Aku memandang ke arah
luar tingkap pesawat yang akan berlepas tidak lama lagi itu. Suara ketawa bayi di tempat duduk sebelahku menarik perhatianku. Bayi lelaki
yang comel itu mengekek ketawa apabila diacah oleh ibunya. Aku turut senyum melihat
kemesraan di antara ibu dan bayinya itu.Aku kemudiannya
beralih ke tempat duduk untuk mendekati mereka. Aku minta kebenaran dari ibu bayi itu untuk aku mendukung bayinya. Pipi gebunya jadi mangsa
ciumanku. Jari-jemari kecilnya turut menjadi mangsa ciuman aku. Geramnya.
“Siapa nama dia
Puan?” Tanyaku ramah.
“Adam.” Balas wanita
yang mungkin usianya lewat 20 an itu.
Aku terdiam tatkala
nama itu di sebut. ‘Adam....nama yang sama seperti Adam yang pernah jadi
milikku dulu.’ Bisik hatiku.
“Adam....sedap nama
dia ya. Adam nanti dah besar jadi budak baik, dengar cakap ibu ayah ya.” Suara
aku mula sebak. Aku mencium dahinya. Lama.
Aku menyerahkan Adam
kembali kepada ibunya kerana aku takut aku tidak dapat menahan emosi pula
nanti. Aku kembali ke tempat dudukku. Aku membuang pandangan ke arah luar.
Mataku mula bergenang dengan airmata. Aku mengigit bibirku menahan tangisanku
dari pecah bila ingatan lama kembali berputar di dalam minda.
“Adam......” Aku
menyebut nama itu.
“Ya saya!” Tiba-tiba seorang
lelaki menyahut. Begitu dekat dengan telingaku.
Aku menoleh. Aku terkejut bila melihat Adam betul-betul di sebelahku.
“Hai....Ariana.”
Sapanya.
“You...sepupu Firqin
kan?” Soalku pula.
Dia mengangguk.
Wajahnya ceria saja. Sama seperti malam yang kami terserempak di hotel.
“Kita sama flight
balik. Lagi bertuah I dapat duduk sebelah dengan you. Emm...nampaknya
perjalanan balik kali ni I tak akan tidur langsung lah sebab ada wanita cantik
yang duduk sebelah I yang boleh teman
berbual kan. Oh by the way mana sepupu I tu? You balik tinggalkan dia ke?
Aku memandang wajah
lelaki itu. “You ni memang banyak cakap er? I nak jawab yang mana satu dulu
ya?”
Dia ketawa.
“Sorry....sorry. I memang suka berborak, jadi I guarantee sepanjang perjalanan
balik ni you takkan bosan punya.”
Aku senyumlah juga.
Kalau tidak layan nanti dikatanya pula aku sombong. Tapi macam tak logiklah,
boleh pulak aku satu flight balik dengan sepupu Encik Pilot ni. Duduk
sebelah-sebelah lagi. Ini bukan konspirasi kan? Aku memasang curiga.
“Mana Abang Kin?”
Soal Adam sambil dia memasang tali pinggang keledar.
Aku mengangkat bahu.
“Entah. Dekat hotel lagi kot.” Balasku pendek.
Adam memandangku lama menunggu jawapan.
“Apa?” Soalku
terketawa memandang riak wajahnya.
“Itu aje ke? Takkan
tak tahu bakal suami buat apa?” Dia pula memandangku curiga.
Aku buat-buat
tergelak. “Oh...dia masih ada kerja....I balik Malaysia dulu.” Jawabku ringkas.
Malas nak panjangkan cerita. Nanti terkantoi pulak.
Gulp! Aku sempat menelan air liur.
“Oh....” Dia mengangguk.
Aku kembali memandang
ke luar tingkap. Isyarat yang aku mahukan privasi. Tidak berminat untuk berbual
lagi. Namun tidak berhasil. Ternyata lelaki ini banyak mulut. Karakternya
berbeza sungguh dengan Firqin.
“Miss Ariana.....”
Panggilnya. Aku berpaling memandangnya.
“Siapa Adam? Bukan
saya. Adam yang you sebut tadi tu?”
Banyak soal betullah
budak ni. Sibuk betul. Dah macam wartawan pulak.
“Err...tak ada
sesiapa. Adam berapa umur you?” Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari
mulutku.
Dia senyum sambil membetulkan
rambutnya. “Twenty...”
Muda lagi rupanya.
Tapi wajahnya nampak sedikit matang. “You kena panggil I kakak and dilarang
mengurat okay.” Tuturku. Aku mula selesa dengannya. Budak lagi rupanya. Enam
tahun beza umur kami.
“Tak payahlah panggil
kakak. Ariana. Adam. Boleh?”
Aku menggeleng.
Sengaja mengusiknya.
Perbualan kami
terhenti seketika ketika kapal terbang mula berlepas. Aku ingatkan aku boleh
mengelak dari berbual dengannya dengan berpura-pura melelapkan mata.
“Takkan baru berlepas
dah tidur? Tipu sangat. Tak sudi ke nak berbual dengan I?” Suara lelaki tu
kedengaran lagi.
Aku membuka mata.
Melepaskan keluhan. "Adik Adam....umur I 26 tau.” Jawabku.
“So....” Soalnya
pula.
Aku pula yang jadi
keliru. "So apanya?”
“I bukan nak mengurat
you pun. You bakal kakak ipar I kan. Takkan I berani nak kacau girlfriend
sepupu sendiri. I cuma nak berbual dengan you je. Banyak benda yang boleh kita
bualkan. Contohnya pasal kerusi ni kenapa warna biru, kenapa I rasa lapar
tiba-tiba, kenapa awan berwarna putih...emm banyakkan topik yang boleh kita
kupas bersama. Takkan you nak tidur dah.” Panjang lebar dia membebel.
“Stop!”Aku
mengisyaratkan tanganku ke arahnya.
Aku ketawa. “Okay
sekarang jelas yang you ni memang suka bercakap ye, tak henti- henti pulak tu.
Macam reporter dah.” Komenku.
“Yes I am. I student
masscomm, majoring journalism.” Ujarnya dengan bangga. Memang patutlah dia
pandai bercakap dengan petah sekali.
“Okay Adam....apa
topik pertama kita?” Aku sudah tersenyum-senyum. Boleh tahan kelakar juga
sepupu Encik Pilot ni.
“Macam tu la Ariana.
Sporting lah sikit. Sembilan jam lama kalau nak tidur aje tak best lah.”
“Emm...soalan pertama
macam mana you kenal Abang Kin? Buat apa di Auckland?”
Aku sudah jangka
soalan ini pasti akan terkeluar punya. Macam mana aku nak jawab ya. Buat cerita
ajelah. Putusku.
“Kami kenal baru aje lagi.
I ke Aucland sebab saja...nak bercuti. Kebetulan sepupu you tu kerja ke sini.”
Aku membuat cerita. Tapi wajah Adam nampak seakan-akan tidak percaya saja
dengan ceritaku itu.
“Emm...ringkasnya.
ceritalah lagi.” Desaknya.
Aku ketawa buat-buat
lagi. “Adam pula buat apa di sini? Boleh pula tersempak dengan Firqin malam
tu.” Cepat-cepat aku pula menjadi penemuduga.
Aku nampak dia
melepaskan keluhan. “Sepatutnya datang bercuti tapi macam tak jadi. Abang Kin
yang ajak Adam ke sini kebetulan tengah cuti semester. Tiba-tiba sampai saja di
hotel, dia pergi makan dengan Ariana dan tak jumpa Adam langsung selepas tu.
Dahlia pula balik ke Malaysia macam tu aje. Daripada
Adam sorang, duduk dalam bilik hotel baik balik KL jumpa Umi lagi bagus.”
Sekejap. Nama siapa
tadi?
“Dahlia? Si...siapa
tu?’ Soalku tergagap-gagap. Jangan orang yang sama sudah.
“Siapa? Oh
Dahlia...sepupu saya.”
Aku mengangguk.
“Adik abang Kin.”
Tambah Adam lagi.
“Hah? Apa?
Adik...Dahlia tu adik Firqin?” Soalku seperti tidak percaya.
Wajah Adam berubah.
Nampak mencurigakan. “Iyalah. Takkan you tak tahu. Tak pernah jumpa Dahlia
sepanjang you dating dengan Abang Kin?”
Ternganga aku
mendengar kenyataan itu. Sudah. Cerita ini bersangkut paut rupanya. Patutlah
Firqin tiba-tiba masuk campur ketika aku bertengkar dengan Burhan. Rupanya
adiknya terlibat sama. Dahlia tu adiknya. Kalau tidak takkan dengan berani dia
menegurku begitu padahal kami saling tidak mengenali.
“Kata Abang Kin,
Dahlia balik semula ke Malaysia selepas bergaduh dengan teman lelakinya.
Sebabnya boyfriend dia tu dah buat seorang perempuan mengandung. Ariana tahu
siapa perempuan tu?” Adam memandangku.
Gulp. Aku telan air
liur. Bulat mataku membalas pandangan matanya. Perlahan aku menggeleng. Aku
meminta diri ke toilet dengan harapan topik ini akan tamat selepas aku kembali
ke tempat duduk nanti.
‘Bahaya reporter ni.
Aku cakap kena berhati-hati.” Omelku di dalam hati.
“Dahlia, girlfriend Burhan
tu adik Firqin? Memang tak masuk akal betul kebetulan ni.” Kataku sendirian
ketika aku di tandas.
“Okay Maya....jangan
panik. Kau tak akan jumpa Dahlia, Adam atau Encik Pilot tu lagi lepas ni. Relax
je.” Aku cuba menenangkan diri sendiri.
Bila aku kembali
semula ke tempat duduk, alangkah leganya aku apabila aku lihat Adam sudah lena.
Perlahan-lahan aku duduk di kerusi tanpa membuat sebarang bunyi. Aku tak nak
buat ‘adik wartawan’ terjaga. Pening kepala aku nak melayan kerenahnya nanti.
Cakap tak henti-henti. Aku tersenyum ketika memandang wajah Adam yang sedang
lena itu. Perangai gila-gila dan cerianya sedikit sebanyak mencuit hatiku.
Aku kembali teringat
ketika Firqin memperkenalkan Adam kepadaku, sebenarnya hati aku sudah sedikit
terusik. Aku tidak boleh mendengar nama ‘Adam’ disebut. Dari dulu lagi. Sejak
aku kehilangan Adam.
Aku memandang seorang
lagi Adam yang sedang lena di dalam dakapan ibunya. Si kecil Adam nampak tenang dan selamat dilindungi dalam
pelukan seorang yang bernama ibu.
‘Kenapa aku tidak
boleh lindungi Adam milik aku seperti yang dilakukan wanita itu atau mana-mana
ibu di dunia ini.’ Aku bertanya kepada diri sendiri. Mungkin aku masih belum
cukup dewasa ketika itu, atau aku takut menghadapi permainan dunia?
Aku memandang ke arah
kepulan-kepulan awam putih di luar. Aku seakan-akan ternampak Adam milikku di
sana. Adam, anakku.
7 tahun lalu.....
“Sakit Mak Wa.....tolong
Maya.” Aku meraung. Airmata sudah mengalir lebat menahan kesakitan yang tidak
dapat digambarkan.
“Sabar Maya. Tarik
nafas perlahan-lahan, lepas tu teran sekuat yang boleh.” Mak Wa mengusap-usap
perutku yang besar itu.
Aku masih lagi
menangis teresak-esak menahan sakit. “Sakit Mak wa...Maya tak boleh nak tahan
lagi. Tolong Maya, Mak Wa....” Aku merayu kepada Mak Wa, pembantu rumah yang
aku sudah anggap seperti ibu itu.
“Datin...lama lagi
doktor nak sampai nya?” Soal Mak Wa kepada Mama yang berdiri di sudut pintu.
“Tak perlu panggil
doktor Mak Wa. Nanti orang tahu...mana saya nak letak muka saya ni bila orang
sekeliling tahu yang perempuan ni lahirkan anak haram!” Marah Mama.
Mak Wa mengucap
panjang mendengar kata-kata Mama.
Aku memandang Mama. “Mama....tolong
Maya. Maya tak minta jadi macam ni. Mama pun tahu kan? Maya tak nak jadi macam
ni. Maya tak salah Mama.” Kataku walau pun sakit yang aku rasakan semakin
membuatkan aku semakin sukar bernafas.
“Kalau bukan kau yang
menggatal, menggoda...benda ni tak jadi! Aku tak nak ambil tahu apa pun.
Pandai-pandai kau lah apa nak jadi.”
Sampai hati Mama buat
begitu kepadaku. Padahal Mama tahu kisah sebenar yang berlaku di dalam rumah
ini. Mama sebaik mungkin mahu sembunyikan aib yang terjadi.
Aku semakin
teresak-esak menangis. Tanganku semakin kuat mencengkam besi katil. Apalah daya
aku, seorang gadis yang baru berusia 18 tahun yang masih mentah. Yang tak
pernah mengalami pengalaman seperti ini. Pengalaman untuk melahirkan seorang
bayi.
Abang Bukhary menerpa
masuk. Matanya nampak berair. “Mama....sampai hati Mama buat macam ni pada
Maya. Mama tak nampak Maya sedang sakit, sedang bertarung nyawa tu. Bukh dah
tak sanggup simpan semua ni lagi. Kita bawa Maya ke hospital, Mak Wa.”
“Bukhary kamu jangan
nak memandai. Mama tak akan benarkan. Nanti nak cakap apa dengan doktor bila
ditanya siapa bapak kepada budak tu? Suami perempuan ni? Nanti jadi kes polis!
Kamu faham tak Bukhary!” Mama membentak menghalang.
Aku semakin lemah. Hatiku
juga semakin tidak cekal menghadapi semua ini. Pertengkaran di antara Mama dan
Abang Bukhary makin membuatkan aku hilang semangat.
“Memang Bukh akan
buat laporan polis! Ini kes rogol. Bukh dah tak boleh tahan. Dah tak boleh
diam.” Kuat suara Abang Bukhary menengking.
Muka Mama nampak
pucat. Terkejut dengan reaksi Abang Bukhary yang selama ini sentiasa menurut
katanya. “Abah tak ada di sini sekarang. Abah dah amanahkan Maya pada Bukh,
jagakan Maya ganti tempat Abah. Jadi sebagai lelaki di dalam rumah ni, Bukh ada hak buat keputusan Mama.” Abang Bukhary bertekad.
“Keputusan apa?
Keputusan yang nanti akan buat kita sekeluarga malu. Itu yang kamu mahukan?
Mana mama nak letak muka ni?Dekat kaki ke...cuba kamu bagitahu pada Mama!”
Aku mencapai tangan
Abang Bukhary, menghalang dia dari terus
bertegang urat dengan mama. Abang Bukhary memandang wajahku. Aku menggeleng.
Isyarat agar Abang menurut saja kata Mama.
Abang Bukh mengetap
bibirnya. Menahan geram. Sesekali dia menyeka airmatanya. Ini kali pertama aku
lihat Abang Bukhary menangis sebegitu.
Mama mula melangkah
meninggalkan bilikku. Namun kata-kata Abang Bukhary menghalang langkah mama.
“Habis Mama tak malu
pula ada menantu seorang perogol! Mama gelapkan mata lepaskan pelakunya begitu
saja. Sebab Kak Long kan? Bukan mama tak tahu, Maya tak pernah mahukan semua
ni, Maya tak pernah rela....dia dipaksa, dia..dia dirogol mama.” Sebak suara
Abang Bukhary ketika menuturkannya.
“Mama sepatutnya
kasihan pada Maya, bukan pada menantu tak guna tu, bukan pada Kak Long.”
Teresak-esak Abang Bukhary.
Agak lama Mama terdiam.
Sebelum dia berpaling memandang aku. “Walau apa pun dia penyebab Kak Long
bercerai. Penyebab Kak Long menderita. Mama benci tengok muka dia. Wajah cantik
tu dah musnahkan keluarga kita. Sampai mati pun mama tak akan terima dia di
dalam rumah ni sebagai sesiapa pun.” Mama terus keluar meninggalkan aku.
Aku teringat pada
Abah ketika itu. Kalau ada Abah ketika ini, aku tak akan dibiarkan menderita
sebegini. Abah kebetulan perlu bekerja di luar negeri selama 6 bulan atas
urusan bisnes.
“Abang....Abah
mana?Panggil Abah balik boleh Abang...”
“Kita ke hospital ya
Maya...” Ujar Abang Bukhary.
Aku
menggeleng.“Jangan bang. Mama marah nanti. Maya tak nak sakitkan hati Mama
lagi.” Tuturku semakin lemah.
“Takkan Abang nak
biar Maya macam ni.” Abang Bukhary juga nampak buntu.
“Bukhary!” Panggil
Mak Wa yang ketika itu sedang berdiri di tepi tingkap.
“Itu kawan Mak Wa dah
sampai. Dia bidan. Pergi kamu sambut dia. Cepat.” Arah Mak Wa.
Pandangan mataku
semakin kabur. Aku tersedar ketika aku terasa pipiku ditampar perlahan.
“Bangun
nak...bertahan ya. Ingat ALLAH banyak-banyak. Insya
Allah selamat semuanya. Dengar cakap Mak Esah ya sayang.” Aku terdengar suara
seorang wanita di telingaku.
“Tarik nafas
perlahan-lahan, teran kuat...sekuat yang mampu. Jangan takut... Mak Esah ada si
sini..” Itu saja yang aku dengar sebelum aku bagaikan berada di dimensi lain
yang berbeza. Di mana kesakitan itu sudah tidak aku dapat rasakan lagi.
Tidak lama selepas
itu, suara tangisan bayi kedengaran. Terdengar sayup di telingaku sebelum suara itu menjadi semakin nyaring. Kepenatanku ketika itu
terasa hilang bila saja Mak Esah meletakkan seorang bayi kecil di dadaku. Begitu kecil. Mungkin sebesar dua telapak tanganku.
Aku tergamam.
Terpaku. Airmataku mengalir. Aku takut. Aku tak tahu untuk buat apa-apa ketika
itu. Aku hanya perhatikan bayi yang diselimut itu bernafas. Dadanya nampak
perlahan turun naik menyedut udara sepertiku.
Tatkala itu aku
tersedar ada nyawa baru yang hidup. Aku memandang Mak Wa dan Mak Esah silih
berganti.
Terdengar ketukan di
pintu. Aku menoleh. Aku nampak Abang Bukhary masuk. Dia mendekatiku. Wajahnya
juga sepertiku. Pucat. Kaku. Memandang ke arah jemari kecil yang seakan-akan
minta dipegang itu.
Abang Bukhary
memandang wajahku. “Maya tak nak dukung dia?”
Aku menelan liur. Aku
memandang lama si kecil itu. Aku tersenyum ketika melihat si kecil itu menguap.
Perlahan-lahan aku angkat tubuh kecilnya lalu aku dekatkan ke wajahku.
Perlahan-lahan aku
mencium pipinya. Terasa begitu lembut.
Kemudian beralih ke hidung kecilnya, kedua matanya yang tertutup rapat
dan akhirnya ke bibir kecilnya yang berbau wangi itu.
Airmataku mengalir.
Aku tak tahu mengapa tiba-tiba aku terasa yang aku sangat sayang pada si kecil
ini. Perasaan yang tulus lahir dari hati. Melihat tubuh kecilnya yang tidak
terdaya itu, aku rasa bersemangat untuk melindunginya walau pun sebelum ini,
ketika ia masih di dalam perutku, aku tidak pernah suka padanya. Tidak pernah
menghargai atau menanti langsung kelahirannya. Namun kini rasa itu berbeza.
Berubah sama sekali.
Aku memandang Abang
Bukhary. “Anak Maya....” Kataku. Abang Bukhary mengangguk. Perlahan dia mencium
ubun-ubun si kecil.
“Adam....Maya nak
namakan dia Adam.” Aku senyum. Pipi Adam aku cium lagi. Tak nak aku lepaskan
lagi. Aku memasang tekad untuk membesarkannya sendiri. Adam milik aku seorang.
Bukan sesiapa. Bukan Amran, lelaki tak guna tu.
Aku meletakkan Adam
di atas tilam. Dengan penuh berhati-hati. Abang Bukhary memegang jari-jemari
kecil Adam dan menciumnya perlahan.
“Mak Wa...tengok
comelnya dia kan. Terima kasih Mak Wa, Mak Esah sebab tolong Maya.” Aku memeluk
Mak Wa.
“Maya tu lemah lagi.
Jangan banyak bergerak. Tak apa Mak Wa ada...Mak Wa akan jaga Maya sepanjang
berpantang ya.” Mak Wa mengusap-usap rambutku.
Agaknya kalau ibu
kandung masih hidup, pasti aku dilayan sama seperti sekarang, sama seperti yang
dilakukan Mak Wa.
“Ma...Maya....”
Panggil Abang Bukhary.
Aku memandang
wajahnya.
“Kenapa Adam macam
tak bergerak langsung.” Wajah Abang Bukhary panik.
Aku mendekati Adam.
Perlahan aku memegang jari-jemarinya. Aku meletakkan tanganku di dadanya. Tiada
rasa degupan pun. Aku semakin panik. Lantas aku mendekatkan telingaku ke
dadanya. Tapi kenapa dada Adam tak turun naik macam tadi?
“Mak Wa....kenapa
dengan Adam ni?” Aku panik. Tangan aku menggigil memegang tubuh kecil itu.
Mak Esah mendekati
katil. Dia mendukung Adam. Aku lihat Mak Esah memegang kepala Adam, dadanya,
lehernya. Aku tak tahu apa yang sedang Mak Esah sedang lakukan, kerana aku
hanya berharap yang anakku tidak apa-apa.
Aku memandang Mak
Esah. “Adam baik-baik sajakan Mak Esah.” Aku minta kepastian.
Lama Mak Esah diam
sebelum dia memandangku. Perlahan Mak Esah menggeleng.
“Kenapa Mak Esah
menggeleng aje? Saya tanya anak saya baik-baik aje kan!” Aku mula meninggi
suara.
“Maya...” Panggil
Abang Bukhary.
Badanku terasa
menggigil. Aku rebah. Abang Bukhary dan Mak Wa sempat menyambutku.
“Adam.....”
“Msk Esah
tolong...tolong buat apa saja suruh Adam bangun. Saya rasa dia tidur lagi Mak
Esah. Adam nampak elok aje tu.” Pintaku. Aku menahan tangisan. Tidak percaya
dengan apa yang Mak Esah bakal katakan.
“Adam dah tak
ada...dah tak berdenyut jantungnya ni.”
Aku memandang Adam di
dalam dukungan Mak Esah. Aku terus mengambil Adam darinya. Perlahan-lahan aku
menepuk kakinya, berharap agar dia terjaga dari tidurnya.
“Adam....Adam...bangun
sayang. Ibu panggil ni.” Ujarku.
“Abang, kenapa Adam
tak nak bangun ni...” Aku memandang Abang Bukhary. Airmata sudah tidak dapat
aku bendung lagi.
Aku tidak percaya
yang Adam dah pergi tinggalkan aku. Belum sampai lima minit aku melihatnya
bernafas tadi, kini kenapa tubuhnya kaku?
“Tolong Maya.....”
Aku meraung. Merayu kepada semua orang yang ada dalam bilik itu.
Aku membuka mata
apabila aku terasa tubuhku digoncang. Aku memandang sekeliling. Kini aku tidak
lagi berada di bilikku. Aku memandang ke dua-dua belah tanganku yang sedang
menggigil. Lama aku memandang tanganku. Hatiku luluh bila aku perasan yang Adam tiada di atas tanganku.
Aku tidak dapat
menahan tangisan lagi. Teresak-esak aku menangis saat itu. Kesakitan yang aku
tidak mampu bendung lagi. Aku memegang dadaku menahan sakitnya jiwa menanggung
kesedihan itu sejak sekian lama.
“Maafkan ibu
Adam...maafkan ibu...Adam tak salah. Adam tak salah sayang.” Aku menangis
teresak-esak.
“Ariana.....” Aku
dengar namaku dipanggil seseorang. Aku menoleh. Wajah Adam nampak risau.
“Miss....are you
okay?” Tanya seorang pramugari yang kebetulan lalu.
Aku mengangguk. “Boleh
bagi saya segelas air.” Pintaku. Pramugari itu mengangguk sebelum beredar.
“You mimpi apa yang
sangat menakutkan, sampai you menangis begini?” Soal Adam, sepupu Firqin. Wajahnya
nampak gusar.
Aku menggeleng sambil
aku mengesat airmata di pipi. Terus aku buang pandangan ke luar tingkap. Tidak ada
mood untuk berbual.
“You rehat ya.”
Tambahnya yang memberi privasi kepadaku.
Sepanjang perjalanan
sehingga pesawat mendarat, Adam tidak lagi mengajak aku berbual. Cuma dia ada
menawarkan diri untuk membantuku membawa bagasi dan menghantarku pulang tetapi
aku menolak. Aku tak mahu nak susahkannya pula.
Selepas kami melepasi
pemeriksaan imegresen, aku mencapai bagasi. Meninggalkannya di belakang. Namun Adam
lebih pantas memintasku.
“Kakak Ariana....I hantar
balik ya. Nanti I suruh abang I hantar kakak ke rumah. Risau pula I biar akak
balik sorang dengan keadaan pucat macam ni. Nanti apa yang I nak cakap pada
Abang Kin bila dia tanya kenapa I biarkan akak macam tu aje.” Adam cuba
memujukku.
“Adam....” Aku cuba
memberi alasan. Namun Adam lebih cepat dariku.
“Kakak Ariana. Just
say yes boleh.” Dia mendesak.
Aku diam.
“I nak ke toilet
sekejap. You tunggu sini. Sekejap lagi my brother sampai.” Katanya sebelum
bergegas ke bilik air.
Aku tidak tunggu
lama. Aku terus berjalan untuk ke kaunter tiket KLIA Transit. Ketika aku sedang
mencari beg dompet di dalam beg sandangku, tiba-tiba aku dilanggar seseorang. Aku
tersadung ke depan. Aduh! Sakitnya.
Aku memandang ke arah
lelaki asing yang nampak tergesa-gesa itu. Dia hanya memohon maaf dan beredar
begitu sahaja. Perlahan-lahan aku cuba untuk bangun.
Aku terkejut
apabila aku lihat ada seseorang menghulurkan tangan untuk membantuku. Aku
beralih memandang ke arah wajahnya. Aku tidak mengenali lelaki itu. Aku bangun
sendiri. Tidak menyambut huluran tangannya.
“Awak okay Miss?”
Soalnya lembut.
Aku mengangguk. “Terima
kasih.” Balasku ringkas kepada lelaki yang berpakaian pejabat itu. Lelaki itu kemudiannya membantu mengutip barang-barangku
yang terkeluar dari beg sandang dan menghulurkan kepadaku. Dia juga membantu mengangkat
bagasiku.
“Thank you.” Ucapku
lagi sambil tersenyum.
“Welcome.” Dia membalas
senyumanku.
Aku terus beredar. Selepas
membeli tiket, aku sempat menoleh ke arah belakang. Aku perasan lelaki tadi
masih lagi memandangku. Aku menundukkan kepala. Tanda terima kasih sekali lagi
kepadanya.
"Miss...Miss tunggu sekejap."Panggil lelaki itu sambil dia mula berjalan mendekatiku.
Aku tiba-tiba rasa takut apabila lelaki yang tidak aku kenali itu cuba merapatiku. Dengar kadar segera aku melarikan diri dengan menyelit di celah-celah orang ramai yang sedang lalu lalang sebelum aku bersembunyi di sebalik tiang.
"Apa yang lelaki tu nak dari aku? Ish...tak nak cari pasal lagi lah." Aku berkata pada diri sendiri sambil mataku tidak lepas memerhatikan lelaki yang mengekoriku itu.