Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,076,274
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 13 - Cemburu atau marah?

“Abang please...not this time. Please...” Rayuku kepada Abang Bukhary.

Aku tidak bersedia untuk memperkenalkan mereka berdua. Lagipun Firqin bukan sesiapa kepada aku dan aku tidak perlu membawanya bertemu dengan Abang Bukhary. Aku tak mahu masalah ini bertambah lebih rumit. Namun Abang Bukhary masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Matanya masih bertembung dengan Firqin di luar. Firqin juga tidak mahu mengalah. Dia memberi isyarat kepadaku supaya segera keluar bertemunya.

“Abang percayalah dia bukan sesiapa pada Maya. Abang tak perlu risau. Jadi boleh Maya jumpa dia. Kita jumpa lagi esok okay.” Aku seakan merayu agar Abang Bukhary membenarkan aku untuk keluar.

“Maya yakin dia bukan sesiapa untuk Maya? Abang tak rasa macam tu. Abang nampak dia ni anggap Maya lebih daripada sesiapa. Lelaki ni sukakan Maya kan?” Abang Bukhary masih tidak mahu mengalah.

Aku melepaskan keluhan. “Abang tolong. Jangan besarkan hal ni. Maya jumpa Abang malam ni ya. Bye.” Aku terus bangun dari kerusi.

Aku tersentak apabila aku rasakan tanganku dipegang. Aku menoleh. Aku memandang Abang Bukhary. “Abang please...”Aku rasa tidak selesa apabila tiba-tiba Abang Bukhary bertindak begitu. Agak lama dia memegang tanganku. Wajahnya nampak resah.

Abang Bukhary melepaskan tanganku. Kita jumpa malam ni ya.” Katanya sebelum dia melangkah pergi. Rasa bersalah terhadapnya kembali di dalam diri. Adakah Abang Bukhary masih tidak dapat meluputkan perasaannya terhadapku? Aku menoleh memandang bahagian belakangnya.

Firqin dan Abang Bukhary bertembung di pintu keluar. Agak lama mata mereka bertembung sebelum Abang Bukhary bergerak ke tepi dan terus keluar. Aku memandang kelibat Abang Bukhary melintasi jalan sebelum dia hilang ke dalam perut kereta.

“Lamanya tenung. Boleh tembus kaca tu.” Suara seseorang menyampuk di belakang mengganggku konsenterasiku.

Aku menjelingnya sebelum turut melangkah keluar.

“Apa salah saya awak jeling macam tu?” Firqin mengekoriku.

Aku terus ke kaunter bayaran untuk menjelaskan bil.

“Saya belum makan lagilah. Awalnya awak bayar bil.” Lelaki itu menyampuk lagi.

Aku masih lagi tidak mengendahkannya. Selepas saja urusan di kaunter, aku terus keluar. Aku cuba berlagak selamba walau pun sebenarnya di dalam aku aku rasakan jantungku bakal gugur bila-bila masa saja. Pasti Firqin bengang kerana aku mempermainkannya.

Aku terkejut apabila tiba-tiba lenganku di tarik dari arah belakang. “Apa salah saya pula kali ni?” Lelaki itu menyoalku. Wajahnya serius.

“Lepaskan saya Encik Firqin.” Kataku.

“No. I won’t, until you tell me what I’ve done. No...actually what’s wrong with you?” Dia masih tidak berpuas hati.

“Lepaskan I.” Ulangku. Namun Firqin masih lagi tidak mahu melepaskanku.

“Awak nak saya jerit kat sini ke baru awak lepas!” Aku mula meninggikan suara.

Firqin memandangku tajam. “Jeritlah! Jadi saya boleh beritahu semua orang yang awak dah permainkan saya. Kenakan saya. Persendakan saya. Saya nampak semua tadi Maya macam mana awak kenakan saya macam orang bodoh lepas tu awak ketawa dengan lelaki tu!”

Aku terkejut apabila ditengking sebegitu. Ini kali pertamanya selepas kejadian di Auckland. Bagaikan Firqin yang aku jumpa di sana telah kembali. Lelaki ini berbeza dengan Firqin yang berbual denganku yang penuh dengan senyuman seperti tiga hari yang lalu.

“Saya minta maaf. Tapi itu saja cara saya untuk mengelak dari awak.” Aku berterus terang. Bagus juga lelaki ini marah kepadaku. Jadi aku tidak perlu memikirkan cara supaya dia menjauhiku.

“Tapi kenapa Maya? Kenapa awak perlu buat macam tadi? Buat saya ni nampak bodoh sangat di mata awak dan lelaki tu?” Soalnya yang seakan berjauh hati denganku.

Agak lama aku terdiam sebelum aku menjawabnya. “Sebab saya tak suka awak. Saya tak nak jumpa awak.”

Firqin tiba-tiba ketawa. Aku pelik dengan reaksinya yang tiba-tiba itu. Aku tidak rasa kata-kata aku tadi kelakar. Aku tidak buat lawak.

“Saya rasa bodoh sangat sekarang ni. Berkejar balik dari tempat kerja, tak balik rumah dan terus ke sini sebab saya ingat janji dengan awak. Sampai sini saya nampak awak gelak ketawa, bertepuk-tampar, siap suap-menyuap lagi dengan lelaki lain. Bila saya call, awak persendakan saya. Awak ingat saya ni siapa Maya? Awak anggap saya ni sebagai siapa? Orang bodoh yang kata ‘saya sukakan awak’ dan sebab tu awak boleh mempersendakan perasaan saya?”

Aku hampir menangis mendengar kata-katanya itu. Aku tidak bemaksud untuk menyakiti hatinya. Aku sendiri sebenarnya tidak sampai hati untuk menolak perasaannya. Tapi aku terpaksa buat cara seperti itu agar Firqin sedar yang aku sebenarnya tidak sesuai dengannya. Namun apabila aku melihat dirinya yang kecewa seperti itu, aku jadi tidak sampai hati. Wajahnya nampak sugul, nampak letih. Aku bertambah kasihan melihatnya.

“Saya minta maaf Firqin. Saya...” Ucapku namun dia lebih pantas memotong.

“Senang saja awak minta maaf tanpa beri penjelasan.” Tajam matanya memandangku.

“Lelaki tadi tu abang saya. Saya minta maaf saya persendakan awak. Buat perasaan awak terguris, buat awak marah. Saya dah cakap kepada awak sebelum ni yang kita berdua tak sesuai. Saya hargai perasaan awak pada saya dan saya tak ada niat langsung nak persendakan perasaan awak Firqin. Tapi saya tak boleh terima perasaan awak tu. Maafkan saya. Sekali lagi.” Aku berharap lelaki itu boleh menerima keputusanku itu.

Rintik-rintik hujan mula membasahi bajuku. Aku memandang ke arah langit. Gelap menandakan hujan bakal turun bila-bila masa saja. “Saya pergi dulu.” Pintaku. Namun lelaki itu masih diam kaku di hadapanku.

“Saya belum habis cakap lagi.” Serius suara Firqin sebelum dia menarik tanganku masuk semula ke dalam kafe tadi.

“Firqin!” Aku tidak jadi memarahinya apabila aku terkesan ada dua tiga orang di dalam kafe itu sedang memandang ke arah kami.

“Hujan kat luar tu. Rasanya lebih baik kita duduk dan awak temankan saya makan.” Kata lelaki itu.

Aku hanya memandang dia menghabiskan sarapannya tanpa sepatah kata di antara kami. Aku perasan wajahnya nampak letih. Matanya nampak lesu akibat kekurangan tidur. Aku menghulurkan tisu kepadanya apabila aku terkesan ada kesan coklat di tepi bibirnya.

“Saya ingat awak nak lapkan untuk saya macam awak buat dengan lelaki tadi.” Firqin masih lagi bersuara mendatar.

“Abang Bukhary. Dia abang saya.” Terangku.

Firqin hanya sekadar mengangkat bahunya. ‘Dia tak nampak macam abang awak di mata saya.”

Aku diam. Malas mahu berbahas lagi. “Awak boleh cepat makan tak? Saya banyak kerja lagi ni.”

“Hujan kat luar tu. Kita tak ada payung. Basah awak nanti. Saya minta awak teman sekejap aje sampai saya habis makan.” Dia mencapai gelas berisi air oren di hadapannya.

Aku membuang pandangan ke luar. Memandang ke arah hujan lebat yang entah bila akan reda itu.

“Saya ni teruk sangat ke di mata awak? Saya ni tak layak ke nak berkawan dengan awak?” Soalnya tiba-tiba.

Aku menelan liur. Lidahku kelu untuk berkata-kata. Hanya mataku saja yang berani memandangnya.

“Awak mungkir janji kita. Kita janji nak jumpa hari ni kan.” Dia mengeluarkan kotak yang aku beri kepada Azam dan kunci motorsikalku di atas meja.

“Kerana ini saya tergesa-gesa ke sini. Tak sempat tidur pun. Dah macam panda rasanya mata ni.”

“Saya mengaku saya salah. Saya mungkir janji dulu. Tapi rasanya kita dah tak berhutang di antara satu sama lain lagi. Sekali lagi dengan ikhlas saya benar-benar minta maaf. ” Aku mencapai kunci motorsikalku.

Firqin mengambil kunci itu dari tanganku. “Ada. Awak masih berhutang satu benda lagi dengan saya.”

Aku memandang matanya. “Apa lagi Encik Firqin?”

“Awak berhutang penawar untuk luka yang awak hiris di hati saya.” Kata-katanya itu membuatkan bulu romaku meremang.

Adakah begitu serius perasaannya terguris kerana perbuatanku tadi. Semakin menjadi-jadi rasa bersalahku terhadapnya.

“Awak rasa awak boleh jelaskan hutang yang ni pada saya?” Soal lelaki itu lagi. Matanya tidak lepas memandang wajahku.

“Apa yang perlu saya buat supaya saya dapat rawat luka yang tu?” soalku.

Dia tersenyum. Buat pertama kalinya untuk hari ini. “Dengan cuba menerima saya di dalam hidup awak. Membuka pintu hati awak untuk mengenali saya dan beri saya peluang mengenali siapa awak. Kalau awak setuju dengan syarat ini, saya akan maafkan kesalahan awak. Dengan sepenuh hati.”

Agak lama aku berfikir untuk membuat keputusan bagi permintaannya itu. “Awak ni memang betul-betul suka pada saya ya?”

Firqin senyum sebelum dia mengangguk. “Alhamdulillah awak dah sedar juga akhirnya.” Dia ketawa.

Yes Maya...saya suka pada awak. Kalau tidak takkan lah lelaki yang dah berumur 30 tahun ni buat kerja gila macam ni. Saya berani mengaku sebab saya kenal perasaan saya. Satu aje saya minta awak boleh beri peluang pada kita berdua?”

Agak lama aku diam sebelum aku mengangguk. “Okay saya setuju.” Kataku.

“Yes!” Melebar senyumannya.

“Tadi bukan awak marah saya ke? Sekarang awak boleh senyum dan ketawa pulak?” Soalku pelik dengan emosinya yang sekejap-sekejap berubah itu.

Dia ketawa. “Tadi tu saya berlakon aje lah. Hebat tak lakonan saya? Kalau tak awak takkan setuju nak kawan dengan saya kan.”

Aku terkedu seketika. Termakan dengan lakonannya. Firqin! Jeritku di dalam hati.

Thank you Maya. Very much. Nampaknya saya dah boleh tidur lena balik ni.” Dia ketawa lagi.

Aku ketawa melihat reaksinya. Dia nampak sangat teruja. Bagaikan hilang terus kemarahannya tadi. Wajahnya nampak berseri-seri dengan senyumannya. Aku harap keputusanku kali ini betul dengan memberinya peluang mengenali diriku. Mungkin benar kata Farhin yang Firqin adalah jodohku dan aku tidak patut menutup pintu hatiku untuk mengenali dirinya. Mungkin dia ikhlas menyayangiku dan boleh memberikan kebahagiaan kepadaku dengan menerima diriku seadanya.

“Errr...Maya satu aje lagi soalan saya yang saya minta awak jawab boleh?” Pintanya.

“Tentang apa?”

“Betul ke lelaki tadi abang awak? Tak seiras pun.Tapi kenapa dia hensem sangat, buat saya rasa tak selesa. Buat saya rasa terancam.”

Aku ketawa mendengar kata-katanya itu.

“Terancam? Apa yang awak cakap ni Firqin. Tapi betul kata awak tu, dia memang hensem. Saya pun rasa macam tu.” Aku masih lagi ketawa.

“Yalah. Maksud saya dia tak nampak macam abang awak dengan wajah kacak yang macam tu. Tajam mata dia pandang saya tadi. Macam ajak bergaduh aje. Betul ke dia abang awak?” Wajah Firqin nampak resah.

“Ya Alllah...betullah. Saya dah cakap tadi kan.” Kataku.

“Tapi abang adik boleh pegang tangan macam tadi tu er? Dia pandang awak pun lain macam aje. Muka pun tak ada seiras langsung.” Firqin memberikan pendapatnya.

‘Adakah lelaki ini sudah belajar untuk rasa cemburu?’ Aku menyoal di dalam hati.

“Abang Bukhary tu abang angkat saya. Saya dah kenal dia sejak dari umur sepuluh tahun tahun lagi. Saya dah anggap dia macam abang kandung sendiri awak.” Jelasku.

Aku nampak dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. “Saya tak rasa dia anggap awak sebagai adik. Abang awak tu sukakan awak kan?” Soalannya membuatkan aku terdiam.

“No.”Aku berpura-pura ketawa. “Apa yang buatkan awak fikir macam tu?”

Dia mengangkat bahunya. “My instinct tell me. Tapi okay lah kalau awak dah cakap macam tu.”

Hujan di luar mulai reda. Aku meminta izin darinya untuk kembali ke pejabat. Dia mahu menemankan aku hingga ke pejabat. Ketika kami sedang menunggu di garisan zebra untuk melintas, Firqin mengemukakan satu lagi permintaan.

“Maya...boleh awak tunaikan satu lagi permintaan saya. Kecil saja. Jangan risau.” Dia tersenyum lebar.

“Ya Encik Firqin. Apa lagi tu?”

“Boleh awak bawa Maya yang di Auckland dulu tu kepada saya? Maya yang happy go lucky, yang kelakar, yang nakal dan selalu mengusik saya tu.” Firqin memandang ke arah wajahku. Matanya bersinar-sinar.

Aku ketawa mendengarnya. Perlahan aku mengangguk. “Maya yang itu cuti. Tapi saya janji akan bawa dia balik mulai esok.” Balasku. Cuba memulakan gurauan dengannya.

“Janji tau. Kata kat dia saya rindu Maya yang tu.” Tambah Firqin.

“Ada-ada aje awak ni.” Aku terus berjalan untuk melintas.

Ketika itu juga sebuah kereta tiba-tiba melintas di hadapanku. Sepantas kilat aku terasa lenganku di tarik ke belakang. Badanku terpusing. Firqin melindungiku dari terkena percikan air dengan belakang badannya. Kami berdua basah juga terkena percikan air dari tayar kereta itu. Aku memejam mataku kerana terkejut. Kemudian perlahan-lahan aku membuka mataku. Jantungku berdegup pantas bila aku terasa ada tangan yang memegang bahuku. Aku memberanikan diri memandang matanya. Lama kami berdua saling berpandangan. Tanpa aku pinta, satu perasaan aneh menyerap masuk ke dalam hati. Aku jadi gementar. Aku cuba menidakkan perasaan itu.

Firqin melepaskan tangannya dariku. Aku membetul-betulkan rambutku yang basah terkena air tadi. Aku mengesat kesan air di wajahku. Aku terpana apabila lelaki itu mengelap rambutku dengan sapu tangannya. Aku memandang wajahnya. Dia senyum ke arahku sebelum meletakkan sapu tangan itu di dalam tanganku.

“Lap kering-kering rambut tu. Jangan lupa tukar baju. Selesema nanti susah. Susah untuk awak jumpa saya dan lagi susah untuk saya jumpa awak nanti.”

“Susah bila saya rindu kat awak nanti.” Katanya perlahan namun telingaku masih dapat menangkap kata-katanya itu. Aku tersenyum.

Dia menghantarku hingga ke depan pintu pejabat. “Cuba rindu pada saya tau!.” Kata-katanya itu mencuit hatiku.

Dia melambai-lambai ke arahku sehinggalah aku masuk ke dalam. Aku mengintai dari celah-celah tingkap dari bilikku dan aku lihat dia sedang menuju ke keretanya bersama sebuah senyuman yang lebarnya hingga ke telinga.

“Jumpa malam ini. First date kita. Jadi untuk nampak hensem malam ni saya kena tidur. Kena rehat barulah terserlah kekacakan saya nanti.” Itu katanya tadi sebelum dia beransur pergi. Hai... kalau beginilah sikapnya setiap hari pasti hari-hariku akan lebih ceria dengan senyuman dan gelak ketawa. Aku sudah bulat membuat keputusan untuk cuba menerima dirinya dan juga membuka peluang untuk diriku untuk mencari kebahagiaan yang mungkin bakal aku temui di dalam dirinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.