Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,076,266
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 20 - Dia kecewakan aku

Aku memandang ke arah telefon bimbitku dengan penuh rasa bimbang. Sejak sejam yang lalu sudah berpuluh-puluh kali aku cuba mendail nombor telefon Firqin namun tidak berjawab. Entah ke mana lelaki itu pergi agaknya? Hari ini hari Sabtu iaitu hari yang dijanjikan kami berdua untuk berjumpa untuk membantu Akmal dan Norzie melangsaikan hutang mereka. Aku mengerling ke arah jam di tanganku yang menunjukkan jarum ke angka 1.00 petang itu.

Sepatutnya aku dan Firqin ke rumah Norzie pada pukul 10.00 pagi tadi kerana itu waktu sebenar yang dijanjikan untuk kami memberikan wang kepada Akmal. Aku tidak boleh duduk diam. Aku sudah tidak ingat entah berapa kali aku mundar-mandir di ruang tamu itu.

“Kenapa dengan Firqin agaknya? Tak mungkin dia lupa pada janji kami?” Aku berkata sendiri.

Aku cuba membuang jauh segala andaian dan anasir buruk tentangnya kerana tidak mungkin lelaki sebaiknya akan mungkir kepada janjinya sendiri. Aku masih ingat empat hari yang lalu sebelum dia terbang ke Auckland dia ada menghubungiku. Nada suara dan layanannya kepadaku sama seperti selalu. Tidak ada beza pun. Malahan dia sendiri yang mengingatkan aku agar kami berjumpa pada hari Sabtu nanti bersama-sama wang yang kami janjikan.

Aku memandang ke arah bagasi di tepiku. Sejumlah wang tunai bernilai dua puluh ribu ringgit ada di dalamnya. Aku tidak pernah seberani ini membawa sebegitu banyak wang tunai. Aku ada menelefon Norzie tadi dan berpesan agar dia tidak perlu risau kerana aku pasti akan datang membantunya. Aku khuatir saja kerana nada suara Norzie kedengaran aneh di telingaku. Katanya dia risau dan rasa tidak sedap hati. Aku cuba menenangkannya dengan menyakinkan yang aku sedang menunggu Firqin dan kami berdua akan ke rumahnya sebelum tengah hari.

“Maya, Firqin tak datang jemput kau lagi ke?” Farhin menyoalku ketika dia menuruni tangga.

Aku menggeleng. “Aku tak tau. Aku dah banyak kali call dia tak dapat ni. Katanya dia dah balik Malaysia semalam. Aku risau ni Ein. Aku tak tahu Firqin buat apa dan dekat mana. Lebih risau lagi macam mana keadaan kawan-kawan aku sekarang ni.”

“Kau sabar ya Maya. Kejap lagi datang lah tu. Dia ada hal penting agaknya. Aku cuba tanya Azam nanti kalau-kalau dia tahu Firqin kat mana. Kau tahu dia tinggal kat mana?” Farhin duduk di sebelahku.

Aku menggeleng. “Aku tahu nombor telefon dia aje.”

Sekali lagi aku menoleh ke arah jam tanganku. Aku buat keputusan untuk ke rumah Norzie dulu dan menyerahkan wang yang ada padaku kepada Akmal untuk diserahkan kepada lintah darat tersebut.

“Aku pergi rumah Norzie dulu Ein. Aku rasa tak sedap hati lah.” Aku terus mengheret bagasi di sebelahku dan terus keluar ke kereta.

Aku menghantar satu pesanan ringkas kepada Firqin memaklumkan kepadanya yang aku ke rumah Norzie terlebih dahulu. Kalau perlu aku akan menyerahkan wang yang ada padaku dahulu dan yang selebihnya nanti dia akan serahkan bila tiba di sana. Dalam hati aku berdoa dan berharap yang Firqin tidak memungkiri janjinya. Aku pasti yang dia bukan orang sebegitu.

Baru saja aku hendak memulakan pemanduan, Azam memberhentikan keretanya di hadapanku. Dia segera keluar dan mendekatiku. Aku keluar dari tempat duduk pemandu. Aku terkesan wajahnya yang nampak resah.

“Kenapa dengan you ni Azam?” Ujarku.

Azam memandang Farhin yang baru tiba di sebelahnya sebelum memandangku. Wajah Farhin juga begitu. Aku pula yang jadi cemas.

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang yang buruk ke jadi pada Kin? Kin baik-baik sajakan?” Soalku cemas. Macam-macam andaian bermain-main di dalam kepalaku. Firqin terlibat dalam kemalangan? Aku harap tidak.

“I cakap pada you ni...I harap you bersabar ya Maya.” Aku nampak Azam menelan liur.

“Cakaplah.” Suaraku terketar-ketar.

“Kin tak datang jumpa you sebab dia ada hal lain. Dia...err...dia bakal bernikah dengan Amera kejap lagi.”

“Bernikah?” You biar betul ni Azam. Jangan bergurau dengan I pasal benda-benda macam ni boleh. I betul-betul ada hal penting dan I perlu jumpa Kin sekarang jugak. Ini soal nyawa Azam.” Aku tidak percaya apa yang dikatakan Azam tu. Firqin dengan Amera. Tidak mungkinlah kerana aku sendiri menyaksikan apa yang terjadi di antara mereka di Auckland dulu.

“I tak bergurau Maya. Memang betul sekarang Kin ada di rumah Amera. Bila-bila masa saja lagi majlis akan berlangsung.” Tambah Azam lagi.

Tidak berkelip aku memandang Azam. Minda dan hatiku cuba menghadam apa yang baru dikatakannya tadi. Firqin? Amera? Bernikah? Tidak mungkin kerana baru beberapa hari lepas Firqin meluahkan kata-kata rindu kepadaku. Tentang perasaannya terhadapku. Ini tidak benar! Hatiku menidakkan.

Aku menelan liur. Tidak sedar air mataku sudah pun bertakung di tubir mata. Hatiku masih berbelah bagi sama ada mahu mempercayai kata-kata Azam itu atau pun tidak. Aku tidak mahu percaya yang Firqin lakukan perkara sebegitu terhadapku. Lama aku cuba berfikir tentang sejauh mana kebenaran kata-kata Azam itu.

“I tak akan percaya selagi I tak nampak sendiri.” Ujarku.

“I bawak you pergi rumah Amera. You tengok sendiri. Maya...I bukan nak buat you bergaduh ke apa dengan Kin tapi bila Ein cerita pada I tentang masalah kawan you yang perlu you bantu tu. I rasa I tak boleh simpan lagi rahsia ni. I tak nak you terus tunggu Kin sebab dia memang tak dapat jumpa you Maya.” Azam berterus terang.

Aku cuba menahan dari menangis di hadapan Azam. Aku kembali dihambat rasa berbelah bagi. Antara mahu percaya dengan kata-kata Azam dan mengikutnya untuk lihat kejadian sebenar di rumah Amera atau aku harus berjumpa Akmal dan Norzie. Tapi bagaimana untuk aku bantu mereka berdua sedangkan wang yang selebihnya yang dijanjikan masih ada pada Firqin. Aku harap keadaan kawan-kawanku baik-baik saja.

“Baiklah. You bawa I ke sana.” Kataku lalu terus masuk kembali ke dalam keretaku.

“Firqin...awak jangan buat saya macam ni. Saya harap semua ni bukan realiti.” Aku berkata sendiri sambil mengesat airmata yang mengalir di pipiku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.