GOLD SUMMIT
GROUP. Aku
memandang ke arah bangunan pejabat itu. Aku tidak nafikan rekaan bangunan pejabat
klien kali ini kelihatan begitu gah dan berciri mewah.
“Pak Arab manalah yang punya ni kan.” Kataku kepada Aaron
yang berjalan seiringan denganku.
Aaron membukakan pintu masuk utama untukku. “Bukan Pak
Arab. Orang melayu Malaysia punya.”
“Wow! Impressive.
Orang melayu punya.” Tiba-tiba terbit riak bangga di dalam hatiku walau pun
bukan aku pemilik kepada kumpulan ini. Tumpang bangga kerana bangsa sendiri
mampu berdaya saing dengan bangsa lain. Malahan kumpulan ini mendapat beberapa
pengiktirafan bertaraf antarabangsa di dalam projek-projek pembangunan termasuklah di dalam bidang pembinaan, cari gali dan hartanah yang mempunyai beberapa cawangan di serata
dunia. Wow! Itu saja yang mampu aku katakan.
“I hanya nak ingatkan you yang klien kita kali ni
perangai dia susah ditafsirkan sikit. Jadi you hanya perlu bercakap bila rasa
perlu dan diarahkan saja. Boleh?”
Aku memandang Aaron. “Sukar ditafsirkan? Maksud you apa?”
Soalku sambil aku melangkah masuk ke dalam lif. Aaron menekan punat bernombor 12.
Aaron memandang ke arah sekeliling sebelum dia
mendekatkan wajahnya ke telingaku. “Frankly
speaking he is very rude and annoying.” Aaron berbisik di telingaku. Tidak
mahu orang lain di dalam lif tersebut mendengar kata-katanya itu.
“Really?” Aku mengangkat keningku.
“I tak kisah macam mana pun perangai dia as long as kita dapat projek ni. Mudah
aje prinsip I.” Ujarku. Dengan yakin aku melangkah keluar dari lif dan terus
menuju ke pejabat urusan Gold Summit
Group.
“I like that
confident.”
Puji Aaron.
“Selamat datang
ke Gold Summit Group.”
Kami
disambut mesra oleh dua orang penyambut tetamu wanita yang cantik jelita bak pramugari yang sudah
bersiap sedia berdiri mengalu-alukan kedatangan kami. Beberapa staf lain juga
turut melemparkan senyuman dan mengucapkan selamat datang kepada kami.
‘Hospitaliti yang sangat bagus.’ Pujiku di dalam hati.
Pasti mereka semua ini telah dilatih untuk menghormati
dan meraikan tetamu. Sangat bagus. Barulah mencerminkan budi bahasa, budaya
orang Malaysia. Tiba-tiba terbit di dalam benakku macam tak percaya pula Aaron
kata yang pemilik kumpulan ini bersikap kurang ajar dan menjengkelkan sedangkan
pekerjanya semuanya ramah belaka. Khabar angin aje kot. Biasalah golongan VIP
seperti mereka kan sentiasa dihimpit kontroversi dan fitnah. Adat permainan
dunia korporat. Aku membuat andaian.
Kami di bawa ke sebuah bilik mesyuarat yang bersaiz sederhana
besar yang terletak di sebelah bilik CEO kumpulan ini yang aku kira boleh
memuatkan enam hingga sepuluh orang itu. Bilik mesyurat berkonsepkan minimalis
ini menarik perhatianku. Nampak ringkas tetapi elegen. Mungkin sesuai dengan jiwa Si Pemilik bilik
ini agaknya.
Aku terus menghidupkan komputer riba yang aku bawa
bersama dan bersiap sedia untuk membuat pembentangan. Aku meletakkan booklet tentang konsep dan idea rekaanku
yang bakal aku bentangkan di atas meja pengerusi. Ketika aku
berpaling ke arah skrin putih di
hadapan, aku terdengar seseorang melangkah masuk dan memberi salam.
“Assalamualaikum. Selamat pagi.” Suara lelaki memberi
salam.
Aku menoleh ke arah suara itu. “Waalaikumusalam.” Aku
menjawab bersama sebuah senyuman.
Namun senyumanku itu hanya hidup untuk sesaat saja. Mati
apabila mataku menangkap wajah orang yang memberi salam tadi.
Aku terkedu. Kaku. Otakku bagaikan tiba-tiba berhenti
berfungsi. Mataku masih tidak lepas memandang wajah lelaki itu.
“Saya Amar Taufiq. CEO
Gold Summit Group. Silakan duduk.” Suara lelaki itu kedengaran jelas di
telingaku.
Aku bagaikan masih bermimpi. Tidak percaya dengan realiti
yang sedang aku hadapi. Aku masih lagi berdiri dan memandangnya yang lengkap
berkot itu.
“Ya Allah...kau kuatkanlah hatiku.” Rintihku.
“Have a seat.” Katanya lagi. Matanya
membalas pandangan mataku. Tajam.
Aaron menarik lengan kemejaku. Mengisyaratkan aku untuk
duduk. Wajah Aaron nampak gusar. Pasti dia cemas kerana takut tidak dapat
memiliki projek besar ini.
“Alright Mr.
Aaron and partner, can you two start the presentation please?” Pinta Taufiq. Suara keras
bernada angkuh itu memberi arahan.
Aaron bingkas bangun dan terus memulakan perbentangan.
Aaron menjelaskan tentang latar belakang, konsep, idea yang lebih kepada
memperkenalkan apa yang ditawarkan oleh By
Aaron Furniture. Selebihnya tentang rekaan-rekaan perabot akan diserahkan
kepadaku. Aku setenang mungkin cuba berlagak tiada apa-apa yang pernah berlaku
di antara kami. Aku cuba bersikap profesional. Aku juga rasakan Taufiq juga
begitu dalam soal kerjaya. Namun gagal. Renungannya itu mengusarkan hati aku.
“Now I past to
my designer, Miss Maya to present about the designs.” Ujar Aaron yang membuatkan aku menelan
liur.
Aku tiba-tiba jadi menggelabah. Hilang segala perancangan
di dalam kepala. Aku seakan-akan terlupa apa yang harus aku bentangkan.
“You ada masalah ke Cik Maya? Jangan cuba buang masa I please.” Taufiq memandangku tajam sambil
dia menyelak helaian kertas di hadapannya.
“Err....err...sorry
about my design apa yang Encik Amar lihat di atas skrin dan di dalam booklet yang saya sertakan...”
Tergagap-gagap aku memulakan perbentangan.
“Taufiq, bukan Amar.” Lelaki itu tiba-tiba mencelah.
Wajah sombongnya dipamerkan. Tiada secalit senyuman pun di wajahnya.
“Sorry...Encik
Taufiq.” Aku
memperbetulkan walau pun aku tahu tiada silap pun di situ kerana dua-dua nama
itu tiada bezanya pun.
Aku meneruskan perbentangan. “Untuk rekaan perabot bagi
Gold Summit Hotel and Resort, saya telah sediakan tiga konsep rekaan iaitu Futureristic, Moden Kontemporari dan Elegent
White. Ketiga-tiga rekaan ini saya reka merujuk kepada permintaan yang
pihak Gold Summit mahukan.” Terangku.
“You pasti ke rekaan yang macam ni yang I mahukan? You
yakin?” Soalannya itu membuatkan aku terdiam.
“Mr. Aaron...I rasa I nak berbincang berdua dengan Cik
Maya tentang rekaan ini. Boleh I minta kebenaran you untuk keluar dulu.
Atau...lebih baik you balik aje. Apa-apa nanti I akan inform. Don’t worry friend.”
Permintaan lelaki itu membuatkan aku menelan liur sekali lagi.
Aku memandang ke
arah Aaron yang nampak serba salah. Aku memberi isyarat kepadanya agar tidak
meninggalkan aku di dalam bilik ini hanya berdua dengan ‘harimau kumbang
jantan’ yang bila-bila masa saja akan menerkamku itu.
“Sure Mr.
Taufiq.”
Aaron bangun dan mengemas barang-barangnya.
“I see you
later. Do your best. I'm depending on you.” Aaron sempat berbisik kepadaku.
Sejurus saja Aaron menutup pintu bilik mesyuarat itu, aku
terdengar suara orang ketawa yang sangat menjengkelkan aku.
“Oh Maya. I tak
sangka dapat jumpa you lagi.” Taufiq tersenyum sinis. Dia menutup booklet di hadapannya dan dilemparkan ke
arahku. Biadap! Kutukku di dalam hati.
“How are you, my
dear Maya?”
Taufiq meletakkan kedua-dua belah kakinya di atas meja.
Aku tidak menjawab. Aku kembali duduk dan berpura-pura
mencari sesuatu di dalam komputer riba.
“You takut ke tinggal berdua dengan I?” Dia bangun untuk
mendekatiku.
Aku lebih pantas
mengemas barang-barangku untuk segera beredar dari sana.
“You nak lari ke?” Dia seakan-akan mengejekku.
“I nak balik. I minta kita tunda mesyuarat ni. I akan inform pada Aaron untuk tukar designer lain untuk pembentangan akan
datang. Sebab I tahu you tak nak bekerjasama dengan I.” Kataku ringkas.
Taufiq ketawa lagi. “Apa punya pekerja you ni, bos you tu
mengharap untuk projek ni tapi you senang-senang aje tarik diri macam ni.” Dia
duduk di atas meja betul-betul di sebelahku.
Taufiq memeluk tubuhnya. Matanya masih ke arahku. “You
tak tahu ke Aaron banyak berhutang. Kalau dia tak dapat projek ni, syarikat dia
akan bungkus. Bila dah bungkus, mana dia nak cari duit untuk kos rawatan anak
dia yang sakit leukimia tu. Kalau itu terjadi
ini semua disebabkan you. Salah you. Tak kesian ke dekat Aaron. Kejam kan you
ni?” Taufiq berpura-pura menggeleng kesal.
“You ni memang ada masalah mental.” Aku tidak
berselindung lagi. Tidak mampu untuk berlakon berpura-pura tenang lagi di
hadapan orang yang biadap sepertinya.
Tiba-tiba Taufiq ketawa bagaikan baru mendengar sebuah
kisah lucu. “You tak sedar ke I sakit otak disebabkan siapa? Bukan you ke yang
jadikan I macam ni?”
Aku malas mahu melayan kerenah lelaki ini lagi. Aku
mengangkat barang-barangku untuk beredar. Namun Taufiq lebih pantas menarik
lenganku.
“Lepaslah!” Bentakku.
Dia masih lagi mencengkam lenganku. “Oh ya. I lupa
sebenarnya I perlu berterima kasih pada you. Kalau bukan kerana you yang suruh
I belajar sungguh-sungguh masa sekolah dulu, I tak akan berjaya macam ni. Tapi itu
kerana I memang dah pintar. You hanya buat satu ehsan saja pada I dan yang selebihnya
you banyak sakitkan dan lukakan hati I.”
“Sampai bila you nak berdendam dengan I Taufiq? I dah
berkali-kali minta maaf.” Ujarku seakan memujuknya.
Dia menarik lenganku untuk duduk semula. Taufiq menarik
kerusi di hadapanku dan duduk berdepan denganku. Dia meletakkan kedua-dua belah
tangannya di atas tempat letak tangan kerusi yang aku duduki. Menghalang aku
dari bangun.
“Dendam?” Dia menyoalku kembali.
Aku tidak selesa apabila Taufiq terlalu dekat denganku. Hanya
kami berdua di dalam bilik ini. Ini tempatnya. Dia boleh sesuka hati melakukan
apa saja yang dia suka. Itu yang terfikir di benakku ketika itu.
“Apa yang I rasa lebih dari dendam. Rasa dikhianati oleh
orang yang paling dipercayai rasanya paling sakit sekali.” Tajam matanya
menusuk hatiku.
“Tepi Taufiq. I nak balik.” Aku cuba bangun tetapi Taufiq
bertindak kasar dengan menolak kedua-dua belah bahuku ke belakang.
“I belum habis cakap lagi! You tak akan keluar dari
tempat ni selagi I tak benarkan.”
“Hei! You ni gila ke apa!” Aku sudah mula hilang sabar
dengan kelakuan biadapnya yang berani menyentuhku sesuka hatinya sahaja.
Taufiq mengangkat kedua-dua belah bahunya. Wajahnya langsung
tiada riak bersalah kerana mengasariku. “Lapan tahun Maya I pendam rasa. Dendam
dan rasa benci pada you. I tak sangka I akan dikhianati oleh perempuan murah
macam you. Yang tak ada maruah, sanggup serah harga diri macam tak ada nilai langsung.” Hinanya.
Pang! Aku menampar pipi kanannya. Hinaannya itu
benar-benar membuatkan hatiku mendidih. Dia tak ada hak nak hina dan melabelkan
aku sebegitu sekali. Taufiq bertindak lebih agresif dengan mencengkam tanganku.
Dia sempat tersenyum sinis. “How dare you? Berani you letakkan tangan you di muka I? You dah
salah pilih musuh Maya. Orang semurah you tak layak sentuh I sedikit pun.”
Semakin kuat Taufiq mencengkam lenganku.
Aku menahan sakit apabila diperlakuan begitu olehnya. Aku
cuba menahan airmataku dari mengalir. Aku tidak mahu kalah dan nampak lemah di
hadapan lelaki seperti Taufiq. Aku sedar aku pernah menyakitinya tapi itu tak
bermakna dia boleh menghinaku sesuka hatinya.
“You tak ada hak untuk hina I.” Jawabku berani. Membalas pandangan
matanya.
Taufiq mengetap giginya. Wajahnya nampak bengis. “Rasa
sakit you tampar I tak setanding dengan rasa sakit yang you tinggalkan di hati
I Maya. I nak buat you rasa bersalah seumur hidup. I akan buat hidup you hancur
macam you buat pada I.”
Aku ketawa. Bagaikan baru mendengar sebuah kisah lucu
darinya. “You persendakan I?” Taufiq mencengkam daguku. Memaksa aku untuk
memandang wajahnya. Aku menolak tangannya.
“Hidup I memang dah hancur. Buatlah apa yang you nak buat
Taufiq, tak jadi kudis kepada I pun. Balaslah sebanyak mana dendam you pada I. Kalau
itu yang boleh buat you puas hati.” Ujarku tepat kepadanya. Aku terus menolak
tubuhnya dariku. Aku menuju ke pintu untuk keluar.
Aku tersentak apabila Taufiq menarikku ke belakang dan
menghempaskan tubuhku di dinding. Wajahnya nampak begitu bengis. Tajam matanya
menikamku bagaikan mahu ditelannya aku hidup-hidup. Aku terkesan ada air di
peluput matanya. Aku cuba menolak tangannya dari terus menekan bahuku.
“Lepaskan I Taufiq. I jerit nanti you juga akan malu.” Lawanku
berani.
“Jeritlah! Tak akan ada sesiapa berani masuk. Ini tempat
I dan kalau I nak apa-apakan you pun tiada siapa yang akan dengar.” Taufiq
terus menolakku masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia mengheret aku untuk ikut
masuk ke dalam ruangannya. Mulutku diterkup. Aku cuba melawan dengan
memukul-mukul dadanya. Airmataku sudah merembes keluar.
Aku takut Taufiq akan mengapa-apakan aku. Taufiq menghempaskan
tubuhku ke atas sofa di dalam biliknya. Aku semakin gementar bila aku lihat
Taufiq membuka kot yang tersarung di tubuhnya. Tanpa aku pinta ingatan lalu
kembali menghantuiku. Aku seakan-akan ternampak Amran di hadapanku. Aku jadi
panik. Ketakutan yang aku rasakan ketika itu tiada tandingannya.
“Kalau I buat apa yang Bukhary dah buat pada you pun sama
saja harga diri you tak akan berubah sedikit pun. Tetap murah.” Taufiq
mendekatiku.
Aku tersesak-esak menangis. “Maya merayu jangan apa-apa
kan Maya. Tolonglah Abang Am...” Aku melutut di lantai memohon dari Abang
Amran. Namun lelaki itu bertindak berani dengan memegang kedua-dua belah
tanganku. Rayuanku langsung tidak diendahkannya. Tangisanku semakin lebat tidak
merelakan diriku disentuh oleh lelaki itu.
“Maya! Maya!” Aku terasa bahuku digoncang kuat. Aku tidak
mengendahkan suara yang memanggilku itu. Aku terus meronta-ronta untuk
melepaskan diri. “Tolong jangan apa-apakan Maya Abang. Maya merayu.” Rintihku.
“Maya...Maya kenapa dengan you ni? Sedar. Ini I Taufiq.” Aku
semakin agresif untuk melepaskan diri. Ketakutan yang aku rasakan ketika itu
benar-benar membuatkan seluruh tubuhku menggigil. Aku memukul-mukul Taufiq yang
aku nampak ada bayangan Amran padanya.
Taufiq memegang kedua-dua belah tanganku dari terus meronta-ronta
dan terus memukulnya. Taufiq memelukku dari belakang. “Bertenang Maya. Calm down.” Suaranya memujuk cuba
menenangkan aku.
Aku mula tersedar pada realiti apabila aku terlihat
wajahku di dalam cermin di hadapanku. Tiada Abang Amran di situ. Aku terlihat
wajah Taufiq yang ketika itu baru aku perasan dia sedang memeluk tubuhku. Aku melepaskan
diriku dari tangannya. Aku berpusing menghadapnya. Dengan penuh rasa benci aku
menampar kedua-dua belah pipinya dengan sekuat hati. Yang peliknya Taufiq
langsung tidak membalas ataupun mengasariku seperti tadi.
Wajahnya berubah. Tidak sebengis tadi. Matanya tidak
lepas dari memandangku. Dia kelihatan tercengang. Bagaikan baru tersedar akan
sesuatu pada diriku.
“Maya...apa yang berlaku sebenarnya? You meracau apa
tadi.”Bergetar suaranya ketika
menuturkan soalan itu.
“Shut up!” Teriakku.
“Jangan buat I dalam tanda tanya lagi Maya. Please!” Taufiq menengkingku.
Aku rasa lemah. Airmata terus merembes keluar bagaikan
tidak mahu berhenti. Aku cuba menghentikan tubuhku dari terus menggigil. Tapi gagal.
“I benci you! Benci Taufiq! You sampah. Tak guna. Sama aje
dengan semua lelaki lain! Jahat. Suka ambil kesempatan pada perempuan! ” Aku
memaki hamunnya.
Aku mengundur apabila Taufiq cuba mendekatiku. “Maya....”
Panggilnya lembut.
“Kenapa? Salah ke apa yang I cakap tadi? You pun nak
rogol I jugak?” Aku mengesat airmata di pipiku.
Taufiq nampak terkejut. Bibirnya nampak menggigil menahan
sesuatu. Matanya berair. “Oh...Maya...” Taufiq hilang kata-kata.
“Jangan dekat dengan I!” Arahku.
“Maya...Maya...kenapa? Kenapa sekarang baru you luahkan? Kenapa tak berterus terang pada
I lapan tahun yang lalu?” Taufiq mula beremosi.
Aku melelapkan kedua-dua belah mataku. Cuba menyuntik
kekuatan. Aku mengangkat beg tanganku. Mahu keluar dari tempat tu.
“Maya I am
sorry....”
Ucap Taufiq namun aku lebih pantas memotong.
“Shut up! Don’t
say anything more.I
tak akan explains apa-apa pada you.”
Marahku.
“Maya, Maya tunggu. Tolong jelaskan pada I apa yang dah
jadi sebenarnya.” Taufiq memanggilku.
Aku tidak mengendahkannya. Setelah mencapai
barang-barangku, aku terus beredar dari pejabat yang tidak akan aku jejaki lagi
buat selamanya itu termasuk juga pemiliknya. Aku tak nak lihat wajah itu lagi
sampai bila-bila.