelip mataku memandang lelaki yang
selamba saja melemparkan senyumannya kepadaku itu.
“Kita jumpa lagi
Ariana.” Firqin masih lagi tersenyum.
Aku telan air liur.
Aku tidak bermimpi. Memang dia yang sedang duduk berhadapan denganku. Aku hanya
tersedar apabila Farhin mencubit lenganku.
“Encik pilot!
Err.....Firqin. How are you?” Aku ketawa pura-pura.
Dia turut ketawa. “Fine. Sihat sangat-sangat. Itu yang I
boleh cari you sampai jumpa.” Balasnya. Pandangan matanya lain macam. Kalau
ikutkan hati aku, ketika itu juga aku mahu cabut lari dari situ. Aku tak sangka
langsung yang aku akan terserempak dengannya di sini. Macam-macam soalan
berlegar di benakku tentang bagaimana dia boleh cari aku? Macam mana dia tahu
aku di sini? Dan apa yang bakal dia lakukan kepadaku?
“Farhin...kenalkan
ini Firqin.” Aku cuba mengubah topik.
Farhin hanya
mengangguk dan tersenyum. Firqin juga begitu.
“I Azam.” Lelaki yang
datang bersamanya memperkenalkan diri kepada Farhin.
Aku perasan lelaki
yang lagi satu itu tidak lepas memandang wajahku. Tajam. Kemudian dengan
selamba dia dan rakannya, Azam turut memesan makanan dan makan bersama kami
tanpa aku pelawa.
Aku masih lagi diam.
Aku dah tidak ingat sudah entah beberapa kali aku telan liur. Takutnya aku
ketika itu tidak dapat aku gambarkan. Makanan di hadapan mata aku pandang sepi.
Langsung tidak terusik. Hilang sudah seleraku.
“Makanlah. Kenapa
dipandang saja makanan tu? Ke nak abang suapkan?” Selamba saja Firqin kata
begitu. Bulat mataku memandangnya. Tapi dia nampak biasa saja.
Aku berdehem sebelum
bersuara. “Nanti I pulangkan balik gelang tu pada you. You bagi alamat, nanti I
poskan. I minta maaf. Sebenarnya I nak kirim gelang tu pada Adam, sepupu you
masa dalam flight hari tu. Tapi I lupa.” Jelasku.
Firqin senyum.” Tak
mengapa. Gelang tu bukan penting sangat. Yang penting abang dapat jumpa
Ariana.”
‘Dia ni dah kenapa
ber abang-abang dengan aku. Sekarang ni Farhin dan Azam dah pandang kami lain
macam. Relax Maya, lelaki ni saja nak kenakan kau lah ni.’ Bisik hatiku.
“Awak sihat-sihat
saja kan? Makanlah, dah sejuk nanti tak sedap.”
Aku mengetap bibir
geram. Membahang tubuhku dengan reaksinya itu. Kenapa lelaki itu perlu berlakon
pula.
“Awak ni dah kenapa? Awak
tak perlu berlakon lagi Encik Firqin. Mana awak tahu saya di sini? Saya tak rasa
ini satu kebetulan?” Soalku bertalu-talu.
Tapi dia tetap
seperti tadi. Tenang. Selamba. “Relaks Ariana. Emm...tentang tu tak susah
sebenarnya saya nak cari awak. Saya dah tahu nama penuh awak, tinggal di mana,
kerja di mana. Semua dalam poket saya. Maya Ariana...sedap nama tu sama cantik
dengan orangnya. Oh ya...saya sebenarnya tadi ke tempat kerja awak, tapi awak
tak ada. Jadi kawan awak yang nama Sarah tu yang bagitahu saya awak makan di
sini. Sebab tu saya ada di depan awak ni. Suprise! Tekejut kan...” Dia ketawa.
Aku menggeleng tidak
percaya. Tanpa tunggu lebih lama, aku menyandang beg tanganku untuk beredar.
“Maya nanti. Duduk dulu.” Firqin menghalangku. Dia memegang begku. Aku cuba
menarik begku, namun dia lebih cepat merampasnya dariku.
Aku memadangnya
geram. “Have a seat. Don’t worry...I akan bagi balik beg ni lepas you habis
makan.” Ujarnya selamba sebelum dia menyambung menyuap makanan.
Farhin dan Azam lebih
memilih untuk berbual berdua. Hanya sesekali mereka menjadi pemerhati ‘drama’
di antara aku dan Firqin.
Aku kembali duduk.
“Baiklah Encik Firqin...awak nak apa dari saya sebenarnya ni?” Aku menyoalnya
dengan nada yang paling lembut.
“Macam itu lah bakal
isteri saya. Cakap dengan lemah-lembut. Baru sejuk hati saya ni.” Firqin
nampaknya masih lagi dengan lakonannya itu.
Aku merengus.”Kalau
awak tak nak cakap saya balik.”
“Okay. Janganlah
marah-marah. Nanti cepat berkedut. Tu dah ada kat tepi-tepi mata tu.” Dia cuba
mengusikku. Ketawanya lepas.
Aku semakin pelik
dengan reaksi lelaki itu. Aku dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Dia
seperti merancang sesuatu. Hati aku rasa tidak enak.
“Encik Firqin baik
awak terus terang saja. Apa yang awak rancang sebenarnya. Saya dapat rasakan
awak ada merancang sesuatu. Awak nak malukan saya bukan? Aku cuba serkap
jarang.
Dia meletakkan sudu
dan garfu dari tangannya. “Hebat awak ni. Dapat baca apa yang ada dalam hati
saya. Saya pun tengah fikir macam mana nak malukan awak depan orang ramai di
restoran ni. Apa ya yang saya nak buat? Emm...awak ada cadangan?”
Aku memandangnya
tajam. Penuh rasa benci. Kali ini lelaki ini yang cari pasal dulu.
“Auch! Tajamnya
pandangan mata you...sampai tembus ke dalam hati I. Tak baik pandang bakal
suami macam tu sayang.” Katanya yang semakin membuatkan wajahku semakin merah membahang.
Menahan marah.
Namun belum sempat
aku membuka mulut untuk membalas kata-katanya, mataku tertancap ke arah
seseorang yang sedang melangkah menghampiriku. Tanpa aku sedar, kerana terlalu
terkejut aku sudah berdiri. Aku benar-benar tidak sangka akan terserempak
dengan orang itu setelah bertahun-tahun lamanya.
“Taufiq.” Namaku itu
aku sebut.
“Yes...its me Maya.”
Taufiq kini benar-benar berdiri di hadapanku.
Lelaki itu lengkap berkot hitam. Dia nampak
sama seperti dulu. Cuma wajahnya saja nampak semakin matang. Aku hanya
memandang dia meraih tanganku. Aku sempat menarik tanganku sebelum dia cuba
mengucup tanganku itu.
Kali ini tubuhku
betul-betul menggigil. Badanku mula rasa bahang berpeluh.
“Hai...Ein how are you? And of course how are you my
beautiful Maya?” Taufiq memandangku. Tanpa aku jemput
dia sudah menarik kerusi dari meja sebelah dan duduk dekat denganku.
“Dah berapa lama kita
tak jumpa. Lebih lima tahun kan. Last time kita jumpa masa di UK. You ingat
lagi? Cantiknya you. Bertambah cantik I tengok.” Tambahnya.
Taufiq kemudian memandang
ke arah Firqin dan Azam. “I Taufiq. Peminat setia Maya.” Dia memperkenalkan
dirinya tanpa menghulurkan tangan.
Taufiq memandang
Firqin. “I dengar tadi you bakal suami Maya. Betul ke? Terus terang I katakan I
masih suka Maya. Kami berdua kenal antara satu sama lain dengan baik. Termasuk
banyak rahsia. Betul tak Maya?”
“Dan I tak rasa you
kenal Maya dengan baik. I lebih banyak tahu tentang dia. You nak I cerita ke
rahsia besar Maya?” Taufiq memang menjengkelkan.
“Taufiq... aku tak
rasa Maya nampak suka jumpa kau. Hentikan semua ni. Budak-budak sangat perangai
kau.” Farhin menyampuk. Membelaku.
Wajahku ketika itu
aku rasa memang sangat pucat. Aku terkejut kerana tiba-tiba saja Taufiq boleh
muncul di sana. Sudah bertahun, kini dia kembali bagaikan menghantui hidupku.
Aku kenal Taufiq sejak dari sekolah lagi. Dia terlalu obses denganku. Sudah
berkali-kali aku menolak cintanya tapi dia tetap tidak berputus asa dengan
menggangguku. Macam-macam yang diakukannya.
Taufiq tidak mempedulikan Farhin. Dia dengan
selamba, menongkat dagunya dan merenungku. “You ni semakin I pandang, semakin
tak jemu. Cantik sangat. I rindu sangat-sangat pada you Maya.” Dia senyum.
Aku memandang
Taufiq sebelum mataku beralih kepada
Firiqin yang kelihatan tertanya-tanya tentang siapa lelaki yang tiba-tiba
muncul di antara kami itu.
“I balik dulu Firqin.
Jom Ein.” Aku sudah bangun dari kerusi.
Aku tergamam bila
Taufiq mencengkam lenganku. Dia bangun merapatiku. Bulat mataku memandang
wajahnya. Matanya yang tajam, raut wajah yang nampak garang membuatkan aku
menelan liur. Dia memang kacak di mata wanita lain tapi tidak di mata aku. Aku
benci kepadanya. Macam-macam yang telah dilakukan kepadaku agar aku menerima
cintanya. Tapi dia silap. Caranya salah. Dia kasar. Aku tak suka.
“Nantilah dulu.
Awalnya you nak balik. Kita baru aje jumpa. You tak rindu I ke..tanya apa
khabar I ke, ajak I minum ke dulu.”
Aku menelan liur. Aku
tidak memandang tepat wajahnya. “I tak rasa nak makan dan I rasa tak ada
apa-apa yang boleh dibualkan dengan you.”
Firqin bangun mendekatiku.
Dia memandang Taufiq. Namun Taufiq masih selamba memegang tanganku. “Let her
go.” Firqin nampak serius.
“Kalau I tak nak lepaskan you nak buat apa.” Taufiq
memandang Firqin tajam.
“You have to. She is
my fiancee.” Firqin membuang tangan Taufiq dari terus memegangku.
Taufiq ketawa. Nampak
sangat jahat di mataku. “Mr. Fiancee. Hi
Mr. Fiancee. Ini lelaki yang kali ke berapa? Agak-agak you jadi kahwin tak
dengan lelaki ni? Atau yang lagi best Maya, agak-agak Mr. Fiancee ni nak tak
kahwin dengan you bila dia dapat tahu rahsia you.” Taufiq bagaikan mengugutku.
Aku memandangnya.
Mataku berair. Namun mulutku masih kaku. Aku tak tahu nak buat apa ketika itu.
Aku takut bila-bila masa saja Taufiq akan bocorkan rahsia aku. Dia tahu
segalanya. Dia juga tahu tentang arwah Adam.
“Kalau termasuk dia
ni...empat orang lelaki you dah kenakan, termasuk I. Tapi I adalah orang yang
paling cedera parah bila you tolak cinta I.”
“Apa you nak Taufiq?”
Tinggi suaraku. Aku sudah tidak boleh bersabar lagi.
Dia ketawa. “Oh I
baru ingat. Kekasih you....siapa nama dia, Fakhrul! Dia dah kahwin dengan
perempuan lain kan. Kesian you. Mesti you kecewa kan. Dont worry...I kan ada.”
Aku terasa lenganku
diraih. Firqin dekatkan dirinya denganku. Aku memandang wajahnya. “Kami minta diri dulu.” Pintanya.
Baru beberapa
langkah, Taufiq mengeluarkan kenyataan yang membuatkan airmata aku terus
menitis. “Apa khabar anak you? Mesti dah besar kan dia sekarang.” Aku kembali
menoleh. Firqin juga. Kali ini wajah Firqin nampak serius. Penuh dengan tanda tanya.
Aku memandang tepat
wajah Taufiq. Aku tahu dia memang sengaja buat begitu kerana dendam. Dendamnya
terhadapku kerana aku telah menolak cintanya. Dia bengang bila dapat tahu yang
Abah sudah menjodohkan aku dengan kawan baiknya, Abang Bukhary. Kemudian bila
dia dapat tahu berita tentang aku mengandung, makin bertambah rasa bencinya
terhadapku. Kerana Taufiq menganggap anak yang aku kandung itu anak Abang
Bukhary.
Dia masih lagi
ketawa. Wajahnya nampak gembira. Bagi aku Taufiq memang gila. Tiada emosi. Wajah
dan hatinya penuh dengan rasa benci.
“Ops....maksud I anak
luar nikah you.” Wajah Taufiq nampak langsung tidak bersalah ketika
menuturkannya.
Aku menangis di dalam
hati. ‘Sampai hati Taufiq memalukan aku sebegini.’
Dendamnya begitu dalam terhadapku. Walhal aku
rasakan aku tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya. Salahku hanya satu
iaitu menolak cintanya. Itu saja.
“So....Mr. Fiancee,
you still nak terima Maya? You patut berterima kasih pada I sebab dah
selamatkan you.” Taufiq masih lagi cuba menyakitkan hati aku.
Wajah Firqin nampak
pucat. Dia memandang wajahku sebelum kembali beralih kepada Taufiq.
Pang! Farhin menampar
Taufiq. “Aku tampar muka kau bagi pihak Maya. Lelaki tak guna. Pengecut!”
Aku terkejut dengan
tindakan Farhin itu. Farhin kemudian meraih tanganku untuk beredar. Sebelum
beredar dia sempat berpesan kepada Taufiq. “Jangan sesekali tunjuk muka kau
depan Maya lagi. Lelaki macam kau memang tak guna langsung. Dendam tak
berpenghujung. Muka elok tak guna, tapi hati busuk.”
Taufiq hanya ketawa
apabila diugut. Dia nampak tidak takut langsung. Aku hanya ikut Farhin
menarikku pergi dari sana. Namun telingaku sempat mendengar suara Taufiq. “Maya...I harap you
masih ingat semua yang I dah buat pada you sebagai kenangan kita berdua.
Termasuk I tolak you dalam kolam tu. Hati-hati selepas ni...I harap sekarang you
dah tahu berenang."
Taufiq memang gila.
Dia lelaki yang tidak takutkan apa-apa. Terlalu obses denganku. Hatinya penuh
dengan rasa dendam. Aku tidak tahu dari mana dia boleh cari aku. Setahu aku dia
sudah menetap di London. Aku juga tidak menyangka sama sekali yang dia akan
muncul kembali di dalam hidupku.
Aku sudah tidak dapat
menahan perasaan lagi. Aku melepaskan tanganku dari Farhin. Aku rasa lemah. Tidak
bermaya langsung. Aku berhenti di belakang sebuah kereta yang diparkir di tepi
jalan. Teresak-esak aku menangis. Aku tak pernah rasa dimalukan seperti ini. Hal
yang berlaku tadi terlalu mengaibkan aku. Kehadiran Taufiq tadi telah
membuatkan aku mengingati banyak kisah silam yang mahu aku lupakan.
Sampai hati Taufiq
buat aku seperti itu. Di hadapan orang ramai pula. Mana aku nak letak mukaku di
hadapan Firqin? Azam? Apa persepsi mereka terhadapku apabila mendapat tahu
tentang sejarah silamku. Taufiq memang melampau. Dia tidak tahu kisah yang
sebenarnya apa yang telah terjadi kepadaku. Aku tak minta untuk digelar seperti
tadi. Aku paling sedih kerana Taufiq juga telah menghina Adam. Sedangkan Adam
tidak bersalah.
“Aku dah tak kuat
Ein....” Aku masih lagi menangis.
‘Bila lah semua
dugaan ini akan berakhir. Kuatkanlah hati aku untuk hadapi hidup ini. Aku hanya
mahu teruskan hidup.’ Rintih hatiku.
Aku berpaling apabila
ada seseorang menghulurkan sehelai sapu tangan kepadaku. Aku memandang wajah Firqin. Matanya bening memandangku. Aku berpaling memandang ke arah lain. Tidak menyambut
hulurannya itu.
“Maya...” Lembut dia
menyebut namaku.
Beberapa saat kemudian aku menoleh ke arahnya.
“Awak patut berterima kasih pada Taufiq sebab dia dah tolong awak malukan saya.
Awak tak payah susah-susah lagi fikirkan cara nak malukan saya. Tadi tu dah
lebih dari cukup. Saya rasa kita dah saling tak berhutang lagi. Jangan cuba
cari saya lagi. Saya janji gelang tu saya akan pulangkan. Saya tak nak jumpa awak lagi. Saya tak ingin tengok muka awak lagi. Saya benci. Benci sangat.” Aku terus
beredar dari sana. Langsung tidak mempedulikannya yang memanggil namaku.